Saturday, July 31, 2010

Ka-Ching!

Tau tak antara perkara2 yang menyeronokkan untuk dibuat bila takde keja? Haha...kira duit tabung!!! Seronok wa cakap sama lu...lagi-lagi kalau tabung tu ala-ala dah sarat 9 bulan, berat hampir doploh kilo, dan agak-agak hasil dia macam boleh belanja seisi keluarga makan satay sorang tigeploh cucuk!

Masa kecik-kecik dulu saya tak pernah ada tabung yang penuh. selalu isi dua tiga posen pastu terlupe oh, aku ada tabung rupenye..itupun setelah tabung tu dijumpai semula secara tidak sengaja! hehehe...seingat saya tabung paling best yang saya ada ialah tabung bedak johnson&johnson. huhuu...

Niat menabung ni tetibe datang semula masa tengah pregnant. Kan orang cakap, habit ibu masa mengandung sedikit sebanyak akan turun ke anak. So, saya tak mau la anak saya mewarisi sifat saya yang malas menabung ni dan kenalah bertukar menjadi orang yang suuuukeeee sangat menabung. dan encik suami pun mau turut serta malahan bilangan syiling beliau lebih banyak menerobos lubang tabung berbanding saya ngehngehngeh (^_~)v Kami juga isytiharkan duit tabungan ni adalah hak mutlak Ajmal =)

Jadi, apa lagi, mari kita mulakan operasi!!!

Betul cakap orang-orang tua, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Inilah buktinya! hehehee...

Untuk mudahkan kira, susun cantik-cantik macam ni...

Dan akhirnya...tadaaaa!!!!!! Semua duit syiling dan duit kertas yang berjaya disusun (^_^)


Dan nikmatilah pemandangan duit-duit yang menyamankan mata...memang seronok semacam bila tengok duit banyak-banyak kan? Ni baru duit syiling, belum duit kertas bersusun dalam briefcase (^_~)


Berapa hasilnya? Hmm...lebih kurang 10,000 sen malaysia++. Wow! lumayan...esok ajak encik suami gi bank bukak akaun untuk Ajmal. Mesti menyimpan bermula dari sekarang untuk masa depan Ajmal, senang bila nak masuk univesiti nanti, insyaALLAH... (^_^)

Friday, July 30, 2010

:: Ajmal @ 2 month ::

Cepatnye masa berlalu..Tau2 je Muhammad Ajmal Wafiy dah 2 bulan...Apa yang dah jadi pada Ajmal setelah 2 bulan ni? Banyaaaaakkkkk....Ajmal first time naik endoi, kenduri akikah Ajmal, Ajmal kena cucuk..hmm nak cerita satu-satu kang jenuh ummi dia nak menaip. Tapi yang paling penting sekali AJMAL DAH MAKIN COMELZZZZ!!! Hahaha..perasan lak ko kate anak ko comel..Hmm nak buat macam mane, dah hakikatnya memang comel hik3! Ha cuba tengok gamba ni, comel tak? (^_~)v



Ha kan dah kata comel...yang ni pun comel jugak tau.


Paling tak tahan tengok kecomelannye masa tengah tido. Eeee...geramnyeeee! Rase nak gigit-gigit je pipi Ajmal tu. hehehe.....


Bila cakap pasal comel ni teringat la pulak satu cerita. Abi Ajmal dan saya sendiri selalu cakap "Comelnye anak ummi ngan abi ni..geramla!" Tetibe kami ditegur oleh seseorang a.k.a orang lama..."Haish, jangan cakap comel, kata huduh!"

Uiks, terkesima sekejap. Kan elok kita cakap comel, setiap kata tu kan doa..apsal pulak nak kata anak saya huduh? Ish ish ish...tak faham betul dengan adat-adat orang lama ni hehe...takpela, ummi ngan abi tetap jugak nak kata "Ajmal comel! Ajmal comel!" berjuta-juta lemon kali! huhu... Tula, adat orang-orang lama ni mana yang baik kita ikutla, mana yang rasa dah ala-ala tak sesuai tu tak payah ikut pun takpe (^_^)

Ajmal, ummi tak belikan pun rocker chair untuk Ajmal. Sebab Ajmal dah ade rocker chair original made by abi! Hehe...lagi empuk, selamat dan portable, anytime anywhere boleh pakai. hakhakhak..(buruk lak aih ummi ketawa macam tu!)


