Friday, December 4, 2009

:: Perlu Makan Lebih Banyak Besi (Iron) ::

Alangkah susah hatinya saya bila tengok paras Hemoglobin (Hb) saya utk bulan ni hanya 9.3 (unit xpasti plak..)! Aik, cane bleh jadi macam ni ye? Ni confirm kena bebel ngan nurse ni...apa mau jawab daa...

Memang betul pun, bila sesi khidmat nasihat ibu hamil, nurse tu menjerit tengok bacaan Hb saya. Dia tak marahla..just nak tunjuk ekspresi terkejut dia la agaknya. Nurse tu tanye macam mane dari Hb 12 lebih bleh turun banyak ni?? Saya plak dgn confidentnye menjawab "Dah takdir nak buat camne..." hehe takdela. Tipula kalau jawab macam tu, kenala bagi alasan yang berasaskan fakta saintifik huhu...

So, dengan confidentnya saya menjawab "Dulu masa Hb 12 tu saya makan obimin amik kat klinik swasta. Ni lepas makan suplemen klinik kerajaan la Hb saya turun" Bajet macam nak menyalahkan hospital kerajaan la kononnya..hehe...

Nurse pun membalas "Adik, obimin tu lagi sikit tau peratusan zat besi dia per tablet. Yang kitorang bagi tu 200mg per tablet. Ni mesti adik salah makan ni, ke tak makan langsung kot..." Oooo main serkap jarang plak dia.

Tanpa melengahkan masa saya pun membalas hujah membela diri "Saya makan la kak...tapi kadang2 tu tertinggal la jugak. Tapi tak selalu la..."

Nurse bertanya lagi "Camne cara adik makan? Lepas makan nasi terus telan ubat ke? Ade tak telan ubat ngan air manis?"

Uik, memang saya telan ubat lepas makan nasi. Dah bulan lepas masa amik ubat tu Nurse kata makan ubat lepas sarapan atau makan nasi. Salah ke??? Cuma takdela saya telan ngan air manis. Kadang-kadang je kalau desperate hehehe...

So, saya pun ngaku jela. Maka terbongkarlah rahsia yang saya sebenarnya telah mengamalkan cara makan suplemen yang salah..huhuhu konon-konon nak tunjuk pandai akhirnya diri sendiri yang terbukti tak pandai. Padan muka saya. Moral of the story, jangan cuba nak memandai, sila google dulu di internet pasal ubat-ubatan sebelum berdebat dengan mereka yang lebih pakar di hospital..hehe..

Tapi takpe jugak...ada hikmahnya Hb saya turun, baru saya tau cara yang betul makan tablet zat besi (iron). Dia kena makan 1 jam sebelum atau selepas makan. tidak boleh makan sejurus selepas makan nasi atau dah dekat2 nak makan nasi. Sebabnya pil akan dihadamkan bersama nasi/makanan yang kita ambil dan seterusnya menjadi sebahagian dari najis. Membuang masa saja makan suplemen jika begitu jadinya...Sepatutnya suplemen diserap ke dalam darah maka sebab itu perut perlu kosong untuk memudahkan penyerapan. Untuk menggandakan lagi penyerapan, ambil tablet iron bersama tablet Vitamin C....

Jadi saya pun berjanji dengan nurse yang saya akan makan tablet iron dgn cara yang betul. Huhu siap berjanji tu..yela nak elak dari kena bebelan yang bertubi2. Selain itu, saya juga kena makan makanan yang kaya zat besi macam kerang, bayam, peria, pegaga etc. Baiklah, semua makanan itu saya suka. Jadi sudah tentu tiada masalah bagi saya untuk menelan makanan itu sebanyak yang mungkin InsyaAllah...

Lagi dua minggu kena pegi check lagi sekali. Patutnya bulan depan (sebulan sekali je untuk routine checkup), tapi sebab kes Hb saya yang turun mendadak ni, kena pegi check dengan lebih kerap. Nasib baik memang ada tarikh scan perut lagi dua minggu so book jela tarikh yg sama utk check Hb. Tak payah pegi klinik banyak kali...

Friday, November 20, 2009

:: Yang Terkini ::

Berita terkini tentang saya a.k.a Mama, Baby, En Suami & Kerja

:: Mama & Baby ::

Alhamdulillah...Mama & Baby sihat walafiat sekarang ni...Usia kandungan dah mencecah 15 minggu. Lagi 2 minggu je lagi baby dah nak ada nyawa (^_^) mudah2an berterusan sihat begini. Cuma beberapa hari lepas perut rasa lain macam. Terjaga tengah malam, perut terus cramp, tak boleh bergerak, mulut hanya mengucap, istighfar dan minta pertolongan Allah... Takut sangat especially kalau apa2 jadi kat baby, nauzubillahimin dzalik. Syukur bila benda2 ni terjadi en suami ada di sisi. Dia pun panik, pegang perut saya, saya menjerit tak bagi sebab sakit sangat! Dia nak bawak pegi klinik tapi nak bangun pun tak boleh, cane nak pegi. Saya cuba ngiring ke kanan pelahan-lahan, tiba2 muntah. takde ape yg keluar cuma angin yang banyak diakhiri dengan muntah cecair yang rasa dia pahit sangat! Yang lawak tu, en suami sempat cari besen nak tadah muntah, besennya sikit punya besar! Dia kata dia nak amik besen kecik tapi takut saya muntah banyak, of course akan tumpah2 sampai kena tilam, nanti saya marah dia pulak. Hai suamiku...nampak sangat saya selalu marah dia sampai dalam keadaan kecemasan pun dia boleh fikir lagi supaya tak kena marah dengan saya. Alahai..Sungguh kejam diriku ini! Maafkan ayang ye sayang, ayang pun tak tau kenapa ayang cepat nak marah sekarang ni. Harus diubah perangai buruk ini!

:: En Suami ::

Sejak en suami ada selalu di sisi, saya rasa bahagia sangat. Tidur malam pun dah tak takut dah sebab suami tercinta ada di sebelah. Sekarang ni pergi dan balik kerja dah ada driver. Ofismate pun selalu tegur setiap kali saya tunggu suami depan lobby ofis "Tunggu cik abang ke?" Hehe yela..jeles la tu! kuikuikui...Takde maknenya! (^_~) Tiap-tiap hari makan same-same, solat same-same, kadang-kadang ngaji quran same-same... memang seronok sangat. Baru sekarang saya dapat nikmat tinggal bersama yang tersayang sebagaimana pasangan suami isteri yang lain. Tak sia-sia saya bersabar selama ni, syukur alhamdulillah (^_^) En Suami sekarang bekerja sendiri, buat kerja-kerja wiring, sesuai dengan kepakaran dan minat yang memang ada pada beliau. Dan satu lagi kerja sampingan beliau, membuka car wash bersama kawan baiknya. Maka semakin terpeliharalah sang kancil kami yang seekor itu. Kalau tidak, sebulan sekali nak 'mandi' pun payah. hehehe....

:: Kerja ::

Bulan ni sangat sibuk. Revise balik mana2 KPI yang belum achieve. Ada workshop untuk dijayakan, ada jugak training yang perlu dihadiri...Walaupun penat tapi saya suka bila kerja sibuk macam ni. Rasa masa 8 jam di ofis betul2 terisi dengan kerja bermanfaat. Hai, selama ni buat kerja tak bermanfaat ke? hehe...takla selalu,kadang2 je! (^_~)v

Kesimpulannya, (macam menulis karangan penulisan bahasa melayu pula!), kehidupan saya lebih baik sekarang ni. Saya sangat-sangat bersyukur dengan kurniaan Illahi. Mudah-mudahan segala kebaikan yang saya dapat sekarang ni akan berterusan dan bertambah baik dimasa hadapan, insyaALLAH!

Friday, October 30, 2009

:: Oh Berat Badanku! ::

I gained another 3 kg!!!

Total weight now is 55 kg

Berat masa pregnant 4 weeks 51 kg

So dalam masa 8 minggu dah naik 4 kg

Tapi pelik

Cincin masih longgar

Tengok tulang tangan ni masih cekeding

Pipi pun x chubby mane

Tanya kat kawan-kawan pun diorang kata tak nampak naik pun badan I nih

Ke mane perginya 4 kg itu?

Baby ambil semuakah?

Hmm..takpe..takpe..

Yang penting saya memang suka sebab seumur hidup x pernah capai berat macam ni tau!

