Wednesday, April 15, 2009

:: Inikah Saya? ::

Wah...rupe2nye birthday saya x lama lagi la.... Sibuk kira hari kawin sampai lupe besday sendiri. Dasyat..dasyat...hehe. InsyaAllah tanggal 27 April ni saya dah masuk 26 tahun. Jom kita tengok apa kata survey pasal saya...

APRIL


* Sangat aktif dan dinamik ...hmm xla 'sangat'...yg sedang sedang saja...
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal...ye yg ni sangat betol! haha..

* Sangat menarik dan pandai menjaga diri...whiuuuu..phewit! ala sekadar menjaga penampilan diri jela huhu

* Punya daya mental yang sangat kuat...amin!

* Suka diberi perhatian...kadang2 je bila rasa nak mengada2...

* Sangat diplomatik (pandai memujuk )...tunang saya ckp saya xpandai pujuk pun...

* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang...oh tidak! saya pernah cuba menyelesaikan masalah org tapi at last saya yg terbelit dlm masalah diorang. tobat xmao dah!
* Sangat berani dan tiada perasaan takut...takut hanya pada Allah swt...
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah...(^_^)

* Emosi cepat terusik...ye saya memang cengeng!!! wuaaaaa...

* Cuba kawal perasaan...tengok keadaan...

* Kecenderungan bersifat pendendam....memang ye, tapi cepat juga sedar xbaik berdendam...
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan...haha, yg ni pun dah terbukti!!!

* Kuat daya ingatan....x kot hehe...
* Gerak hati yang sangat kuat....sometimes...
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain...huhu iyo ko???

* Sangat cemburu dan terlalu cemburu...yup this is absolutely rite!



REJAB
(bulan kelahiran saya dalam kalendar Hijriyyah - 14 Rejab 1403H)
(Nak tau tarikah lahir anda dalam kalendar Hijriyyah? Sila layari http://www.islamicity.com/PrayerTimes/defaultHijriConv.asp)

Semasa kecilnya dia degil dan nakal (degil ye, nakal tidak). lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik (saya pasti mak papa saya dah didik saya dgn baik sbb saya dah jadi baik skrg huhuhu). Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu (tidak tahu menahu=buat2 bodo? mungkin tidak...). Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil (dulu saya pendiam skrg peramah hehe...). Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa (amin...syukur alhamdulillah!).


Apa pekdahnya berpasangan dengan saya? (TARIKH LAHIR 6, 14 & 27)


Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah (especially kalau bergaduh..saya musti menang!!! hehe). Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani (whiuuu....korang segan x kat saya? huhu). Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya (sudah semestinya....). Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya (???? saya juga tidak mengerti dgn penyataan ni).


"Ini adalah saya, yang kat dalam cermin tu pun saya!"

(^___^)

:: Lagu Saya & Dia ::



Lihatlah langit di atas sana
(Jom syg kita tgk same2..)
Tersenyum melihat tingkah kita (e'eh yela..awan2 bentuk smile hihi..)
Selalu ada peristiwa (selalu ke? dalam seminggu baru 3 x...)
Yang membawa pertengkaran..(ye betol!...hehe)

Maksudku hanya ingin yang baik (2la, ayg dah kata ayg nak yg terbaik utk syg..)
Untuk kita berdua dlm bercinta (masa bercinta, dah kawen, bila dah ada anak & seterusnya..= forever)
Baiknya aku buruknya aku terimalah aku apa adanya...(ayg rasa ayg byk yg baik (^_~)v)

Pastikan kau dengan aku...jangan ada cinta lain (NO curang2 okey!)
Xpernah aku terlintas..niatku untuk berpaling (ayg mmg setia bangat kat syg tau...walaupun byk yg menggoda huhuhu...)
Maafkan aku sayang bila belum kau bahagia (xpe lepas kawen ni insyaAllah bahagia..amin!)
Sejauh langit di atas kan kukejar bahagiamu..(nape syg letak bahagia syg tinggi sgt...cane ayg nak pi langit...xpasal2 kena g kursus angkasawan!)