Ajmal dah mula nak baca buku...bagusnye anak ummi ni! Nak jadi ulat buku ye...mudah-mudahan Ajmal cepat pandai membaca, nanti hari-hari ummi ajar Ajmal baca buku ye, macam nenek ajar ummi dulu. insyaAllah (^_^)


Tapi ada satu perkara la yang Ummi lama sangat tunggu...
nape rambut Ajmal lambat sangat nak panjang ek?

Monday, July 19, 2010

:: Jiranku dan CDku ::

Selain daripada azam yang mendalam untuk exclusively breastfeeding my Ajmal, saya juga berazam untuk support earth saving and go green by signing in as fully user of Cloth Diapers (CD). Diperkenalkan oleh seorang adik junior, saya mula berjinak-jinak untuk mengenal dengan lebih dekat lagi apakah itu CD..seperti biasa, pembacaan melalui internet mendominasi sumber informasi yang saya peroleh.

Mula-mula tak faham macam mane CD ni berfungsi. Apa itu insert, velcro, snap button etc. Rupa-rupanya mudah saja. Dia macam lampin boleh cuci yang kita guna masa kecik-kecik dulu (setahu saya mak saya tak pernah guna disposable diapers untuk kami adik beradik). Cuma bentuknya dan dimodenkan selaras dengan nama komersilnya sekarang 'Kain Lampin Moden' atau CD.

Saya beli cd ni batch by batch. Batch pertama beli masa pregnant 7 bulan. Saya beli 4 keping dapat free 1 keping cd + 5 insert + 5 washable nappy liner. Second batch beli cd bamboo pulak, pun beli 5 keping jugak. Bila Ajmal dah lahir, macam tak cukup pulak 10 keping cd, so saya tambah lagi 5 keping..Baru-baru ni beli lagi 5 keping dari my bff nadia..So total up Ajmal dah ada 20 keping CD untuk kegunaan hariannya. Cukupla tu.. (^_^)

Tajuk post ini ialah 'Jiranku dan CDku'...Apa kaitan jiran ngan cd pulak ni! Oh...di sini saya mau cerita perihal jiran yang bermulut tempayan. Tempayan pun tak mau mulut macam dia, dia pulak sibuk nak mulut macam tempayan. kih.kih.kih...Saya namakan dia 'T' stands for tempayan hehe..'T' ni saya nampak saya pakaikan Ajmal cd. So dia pun mula bertanya itu ini, macam mana cara pakai, cara basuh, ada berapa keping termasuk bab harga...Saya ni pun cerita panjang lebar dengan niat nak berkongsi ilmu dan promote penggunaan cd. Manalah tau 'T' tu pun nak selamatkan bumi jugak...Tidak lama kemudian, ada pula jiran lain merangkap kawan sekerja saya menyampaikan kepada saya si 'T' bertanya kepadanya, "Awak tak pakai ke lampin RM** ringgit" Uiks, mengapa perlu merujuk pada harga di dalam soalannya yang mencabar minda itu? Hmm..rupa-rupanya jiran saya tu nak perli saya pakai lampin yang agak mahal harganya TAPI dia lupa ke, kan saya dah bagitau dia ianya JIMAT UNTUK JANGKA MASA PANJANG!!! Apelah, penat je saya cerita kat dia, ingatkan nak la ambil iktibar same-same selamatkan bumi. Ni tak dia pergi jaja pulak cerita cd saya tu. Saya tak berniat pun nak berlagak pasal harga cd tu tau...tak baik tau...


CD yang menjadi umpatan jiran-jiranku..huhuhu...


Takpela, saya tak kisahla apa kata diorang, janji Ajmal dan ummi Ajmal happy! Dan semoga bumi yang kita diami ni pun happy dengan sumbangan saya yang tak seberapa ni (^_^)

Saturday, July 3, 2010

Anak manusia harusla minum susu manusia!