Makan lagi Makan lagi! Kita kasi up lagi 10 kg!

Huahuahua!!!

Thursday, October 29, 2009

:: 3 Bulan Sudah! ::

Hari ini my little tiny baby (or babies?...huhu mane tau kan tetiba dapat twins!) dah genap 3 bulan mendiami 'rumah' sementaranya dalam perut mama dia yang dah membuncit sedikit. Kadang-kadang saya rasa perut ni sama je saiz dia macam sebelum preggy dulu. Nampak sangat perutku ini memang tak layak dikategorikan perut kempis yang menawan hehehe...3 bulan memang xnampak perubahan sangat. Belum boleh pakai baju mengandung pun...Baju kurung pun masih banyak space lagi, tak perlu besarkan pinggang or whatsoever.


Alhamdulillah tempoh trimester awal sangat menyenangkan bagi saya. Saya bersyukur sangat sebab dikurniakan selera makan yang sama (sebenarnya bertambah hehe..) seperti sebelum mengandung. Muntah cuma 3x aje. Aje tau...siap boleh ingat. Tu pun muntah angin je, xkeluar ape-ape. Berat badan pun bertambah lebih kurang 1.7 kg. Kalau ikut standard kenaikan berat badan bagi trimester pertama dah lulus dah tu...tak lebih dan tak kurang..


Pergerakan baby pun belum rasa lagi. Tapi past 3 weeks ade jugak rasa macam menguit-nguit kat perut sebelah kanan. Itu baby yang menguit ke cacing kerawit yang menguit hehehe... Ntahla...masa tu jela yang rasa macam tu. Lepas tu dah tak dah...Sampai risau pulak, baby ok ke kat dalam tu. Nape mama tak rasa ape2...Tapi menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai di internet dan majalah, it's normal...Tunggulah esok bila baby dah aktif bergerak dan dah pandai tendang perut mama dia, baru tau best ke tak (^_~)


Papa baby pun dah balik Kulim jaga mama dan baby (^_^) ... Syok giler sekarang ni, ada orang tolong basuh baju, basuh pinggan, sapu sampah, buang sampah, sidai dan angkat kain kat jemuran, kemas rumah, lap tingkap, lap meja, cuci kereta (uih banyaknye kerja!)...hehe saya buat kerja yang ringan-ringan je macam tido, tido dan tido...ish xdela, tanggungjawab isteri wajib dilaksanakan. Memasak masih jadi tugas saya..dan lipat kain sebab kerja tu je yang xbanyak bergerak. Yang lain semua En. Suami tolong buat. Dia dah janji dah dulu...so nak buat macam mane kan. Kenala kotakan janji tu, nanti kena tulah ibu mengandung pula..huhu...


Sempena baby dah 3 bulan mama nak celebrate la, boleh tak? Eh, sukahati saya la kan..hehe. Tak payah susah-susah, En. Suami pun tak payah jenuh nak fikir nak cari makanan pelik-pelik nak memenuhi keinginan saya ni. Saya cuma nak pergi makan sizzling mee kat G*ant je. Tengok, senang kan jadi orang macam saya. Jangan mengidam benda pelik-pelik sampai menyusahkan orang di sekeliling anda terutamanya suami. Kalau ngidam yang pelik-pelik tu tarik nafas panjang-panjang dan banyakkan beristighfar (^_^) Petang ni jugak nak pegi makan sizzling mee. Yehaaa!!!!




Gambar ultrasound scan kat atas ni masa baby 10 minggu. Saya pelik, jalur panjang kat atas perut baby tu tangan baby ke tali pusat? En. Suami kata tu tangan baby, baby lambai-lambai kat mama & papa sambil cakap "Mama Papa, tengok baby kat sini!" hehehe...dialog ni hanya rekaan semata-mata ye. Tapi kalau betul tu tangan baby memang sah anak mama (^_^) Doktor yang buat scan ni kata walaupun baby baru 10 minggu tapi panjang baby macam dah 12 minggu. Cepat betul anak mama membesar ye. So, Doktor nasihatkan get ready two weeks earlier dari tarikh jangkaan bersalin sebab takut bersalin awal pula. Tarikh jangkaan baby lahir 13 Mei 2010, sama dengan besday papa dia. Tapi kalau baby lahir dua minggu awal, dah nak dekat dengan besday mama pulak 27 April 2010. So, baby pilih la ye, nak sama ngan mama ke nak sama ngan papa hehehe...


Oh sudah penat menaip. Mau berhenti setakat ni dulu...doakan saya dan baby selamat sejahtera okay! (^_^)

Tuesday, September 29, 2009

:: I hate what I loved! ::

Ada orang kata bila ‘membawak budak’ ni perangai kita akan berubah serba sedikit. Apa yang kita suka jadi tak suka dan macam tu juga sebaliknya. Dulu saya tiada masalah untuk minum minuman bersusu. Bila kawan saya cerita kat saya yang dia tak lalu minum susu masa mengandung, saya terus terfikir..hmm aku nanti takde masalah kot, aku suke je minum susu. Pastu boleh pulak berangan kalau mengandung nak minum susu banyak-banyak supaya baby sihat dan kuat! Hehe macam iklan milo pulak,dah tu minum jela milo! Kecoh betol! (^_~)v

Tapi itu semua hanya omong kosong a.k.a angan-angan Mat Jenin. Sekarang nak bancuh susu pun dah rasa lain macam. Ni tengah menulis pasal susu pun dah bergelodak isi perut! Masa awal-awal dulu, bolehla jugak maintain minum, tu pun segelas je sehari. Patutnya minimum dua gelas sehari. Sekarang ikut ‘dan’. Rasa larat nak minum,minum.. Ada sorang kawan baik pulak cerita kakak dia pun tak larat minum susu, so kakak dia ganti dengan ikan bilis. Hari-hari kakak dia ‘belasah’ ikan bilis. Hasilnya anak kakak dia lebih cepat angkat kepala berbanding dengan baby-baby yang seusia dengannya. Cepat angkat kepala maknanya tulang kuat la tu…Moral of the story, makanlah ikan bilis banyak-banyak untuk tulang yang sihat dan kuat! Tapi ikan bilis mahal oh…sekilo RM30 yang dah siap kopek. Tapi takpelah, demi kemantopan tulang anakku mama rela berkorban huhu….


Tu baru bab susu, ada banyak lagi benda yang terbalik sekarang ni. Sekarang saya lebih suka makan ayam berbanding ikan. Kalau dulu ayam adalah pilihan lauk terakhir, sekarang ayam tula yang paling seksi dan menggoda dalam banyak-banyak lauk kat cafeteria ofis saya. Kalau pergi pasar malam pun, asyik-asyik beli bihun/kuey teow sup ayam. Laksa dah tak layan lagi dah…Mak saya kata, sebenarnya yang nak makan tu anak kita, bukan kita. Selera kita tetap sama macam dulu. Oooo..nampaknya baby saya ni kecik-kecik lagi dah pandai psiko mama dia ek hehehe…Nak jugak selit satu lagi cerita, mak saya dulu suka makan kopi mentah masa mengandungkan saya! Uihh..pahit tu!


Perfume kegemaran pun dah tak boleh pakai lagi dah. Ada satu perfume silky girl tu je yg saya ‘lalu’ nak pakai. Bau shower foam lagila…mandi sambil tahan nafas! Kena cari showerfoam yang odorless la jawabnya. Tak pun yang bau fresh macam bau limau baru okay dan boleh mandi dengan tenang. Bila bau perfume yang agak ‘strong’ ni serta merta jadi loya. Kepada En. Suami saya berpesan, lepas mandi duduk jauh-jauh dulu, bila dah busuk sikit baru datang dekat. Sebab biasanya lepas mandi En. Suami akan pakai krim rambut yang baunya alahai…bisa membuak isi perutku ini!


Sebenarnya ada satu lagi mangsa ‘kebencian’ saya sejak 2 bulan kebelakangan ni. Mangsanya ialah blog ni! Adoyai…malasnye nak update! Ni pun taip dulu kat word baru paste. Kalau tak saya lebih suka tulis direct kat new post column. Rasa macam menyampah pulak tengok blog sendiri. Haha mungkin sebab blog ni huduh kot huhuuu…



Takpela, rasanya perangai pelik-pelik ni semuanya sementara je…Nanti bila tiba masa elok balikla tu…

(^_^)


Kalau dulu berdua, kini 'bertiga' lebih baik!

\(^__^)/

Friday, September 4, 2009

:: Be +ve! ::

Saya positif hari ini.
Sebab saya sangat gembira.
Gembira adalah tanda kita positif.
Benda-benda yang positif juga membuat kita gembira.

Kalau saya sedih/kecewa sekalipun, saya mesti positif juga.
Sebab bila kita positif semasa kecewa, kita takkan meratapi kekecewaan itu.
Meratapi kekecewaan tentunya sesuatu yang tidak positif.
Oleh itu, kena sentiasa positif.
Sedih ke gembira ke mesti positif.

Bila positif hidup kita jadi lebih semangat.
Bila positif kita boleh nampak jalan yang tertutup selama ni.
Bila positif kita rasa sangat bahagia.
Bila positif kita sentiasa rasa dikasihi dan ingin mengasihi orang lain.

Tapi bila positif berpenyakit AIDS, H1N1, kanser atau penyakit lain yang berbahaya,
Itu tidak menyeronokkan ye. Nauzubillah min dzalik!
Ia adalah musibah tapi masih boleh bersikap positif menerimanya.
Maknanya Allah swt sayang pada kamu.
Bukankah penyakit itu penghapus dosa?
Ya, maka positiflah!

Dulu saya selalu tak positif,
Tapi hari ini....
SAYA POSITIF! Yeay!!!

\(^__^)/

~Alhamdulillah~



Thursday, September 3, 2009

:: 13 days of Ramadhan ::

Lamenye tak update blog! Last entry masa 1 Ramadhan. Sekarang dah 13 Ramadhan. Cepatnye masa berlalu. Dan alhamdulillah, saya belum 'tuang' puasa lagi buat masa ini! (^__^). 'Tuang' yang dibolehkan ye...bukan 'tuang' bukak periuk sembunyi-sembunyi di siang hari. hehe...

Kalau terus dapat puasa 30 hari lagi best! Harap-harapnya begitulah... (^__~)

Thursday, August 20, 2009

:: Ramadhan 1430H ::

SABTU
22 OGOS 2009
1 RAMADHAN 1430H



Ya Allah Ya Tuhanku,
Panjangkanlah umurku, kedua ibu dan bapaku, suamiku, & seluruh saudara-saudaraku Muslimin dan Muslimat sekalian untuk kami merasai sekali lagi nikmatnya kedatangan Ramadhan pada tahun ini,
Dan sihatkanlah tubuh badan kami supaya kami dapat menyempurnakan amal ibadat di bulan Ramadhan dengan sebaik-baiknya
Amin...



:: Pengumuman Tarikh Puasa (Tonight!) ::


Saya ingat lagi setiap kali pengumuman puasa/raya kat TV, semua yang ada kat umah akan belonggok kat depan TV. Sape yang bising memang kena sergah ar ngan papa saya "Diam, orang nak dengar pengumuman kok" hehe siap ade 'kok' lagi. Almaklumla Jawa...Dan wajah Y.M. Engku Tan Sri Dato Sri Ibrahim Engku Ngah (Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia) pun mucul di TV, duduk dengan selesanya di kerusi yang besar dan empuk itu...Seingat saya (Sejak mula pandai mengingat) memang wajah beliaulah yang saban tahun mengisytiharkan pengumuman raya. Dah 26 tahun pun. Ada sekali rasenye tahun lepas atau dua tahun lepas beliau macam tak larat sangat nak buat pengumuman (dari suaranya yang serak dan lemah), mungkin disebabkan faktor umur. Risau gak masa tu. Tetiba ter'imagine' macam manela kalau orang lain yang duduk kat kerusi tu. Mesti lain giler! Yela, beliau ada style tersendiri walaupun ianya hanya skrip! hehe...



Malam ni, InsyaALLAH sekali lagi satu Malaysia akan dengar dan menonton pengumuman tarikh bermulanya puasa bagi Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak. Saya nak tengok kat TV, TV 'illek', nak dengar radio, ariel patah. Cane ek eja ariel, betul ke? ala takpela. Asal paham. Takpe takpe...saya ade informer tetap saban tahun. Papa la, sape lagi. Mintak-mintak Papa saya tak lupa. Memangla dalam kalendar tulis mula hari Sabtu, tapi mane tau tiba-tiba anak bulan nak jugak keluar hari ni pastu kena puasa esok, kuasa ALLAH...apa-apa pun boleh terjadi. Nanti tak pasal-pasal semua orang tengok saya sebab bawak bekal pegi ofis. Ish...mintak dijauhkan!


Teropong man: Oh si Anak Bulan, adakah kau akan muncul hari ini?
Anak Bulan: Den sebosa-bosa kek ateh ni ekau nak guno teropong laie. Appadaaaa....

(~~")

Wednesday, August 19, 2009

:: Info untuk Bakal Mama: FAKTA vs AUTA ::

BEBERAPA AUTA & FAKTA TENTANG KEHAMILAN:


AUTA: Tidak boleh memotong atau menjahit baju selama kehamilan kerana anak akan lahir dengan bibir sumbing.

FAKTA: Bibir sumbing biasanya dipengaruh ubat-ubatan yang diambil ibu ketika hamil, kesan radiasi atau faktor genetik. Oleh itu, x-ray perlu dielakkan selama kehamilan kecuali atas sebab-sebab tertentu dan atas nasihat doktor.




AUTA: minum susu kacang soya atau makanan dari kacang soya akan membuat bayi berkulit putih.

FAKTA: warna kulit seseorang dipengaruhi oleh faktor genetik ayah & ibunya, bukan dari susu kacang soya.




AUTA: Minum air kelapa dapat mempercepat/memudahkan kelahiran

FAKTA: Belum ada kajian yang membuktikan mitos ini kerana lancarnya kelahiran dipengaruhi oleh berbagai faktor. Namun air kelapa muda memang berkhasiat untuk menjadikan air ketuban putih dan bersih.



AUTA: Sebaiknya ibu hamil tidak melakukan hubungan intim pada trimester pertama kehamilannya

FAKTA: Belum ada kajian yang membuktikan bahawa hubungan intim menyebabkan keguguran. Asalkan sepanjang hal itu tidak menyakitkan dan tidak menimbulkan ketidakselesaan, ibu hamil boleh saja melakukannya.




AUTA: Leher ibu hamil yang menghitam atau puting yang berwarna gelap menandakan bayinya laki-laki


FAKTA: Perubahan warna pada leher atau puting tidak ada hubungannya dengan jenis kelamin bayi. Perubahan warna kulit pada ibu hamil diakibatkan oleh peningkatan progesteron dan melanost (hormon yang mengatur pigmentasi kulit). Kerana itu puting susu yang menghitam biasa terjadi pada kehamilan, baik pada ibu hamil yang mengandung bayi laki-laki atau perempuan. Selain perubahan warna kulit dan puting susu, ibu hamil juga memiliki guritan kehitaman di perut dan garis hitam dari pusat ke bahagian pugbis. Namun tanda ini akan hilang setelah melahirkan.



AUTA: Ibu hamil tidak boleh makan pisang, nanas, dan mentimun

FAKTA: Mitos ini sangat dipercaya oleh sebagian masyarakat kerana boleh mengakibatkan keputihan. Bahkan mereka percaya bahawa bisa nanas akan boleh menyebabkan keguguran. Pengambilan pisang, nanas dan mentimun sebenarnya disarankan kerana kaya dengan vitamin C dan serat yang penting untuk menjaga kesihatan tubuh dan melancarkan proses pembuangan sisa-sisa pencernaan.
Adapun keputihan tidak selalu membahayakan. Saat hamil mahupun setelah melahirkan, adalah normal jika ibu mengalami keputihan. Kecuali juka keputihan tersebut dijangkiti oleh bakteria, kulat atau virus yang biasanya mengalami simptom kegatalan, bau tidak sedap, dan warnanya kekuningan, kehijauan atau kecoklatan.



AUTA: Minum air kelapa hijau menyuburkan rambut bayi

FAKTA: Minum air kelapa hijau tidak berkaitan dengan rambut bayi. Namun air kelapa hijau memang menyihatkan kerana mengandung elektrolit, sehingga siapa saja termasuk ibu hamil, boleh meminum air kelapa hijau agar tetap segar.



AUTA: Mengurut perut ibu hamil (Lenggang perut)

FAKTA: Mitos ini banyak dipercayai di kalangan masyarakat kita. Padahal mengurut perut ibu hamil dapat meningkatkan risiko terjadinya keguguran dan gangguan janin, iaitu janin mengalami stress atau tekanan. Jika janin mengalami stress atau tekanan, pertumbuhannya mungkin terganggu atau terbantut.