Biar langit & bumi meruntuh (uish...akhir zaman nih!)
Biar jasad kita tertimbun di sana (mungkin kita mmg dah ditimbun tanah agaknya...)
Tetap bersama xingin lepas (insyaAllah kita berjumpa lagi di Syurga Allah...amin ya Rabbal 'Alamin...)
Mencintaimu kujadi begini...(ayg begini bila cinta syg---> \(^_^)/ yeay!!!!)

Saturday, April 11, 2009

:: Asam Pedas Johor...Yummy Yummy !!! ::

Asam pedas ikan pari...yummy!!! Sedap hingga menjilat pinggan huhuhu...

Salah satu masakan yang saya paling suka masak dan antara lauk paling digemari di rumah sewa saya semestinya Asam Pedas Johor...hehe, banyak permintaan tau asam pedas air tangan saya ni. Bukan nak menunjuk2 tapi realiti huhu..(^_~)v Permintaan yang paling mencabar sekali ialah daripada bakal ibu mertuaku! Fuuuhh...macam nak test aku je..Boleh mencalar imej kalau masakan xmenjadi ni hehehe...Alhamdulillah hasilnya mantop!

Resepi asam pedas ni warisan turun temurun keluarga saya..Saya ada juga belajar dari orang lain tapi saya rase resepi mak saya adalah antara yang termudah sekali dan tentunya sangat sedap (diiktiraf oleh semua yang pernah merasa). So, entry kali ni adalah untuk berkongsi keenakan Asam Pedas Johor bersama anda semua. Selamat mencuba!

Bahan-Bahan:
6-8 ekor Ikan (Kembong/Pari/Cencaru/Kerisi atau lain2 ikan yg sesuai)
Sayur Bendi/Terung (kuantiti ikut selera anda)
2 batang Bunga Kantan
Daun Kesum
5-7 keping Asam Keping
Garam secukup rasa
Secubit gula

Bahan Kisar:
10 biji Bawang Merah Kecik
5 ulas Bawang Putih
1 inci Kunyit Hidup
1 genggam Cili Kering

Cara-cara memasak:
  • Tumis bahan kisar sampai betul2 garing (naik minyak) -- kalau xbetul2 garing xsedap tau.
  • Masukkan semangkuk air..pastu tunggu sampai kuah mendidih
  • Bila dah mendidih, masukkan ikan & bendi/terung (pastikan ikan & sayur tenggelam dlm kuah, kalau x tenggelam tambahla air lagi)...biarkan api sederhana besar sampai kuah mendidih
  • Bila dah mendidih, kecikkan api, masukkan daun kesum, bunga kantan, asam keping, garam & secubit gula (ingat tau secubit je, jgn banyak kali cubit hehe.. sbb kalau terlebih kuah jadi manis & xsedap!)
  • Biarkan api maintain kecik dalam 10 minit, cuba rasa..kalau ada yg kurang tambahla apa2 yg patut...Ikut pengalaman saya, rasa asam pedas yg sedap ialah masam & masinnya terasa. Masin ckit pun xpe, sbb nnt nak makan ngan nasi baru best!!!
  • Bila rasa dah ok, tutup api dan hidangkan untuk santapan bersama keluarga atau rakan2...
Tips:

Semua bahan perasa : garam, asam keping & gula dimasukkan last sekali terutamanya kalau guna ikan pari. (Isi ikan pari boleh jadi keras kalau asam keping & garam dimasukkan awal2)

Ok...itu saja caranya. Mudah kan? (^_^)

Friday, April 10, 2009

:: Cell Phone vs. Quran ::

Kawan saya, Bib forward email ni kpd saya...insafnye...

Ever wonder what would happen if we treated our Quran like we treat
our cell phone?

What if we carried it around in our purses or pockets?

What if we flipped through it several time a day?

What if we turned back to go get it if we forgot it?

