Wednesday, August 19, 2009

:: Info untuk Bakal Mama: FAKTA vs AUTA ::

BEBERAPA AUTA & FAKTA TENTANG KEHAMILAN:


AUTA: Tidak boleh memotong atau menjahit baju selama kehamilan kerana anak akan lahir dengan bibir sumbing.

FAKTA: Bibir sumbing biasanya dipengaruh ubat-ubatan yang diambil ibu ketika hamil, kesan radiasi atau faktor genetik. Oleh itu, x-ray perlu dielakkan selama kehamilan kecuali atas sebab-sebab tertentu dan atas nasihat doktor.




AUTA: minum susu kacang soya atau makanan dari kacang soya akan membuat bayi berkulit putih.

FAKTA: warna kulit seseorang dipengaruhi oleh faktor genetik ayah & ibunya, bukan dari susu kacang soya.




AUTA: Minum air kelapa dapat mempercepat/memudahkan kelahiran

FAKTA: Belum ada kajian yang membuktikan mitos ini kerana lancarnya kelahiran dipengaruhi oleh berbagai faktor. Namun air kelapa muda memang berkhasiat untuk menjadikan air ketuban putih dan bersih.



AUTA: Sebaiknya ibu hamil tidak melakukan hubungan intim pada trimester pertama kehamilannya

FAKTA: Belum ada kajian yang membuktikan bahawa hubungan intim menyebabkan keguguran. Asalkan sepanjang hal itu tidak menyakitkan dan tidak menimbulkan ketidakselesaan, ibu hamil boleh saja melakukannya.




AUTA: Leher ibu hamil yang menghitam atau puting yang berwarna gelap menandakan bayinya laki-laki


FAKTA: Perubahan warna pada leher atau puting tidak ada hubungannya dengan jenis kelamin bayi. Perubahan warna kulit pada ibu hamil diakibatkan oleh peningkatan progesteron dan melanost (hormon yang mengatur pigmentasi kulit). Kerana itu puting susu yang menghitam biasa terjadi pada kehamilan, baik pada ibu hamil yang mengandung bayi laki-laki atau perempuan. Selain perubahan warna kulit dan puting susu, ibu hamil juga memiliki guritan kehitaman di perut dan garis hitam dari pusat ke bahagian pugbis. Namun tanda ini akan hilang setelah melahirkan.



AUTA: Ibu hamil tidak boleh makan pisang, nanas, dan mentimun

FAKTA: Mitos ini sangat dipercaya oleh sebagian masyarakat kerana boleh mengakibatkan keputihan. Bahkan mereka percaya bahawa bisa nanas akan boleh menyebabkan keguguran. Pengambilan pisang, nanas dan mentimun sebenarnya disarankan kerana kaya dengan vitamin C dan serat yang penting untuk menjaga kesihatan tubuh dan melancarkan proses pembuangan sisa-sisa pencernaan.
Adapun keputihan tidak selalu membahayakan. Saat hamil mahupun setelah melahirkan, adalah normal jika ibu mengalami keputihan. Kecuali juka keputihan tersebut dijangkiti oleh bakteria, kulat atau virus yang biasanya mengalami simptom kegatalan, bau tidak sedap, dan warnanya kekuningan, kehijauan atau kecoklatan.



AUTA: Minum air kelapa hijau menyuburkan rambut bayi

FAKTA: Minum air kelapa hijau tidak berkaitan dengan rambut bayi. Namun air kelapa hijau memang menyihatkan kerana mengandung elektrolit, sehingga siapa saja termasuk ibu hamil, boleh meminum air kelapa hijau agar tetap segar.



AUTA: Mengurut perut ibu hamil (Lenggang perut)

FAKTA: Mitos ini banyak dipercayai di kalangan masyarakat kita. Padahal mengurut perut ibu hamil dapat meningkatkan risiko terjadinya keguguran dan gangguan janin, iaitu janin mengalami stress atau tekanan. Jika janin mengalami stress atau tekanan, pertumbuhannya mungkin terganggu atau terbantut.

No comments: