Friday, February 13, 2009

::usrati::

Aku sgt teruja utk bercerita pasal family aku. Sedari hari pertama aku dilahirkan ke dunia, aku sudah punya mak & papa, seorang abang & 2 orang kakak. Kira lengkapla..adik xtermasuk ye sbb masa2 dh tentu aku yg bongsu hehehe... Let me describe about each of my family members:


Mak – Pn Hajah Sayinah bt Haji Asmawi

Mak aku seorang surirumahtangga sepenuh masa. Tahun ni mak berada di ambang umur 58 tahun..but mak still look young i tell u..Kalau kami jln ngan mak mesti org ingat adikberadik (^_^) Ini semua berkat kurnianNya dan kesungguhan mak mengamalkan petua2, jamu2, ulam2an + krim muka Olay (mak guna sejak anak dara, masa2 dikenali sbg Oil of Ulan. Pengguna setia sungguh!! Olay patut jadikan mak aku model depa rather than current models! huhu..Mak mmg jadi contoh ikutan aku dlm mendidik anak2. Kami x dimanjakan dgn pakaian & barang2 berjenama (hampir sume pakaian dijahit sendiri oleh mak, even gaun utk anak2 perempuannya..sama cantik dgn gaun Kiki Lala tau!), fastfood spt McDonals, KFC, Marrybrown etc mmg santapan ‘luarbiasa’ bg kami adikbradik, apa yg mak masak itulah yg kami sekeluarga mkn. Mak juga pakar dlm penjimatan dan pengurusan kewangan keluarga di mana papa sendiri mengakuinya. Papa pnh cte kat aku, dulu masa baru kawen, gaji papa kecik je. Sesak2 tu biasala, tapi setiap kali sesak, mak selalu ada ’bantuan’ yg menyelamatkan keadaan. Mak kata bantuan2 dtg dari duit tiap2 bulan yg papa beri kepada mak. Hmm...agaknya kalau org zaman skrg, mana pegi duit yg suami bagi tiap2 bulan ek. Haa..korang pikirla sendiri! Huhuhu...


Papa – Tuan Haji Shualdi bin Moktar

20 Feb ni Papa dah umur 57 tahun. Papa muda 8 bulan dari mak. Berkulit sawo matang, tinggi & tegap. Papa dah bersara, dulu papa kerja ngn Felcra. Skrg ni papa still involve dgn agriculture activities. Mmg dah dunia papa..That's why papa maintain sihat smpai skrg..Dulu papa mcm garang ckit tapi bila anak2 dah besar papa semakin sporting & suka melawak ngn kami. Aku ingat lg papa marah aku sbb xfaham2 cane nak solve kerja umah Matematik smpai aku menangis smbil wt kerja umah huhu..masa2 aku 'lampi' (lbt pick up) ckit. Tp xpe, biar menangis dahulu jgn menangis kemudian..(^_^)


Abang – Mohd Khairul

Wpun abg aku ni our big brother actually he is the shortest among us hehe..mak aku kata masa ngandung abg aku dulu mak aku duk ngan nyai (nenek) aku. Biasala org dulu2 kn byk pantang larang, so byk mknn yg patut bleh mkn nyai aku xbg mak aku mkn. Pendek kata mungkin abg aku terkurang zat kot heee...Sbg anak sulung, abg aku ni mmg 'qudwah hasanah' dlm adikbradik aku. Pencapaian beliau sentiasa membanggakan Alhamdulillah...sudah 10 tahun berumahtangga dgn Kak Lin dan dikurniakan 3 orang puteri (Nurul Iman, Nurul Husna & Nurul Syifa')..Semoga beliau terus sukses dan bahagia selalu insyaAllah..


Kakak – Salwariza

Kalau abg aku terkurang zat, kakak aku ni plak terlebih zat sbb dia anak ppuan plg tinggi dlm family aku (^_~)v Juga sdh berumahtangga & dikurniakan sepasang anak (Shereen & Azmil Arif). Kakak aku ni contoh wanita paling tabah bagi aku. Semoga Allah sentiasa melindungi dan memelihara kakak sekeluarga..Amin ya rabbal ’alamin...