What if we used it to receive messages from the text?

What if we treated it like we couldn’t live without it?

What if we gave it to kids as gifts?

What if we used it when we traveled?

What if we used it in case of emergency?

This is something to make you go….hmm…where is my Quran?

Oh, and one more thing.

Unlike our cell phone, we don’t have to worry about our Quran being disconnected.

And there are no dropped calls!

Ya Haqq!

:: Pro & Con ::

Semalam saya beli kentang goreng (frozen) kat kedai apek kat taman umah saya.
Mahallah dia buh harga barang kat kedai dia...RM 7.50 utk pek 1 kg. Waaa...rasa nak mengamuk je kat bini apek yg jadi cashier tu! Rugi tau beli, rasa nyesal pun ada.

Tapi bila pikir2 balik, saya dah jimat (duit minyak + masa + tenaga) kalau dibandingkan nak pegi The Store kat pekan Kulim semata2 nak beli kentang goreng yg sama.

Jadi, saya pun pulang ke rumah dengan gembira dan terus menggoreng kentang pastu makan kentang goreng panas2 sambil tengok cite Matahari huhu...(^_~)v

:: Good Answers! ::

Kenapa orang melayu makan menggunakan tangan?

Dijawab oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Kisah pada abad ke-19


"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:


PERTAMA: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya, bukan orang lain. Sudu dan garfu yang dibasuh oleh orang lain belum tentu cukup bersih.

KEDUA: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya dan tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya.

KETIGA:Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang..."




Thursday, April 9, 2009

:: Good Comment on Pil Kuning Kecik - from my Dear Sis ::

Di bawah ni ialah tambahan untuk Blog Title : Pil Kuning Kecik
Kakak saya yg bagi komen ni. Dulu dia pernah kerja kat Farmasi Guardian. InsyaAllah sumber ni boleh dipercayai..A very good input for us to share (^_^)

"oooo patutlah payah benar nak update blog, isu kesihatan yang dikarang rupanya.
anyway, baguslah kalau dah ambil folic acid tu. kalau ada orang lagi yang tanya (@ kau boleh terangkan kat kawan2 yang hairan+tersengih melihat kau amik folic acid tu)kau boleh terangkn macam ni....
yang pertama...
folic acid ni sangat berguna untuk membantu memecahkan amino acid kat dalam darah. amino acid yang terperap lama kat dalam darah akan menyebabkan heart disease.
yang kedua...
folic acid bantu untuk memecahkan complex carbohydrates kepada simple sugar. ini lebih memudahkan carbo tu ditukarkan kepada tenaga.
yang ketiga...
folic acid ni bagus diambil sekali dengan B12 dan vit C untuk menggalakkan pembentukan sel darah merah dan sel darah putih. pembentukan sel ni bagus untuk fetus dan boleh mengelakkan berlakunya anemia.
yang keempat...
folic acid ni digunakan untuk membentuk nucleic acid dalam DNA untuk menggalakkan appetite dan menggalakkan pengeluaran acid dalam perut yang bagus untuk pencernaan sekaligus promote healthy life. Percernaan yang bagus akan promote healthy skin, good absorbance of nutriences and many more.....
jadi, kau boleh promote kat kawan2 kau tu...kenapa penting untuk kita ambil folic acid sebagai makanan tambahan. bukan hanya untuk orang mengandung dan yang nak mengandung, tapi juga untuk kesihatan diri sendiri sebagai orang perseorangan.
dan mengapa kita ambil folic acid dalam bentuk tablet???
sebab folic acid memang boleh ditemui dalam sayuran hijau, kekacang, tomato, broccoli, mashroom, strawberry, tuna, wheat germ, asparagus dan banyak lagilah....tapi masalahnya folic acid ni adalah dari jenis yang water-soluble. dia boleh vanish bila dimasak (nak ke makan bayam mentah2?,kena panas, kena direct sunlight..... even kena air liur pun dia boleh vanish...jadi the best solution ialah ambil tablet 400mg @ 500mg, sehari sekali.dan pastikan ia disimpan dalam tempat yang gelap.....
so....sebar2kanlah info ni, sebab folic acid ni murah je...dan banyak manfaatnya.
Sekian..........."