:: Senyum (^______^) ::


Senyum seindah suria dalam kehidupan
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri....


Senyum umpama titian dalam kehidupan
Kau tersenyum Ku tersenyum
Kemesraan menguntum....


Senyum...



Kepada semua
Senyumanmu amatlah bermakna

Senyum...


Membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah ikatan....


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Senyum adalah sedekah paling mudah (^___^)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Even animals know how to do it!
maka...SENYUMLAH!!!!
(^_____^)

Saturday, August 15, 2009

:: Surprise !!! ::

Saya sangat yakin sekarang ini En. Suami sedang dalam perjalanan balik Kulim. Konon-konon nak buat surprise la tu...hehe kelaka pulak suami saya ni.

Pukul 10 pm tadi dia cal, katanya kat kedai makan (di Johor Bahru). Lepas tu dia kata "Malam ni sayang nak tido awal la, penat. Kije siang tadi banyak"

Saya pelik. Selalunya dia tido lewat walaupun letih sebab melayan saya sembang kat telefon.

Tak lama tu, En. Suami cal lagi, dia kata dia dah kat rumah sewa di JB. (Padahal saya yakin dia sedang dalam bas, saya selalu naik bas, saya taula bunyi bas macam mana hehe...)

Saya sengaja tanya En. Suami, "Kenapa bunyi bising je, selalu bilik sayang sunyi"

En. Suami cuba memberi jawapan tak ada logika "Tu bunyi radio la, tengah cari siaran"
Hehehehe....aduhai suamiku. Takpela, demi menjayakan rancangan surprise beliau, saya terima sajalah alasan tak ada logika itu (^___^)

Walaupun saya dah tahu En. Suami memang dalam perjalanan balik ke Kulim, tapi saya tak mahu tunjukkan yang saya dah tahu. Ha, sekarang saya nak berlatih buat muka terperanjat tengok En. Suami tiba-tiba terpacul depan pintu rumah. Hehe...boleh tak?

Adakah saya perlu buat muka terperanjat seperti ini?


Eeee....buroknye!!!
Tak mau tak mau!



Atau control ayu walaupun terperanjat seperti ini?


Hehe...comel comel...


Tak kisahla! Janji suami saya selamat sampai rumah (^___^)

Saya pun nak buat surprise jugak bila dia sampai nanti!

Thursday, August 13, 2009

:: Info untuk Bakal Mama: ALAHAN SEMASA MENGANDUNG ::

Alahan semasa mengandung sering dikaitkan dengan muntah-muntah, pening kepala dan perut berasa sebu dan tidak selesa. Keadaan ini biasa berlaku apabila anda baru bangun dari tidur dengan mengalami sedikit pening dan muntah, namun ada juga yang akan mengalaminya sepanjang hari. Keterukan alahan bergantung kepada individu dan ada juga wanita yang bernasib baik yang tiada alahan langsung.

Punca alahan
Punca sebenar alahan sebenarnya masih kurang jelas. Kebanyakan penyelidik percaya yang alahan wanita mengandung disebabkan oleh perubahan fizikal dan hormon pada badan. Ada juga pendapat yang mengatakan alahan mungkin disebabkan oleh ketidak seimbangan paras gula dalam darah.

Bila alahan berlaku?
Kebiasaannya, wanita mengandung akan mengalami alahan dalam trimester pertama. Apabila usia kandungan mencecah trimester kedua, alahan akan beransur-ansur hilang. Walau bagaimana pun, ada sesetengah individu akan mengalami alahan yang berlanjutan sehingga bersalin.

Kebanyakan wanita yang mengalami alahan semasa mengandung akan sedikit sebanyak merasai kesannya pada rutin seharian. Ada yang terpaksa menukar perancangan harian untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini, malah ada yang terpaksa bercuti dari kerja kerana alahan yang terlalu teruk.

Kesan alahan terhadap kesihatan
Secara amnya, alahan dalam jangka masa pendek tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Jika alahan anda terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan dimuntahkan kembali, bayi berkemungkinan akan kekurangan nutrisi untuk perkembangannya dan kesihatan ibu akan terjejas. Tambahan lagi, ibu akan mengalami dehidrasi (kekurangan air dalam badan). Simptom dehidrasi ialah pening-pening, dahaga dan air kencing sedikit daripada biasa. Jika anda mengalami simptom-simptom ini, anda memerlukan rawatan dengan segera. Ibu yang mengalami dehidrasi biasanya akan diberi cecair dan suplemen tambahan melalui drip.

Cara mengatasi alahan

Makanan

  • Apabila anda sedar di waktu pagi, makan kraker atau biskut dan rehat selama 15 minit, kemudian barulah bangun.
  • Bangun perlahan-lahan dan jangan terus baring selepas makan.
  • Kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong (contoh: setiap 2 jam) walau pun anda tidak lapar.
  • Makan apa sahaja yang anda mahu tapi elakkan mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng.
  • Jika anda tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas. Lebih baik jika orang lain yang memasak.
  • Makan makanan yang sudah sejuk berbanding makanan panas kerana makanan yang sudah sejuk kurang baunya.
  • Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.
  • Elakkan mengambil kafein dan merokok.

Minuman

  • Minum air dengan kerap sehingga 12 cawan sehari.
  • Elakkan minum semasa makan serta sebaik sahaja sebelum dan selepas makan.
  • Pengambilan air halia boleh mengurangkan rasa mual.

Rutin harian

  • Berehat secukupnya kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan. Tidur sekejap di siang hari kerana biasanya pada trimester pertama, wanita mengandung kerap berasa letih dan mengantuk.
  • Dapatkan bantuan untuk mengemas rumah dan menjaga anak yang lain. Pastikan anda peruntukkan masa untuk berehat.
  • Bersiar-siar dan lakukan senaman ringan di luar rumah untuk dapatkan udara segar. Buka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik dalam rumah.
  • Elakkan tempat panas kerana kebiasaannya alahan akan bertambah teruk.
  • Jika pengambilan vitamin mengandung anda menyebabkan alahan bertambah teruk, minta nasihat doktor.
  • Bergerak perlahan-lahan dan elakkan pergerakan pantas.
  • Jangan gosok gigi sebaik sahaja lepas makan kerana ini boleh menyebabkan rasa mual.
  • Dapatkan sokongan daripada orang yang rapat (contoh: suami, ibu bapa, rakan)

Bila anda perlu dapatkan nasihat doktor?

  • Cadangan di atas tidak memberikan kesan.
  • Anda muntah lebih dari 3-4 kali sehari dan sebaik sahaja makan, anda muntah.
  • Berat badan anda menurun dengan banyak.
  • Muntah anda mengandungi darah atau berwarna hitam pekat.
  • Anda mengalami simptom-simptom dehidrasi.
  • Anda risau dengan keadaan anda atau merasakan perubahan serius pada kesihatan anda

Sumber: comelnya.com

:: Belasungkawa : Allahyarham Mohamad Asri Ibrahim::

Pergi Tak Kembali
Munsyid: Rabbani

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir

Dunia yang fana akan ditinggalkan

Hanya amalan yang dibawa


Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya

Terbuka hijab di depan mata


Selamat tinggal pada semua

Berpisah kita selamanya

Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan

Sejahtera bahagia pulang...ke sana


Sekujur badan berselimut putih

Rebah bersemadi sendiri

Mengharap kasih anak dan isteri

Apa mungkin pahala dikirim


Terbaring sempit seluas pusara

Soal bicara terus bermula

Sesal dan insaf tak berguna lagi

Hancurla
h jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya

Yang tinggal hanyalah kenangan

Diiringi doa dan air mata

Yang pergi takkan kembali lagi


Hari ni, pada jam 1.11 pm, kakak saya hantar mesej bunyinya begini "Asri Rabbani passed away this morning heart attack". Saya terkesima seketika. Innalillahi wa inna ilaihi raji'un... Semoga roh Allahyarham Asri ditempatkan bersama orang-orang beriman dan dikasihiNya. Amin...Pemergian Allahyarham Asri agak memberi kesan kepada saya sebab saya antara berjuta-juta orang yang mengkagumi vokal beliau tatkala beliau bernasyid, berzikir, membaca al-quran, melaungkan azan etc. Saya juga serta merta teringat nasyid yang saya letak liriknya di atas. Nasyid ni memang glemer sangat masa saya tingkatan 3. Saya pun sangat suka nasyid ni dan selalu mendengar berulang-ulang kali. Pernah sekali dulu ada majlis kat sekolah, diorang pasang lagu ni kuat-kuat, sampai meremang bulu roma saya (tak tau la kenapa...)

Hmm...lepas tu sampai saja di surau kat tempat kerja, saya mengkhabarkan berita kematian Allaryarham Asri Rabbani kepada kawan-kawan. Memang semua orang terkesima juga seperti saya. Mula-mula saya takut juga kalau saya tersalah info, saya cakap kat kawan-kawan, lepas ni check la kat internet kot-kot ada cerita pasal Allahyarham Asri. Tak lama lepas tu, ada seorang kawan lain masuk surau dan mengesahkan berita kematian Allahyarham Asri Rabbani. Dia tengok berita kat TV kat cafeteria. Maknanya info yang saya dapat tu betul la...

So, ini pula petikan dari malaysiakini tentang pemergian Allahyarham Asri.

Asri Rabbani 'pergi tak kembali'

Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Pantai, Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.

Penyanyi utama kumpulan itu pengsan kira-kira 10.30 pagi setelah 20 minit menyertai program Syahadah musim kelima di Angkasapuri dan seterusnya dikejarkan ke hospital.

Menurut Mohd Asri Ubaidullah, seorang anggota Rabbani yang ditemui di hospital swasta itu, allahyarham mengalami muntah-muntah dan mengadu sakit sejak Subuh tadi.

Allahyarham kemudian mengambil susu, madu dan limau untuk mengurangkan kesakitan tersebut, tambahnya.

Sewaktu tiba di stesen RTM untuk program tersebut, Asri sudah dalam keadaan lemah tetapi berkeras ingin menjayakan rakaman program tersebut - yang akan disiarkan pada bulan Ramadhan tidak lama lagi.

"Pada kira-kira jam 10.30 beliau jatuh pengsan. Tapi ambulans tiba agak lewat, kira-kira 20 minit selepas itu. Apabila sampai ke hospital beliau sudah disahkan meninggal dunia," kata Mohd Asri.

Seorang lagi anggota Rabbani, Mohamad Afandi Shahbudin, berkata jenazah beliau akan dikebumikan di Bukit Lancong dekat Shah Alam petang ini.

Seorang saudara angkat allahyarham Shariman Wahab, berkata beliau antara individu terakhir yang dihubungi oleh allahyarham, yang mengadu berasa letih dan sedih dalam perbualan telefon mereka pagi ini.

Menurutnya lagi, allahyarham pernah tinggal bersama keluarganya di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya selama kira-kira 15 tahun sebelum ini.

Ibu allahyarham, yang berkerusi roda, kelihatan masuk ke Hospital Pantai, jam 1 tengah hari tadi, diikuti ahli keluarga lain termasuk balu allahyarham Haliza Shahadan, 38.

Sebelumnya, turut menziarahi jenazahnya di situ, Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahya bersama pegawai-pegawai Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta rakan-rakan artis termasuk Amy Search, Yassin dan Nash.

Penyanyi lagu 'Pergi tak kembali' itu lahir pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor dan menyertai Rabbani sejak ia ditubuhkan pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai lapan lagi anggota.

Beliau sebelum itu bersama satu lagi kumpulan nasyid terkenal Nadamurni.

Selain Asri dan Mohd Asri, kumpulan nasyid itu turut disertai Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman.

Lebih 12 tahun dalam industri ini, Rabbani menghasilkan 19 album, antaranya Arah: Dari Mana Ke Mana (1997), Pergi Tak Kembali (1999), Intifada (2000), Yalla Beena (2004) dan yang terbaru Nostalgia Nadamurni.

Allahyarham dalam coretan terakhir di blognya (asrirabbani.blogspot.com) mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang menjayakan konsert terakhirnya di Stadium Malawati, Shah Alam, 28 Februari lalu.

Pencapaian kumpulan itu, yang bernadikan Asri, termasuklah beberapa anugerah utama industri muzik - album nasyid terbaik selama tiga tahun dan album terbaik (2001).


Takziah buat keluarga Allahyarham & marilah kita hadiahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Mohamad Asri Ibrahim.

Al-Fatihah.




Tuesday, August 11, 2009

:: Saje suka suka (^_^) ::

Bila 'photographer tak gi sekolah fotografi' dan 'model tak bergaji' bergabung, maka inilah hasilnya (^_~) saje suke suke! Takde masalah kan? hehe....








Model harapan: Nadia dan Gigantic Comel Lote Couple Cik Yana & Cik Lan

Monday, August 10, 2009

:: Info untuk Bakal Mama: TRIMESTER PERTAMA ::

Kesian sahabat saya, mesti sudah lama dia menunggu apa yang saya janjikan. Ye, saya tau, PENANTIAN ITU SATU PENYIKSAAN!!! Betul tak Su? Hehe...Sorry sangat-sangat. Agak penuh jadual kerja sejak kebelakangan ni. Dan akhirnya...TADAAA....hehe bunyi je lebih (^_~)v. Informasi yang pertama (dipetik dari Majalah Pa&Ma keluaran Mac 2009).

Anakku, buat apa di DALAM sana?????

Kita dapat mengetahui banyak perkara tentang kehidupan di dalam rahim sebelum dilahirkan. Terima kasih kepada teknologi ultrasound yang banyak membantu tugas para doktor untuk 'melihat' perkembangan hidup manusia sepanjang 40 minggu dalam rahim ibu.

Lapan minggu pertama, bayi anda akan dipanggil 'embrio'. Anggota badan yang halus akan mula membesar dan membentuk tangan dan kaki. Embrio kelihatan seperti anak berudu. Jantung dan paru-paru mula terbentuk.


Pada hari ke-25, jantung mula berdegup. Tiub neural yang akan menjadi otak dan tulang belakang mula terbentuk. Berakhirnya bulan pertama, saiz embrio sepanjang 1 1/4 sm (1/2 inci) dengan beratnya hanya beberapa gram.

OTAK SAYA MULA TERBENTUK

Ketika bulan ke-2, embrio sudah berada di dalam kantung yang terbentuk oleh membran yang nipis. Embrio kini berbentuk huruf C, kerana belakangnya membesar lebih pantas daripada depan. Bayi anda hanya kira-kira 0.6 sm panjangnya. Kebanyakannya adalah bahagian kepala yang membentuk bahagian otak awal. Pada separuh akhir bulan ke-2, bentuk tangan dan kakinya yang halus mula membesar termasuk bentuk matanya.

Genap minggu ke-8, embrio mula kelihatan seperti manusia. Semua organ utama badan dan sistemnya mula terbentuk tetapi tidak sepenuhnya. Dari kepala hingga ke punggung panjang embrio hanya 3.2 sm (1 1/4 inci) dan berat 8.25 gram. Telinga, buku lali dan pergelangan tanagn mula terbentuk. Kelopak mata juga terbentuk tetapi masih tertutup rapat. Jejari kaki dan tangan juga sudah mula kelihatan.

RASAKAN DEGUPANNYA!

Selepas lapan minggu bergelar embrio, bayi yang memasuki usia 3 bulan dalam rahin dikenali sebagai fetus. Jari jemari tangan dan kaki sudah mempunyai kuku yang lembut. Mulut sudah mempunyai 20 tunas yang akan membentuk gigi bayi. Anda boleh mendengar degupan jantung bayi untuk pertama kali (ketika 10 ke 12 minggu) jika membuat pemeriksaan menggunakan alat yang dipanggil 'doppler ultrasound'.

Bayi anda mula mengeluarkan air kencing ke dalam sarung ketuban untuk dikeluarkan oleh ibu. Tulang dan otot mula membesar untuk menyokong organ yang kecil. Ketika ini tulangnya amat lembut.

Organ reproduktif bayi mula terbentuk ketika minggu ke-11 atau 13. Tali pusat berada pada kedudukannya dan plasenta terbentuk sepenuhnya dan mula menjalankan tugas menyalurkan makanan kepada bayi. Bahagian belakang bayi mula menegak, kaki dan tangannya juga mula berkemampuan untuk menyokong siku dan lutut yang kecil. Berakhirnya bulan ini, fetus mula dapat dikenali sebagai manusia.

Pada akhir 3 bulan pertama ini, fetus memiliki kepanjangan 10 sm (4 inci) dan berat 25 gram. Kini anda boleh mengucapkan selamat tinggal kepada TRIMESTER PERTAMA!


Friday, July 31, 2009

:: Khabar gumbira! ::

Sahabat baik saya akan jadi IBU tak lama lagi!!!

Gembiranya saya!!!

Oleh kerana itu, mulai sekarang saya akan tuliskan tips-tips dan info-info ibu hamil sebanyak-banyaknya untuk tatapan sahabat baik saya itu. Dan juga untuk tatapan ibu-ibu mangandung yang lain!

SU...jangan lupe jengok blog aku selalu ye.


Wah, saya sangat teruja!!!

\(^__^)/



:: Mari Beli Digital Quran !!! untuk warga Kulim dan kawasan yang berhampiran ::

Kepada sesiapa (yang berada di KULIM area & kawasan-kawan yang berhampiran dengannya sahaja) yang berminat untuk membeli Digital Quran edaran Syarikat Khaleefa, anda boleh membeli melalui saya. Unit ini diperoleh daripada ayahanda saya yang dikasihi - En. Shualdi Moktar yang merupakan ejen berdaftar bagi kawasan Yong Peng, Johor (boleh semak di laman web www.khaleefa.com). Saya hanya ada 3 unit sahaja untuk dijual buat masa sekarang.


.Sila klik pamphlet untuk lihat isi kandungan dengan lebih jelas lagi.

Berbanding dengan digital al-quran jenama lain, digital quran (DQ) edaran syarikat Khaleefa lebih MESRA PENGGUNA dengan fungsi-fungsi yg menarik (keterangan lanjut sila lihat pamphlet di atas ye). Yang paling saya suke mengenai DQ ini, at a first sight saya sudah faham apa yg ada di dalamnya TANPA merujuk pada manual kerana 'Screen Menu'nya seperti Screen Menu pada handphone. Antara kelebihan yang lain ialah ia boleh dibawa ke mana-mana sahaja dengan kuasa bateri AAA 1.5V yang mudah didapati di mana-mana kedai serabaneka berhampiran anda (jgn cari di kedai tayar sudah la ye..). Ada sesetengah DQ lain mereka menggunakan bateri rechargeable seperti bateri handphone. Cuba bayangkan, kalau bateri tu dah wareout, kat mane nak cari ganti? Kena contact balik supplier la jawabnya, dan makan masa nak cari balik nombor contact supplier yang dah buang ntah ke mana, masa untuk courier lagi, lecehnyeeee..... Dan kalau anda berada di rumah atau ofis, jimatkan kuasa bateri dengan menggunakan adaptor yang dibekalkan pada setiap unit DQ. Turut disertakan earphone (kalau nak mendengar alunan ayat suci Al-Quran tanpa mengganggu orang lain di sekeliling anda)

So ape lagi, marilah beli DQ keluaran syarikat Khaleefa daripada saya (^___^). Hanya ada 3 unit saje dalam stok simpanan saya buat masa sekarang. Tambahan pulak, bulan Ramadhan akan tiba tak lama lagi. InsyaAllah cita-cita anda untuk khatam 30 juzuk Al-Quran di bulan Ramadhan pada tahun ini akan tercapai kerana anda dapat membawa ia ke mana-mana saja anda pergi dan mengisi masa lapang dengan terus-terusan membaca Al-Quranul Karim....

Harga???? dengan murah hatinya saya menjual murah sedikit dari harga pasaran iaitu RM280 sahaja (termasuk kos penghantaran in case tak dapat bagi by hand).

Jika anda berminat, berurusanlah dengan saya di alamat email berikut:

wid_shualdi@yahoo.com

Sekianlah iklan saya seadanya...
wallahu'alam...


Wednesday, July 29, 2009

:: Makhluk Tuhan paling CUTE! ::


Petang tadi saya bersama beberapa rakan berkesempatan melawat kawan sepejabat yg baru melahirkan a cute baby girl named Khaira Adila. Pandai mak bapak zaman sekarang cari nama anak, sumenye sedap disebut dan didengar. Tahun ni je, dah 3 orang ofismate ladies yg selamat melahirkan, tu blum kire dari golongan ofismate lelaki yg juga dapat cahayamata bagi tahun 2009. Dan ianya terus 'berjangkit' dari sorang ke sorang staff, termasuk yg baru kawen baru2 ni (tidak belum termasuk saya huhu...). Walau apepun...

TAHNIAH kepada yg dah dapat orang baru (Kak D*la, Kak H*srina, En. K*shfi, En. S.R*zwan & S*akirah)
SELAMAT melahirkan bagi yg sedang berdebar menunggu saat2 kelahiran (S*afa & Kak S*ida)
and last but not least.... SELAMAT menempuh era loya2 & mual2 buat Kak A*is

So, who's next?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Boleh tak kalau saya...
(in a veryyyyy low tone voice...malu le...tapi mau! hehe)

Friday, July 24, 2009

:: Ujian Buat Kamu ::

Semalam mak mengkhabarkan yang abang sulung saya telah mengalami kemalangan jalanraya semasa pulang dari kerja.
Saya sedikit terperanjat sebab bimbang apa yg terjadi pada abang
Syukurlah, abang x apa2...itu sudah cukup melegakan!
Hanya keretanya sahaja yang mengalami kerosakan kerana menyondol kereta di depan yg tibe2 saja brek mengejut
Kesian abang, baru beberapa bulan merasa kereta baru sudah ditimpa musibah
Walau apapun, saya tau abang saya bukan orang yg cepat melatah
Tetaplah bersabar dan beriman dgn qada' dan qadar yang ditentukanNya
InsyaALLAH redha ALLAH akan sentiasa mengiringi langkah kita
Dan ingatlah janji ALLAH sebagaimana dalam FirmanNya:
"Oleh itu (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Sesungguhnya (sekali lagi ditegaskan) bahawa tiap-tiap kesukaran itu disertai kemudahan"
[Al-Insyirah, ayat 5-6]
Wallahu'alam...

Wednesday, July 22, 2009

:: Memori Silam - Tragedi Aiskrim! ::

Baru2 ni saya n family bersama-sama membelibelah tingkap a.k.a window shoping kat Jusco area JB. Actually xla sama2 pun, berpecah-pecah la jugak mencari barang keperluan masing-masing... Sebab xde bende nak beli, saya dan Kak Yana (kakak saya yang no. 2) duduk jela kat bangku yg disediakan. Kitorg duduk depan kedai aiskrim. Adela sekumpulan adik-beradik yg tgh beli aiskrim tu. Yg si bongsu kecik lagi, xreti sgt kot pegang kon aiskrim tu, pastu jatuhla aiskrim tu ke lantai. Kesian dia...baru beli dah jatuh. Memang bukan rezeki dia nak makan la tu. Aiskrim tu pun dibiarkan saje jatuh dan dipandang sepi oleh si adik...ish, sedih pulak ayat ni. hehe..

Suddenly Kak Yana tanye pada saya, "Ko rase kakak dia akan amik x aiskrim yg jatuh tu dan jilat (utk buang kotoran pada aiskrim) pastu letak balik kat kon aiskrim utk bagi adik dia makan?"
Hah! Serta merta saya teringat tragedi aiskrim yg terjadi hampir 20 tahun yg lampau (melampaunye! huhu...)

BACK TO YEAR 1990.........

Masa tu saya baru masuk Darjah 1. Kak Yana pulak Darjah 3. Kitorang sekolah sesi petang. So, Kak Yana memang ditugaskan menjaga kebajikan saya sepanjang berada di sekolah (^_~)v. Pada satu hari, masa balik dari sekolah, saya teringinnnnnnnn sgt nak makan aiskrim calong (aiskrim kon). Pakcik aiskrim memang setia menunggu kat tepi pagar sekolah, dia naik motor. Aiskrim tu dipotong guna pisau bentuk kubik pastu diletak atas calong (kon)...Kak Yana pun belikan aiskrim utk saya, xpasti harga berapa sen sebab dia yg bayar. Dia beli satu je, nape dia xbeli utk diri dia jugak ek? Adakah sebab dia xde mood nk mkn aiskrim waktu tu? atau adakah duit yg tinggal cukup utk beli satu aiskrim je? yela, saya xpenah terfikir soalan ni selama ni!

Attention to Kak Yana, if u read this entry, kindly answer the above question.hehe....

