Sunday, February 15, 2009

::tanyalah ustaz di tv9 - NIKAH KAHWIN::

Sejurus selepas adegan cemas pencuri selepas Subuh pagi tadi, aku dah xde nafsu nak sambung tido. Apalagi yg best nak dibuat pagi2 ni, mestilah bukak siaran tv. tv3 siar ceramah motivasi pagi..astro ria duk tayang drama..astro prima dengan raja lawaknya, tv9 ada rancangan tanyalah ustaz. Kebetulan tajuknya hari ni pasal NIKAH KAHWIN. Eh macam tau-tau plak tv9 ni hehehe...Ada hikmahnya aku x sambung tido pagi ni (^_~)v

Walaupun ketinggalan separuh masa siaran, banyak jugak input yang aku dapat dari rancangan tanyalah ustaz ni. Caller yg nak tanya soalan pun ramai..menandakan walaupun nikah kahwin merupakan perkara yang x asing bagi kita, tapi banyak lagi yang kita jahil tentang bab nikah kahwin ni especially yg menyentuh hukum-hukum Islam...

Antara yg aku sempat dengar & boleh dikongsi bersama ialah:

1) Senarai jemputan
Mengikut sunnah Rasulullah s.a.w, orang-orang yang kenyang adalah jemputan yang terkemudian. Maksudnya, senarai jemputan kita seharusnya mengutamakan orang-orang yang miskin & kurang berkemampuan, yang jarang dapat merasa makanan yang sedap-sedap. Tapi sebaliknya berlaku, kita selalu mengutamakan 'golongan yang kenyang' iaitu orang-orang yang kaya utk hadir ke majlis kita (untung-untung orang kaya tu bagi 'duit salam kaut' lebih ckit). Bila dah xde orang sgt, barulah teringat kat jiran ujung kampung yang duduk kat umah kayu yg dah nak roboh...tu pun berkira-kira nak jemput ke tak...

2) Jangan mengharap orang datang bagi 'duit salam kaut'
Kat kampung aku, orang panggil 'duit salam kaut'. Ala..duit yg org slalu masuk dlm ang pow pastu masa salam mak pak pengantin depa sertakan sekali masa bersalam. Konon nak sorok tak bagi org nampak la tu..Yela nak bersedekah mana bleh org nampak kan hehe...Actually bukan menjadi satu kesalahan bila memberi duit salam kaut ini, kerana menurut mak aku konsepnya ialah membantu keluarga pengantin yang tentunya kehabisan banyak duit untuk mengadakan kenduri kahwin. Yang menjadi masalahnya ialah apabila ada yang berharap kutipan duit salam kaut ni dpt pulang modal duit yang telah dibelanjakan. Macam berniaga pulak. Patutnya kita niat panggil orang makan sebab nak berkongsi kegembiraan anak kita kahwin di samping memenuhi sunnah Rasulullah s.a.w yang menganjurkan diadakan kenduri walaupun hanya dgn seekor kambing untuk memberitahu org ramai tentang pernikahan anak kita...

3) Adab menjadi tetamu dikenduri kahwin
Menjadi tetamu pun ada adabnya..apabila menerima jemputan, maka wajib dipenuhi. Actually aku pun byk x pegi kenduri kahwin member sejak bermastautin di Kulim, sbb kebanyakannya diadakan di Kuala Lumpur & N.Sembilan. Ustaz tu ckp, kalau x dpt pergi kena call atau bagitau kita xdpt dtg & kena minta maaf. Kalau kita buat x endah je jemputan tu kita akan berdosa. Apabila berada di majlis, ingat adab ketika makan..berpada-padalah ketika mengambil juadah, jangan sampai penuh pinggan lepas tu mkn satu suap je, rasa x kena selera, terus tolak pinggan ke tepi. X baik tau, kecik ati tuan umah nmpk kita buang makanan dia..Selain itu, biasakan diri mendoakan pengantin. Selalunya kita ucap 'tahniah', pengantin pun jawab 'tima kasih.'.Apa kata kita ubah cara kita dgn mendoakan mereka. Ustaz tu ada baca doa pengantin tapi aku xsempat tulis. Ustaz tu kata boleh cari dalam buku doa, x pun kita doa jela yang baik-baik untuk pengantin. Macam2 tu pun boleh juga....

