Sunday, February 15, 2009

::pencuri !!!::

Hari ni hari minggu..aku tersedar dari tidur jam 6 pagi. Boleh tahan awal jgk huhu...Syukur alhamdulillah Allah s.w.t berikan aku kesempatan untuk bernafas dan mencelikkan mata buat kesekian kalinya hari ini. Kesempatan yang diberi disyukuri dengan solat wajib dua rakaat. Niat di hati nak menyambung lena..maklumla hari minggu. Tapi mata segar pulak. Hmm lepak-lepak dulula, dalam hati tgh berkira-kira nak tidur ke nak buat sarapan...

Tgh syok lepak kat bilik tetiba ada suara lelaki menjerit di luar umah. Mula-mula x kedengaran butir jeritan hamba Allah tu, tapi lama-lama makin kuat.. "Pencuri!! Pencuri!!!" Aku terus meluru ke tingkap, skodeng ikut tingkap la dulu, takut beb nak keluar... Aku tengok kat depan umah jiran-jiran dah berkumpul, ada sorang kakak tu asyik menuding tangan ke arah umah hujung di lorong kami sambil mulutnya sibuk menceritakan sesuatu. Jantung aku berdebar-debar, macam suspen la plak. X boleh jadi ni, aku kena keluar pi join depa, at least aku tau apa yang jadi.

Dari cerita salah seorang jiran depan umah aku (suami kakak yg aku cerita tadi), isterinya berada di luar umah semasa kejadian. Sejurus terdengar jeritan hamba Allah tadi, kakak tu nampak lelaki bermotor (x pasti berapa orang naik motor tu) sedang cuba mengambil sesuatu dari dlm kereta mangsa yang sedang bersiap-siap nak pegi kerja. Tapi mungkin kerana terkejut dengan jeritan mangsa (yang pada aku memang kuat sbb jeritan dia boleh dengar sampai umah aku yang 6 buah umah jaraknya dari umah dia), pencuri tu cabut lari. Tau pulak takut... Kakak tu cakap dia memang perasan masa dia keluar umah nak panaskan enjin kereta dia nampak lelaki bermotor berlegar-legar di sekitar lorong umah kami. Mungkin masa tu orang jahat tu tengah survey mangsa yang sesuai.

Lepas bercerita, sempat jugak jiran aku nasihatkan aku supaya berhati-hati sebab kebanyakan mangsa adalah perempuan. Yela, perempuan kan kurang berdaya nak melawan..Antara nasihatnya: kalau nak keluar umah, pastikan line clear..(tiada kelibat manusia bermotor yang kelakuannya mencurigakan). Kadang-kadang orang jahat ni sembunyi kat balik pokok, so kena perhati betul-betul.

Actually, aku pun ada juga amalkan langkah berjaga-jaga sejak akhir-akhir ni. Antaranya seperti yang disarankan oleh jiran aku dan satu lagi, untuk keselamatan semasa pemanduan (selain pakai seatbelt) simpan barang berharga kat tempat tersorok dlm kereta (xkira la bonet keta ke, bawah kerusi keta ke etc.)

Kesimpulannya kejadian jenayah seperti ragut, rompak, samun, rogol dsb. memang sentiasa mengancam masyarakat. Apatah lagi dlm keadaan ekonomi meleset skrg ni, kadar jenayah memang meningkat sbb ramai orang kena buang kerja. Mane yang desperate dan xkuat iman, cara cari rezeki x halal ni lah yang diorang pilih. Apa yang boleh kita buat ialah tingkatkan langkah-langkah keselamatan untuk mengurangkan risiko menjadi mangsa di samping berdoa kepada Yang Maha Esa agar terlindung dari mata-mata jahat di sekeliling kita. Satu lagi kita perlu hidup bermasyarakat, ambil tahu apa yang berlaku kepada jiran sebelah menyebelah. Jangan macam katak bawah tempurung, hidup dalam dunia sendiri dan x peduli apa yang berlaku di dunia luar.

~nak tambah ckit lagi: Jangan jadi katak PEKAK bawah tempurung. At least katak bawah tempurung yang x pekak boleh dengar apa yang berlaku di luar, x gitu? hehehe...~

3 comments:

Anonymous said...

Apsal tempat tinggal kau ni banyak kejadian macam ni??? ini boleh mengganggu keamanan dan ketenteraman. Patutnya kejadian serupa ini dilaporkan ke pondok polisi, mintak polisi2 tu ronda2.@ nanti kalau ada AGM kau usulkanlah adakan sentri. @ paling mudah kau boleh memohon kepada Allah agar kau seisi rumah disentri dari segala kemudharatan. Caranya: Baca surah al Mu'awwidzatain (Surah Al-Falaq & An Nass) setiap kali sebelum tido. InsyaAllah akan selamat dan aman dari kejahatan jin dan manusia dan semua gangguan. Usahalah juga yang lainnya cthnya pasang cctv, hire guard dan bla bla bla... lagi satu... kalau lah katakan barang/duit hilang...kau buat macam ni.
ambil kain putih lebar 1 kakiX 1 kaki. lipat 7 kali secara memanjang. setiap kali lipat baca al fatihah dan ad duha.kemudian ikat mati bucunya. niat "Ya Allah, kau bukakan pintu hati orang yang mengambil hakku, supaya memulangkan hakku". Lepas tu simpan kain tu dalam tempat yang gelap. lepas barang dipulangkan, buka ikatan. cara ni boleh juga digunakan untuk melembutkan hati orang yang berhutang dengan kita. Insyaallah...

Wid Shualdi said...

Hanya Allah sahaja yg tahu nape Kulim ni jadi tumpuan penjenayah. Mungkin depa rasa kat cni 'bebas' ckit buat kerja haram2 kot, kalau kat tempat lain mesti awal2 kena tangkap. Huhu.. u know what I mean? Sendiri fikir la yek. btw, mana dapat kaedah lipat kain putih tu?

Anonymous said...

Kaedah lipat kain tu aku dapat dari Ustaz Abdullah yang bagi ceramah time puasa yang lepas. aku pun tak pernah cuba. tapi yelah kan sekadar menyebarkan ilmu, mana tau berguna di hari kemudian