Berbalik pada cerita asal, saya pun makan jela aiskrim yg dibeli oleh Kak Yana dgn seronoknya sambil berjalan bersama-sama menuju ke tempat Papa selalu menunggu kami utk pulang ke rumah. Tetibe...plop! Aiskrim jatuh atas rumput......tinggal calong je kat tgn....baru mkn ckit dah jatuh....Saya tengok je muke Kak Yana dengan perasaan konfius. Didorong perasaan kasihan pada si adik yg nampak sgt kempunan aiskrim, Kak Yana pun amik aiskrim yg jatuh tu dan memasukkan keseluruhan aiskrim ke dalam mulut beliau (motif: nak bersihkan permukaan luar aiskrim yg kena rumput tu la). Pastu dia keluarkan balik aiskrim yg dah bersih dan letakkan balik atas calong yg tgh saya pegang. oooo....nanti dulu, korang ingat kakak aku pengotor ek? Korang ingat dia telan ke aiskrim ber'rumput' tu? takkkk.....sebenarnye, kakak aku ni pembersih. Dia ludah la balik aiskrim ber'rumput' kat dalam mulut dia tu. dan saya pun meneruskan aktiviti makan aiskrim yg dah clean n clear tu...geli? taklah, korang mesti xpernah rase aiskrim yg dijilat oleh kakak korang kan? mesti korang jeles kan? hehe...

Sebelum kami sempat meneruskan perjalanan, tetibe ade suara budak lelaki yg sgt sumbang mambang pada pendengaran saya. Dia ejek kakak saya "eee...pengotor..makan aiskrim yg dah jatuh!" saya ingat sgt kata2 budak lelaki tu, naseb baik saya xingat muke dia, kalau tak saya cari dia sampai ke lubang cacing (muatkah? ahh...xkire!). Tapi kami biarkan saje budak cac*t tu walaupun dia sibuk mengulang2 ayat yg sama.

Rupenye Papa dah menunggu dan melihat semua perlakuan kami, termasuk budak lelaki yg terkinja-kinja mcm mo*yet tu. Papa sangat marah!!! Papa kata kenapa nak amik jugak aiskrim tu, kan boleh beli lain. Dua-dua pun kena marah tapi mase tu Papa lebih menujukan amarahnya pada Kak Yana. Sepanjang perjalanan balik & sambung pula di rumah Papa terus-terusan marah. Kak Yana menangis tersedu-sedu, saya pulak duduk diam kat dalam bilik. Aiskrim ade lagi kat tangan ni! Xsanggup nak telan kerana disebabkan aiskrim calong tu la suasana petang kami jadi haru biru.

TAHUN 2009.....

Saya dan Kak Yana memerhatikan saja ape yg bakal dilakukan olek si kakak terhadap aiskrim si adik yg jatuh ke lantai. Si kakak hanya memandang saja aiskrim tu dan memujuk adiknya (barangkali nak beli aiskrim yg lain, xpun share jela aiskrim kakak).

"Aku rase xkan ade orang yang sanggup buat macam ape yang ko sanggup buat untuk aku dulu"...itulah jawapan saya pada soalan Kak Yana, xtahula dia dengar ke tak.....

Kak Yana, adakah entry ini menyentuh hatimu? Aku sgt tersentuh! Tak dapat dinafikan lagi huhuhu!!!!


Kak Yana, kalau aiskrim yg jatuh adalah sebanyak ni, larat tak ko nak jilat kesemuanya? hehehehe.....










:: Hati Terhibur Bila Terkenangkan Mereka ::

Saya rasa saya agak banyak bersedih sejak kebelakangan ni. Jadi utk entri kali ni, saya nak tulis perkara yang menyeronokkan hati. Mudah-mudahan terubat sedikit kedukaan...


Memperkenalkan kelima-lima anak buah kesayangan saya. Dari kiri: Syifa', Shereen, Azmil Arif, Nadia & Husna. Masing-masing dengan ragam dan kerenah masing-masing. Ada yang terlalu manja (sebenarnya mengada-ngada hehe), nakal terlebih pun ade, kuat menangis dah tentu la, yang relek n cool je pun ade. huhu...walau apepun perangai masing-masing, cik Yanti xkisah... Cik Yanti layan je perangai korang sementara korang masih comel. Dah beso sok taula Cik Yanti nak buat ape kalau perangai buruk masing-masing xberubah (^_~)v

Anak buah sebelah En. Suami ade 6 orang, tapi xdela pulak gamba depa. Yg ade dlm simpanan kat bawah ni je..dengan Syazlin & Apit. 2pun amik masa kenduri kawen aritu. Maybe raya ni bleh tangkap gamba ramai2...


En. Suami sangat suke dengan kanak-kanak. Saya rase bersyukur menjadi isteri En. Suami sebab sekurang-kurangnya saya dah dapat gambaran InsyaAllah En. Suami akan jadi bapa penyayang utk anak-anak kami nanti (^_^)

Berbalik kpd cerita anak2 buah saya, oleh kerana Azmil adalah satu-satunya anak buah boy (buat masa sekarang) dan sgt nakal, dia agak 'terpinggir'. Maklumla, yang lain tu girls...main dolls, masak-masak, dan xbleh ganas-ganas kalau main ni. Tengok jela gamba nih, the Power Puff Girls ngan Ultraman yg tetibe sesat datang dari mane ntah. hihihi...

Ha yang ni pulak macam adegan couple yg baru lepas begaduh. pakwe yg kacak meninggalkan aweknye yang gojes dengan hati yg keciwa. Awek maintain cute pulak, ee...geramnye! (Pelakon: Azmil & Syifa'). Mereka adalah sepupu, Azmil suke sangat kacau Syifa'. Kacau je xpe, esok beso jgn tersuke pulak. Walaupun boleh kawen, tapi carila yg jauh2 mcm Cik Yanti ngn Cik Joe ni ha. Berkembang cikit hehe...


Kalau yang bertiga ni memang rapat. Nadia & Husna adik beradik, Shereen adalah sepupu mereka. Tapi kalau sekali pandang mcm tiga2 keluar dari perut rahim yg sama. Yela, asalnya Ibu Shereen ngn Abah Nadia & Husna pun keluar dari rahim yg sama jugak (rahim mak saya la) hehe...setiap kali balik kampong, situasinya akan begini....

dan x sampai 15 minit situasi ini pula akan terjadi....

Bergaduh sape nak kawan ngn sape. Yela depa 3 orang, kalau yg ni dah kawan ngn yg tu, sorang lagi merajuk xde kawan. Syifa' xleh masuk geng depa, Syifa' kecik lagi. Xpela, tunggu Syifa' besa ckit lagi dah boleh join Kelab Power Puff Girlz korang ye. Pastu dah x gaduh2 lagi dah. hihi...

Ape2pun ni semua kerenah budak2. Memeningkan kepala tapi bila terkenang balik memang melucukan. Boleh tersenyum sorang2 dibuatnya. Alahai anak2 buahku sayang........memang Cik Yanti happy sangat bila teringatkan korang. Cik Yanti dah ade mood gumbira sekarang ni. Inilah hikmahnya Allah SWT kurniakan korang kepada ibu bapa korang. Bukan saje sebagai cahayamata mereka, tapi jadi cahaya jugak kepada atuk, nenek, makcik2 dan pakcik2 korang yg turut tumpang gembira atas kelahiran korang ke dunia ni (^_^) Tetibe rase nak menangis pulak sebab mengeluarkan ayat yg puitis, hoho sgt terharu!!!




.ape-ape aje Cik Yanti nih!.
~(^_~)~

:: PJJ??? ::

Inilah yang dikatakan PJJ sejati:
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.Perkahwinan Jarak Jauh.
Sudah kahwin tapi masih menjadikan alat telekomunikasi sebagai penghubung hati ke hati
Kamilah realiti CINTA KUTUB UTARA KUTUB SELATAN (^_~)

Walaupun begitu, saya tak pernah berhenti berharap
Sudah pasti tersirat seribu satu hikmah mengapa begini yang ditakdirkan utk kami
Setiap hari saya tak berhenti berdoa
Mudah2an Allah SWT satukan CINTA kami pada suatu hari nanti, InsyaALLAH...