Kak Yana – Wediana

Tua 2 tahun dari aku. Dulu masa kecik2 aku suka gaduh ngan dia ni. Hehe biasala gaduh2 manja..Nama aku pun actually kesinambungan dari nama Kak Yana. Dilahirkan pada 7 Oct 1981 pada hari Rabu (Wednesday). Hasil kreativiti papa, diambil kependekan ‘Wed’ dan digabungkan dgn Diana (kerana kebetulan pd masa tu mendiang Puteri Diana sgt popular seantero dunia). Maka terlahirlah nama Wediana. Kak Yana mewarisi hampir 100% raut wajah mak. Cuma dia terlebih chubby je. Hehe… Mendirikan rumahtangga bersama Abg Ruslan, Kak Yana mmg kelihatan sgt bahagia skrg (berpandukan berat badannya yg meningkat secara linear dgn usia perkahwinan). Huhu... tapi xpe, suami dia suke..(^_~)v


Me myself – Wedianti

Kebetulan aku juga dilahirkan pd hari Rabu, maka Papa cuma meng’alter’ nama Kak Yana dan aku dinamakan Wedianti. Setakat ni aku baru jumpe sorang hamba Allah yang bernama sama dgn aku, itupun datangnya dari negara jiran..huhu..mmg aku dh agak dah (^_~)v Tiada yang khusus utk diceritakan mengenai diri aku, cuma skrg ni aku sedang melalui fasa-fasa perubahan yang sebahagian besarnya bakal mencorak masa depanku..mudah2an perubahan itu menjadikan aku lebih tunduk dan patuh kepada Yang Maha Pencipta..amin..


Sahli – Mohd Sahli

Adik lelaki aku ni boleh dikategorikan hensem jgkla..tinggi dan melidi. Punya bakat melukis terutamanya lukisan karikatur. Skrg sedang menuntut di Univ Tun Hussein Onn, just 30 minutes driving from our home. Dlm adikbradik lelaki dan ipar2 kami, dia sorg je yang ’mulut berasap’. Hopefully dia akan cepat sedar bahaya menjadi penghidap ’mulut berasap’. Berada di usia awal 20-an, Sahli mmg sedang menikmati zaman remajanya (sbb dia ni jarang balik umah). Walaupun begitu, kami sekeluarga percaya dia pandai menjaga diri & menjaga maruah keluarga…


Kahfi – Mohd Kahfi

Baru abis PMR, skrg sdg menuntut di Sekolah Agama Bugisiyyah, Tampok. Sebagai anak bongsu, sifat manjanya mmg xdpt dielakkan. Tapi Kahfi ni rajin, suruhlah dia buat ape2pun mesti dia akan buat. Tolong angkat sampah, pegi kedai bila kehabisan brg nak masak, cuci laman depan umah, siram pokok bunga mak masa mak pegi haji..hehe byk pahala tu (^_^) Yg klaka2 ade satu pokok mak kena siram dua hari sekali je tp oleh kerana terlebih rajin Kahfi siram hari2 pagi & ptg. At last pokok2 mati..kebetulan pokok2 pokok kesayangan mak. Bila mak balik dari haji, mak cuma kata “xpela..dah nk mati nak buat mcm mane” hehe..nmpknya mak aku ni lebih meningkat kesabarannya lepas balik haji..Alhamdulillah..


So, itulah dia perihal keluarga aku yang seramai 8 orang + 3 menantu + 5 cucu.. Semoga keluarga kami akan bertambah besar, dianugerahkan keharmonian yang berpanjangan dan mendapat keredhaan dariNya..amin!

2 comments:

DianaRuss said...

Salam. Well, tahniah lah atas kelahiran blog ni. As a amature blogger, kira oklah. Aku pun bukannya pembaca blog (ni kali pertama aku baca blog!!!macam gini ghupanyer!!) jauh sekali nak menulis blog, tapi kejahilan ini bersifat sementara. Dan kau tu, jangan buat kije separuh jalan. Dan tulih lah benda2 yang menarik. Macam #usrati#. Cuma tak acilah... apasal komentar pasal mak tu lebih panjang dari yang lain?? papa punya pun ketot je. Aku rasa banyak lagi benda2 yang best2 dan amazing yang boleh dimuatkan. Contohnya... kisah aku dan kau... selitlah citer2 macam... peristiwa baju putih dot dot kuning... cerita sahli dengan peta kunci rumah..... cerita kahfi dengan kura2 etc. ups..nanti nampak macam cerita hikayat pulakkan... tapi its based on real story what!!!!

widyan said...

Hahaha!!! thank u so much, I really appreciate your truthful comment. u are rite my sis! InsyaAllah aku akan tulis sume suggestion ko tu. oleh kerana ko dah mengingatkan aku kepada semua cerita2 tu, aku juga xkan lupe menulis pasal kes menjilat aiskrim yang sentiasa membuat aku terharu bila teringatkannya! hehehe...(^_^)