Friday, February 13, 2009
::hari memperingati kekasih a.k.a valentine's day::
Esok satu dunia bakal menyambut satu hari yang diperuntukkan utk sang kekasih memperingati pasangan masing-masing. Mungkin hari-hari biasa x ramai yang ingat dia tu ada kekasih kot so wajiblah pada 14 Feb kena pulihkan ingatan masing2 semula huhu... Kalau nak dibicarakan larangan menyambut hari valentine bagi ummat Islam mmg majoriti sudah tahu. Saban tahun jadual forum-forum dan ceramah-ceramah agama di bulan Februari pasti akan dimuatkan dengan topik tegahan menyambut hari valentine. Malangnya stesyen televisyen yang menyiarkan forum-forum dan ceramah-ceramah agama tersebut pada masa yang sama sibuk mempromosikan rancangan-rancangan dan iklan-iklan sempena valentine. Mmg xboleh salahkan mereka, mereka pun nak jaga periuk nasi mereka juga kan..lagipun Malaysia sendiri berbilang kaum..sasaran mereka adalah umum, so pandai2la pilih mana yg elok dan mana yg xelok..cuma harapan aku semoga ummat Islam seluruh dunia terutamanya golongan muda jgnla sesekali menyokong sambutan hari memperingati kekasih ni..Peringatan ini untuk diriku juga! (^_^) Wallahualam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment