Untuk kelahiran pertama ni, saya berazam untuk menyusukan Ajmal secara eksklusif sehingga umur Ajmal 2 tahun. Walaupun pelbagai rintangan, halangan, pancaroba dan yang sewaktu dengannya, saya tak kira! Nak jugak breastfeed Ajmal..saya nak jugak, saya nak jugak!!! hehe...
Sejak mula Ajmal tumbuh dalam rahim lagi saya dah menanam cita-cita murni ni. Bloghopping hari-hari pun duk cari info macam mane nak menjayakan misi bf secara eksklusif..banyak jugak blog yang menyediakan panduan penyusuan ibu, seperti beliau ini, serta beliau ini dan tak lupa beliau ini juga. Mereka menceritakan pengalaman masing-masing, masalah-masalah penyusuan ibu dan macam-macam lagi lah. Saya yang cetek pengalaman ni sangat berterima kasih kepada blogger-blogger yang sudi berkongsi cerita. Memang bestla orang-orang macam ni, tak lokek ilmu (^_^)
Saya mula menyusukan Ajmal masa dalam labour room lagi. Saya pun tak sure masa tu susu badan dah ada ke belum tapi masa akhir-akhir pregnant dah terbit susu sikit-sikit...Ajmal pun nampak khusyuk je menghisap so maknenye ade la tu hehe...Saya memang dah pesan kat Ajmal dari dalam perut lagi, bila dah lahir nanti minum susu saya je, jangan minum susu lain. Mendengar kata nampaknya anak saya ni (^_~)
Masa mengandung 8 bulan saya dah siap-siap beli set mengepam susu elektrik jenama Spectra 3. Kakak saya selalu cakap saya ni orang yang 'detail'. Sebab kalau buat apa-apa mesti nak ada semua, lengkap! Saya memang orang yang macam tu, pada saya kalau nak buat apa-apa mesti buat yang terbaik dan bila nak yang terbaik persediaan mesti lengkap. Kalau itu takde ini takde macam mane nak menjayakan sesuatu perkara kan? Betul betul betul!!! (sendiri jawab hehe...)
Untuk penyusuan ibu yang tiptop, kita mestilah menuntut ilmu menyusukan secara betul, mengepam susu, penyimpanan susu perahan, pengendalian susu perahan dan sebagainya. Daripada blog, majalah dan buku yang saya baca ada bermacam-macam cara yang dipraktikkan oleh ibu-ibu..ikut keselesaan masing-masing. Especially bila menyentuh bab penyimpanan susu perahan. Ada yang buat stok sampai berpuluh-puluh botol dalam peti sejuk. Kagum...kagum... Bukan senang tau nak buat stok banyak macam tu. Saya pun baru 4 hari memulakan aktiviti mengumpul stok susu, baru dapat 4 botol yang dalamnya saya isi 3 oz susu setiap satu. Saya tak buat stok masa berpantang di kampung mak saya sebab nanti nak balik Kulim susu beku tu mesti rosak punye, 500 km travel dari Batu Pahat ke Kulim..perjalanan ambil masa 8 jam (tu pun kalau tak banyak berhenti). So, saya start kumpul stok bila dah balik Kulim..
Ni nak tunjuk susu perahan pertama untuk Ajmal masa Ajmal baru 3 hari dilahirkan. Masa ni perah sebab susu penuh dan agak menyakitkan. So perahla supaya tak bengkak dan dan membawa kepada demam huhu...
Masa ni warna susu kekuningan, kaya dengan kolestrum yang saaaaaangat baik untuk Ajmal. Khasiatnya memang tinggi, kandungan protein 3 kali ganda melebihi susu biasa dan ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.
Mengikut perubatan moden, bayi hanya perlu susu ibu SAHAJA sehingga usianya 6 bulan supaya bayi dapat khasiat daripada ibu secara optimum. Tapi biasalah, mak-mak kita ni dah terbiasa dengan cara orang dulu-dulu, suruh bagi minum air masak lepas tiap kali menyusu. Saya hanya cakap saya tak mau beri sebab Ajmal hanya perlu air susu ibunya sahaja. Nasib baik mak saya faham. hehe...
Setakat ni saya tak menghadapi banyak masalah kecuali satu perkara..mengajar Ajmal minum susu perahan guna botol. Silap saya jugak, sebab tak biasakan Ajmal menyusu guna botol masa dalam pantang. Saya cuma try susukan Ajmal guna botol dua kali je masa usia Ajmal 2 minggu. Saya guna botol susu Tommee Tippee..masa tu Ajmal nak je hisap, so saya assume dia memang takde masalah nak guna botol. So saya direct breastfeed je sampaila Ajmal dah sebulan saya try bagi semula susu guna botol. Kali ni dia reject! Adoyai...memang masalah besar! Lagi 2 minggu je saya nak mula kerja semula, habisla saya kalau Ajmal tak mau menyusu guna botol. Saya masih lagi guna botol susu Tommee Tippee masa sesi latihan Ajmal, dia meronta-ronta tak mau terima puting susu botol tu. asyik keluarkan je dari mulut dia. Mula-mula saya sabar la jugak, takmau putus asa..masuk hari ke-4 saya dah mula nak menangis, sedih sangat sebab Ajmal masih tak mau minum susu dari botol.
Saya pun search kat internet cara lain nak pujuk Ajmal minum susu guna botol. Saya hampir-hampir beli botol susu Adiri yang mahal tu (pada saya mahal, tak tau la orang lain). Nasib baik botol tu takde dalam stok. Ada yang cadangkan guna puting jenis getah. So saya pun pergila beli kat babyshop. Puting getah lebih lembut dari puting silikon. Harganya RM5/unit (brand Pigeon)..Saya beli satu je sebab nanti tak la rugi kalau Ajmal reject. Balik dari kedai saya tak putus-putus berdoa mudah-mudahan Ajmal nak la terima puting susu getah ni...Syukur alhamdulillah, bila letak je kat mulut Ajmal, Ajmal terus isap dengan bersungguh-sungguh! Fuhhh...lega...selesai satu masalah (^_^) Lepas ni ummi beli lagi ye puting getah untuk Ajmal hehe....
Sekarang ni saya perlu cari lagi info-info lain terutamanya macam mane nak membanyakkan susu badan. Kalau dapat info lain yang best saya akan share kat sini untuk dimanfaatkan bersama-sama...Saya berdoa kepada Allah mudah-mudahan diperbanyakkan susu dan dipermudahkan segala urusan agar Muhammad Ajmal Wafiy dapat menikmati susu dari umminya sehingga umur Ajmal 2 tahun. amin......
Akhir kata, anak lembu minum susu lembu, jadi anak manusia kena la minum susu manusia kan? So, kenapa perlu beri susu lembu kepada anak manusia? Hehe...fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah! (^_~)v
.
.
.
.
.
.
.
oh, ade satu lagi akhir kata,
Semua ibu mampu menyusukan anaknya sendiri...
Yakinlah!!!
(^_^)
.
.
.
.
.
.
oh, ade satu lagi akhir kata,
Semua ibu mampu menyusukan anaknya sendiri...
Yakinlah!!!
(^_^)
No comments:
Post a Comment