Untuk kelahiran pertama ni, saya berazam untuk menyusukan Ajmal secara eksklusif sehingga umur Ajmal 2 tahun. Walaupun pelbagai rintangan, halangan, pancaroba dan yang sewaktu dengannya, saya tak kira! Nak jugak breastfeed Ajmal..saya nak jugak, saya nak jugak!!! hehe...

Sejak mula Ajmal tumbuh dalam rahim lagi saya dah menanam cita-cita murni ni. Bloghopping hari-hari pun duk cari info macam mane nak menjayakan misi bf secara eksklusif..banyak jugak blog yang menyediakan panduan penyusuan ibu, seperti beliau ini, serta beliau ini dan tak lupa beliau ini juga. Mereka menceritakan pengalaman masing-masing, masalah-masalah penyusuan ibu dan macam-macam lagi lah. Saya yang cetek pengalaman ni sangat berterima kasih kepada blogger-blogger yang sudi berkongsi cerita. Memang bestla orang-orang macam ni, tak lokek ilmu (^_^)

Saya mula menyusukan Ajmal masa dalam labour room lagi. Saya pun tak sure masa tu susu badan dah ada ke belum tapi masa akhir-akhir pregnant dah terbit susu sikit-sikit...Ajmal pun nampak khusyuk je menghisap so maknenye ade la tu hehe...Saya memang dah pesan kat Ajmal dari dalam perut lagi, bila dah lahir nanti minum susu saya je, jangan minum susu lain. Mendengar kata nampaknya anak saya ni (^_~)

Masa mengandung 8 bulan saya dah siap-siap beli set mengepam susu elektrik jenama Spectra 3. Kakak saya selalu cakap saya ni orang yang 'detail'. Sebab kalau buat apa-apa mesti nak ada semua, lengkap! Saya memang orang yang macam tu, pada saya kalau nak buat apa-apa mesti buat yang terbaik dan bila nak yang terbaik persediaan mesti lengkap. Kalau itu takde ini takde macam mane nak menjayakan sesuatu perkara kan? Betul betul betul!!! (sendiri jawab hehe...)

Untuk penyusuan ibu yang tiptop, kita mestilah menuntut ilmu menyusukan secara betul, mengepam susu, penyimpanan susu perahan, pengendalian susu perahan dan sebagainya. Daripada blog, majalah dan buku yang saya baca ada bermacam-macam cara yang dipraktikkan oleh ibu-ibu..ikut keselesaan masing-masing. Especially bila menyentuh bab penyimpanan susu perahan. Ada yang buat stok sampai berpuluh-puluh botol dalam peti sejuk. Kagum...kagum... Bukan senang tau nak buat stok banyak macam tu. Saya pun baru 4 hari memulakan aktiviti mengumpul stok susu, baru dapat 4 botol yang dalamnya saya isi 3 oz susu setiap satu. Saya tak buat stok masa berpantang di kampung mak saya sebab nanti nak balik Kulim susu beku tu mesti rosak punye, 500 km travel dari Batu Pahat ke Kulim..perjalanan ambil masa 8 jam (tu pun kalau tak banyak berhenti). So, saya start kumpul stok bila dah balik Kulim..

Ni nak tunjuk susu perahan pertama untuk Ajmal masa Ajmal baru 3 hari dilahirkan. Masa ni perah sebab susu penuh dan agak menyakitkan. So perahla supaya tak bengkak dan dan membawa kepada demam huhu...

Masa ni warna susu kekuningan, kaya dengan kolestrum yang saaaaaangat baik untuk Ajmal. Khasiatnya memang tinggi, kandungan protein 3 kali ganda melebihi susu biasa dan ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.

Mengikut perubatan moden, bayi hanya perlu susu ibu SAHAJA sehingga usianya 6 bulan supaya bayi dapat khasiat daripada ibu secara optimum. Tapi biasalah, mak-mak kita ni dah terbiasa dengan cara orang dulu-dulu, suruh bagi minum air masak lepas tiap kali menyusu. Saya hanya cakap saya tak mau beri sebab Ajmal hanya perlu air susu ibunya sahaja. Nasib baik mak saya faham. hehe...

Setakat ni saya tak menghadapi banyak masalah kecuali satu perkara..mengajar Ajmal minum susu perahan guna botol. Silap saya jugak, sebab tak biasakan Ajmal menyusu guna botol masa dalam pantang. Saya cuma try susukan Ajmal guna botol dua kali je masa usia Ajmal 2 minggu. Saya guna botol susu Tommee Tippee..masa tu Ajmal nak je hisap, so saya assume dia memang takde masalah nak guna botol. So saya direct breastfeed je sampaila Ajmal dah sebulan saya try bagi semula susu guna botol. Kali ni dia reject! Adoyai...memang masalah besar! Lagi 2 minggu je saya nak mula kerja semula, habisla saya kalau Ajmal tak mau menyusu guna botol. Saya masih lagi guna botol susu Tommee Tippee masa sesi latihan Ajmal, dia meronta-ronta tak mau terima puting susu botol tu. asyik keluarkan je dari mulut dia. Mula-mula saya sabar la jugak, takmau putus asa..masuk hari ke-4 saya dah mula nak menangis, sedih sangat sebab Ajmal masih tak mau minum susu dari botol.

Saya pun search kat internet cara lain nak pujuk Ajmal minum susu guna botol. Saya hampir-hampir beli botol susu Adiri yang mahal tu (pada saya mahal, tak tau la orang lain). Nasib baik botol tu takde dalam stok. Ada yang cadangkan guna puting jenis getah. So saya pun pergila beli kat babyshop. Puting getah lebih lembut dari puting silikon. Harganya RM5/unit (brand Pigeon)..Saya beli satu je sebab nanti tak la rugi kalau Ajmal reject. Balik dari kedai saya tak putus-putus berdoa mudah-mudahan Ajmal nak la terima puting susu getah ni...Syukur alhamdulillah, bila letak je kat mulut Ajmal, Ajmal terus isap dengan bersungguh-sungguh! Fuhhh...lega...selesai satu masalah (^_^) Lepas ni ummi beli lagi ye puting getah untuk Ajmal hehe....

Sekarang ni saya perlu cari lagi info-info lain terutamanya macam mane nak membanyakkan susu badan. Kalau dapat info lain yang best saya akan share kat sini untuk dimanfaatkan bersama-sama...Saya berdoa kepada Allah mudah-mudahan diperbanyakkan susu dan dipermudahkan segala urusan agar Muhammad Ajmal Wafiy dapat menikmati susu dari umminya sehingga umur Ajmal 2 tahun. amin......

Akhir kata, anak lembu minum susu lembu, jadi anak manusia kena la minum susu manusia kan? So, kenapa perlu beri susu lembu kepada anak manusia? Hehe...fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah! (^_~)v

.
.
.
.
.
.
.
oh, ade satu lagi akhir kata,
Semua ibu mampu menyusukan anaknya sendiri...
Yakinlah!!!
(^_^)



Friday, July 2, 2010

13 Mei : Peristiwa berdarah ~ Part II

Sambungan dari 13 Mei : Peristiwa berdarah ~ Part II

Doktor yang check condition saya tu muda sangat, berbangsa Cina, kecil molek orangnya.. Dia kata dia nak check bukaan..alamak, ni mesti nak 'menyeluk' ni..pasrah jela....Setelah buat apa yang patut, doktor tu bagitau bukaan baru 1 cm...contraction pun hanya setengah jam sekali. Dia suruh saya balik dulu berehat kat umah.

Elok-elok je naik kereta nak balik rumah, sakit makin kerap. 10 minit sekali...ahhh sudah..dalam dilema la pulak, nak balik ke nak masuk hospital balik. Lastly saya decide balik rumah dulu. Kat rumah mula tak senang duduk, makan pun tak lalu..mintak encik suami suap lagi, ngade2 pulak eh hehe...saya catat masa contraction, sebab nak tau betul ke 10 minit sekali. Sampaila lepas isyak pukul 9.00 malam saya betul2 dah tak dapat tahan sakit. Saya minta encik suami hantar ke hospital sekali lagi. Kali ni mak dan papa pun ikut sekali hantar...

