Aku sgt teruja utk bercerita pasal family aku. Sedari hari pertama aku dilahirkan ke dunia, aku sudah punya mak & papa, seorang abang & 2 orang kakak. Kira lengkapla..adik xtermasuk ye sbb masa2 dh tentu aku yg bongsu hehehe... Let me describe about each of my family members:
Mak – Pn Hajah Sayinah bt Haji Asmawi
Papa – Tuan Haji Shualdi bin Moktar
Abang – Mohd Khairul
Kakak – Salwariza
Kak Yana – Wediana
Tua 2 tahun dari aku. Dulu masa kecik2 aku suka gaduh ngan dia ni. Hehe biasala gaduh2 manja..Nama aku pun actually kesinambungan dari nama Kak Yana. Dilahirkan pada 7 Oct 1981 pada hari Rabu (Wednesday). Hasil kreativiti papa, diambil kependekan ‘Wed’ dan digabungkan dgn Diana (kerana kebetulan pd masa tu mendiang Puteri Diana sgt popular seantero dunia). Maka terlahirlah nama Wediana. Kak Yana mewarisi hampir 100% raut wajah mak. Cuma dia terlebih chubby je. Hehe… Mendirikan rumahtangga bersama Abg Ruslan, Kak Yana mmg kelihatan sgt bahagia skrg (berpandukan berat badannya yg meningkat secara linear dgn usia perkahwinan). Huhu... tapi xpe, suami dia suke..(^_~)v
Me myself – Wedianti
Kebetulan aku juga dilahirkan pd hari Rabu, maka Papa cuma meng’alter’ nama Kak Yana dan aku dinamakan Wedianti. Setakat ni aku baru jumpe sorang hamba Allah yang bernama sama dgn aku, itupun datangnya dari negara jiran..huhu..mmg aku dh agak dah (^_~)v Tiada yang khusus utk diceritakan mengenai diri aku, cuma skrg ni aku sedang melalui fasa-fasa perubahan yang sebahagian besarnya bakal mencorak masa depanku..mudah2an perubahan itu menjadikan aku lebih tunduk dan patuh kepada Yang Maha Pencipta..amin..
Sahli – Mohd Sahli
Adik lelaki aku ni boleh dikategorikan hensem jgkla..tinggi dan melidi. Punya bakat melukis terutamanya lukisan karikatur. Skrg sedang menuntut di Univ Tun Hussein Onn, just 30 minutes driving from our home. Dlm adikbradik lelaki dan ipar2 kami, dia sorg je yang ’mulut berasap’. Hopefully dia akan cepat sedar bahaya menjadi penghidap ’mulut berasap’. Berada di usia awal 20-an, Sahli mmg sedang menikmati zaman remajanya (sbb dia ni jarang balik umah). Walaupun begitu, kami sekeluarga percaya dia pandai menjaga diri & menjaga maruah keluarga…
Kahfi – Mohd Kahfi
Baru abis PMR, skrg sdg menuntut di Sekolah Agama Bugisiyyah, Tampok. Sebagai anak bongsu, sifat manjanya mmg xdpt dielakkan. Tapi Kahfi ni rajin, suruhlah dia buat ape2pun mesti dia akan buat. Tolong angkat sampah, pegi kedai bila kehabisan brg nak masak, cuci laman depan umah, siram pokok bunga mak masa mak pegi haji..hehe byk pahala tu (^_^) Yg klaka2 ade satu pokok mak kena siram dua hari sekali je tp oleh kerana terlebih rajin Kahfi siram hari2 pagi & ptg. At last pokok2 mati..kebetulan pokok2 pokok kesayangan mak. Bila mak balik dari haji, mak cuma kata “xpela..dah nk mati nak buat mcm mane” hehe..nmpknya mak aku ni lebih meningkat kesabarannya lepas balik haji..Alhamdulillah..
So, itulah dia perihal keluarga aku yang seramai 8 orang + 3 menantu + 5 cucu.. Semoga keluarga kami akan bertambah besar, dianugerahkan keharmonian yang berpanjangan dan mendapat keredhaan dariNya..amin!
2 comments:
Salam. Well, tahniah lah atas kelahiran blog ni. As a amature blogger, kira oklah. Aku pun bukannya pembaca blog (ni kali pertama aku baca blog!!!macam gini ghupanyer!!) jauh sekali nak menulis blog, tapi kejahilan ini bersifat sementara. Dan kau tu, jangan buat kije separuh jalan. Dan tulih lah benda2 yang menarik. Macam #usrati#. Cuma tak acilah... apasal komentar pasal mak tu lebih panjang dari yang lain?? papa punya pun ketot je. Aku rasa banyak lagi benda2 yang best2 dan amazing yang boleh dimuatkan. Contohnya... kisah aku dan kau... selitlah citer2 macam... peristiwa baju putih dot dot kuning... cerita sahli dengan peta kunci rumah..... cerita kahfi dengan kura2 etc. ups..nanti nampak macam cerita hikayat pulakkan... tapi its based on real story what!!!!
Hahaha!!! thank u so much, I really appreciate your truthful comment. u are rite my sis! InsyaAllah aku akan tulis sume suggestion ko tu. oleh kerana ko dah mengingatkan aku kepada semua cerita2 tu, aku juga xkan lupe menulis pasal kes menjilat aiskrim yang sentiasa membuat aku terharu bila teringatkannya! hehehe...(^_^)
Post a Comment