4) Elakkan menjemput 'pak andam' sebagai jurusolek pengantin
Dah jadi lumrah, bila jadi pengantin mesti nak cantik..yela orang yg dtg sume nak tgk kita kan.. Trend masa kini golongan 'pak andam' makin hangat dipasaran dan menjadi pilihan pasangan pengantin. Ramai yg mengatakan solekan 'pak andam' lebih mengancam dari 'mak andam' (aku pun mulanya terpengaruh dgn statement ni). Tengok saja make-up artist kebanyakannya pun dtg dari golongan 'separuh-separuh' ni. Aku sendiri ada pengalaman berurusan dgn 'pak andam'. Bulan lepas aku booking pakej andaman di Batu Pahat utk majlis aku yg bakal berlangsung x lama lagi. Majoriti tenaga kerja butik andaman tu dari golongan tersebut. Mulanya aku excited sbb nak cantik, aku x kisah pun kalau 'pak andam' yang solek aku. Tapi bila dah sebulan lepas booking aku jadi xtenteram bila teringatkannya. Rasa macam xsedap hati (sebenarnya rasa berdosa & terbayang majlis aku nnt x diberkati, na'uzubillahi min dzalik)...Selepas mendapat khidmat kaunseling dari Kak Yana, aku pun mengambil keputusan membatalkan tempahan. Spt biasa, duit deposit xdipulangkan, rugi jgkla RM100 tapi xpe, aku redha..sejurus selepas membatalkan tempahan aku rasa satu perasaan lega menyelinap dalam hati aku, fikiran jadi lapang..bak kata Kak Yana, antara tanda kita buat keputusan yg betul ialah kita akan berasa lega selepas itu. Sekarang ni, aku dah pun booking satu pakej andaman yang 100% made by pure women (^_^) ...

5) Digalakkan bapa kandung pengantin perempuan menikahkan sendiri anaknya
Menurut ustaz, sememangnya digalakkan bapa kandung menikahkan sendiri anak perempuannya. Ia bukanlah perkara yang rumit untuk dilakukan malah lafaz ijab dan qabulnya lebih ringkas berbanding kebiasaan yang dilafazkan oleh qodi yang menjadi wakil si ayah. Aku sendiri berhajat besar agar aku dinikahkan sendiri oleh papa. Aku dah suarakan pun hasrat aku ni kepada papa, dan papa dah pun bagi 'green light'. Alhamdulillah..(^_^) Selaku puteri terakhir yang bakal dinikahkan, mungkin papa x mau lepaskan peluang ini...

6) Pantang larang untuk mengadakan majlis kenduri kahwin
Ada dua pantang larang orang lama yang agak popular bila kita plan nak pilih tarikh kenduri kahwin: Pertama, ada bulan-bulan Islam tertentu yang x digalakkan diadakan kenduri kerana bimbang mengundang bala, keluarga yang dibina tidak berkekalan/tidak dikurniakan rezeki yg banyak/tidak dikurniakan anak, dll lagi yg tak elok. Kedua, tidak boleh mengadakan kenduri dua org adik beradik serentak, nanti salah satu pasangan tidak akan bahagia. Sebenarnya, pantang larang ini harus ditinggalkan kerana tidak disandarkan pada Al-Quran dan Hadith. Kebahagiaan terletak pada keberkatan majlis dan usaha pasangan mengekalkan kebahagiaan, bukan pada tarikh, masa dan sebagainya. Lagipun bukankah lebih elok jika adik-beradik mengadakan kenduri dlm satu majlis memandangkan jodoh masing-masing sudah tiba pada masa yang sama. Tambahan pula ianya lebih menjimatkan kos & tenaga.. tak gitu pakcik-pakcik dan makcik-makcik? (^_~)v

Sebagai penutup, ustaz menyimpulkan apabila mengadakan kenduri kahwin, berniatlah yang kita ingin melaksanakan sunnah Rasulullah s.a.w dan ingin mengeratkan silaturrahim sesama saudara-mara dan masyarakat sekeliling. Hindarkan pembaziran dan rasa riak/takabbur (nak menunjuk-nunjuk yang kita ni banyak duit dengan menganjurkan majlis yang super duper grand!).

Wallahualam..

~nama ustaz tu aku tak tau hehe...tapi walau apapun, input yang diberi sgt memberi manfaat. I like...Thank you tv9, kau memang dekat di hatiku (^_^)v ~

2 comments:

Anonymous said...

Errrrrr....bagusnya kalau mawi dan ikin tu dapat tazkirah aka pedoman dari ustaz ni sebelum diorang buat majlis kawin ari tu.....

Wid Shualdi said...

Actually kalau diorang dengar pun, diorang xbleh nak wat ape..Sume2 kan orang yang bermurah hati nak taja. Bukan depa yg mintak. Untungnya jadi pengantin konon glemer mcm mawi n ekin! huhu..Org yg taja 2 pun buta kot, bagi duit kat org byk duit buat ape? Cianla kat org yang bertahun2 makan nasi lauk telor + kicap sbb nak kumpul duit kawen. Lagi byk pahala tau!