Kali ni dah tak kena balik semula, saya terus kena tahan wad. Saya disuruh tukar baju warna hijau. Saya tengok kat wad O&G tu ada dua warna baju, hijau dan pink. Hijau untuk prenatal dan pink untuk postnatal. Mak papa dah balik rumah manakala encik suami pulak tunggu di hospital tapi kat luar wad je. Kesian encik suami, malam tu birthday dia..pertama kali sambut birthday kat hospital. Dalam kesakitan tu pun sempat jugak saya call encik suami yang sedang menunggu di luar, siap nyanyi lagu hepi besday lagi tapi dengan suara yang lemah huhu...memang dah jadi kelaziman tiap2 tahun kami akan wish birthday tepat jam 12.00 pagi, konon nak jadi yang 1st wish la..

Saya memang tak dapat tidur langsung sepanjang malam di hospital..setiap 10 minit terjaga kerana contraction. Sakitnya macam gelombang..bermula dengan kesakitan yang perlahan kat perut,makin lama makin kuat lepas tu dia akan perlahan semula dan terus hilang. 10 minit kemudian sakit yang serupa datang balik. Selepas Subuh, saya terus mandi dan tunggu lagi di katil wad. Doktor datang check bukaan pada 9.30 pagi, masa tu bukaan dah 4 cm..terus doktor kata, ok dah boleh masuk labour room. Saya rasa happy sangat masa tu sebab rasanya kesakitan ni akan berakhir xlama lagi..

Sebelum masuk labour room sempat jumpe encik suami di luar dewan bedah. Tak sempat cakap banyak, saya terus dibawa masuk. Alat CTG dipasang dan terbaring la saya kat labour room selama 5 jam..1 minit macam 1 tahun rasanya..Sakit makin kuat, dalam 10 minit contraction berlaku beberapa kali. Saya sentiasa baca "Lailaha illa anta, subhanaka inni kuntu minadzolimin...' Memang xlekang dari mulut saya sambil beristighfar minta keampunan dariNYA..Sambil tu nurse ajar cara meneran bila tiba masa nak melahirkan nanti. Patutnya encik suami boleh masuk temankan saya tapi xtau kenapa dia tak masuk2 jugak.

At last pada pukul 3.45 pm saya selamat melahirkan Ajmal, anak lelaki yang ditunggu-tunggu selama ni..azab kesakitan yang saya tanggung lebih kurang 2 hari tak terasa langsung, terbang entah ke mana! elok2 je Ajmal meluncur keluar encik suami masuk. Terus saya menangis sebaik terpandang muka encik suami...encik suami minta maaf sebab tak masuk lebih awal dan terus kucup dahi saya. Rupa-rupanya masa saya tengah sibuk meneran nak melahirkan, encik suami pun rasa sakit perut yang memulas-mulas. so dia pergi la toilet dulu...Kuat betul 'bonding' antara kami ni hehe...Doktor letak baby yang fresh baru lahir tu di dada saya dan encik suami terus azan dan iqamatkan baby..tak terucap dengan kata-kata masa pertama kali melihat Ajmal..rasa tak percaya pun ada..walau apapun, syukur alhamdulillah, pengalaman melahirkan ni memang takkan saya lupakan sampai bila-bila... Masa tu rasa macam tak mau beranak lagi dah. Masa tu jela...(^_^)

Saya kena duduk wad lagi satu malam sebab doktor nak pantau dulu condition saya dan Ajmal sebelum dibenarkan pulang. Malam pertama bersama Ajmal saya agak kekok, yela mana pernah uruskan bayi sekecil tu sorang diri..dulu nak pegang anak orang yang dah umur sebulan pun takut, bayi yang baru lahir kan lembik semacam. Tapi naluri keibuan mengatasi segala-galanya. Sampai jiran sebelah katil boleh kata macam tak percaya saya beranak anak sulung sebab pandai handle baby macam dah ada anak tiga orang huhuhu...yela2, padahal saya main belasah je haahaha...