Friday, July 10, 2009

:: Berbakatkah? ::

Peristiwa ni dah berlaku since 2 minggu lepas. Kat opis saya tengah demam perlawanan badminton inter-programme. Kami ada 6 programme kesemuanya + 1 team management (a.k.a sekretariat). Perlawanan secara liga, then programme2 dibahagi kepada Group A & Group B. Sekarang ni dah tau pun sape yg masuk semi-final. Programme saya? Tak dapat masuk pun semi-final. huhu..sokmo kalah. TAPI...as individual game saya menang tau. Saya main utk kategori single (eventhough I'm not single anymore hehe). Saya kalahkan single player dari dua team yg layak ke semi-final. Haha..kembang idong sekejap. Yela, mana xkembang, kali terakhir pegang reket badminton adalah masa dajah 6. pergh...brape punye lama da...hehe, rupenye masih berbakat! Bertuah saya sebab En. Suami memberi sokongan padu. Ingatkan En. Suami x bagi main, yela dah jadi isteri orang nak melompat sana melompat sini..Reket import tu dari JayBee, amik En Suami punye. En. Suami sanggup anta reket jauh2 dari JayBee to Kulim semata2 utk melihat Puan Isteri berjaya dalam bidang sukan badminton yg baru diceburinya. Hahaha...memang x sia2 la pengorbananmu wahai En. Suami kerana Pn. Isteri sudah mula menempa nama sebagai single player harapan. Hehe perasan bagus plaks! Padahal x layak pun g semi-final huhu..xpela, insyaAllah tahun depan kami akan berhempas pulas untuk mara sehingga ke final. Apa yang penting? KERJASAMA dannn....SEMANGAT!!!




Wednesday, July 8, 2009

:: Nur Kasih - Asyik!!! ::

Nur Kasih - Drama bersiri yg tgh ditayangkan di TV3. Seriously, cerita ni best! Actually, xpenah tengok since the 1st episod ditayangkan. Slalu tengok iklan je, tp xtengok pun ceritanye. Nape ek? Entahla, maybe sebab mood saya utk tengok drama melayu ni dah suam2 kuku. Tambahan pulak, drama sekarang ni mual betul untuk diikuti especially drama dlm slot Samarenda. X abis2 dengan cerita cinta korporat & orang yang ntah sape2 asal usul tapi sibuk nak mengambik harta kekayaan org lain! Nonsense ar jalan cerita. Tapi Nur Kasih lain....saya suke cerita yang berlatarbelakangkan kehidupan kampung. Cerita ni pulak padat dengan nilai2 moral & unsur2 keagamaan. Make-up heroin pun x over, muke polos & original as anak dara kampung. Banyak scene solat n kat masjid. X macam cerita melayu lain, x melambangkan Melayu Islam langsung! Dan yang paling paling paling best pasal cerita Khabir Bhatia ni, cinematography dia memang superb! Jatuh centa beb dengan scene2 & shot2 dalam cite ni. Thanx to TV3 for its CatchUp TV, so bolehlah saya layan cerita ni tanpa rasa was2. Tadi baru abis tengok Episod 2. Kalau ikutkan kat tv minggu ni nak masuk Episod 7. Terngiang2 lagu Nur Kasih - nyanyian Yassin, theme song yang asyik bangat sangat!!!! hmm terbuai-buai.....

Monday, July 6, 2009

:: I got sleep,but no rest ::


Malam tadi naik bas dari JB, sampai Kulim kul 6.30 am. Tido atas bas memang sangat tidak menyenyakkan! Kejap2 bangun. Mimpi pon bermacam2 episod. Hehe dlm xnyenyak boleh lagi mimpi (^_~)v. Balik umah, solat, mandi, sarapan. Tak tahan tengok tilam rase nak menyembam di saat itu juga. Ah tidak tidak tidak! Hari ni kerje la!!! Nasib baik jati diri dan semangat nak kije masih kental. Huh hidup mesti SEMANGAT! Jap lagi meeting pulak tu. Boleh tak saya mendengar saje sambil mata tertutup?

Wednesday, July 1, 2009

:: Siapa itu.... ::

Malam tadi tgh syok lena tetibe terjaga sebab dengar bunyi pagar dibukak kat luar umah. Tiba2 rase nk gugur jantung, adoyai sape plak kat luar tu. Ada org nk pecah masuk umah saya ke...saya duk diam je kat atas tilam. Jantung dup dap dup dap..nak tengok ke tak nak, nak tengok ke tak nak. Saya pegang kunci keta, kot2 ape2 jadi boleh tekan alarm. xde ape2 kot... jiran seblah baru balik agaknye. Tengok jam kul 2 pagi. Pastu ade plak bunyi mcm kaki org jalan atas lantai, bunyi2 mcm dia jln atas pasir. Arghh...tak suke tak suke! Tak suke la kalau ade bunyi bunyian mcm ni! Takut tau....dahla duduk sorang2. Rase nak call laki saya dan nak suh dia balik sekarang jugak. Hmm mission impossible la plak nak balik tgh2 mlm buta ni. Last2 saya bangun jela, ngintai celah2 tingkap bilik. Ade orang ke kat luar tu? Hmm pagar elok je bertutup. Bunyi ape plak tadi. Saya baring semula.... Mata xleh lelap dah. Hati x senang nak tido semula selagi xpastikan bunyi tadi bunyi ape. Tetibe pagar kat luar buat bising lagi. Alahai...nak wat cane ni? Xkan nak keluar umah tgk apebendenye kat luar tu. Dibuatnya betul2 ade org jahat x ke naya. Angin mulai bertiup kencang..ceh mcm sasterawan plak. Ahh..tido jela. Tgh tido2 ayam tu ujan pun turun dengan lebatnye....Lor...nak ujan rupenye. Patutla ade bunyi mcm2. Bunyi pagar dibukak ngn org jln atas lantai berpasir tu mesti sebab angin kuat. Buat suspen je...nasib baik saya berani hehehe....

Saya memang sensitif dengan bunyi2 di waktu org lena xsedar diri ni. Yela, 3 tahun duk Kulim mcm2 penah jadi. Pengalaman mengajar saya supaya lebih berhati2 dan alert dengan bunyi bunyian yang mencurigakan. Xmau dah jadi macam yang lepas2.

Ya Allah Ya Tuhanku, lindungilah hambaMu ini dan para Muslimin Muslimat sekalian dari pandangan makhlukMu yang berniat jahat.
Amin...

Tuesday, June 30, 2009

:: Perokok Kurang Ajar! ::


Saya bukanla orang yg anti ngn perokok (sbb ahli keluarga saya sendiri pun ada yg merokok) Tapi saya cukup pantang bila perokok dengan sewenang2nya menghembus asap rokok tanpa mempedulikan org sekeliling! Ini memang perbuatan biadap dan boleh dijatuhkan hukuman kena maki berbakul2!!! Saya memang geram betul la, semalam saya anta suami kat stesyen bas. Dahla kepala tengah pening berdenyut2. Dikelilingi plak perokok2 biadap yang tak reti hormat orang lain ni. Rase nak tampar muke masing-masing sambil sumbat rokok ngn asap kepol2 tu suh diorang telan. Biar diorang rase sakit peritnye kita yang dipaksa menerima asap diorang yang eee....saya ni bukan jenis yg suke sumpah seranah. Tengok boleh kira kategori sopan tau saya ni.

Tapi kes semalam tu memang saya tak boleh tahan betul la. Saya punyela baik xmau marah2 pegila duduk kat tempat lain yg bebas dari perokok durjana, tetiba dia bleh datang seblah kita pastu dengan senang atinye menghembus tanpa rase bersalah! Memang sah wajib dimaki! Hei perokok2 biadap, korang tau tak korang tu penyumbang meningkatnya indeks pencemaran udara, pembunuh orang2 yang suci murni x isap rokok macam saya ni, pengotor buang puntung rokok merata pastu lenyek lagi ngn kaki menyusahkan cleaner2 sekalian nak menyental lantai. Memang sah korang ni xberperi kemanusiaan! Tak fikir ke orang kat sekeliling ada budak2 kecik ke, wanita2 berbadan dua ke, makcik2 yang tgh xsehat ke & saya ni yang tengah nak pecah kepala menahan sakit ditambah pulak ngn bau sengit asap rokok korang! Hei, kalau korang nak sangat cepat mati, pegila mati sorang2 dalam jamban. Janganla libatkan kitorang yang x berdosa ni. Kitorang banyak lagi amal ibadat yg nak kena kumpul tau tak! hish, memang menyakitkan jiwa raga betol la.

Pasni mane2 perokok yg kurang ajar mmg saya sound direct je. Xkisah la aku kenal ko ke x!