:: Tranformasi (Part I) ::

Sejak dua menjak ni pekataan 'tranformasi' glemer sungguh. Faktor terbesar yg menyebar virus tranformasi ni mestila AF7 yang tengah hangat bersiaran (dah masuk minggu ke-5 pun & dah tentunya xbest tp saya still tengok jgk, untuk mengutuk hehe)...saya bukan nak cerita pasal AF7 ye, tapi pasal transformasi2 yang sedang melanda diri saya la hehe...

Untuk Tranformasi (Part I) ni, saya telah mentranformasikan template blog saya. sebelum ni saya guna warna yang gelap...sekarang xnak gelap2 lagilah. gelap2 xbest. Saya pilih warna terang & ceria, melambangkan keceriaan saya sekarang ni!

Sekian saja titipan Tranformasi (Part I). Ada banyak lagi tranformasi yg bakal berlaku dlm Tranformasi (Part II) yg akan muncul xlama lagi!! (^_^)v

Friday, April 3, 2009

::Yang Best & Yang X Best::

Yang Best...
Saya dapat contact semula beberapa kawan lama yang lost contact sebelum ni especially Aton (roommate & best fren kat SHAMS) & Zaahana (best fren masa Darjah 1)

Yang X Best...
Blum dapat cari sorang lagi best fren yang paling dikehendaki: Siti Farida Ahmad (best fren masa matrik). Sebenarnye hp kena curi tahun lepas sbb tu la kena menjejak balik kwn2 yang no contactnye dah ilang = (

Yang Best...
Kad kawen dah siap! Masa untuk menyebarkan kad kawen saya \(^_^)/

Yang X Best...
Baju nikah xsiap2 lagi...Saya tempah kat tukang jahit di Kulim. Hmm dia nak jahit cantik2 kot sbb2 lambat. Janji boleh amik ujung bulan 3. Tiba2 bila nak amik xsiap lagi pulak. Kak Ina, cepat2la siapkan, saya dah xsabar nak tgk ni! hehehe...

Yang Best...
Alhamdulillah...Sudah disahkan jawatan. Mudah2an saya lebih bersemangat utk bekerja & lebih maju ke hadapan lagi selepas ini (^_^)

Yang X Best...
Kemajuan projek Master saya sangat perlahan! Wid, ape nak jadi ni!!!! Kata nak siapkan tahun ni, wake up girl! haaa..kan dah kena marah dgn diri sendiri kui3X

Yang Best...
Broadband saya dah OK! Huhu...lega rasanye..Syukur alhamdulillah..Selama sebulan saya 'menderita' sampai tahap fade up yg teramat sgt dgn broadband saya tu. Nasib baik xkena jual. Skrg dah boleh buat attachment & send email. Maknenye laptop yg saya gunakan2 xbersalah langsung dlm hal ni, Celcom yg salah! Hehe...

Yang X Best
Jiran saya diofis (kawan sebelah meja) dah abis kontrak...Dah kurang sorang geng makan kat cafe huhu...Saya suke berbual dgn dia sbb ade je cite yg nak dibualkan (bukan gossip ye..hehe). To Pn Shamsiah, selamat maju jaya & semoga kita dapat bertemu lagi!

Memang semua orang suke Yang Best dan sedih bila Yang X Best tu terjadi tapi kedua2nyalah yang mewarnai kehidupan saya dan kehidupan semua orang di bumi Allah swt ni...Setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya. Sesungguhnya Allah swt jualah Yang Maha Mengetahui apa yg terbaik utk kita. Yang Best kita syukuri dan Yang X Best tetap juga diterima dengan senyuman dan hati yang lapang ~(^_^)~ Alhamdulillah!