Esoknya saya dan Ajmal dibenarkan pulang...leganya sebab memang tak best duduk hospital lama-lama. Kenangan kelahiran pertama memang sangat berharga bagi saya. Saya belajar banyak perkara daripada apa itu contraction sampaila acara jahit menjahit akibat episotomi..Zaman mengandung dan bersalin fasa pertama dah tamat, sekarang ni masa untuk membesarkan si comel Ajmal pulak. Ummi dan Abi akan berusaha sedaya upaya untuk membentuk Ajmal menjadi anak yang soleh, cerdik dan cergas! InsyaALLAH...

oh lupe pulak, silalah lihat gambar-gambar Ajmal semasa dalam hari..enjoy! (^_^)





Thursday, July 1, 2010

13 Mei : Peristiwa berdarah ~ Part I

Lamenye tak potpet dalam blog ni...ke mana saya menghilang? Tak hilang ke mana pun..cuma tengah berpantang selepas melahirkan..berpantang bukan takat pantang makan minum je tau, pantang tak boleh ber'blog' jugak. Nanti bentan! Hehe...xdela, kalau sibuk blogging, nanti terabai pulak anakanda kiut miut tu. Lagipun banyak benda saya kena belajar sejak menceburkan diri dalam dunia keibuan ni. Cane cara nak pegang baby, susukan baby, mandikan dia, pakaikan lampin dan baju, dodoikan dia, lagu dodoi ape yang best yang boleh buat dia tertido dengan mudahnya..nasib baik suara ummi dia semerdu ct nurhaliza, kalau sumbang mambang mau melalak dibuatnya hahaha..

Kalau diselak semula sejarah Malaysia, tanggal 13 Mei merupakan peristiwa berdarah..pergaduhan besar antara kaum yang sangat dasyat..Tragedi yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda..tapi bukan tragedi berdarah tu yang saya nak pot pet kat sini, saya nak cerita pasal peristiwa berdarah saya la hehe...

Memang! 13 mei memang peristiwa berdarah bagi saya. Saya dah kehilangan banyak darah! So peristiwa berdarah la kan (^_~)v Tapi peristiwa berdarah ni ending dia best sangat...sebab dengan tertumpahnya darah saya tu la saya dapat melihat wajah polos anak yang dikandung selama tepat 10 bulan!

Ya..syukur alhamdulillah..saya dah selamat melahirkan seorang putera kecil yang comel (semua ibu kata anak dia comel kan huhu...) pada tanggal 13 Mei 2010. Kelahiran anak saya tepat dengan 'estimated due date'nya..dan yang paling penting sama tarikh lahir dengan abi dia. Hmm saje je nak pakat ngan abi dia la tu hehe...Apa-apapun, saya rasa sayalah isteri paling bertuah dalam dunia sebab dapat beri hadiah paaaaaaaaaaaaaaaaling istimewa and of course yang lain daripada yang lain untuk suami tercinta di hari lahirnya...mesti tak lupa sampai mati lah! (^_~)

Saya ditempatkan di katil no. 10, wad no. 10, masuk labour room pukul 10.oo pagi, dikelilingi jururawat2 pelatih seramai 10 orang semasa melahirkan, eh tipu..tak tau pun bape orang sebenarnya hehe...tapi memang ramai giler jururawat yang duduk keliling saya masa nak melahirkan, excited sangat kot nak tengok orang lahirkan baby. Tapi kebetulan la agaknya, baby saya ni banyak sangat no. 10 yang bersangkut paut ngan dia..hari tu masa ambil no. giliran kat klinik pun dia dapat giliran no. 10...oi oi ape ni, cite pasal no. 10 pulak..orang nak cite pasal pengalaman beranak la. dah stop cite pasal no. 10. huhu...oh, lupe. No. IC anak saya 100513-01-0801.. takde kena mengena (T_T)

Anak saya anak saya..tak bestla..mari kita sebut nama, lagi best. Buat rugi je pilih name sedap-sedap,hehe..Introducing MUHAMMAD AJMAL WAFIY BIN MUHAMAD ZUKEFLEY!!!!



Atau lebih mesra dengan panggilan Ajmal! Comel kan..hehe..Gambar ni masa Ajmal baru berusia 4 jam..haha apa la usia 4 jam, 4 jam selepas dilahirkan...Makna nama Muhammad Ajmal Wafiy 'terpuji, lebih cantik,mencukupi'. Senang cakap, memang cukup hensem dan terpuji la anak saya ni. insyaALLAH... (^_^)

Ape ye nak cite..ha kita start dengan contraction. Saya mula rasa contraction atau bahasa mudahnya sakit nak beranak pada hari Selasa malam Rabu (11/5/10)..Masa tu tengah tido..tetiba terjaga pastu rasa perut mengeras dan sakit. 2 jam sekali bangun sebab sakit yang sama..Dalam hati terdetik, nak beranak dah ke? Contraction macam ni ke rasa dia? Tapi teringat doktor cakap contraction nak bersalin berlaku kerap dalam 10 minit sekali...Lepas tu ada jugak 'contraction palsu' atau isyarat palsu la, dia sakit tapi bukan sebab nak beranak..kiranya macam false alarm la.. Bangun pagi terus cerita kat bonda tercinta dan encik suami saya dah rasa sakit perut yang semacam nak beranak. Tapi pelik pulak lepas cerita kat mak sakit terus hilang..saje je nak main sembunyi-sembunyi hehe..

Rabu malam Khamis (12/5/10)...sakit perut datang lagi masa tengah tido..kali ni datang sejam sekali..bangun pagi cerita lagi kat mak dan encik suami. Mak suruh pergi klinik kesihatan Parit Yaani, suruh tanya nurse..pukul 7:30 pagi saya dah terpacak depan klinik sebab excited sangat nak tanya saya ni sakit nak bersalin ke? Pengalaman pertama memang macam tu huhu...Nurse tengok kad merah memang dah cukup bulan. Dia pun kata pergi jela hospital. Dengar je nurse cakap macam tu saya tak tau apa perasaan masa tu..speechless! Aku dah nak bersalin! Cane cara nak meneran keluarkan baby, doktor lelaki ke perempuan yang sambut baby nanti, encik suami boleh ke teman masa dalam labour room, macam mana rasanya duduk hospital sebab selama ni tak pernah kena tahan wad, ada hantu tak duduk bawah katil hospital ~ terpengaruh dengan gambar kat internet (T_T)..Arghh panik panik!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

So, balik rumah terus capai 'beg hospital' (beg yang saya dah prepare untuk bawak pergi hospital) dan minta restu ayah bonda, mohon maaf zahir batin, halalkan susu ibu yang dah membesarkan saya (manalah tahu kan, ada kes ibu meninggal dunia ketika melahirkan). Mak dan encik suami yang hantar saya ke Hospital Batu Pahat. Walaupun baru first time masuk Hospital BP, saya tau saya harus ke Klinik Pakar 5 untuk ke wad bersalin...sebabnya saya dah tengok laman web hospital BP awal-awal, dah pelekat siap-siap dalam buku merah wad mane nak pegi bila nak bersalin nanti, siap nombor telefon hospital, alamat sume detail cukup lengkap...Memang tiptop la persiapan yang saya buat hehe...

Sampai kat Klinik Pakar 5, pergi kaunter pendaftaran. Saya bagitau nurse kat kaunter tu saya dah rasa sakit contraction, dia terus suruh saya pergi ke Dewan Bersalin. Kat Dewan Bersalin saya disuruh pergi ke satu bilik dan tukar kain. Saya pakai seluar masa tu, kain ada dalam beg tapi beg dalam kereta. Nurse pun bagi kain warna pink, dia cakap lainkali datang pakai kain siap-siap..mane saya tau hehe..Lepas tukar kain doktor suruh baring atas katil yang dialas dengan kertas..doktor nak buat ape ni???????

to be continued.....

haha buat suspen je (^_~)v sambung di bahagian II ye. Saya nak mandikan Ajmal dulu! (^_^)