Thursday, August 20, 2009

:: Ramadhan 1430H ::

SABTU
22 OGOS 2009
1 RAMADHAN 1430H



Ya Allah Ya Tuhanku,
Panjangkanlah umurku, kedua ibu dan bapaku, suamiku, & seluruh saudara-saudaraku Muslimin dan Muslimat sekalian untuk kami merasai sekali lagi nikmatnya kedatangan Ramadhan pada tahun ini,
Dan sihatkanlah tubuh badan kami supaya kami dapat menyempurnakan amal ibadat di bulan Ramadhan dengan sebaik-baiknya
Amin...



:: Pengumuman Tarikh Puasa (Tonight!) ::


Saya ingat lagi setiap kali pengumuman puasa/raya kat TV, semua yang ada kat umah akan belonggok kat depan TV. Sape yang bising memang kena sergah ar ngan papa saya "Diam, orang nak dengar pengumuman kok" hehe siap ade 'kok' lagi. Almaklumla Jawa...Dan wajah Y.M. Engku Tan Sri Dato Sri Ibrahim Engku Ngah (Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia) pun mucul di TV, duduk dengan selesanya di kerusi yang besar dan empuk itu...Seingat saya (Sejak mula pandai mengingat) memang wajah beliaulah yang saban tahun mengisytiharkan pengumuman raya. Dah 26 tahun pun. Ada sekali rasenye tahun lepas atau dua tahun lepas beliau macam tak larat sangat nak buat pengumuman (dari suaranya yang serak dan lemah), mungkin disebabkan faktor umur. Risau gak masa tu. Tetiba ter'imagine' macam manela kalau orang lain yang duduk kat kerusi tu. Mesti lain giler! Yela, beliau ada style tersendiri walaupun ianya hanya skrip! hehe...



Malam ni, InsyaALLAH sekali lagi satu Malaysia akan dengar dan menonton pengumuman tarikh bermulanya puasa bagi Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak. Saya nak tengok kat TV, TV 'illek', nak dengar radio, ariel patah. Cane ek eja ariel, betul ke? ala takpela. Asal paham. Takpe takpe...saya ade informer tetap saban tahun. Papa la, sape lagi. Mintak-mintak Papa saya tak lupa. Memangla dalam kalendar tulis mula hari Sabtu, tapi mane tau tiba-tiba anak bulan nak jugak keluar hari ni pastu kena puasa esok, kuasa ALLAH...apa-apa pun boleh terjadi. Nanti tak pasal-pasal semua orang tengok saya sebab bawak bekal pegi ofis. Ish...mintak dijauhkan!


Teropong man: Oh si Anak Bulan, adakah kau akan muncul hari ini?
Anak Bulan: Den sebosa-bosa kek ateh ni ekau nak guno teropong laie. Appadaaaa....

(~~")

Wednesday, August 19, 2009

:: Info untuk Bakal Mama: FAKTA vs AUTA ::

BEBERAPA AUTA & FAKTA TENTANG KEHAMILAN:


AUTA: Tidak boleh memotong atau menjahit baju selama kehamilan kerana anak akan lahir dengan bibir sumbing.

FAKTA: Bibir sumbing biasanya dipengaruh ubat-ubatan yang diambil ibu ketika hamil, kesan radiasi atau faktor genetik. Oleh itu, x-ray perlu dielakkan selama kehamilan kecuali atas sebab-sebab tertentu dan atas nasihat doktor.




AUTA: minum susu kacang soya atau makanan dari kacang soya akan membuat bayi berkulit putih.

FAKTA: warna kulit seseorang dipengaruhi oleh faktor genetik ayah & ibunya, bukan dari susu kacang soya.




AUTA: Minum air kelapa dapat mempercepat/memudahkan kelahiran

FAKTA: Belum ada kajian yang membuktikan mitos ini kerana lancarnya kelahiran dipengaruhi oleh berbagai faktor. Namun air kelapa muda memang berkhasiat untuk menjadikan air ketuban putih dan bersih.



AUTA: Sebaiknya ibu hamil tidak melakukan hubungan intim pada trimester pertama kehamilannya

FAKTA: Belum ada kajian yang membuktikan bahawa hubungan intim menyebabkan keguguran. Asalkan sepanjang hal itu tidak menyakitkan dan tidak menimbulkan ketidakselesaan, ibu hamil boleh saja melakukannya.




AUTA: Leher ibu hamil yang menghitam atau puting yang berwarna gelap menandakan bayinya laki-laki


FAKTA: Perubahan warna pada leher atau puting tidak ada hubungannya dengan jenis kelamin bayi. Perubahan warna kulit pada ibu hamil diakibatkan oleh peningkatan progesteron dan melanost (hormon yang mengatur pigmentasi kulit). Kerana itu puting susu yang menghitam biasa terjadi pada kehamilan, baik pada ibu hamil yang mengandung bayi laki-laki atau perempuan. Selain perubahan warna kulit dan puting susu, ibu hamil juga memiliki guritan kehitaman di perut dan garis hitam dari pusat ke bahagian pugbis. Namun tanda ini akan hilang setelah melahirkan.



AUTA: Ibu hamil tidak boleh makan pisang, nanas, dan mentimun

FAKTA: Mitos ini sangat dipercaya oleh sebagian masyarakat kerana boleh mengakibatkan keputihan. Bahkan mereka percaya bahawa bisa nanas akan boleh menyebabkan keguguran. Pengambilan pisang, nanas dan mentimun sebenarnya disarankan kerana kaya dengan vitamin C dan serat yang penting untuk menjaga kesihatan tubuh dan melancarkan proses pembuangan sisa-sisa pencernaan.
Adapun keputihan tidak selalu membahayakan. Saat hamil mahupun setelah melahirkan, adalah normal jika ibu mengalami keputihan. Kecuali juka keputihan tersebut dijangkiti oleh bakteria, kulat atau virus yang biasanya mengalami simptom kegatalan, bau tidak sedap, dan warnanya kekuningan, kehijauan atau kecoklatan.



AUTA: Minum air kelapa hijau menyuburkan rambut bayi

FAKTA: Minum air kelapa hijau tidak berkaitan dengan rambut bayi. Namun air kelapa hijau memang menyihatkan kerana mengandung elektrolit, sehingga siapa saja termasuk ibu hamil, boleh meminum air kelapa hijau agar tetap segar.



AUTA: Mengurut perut ibu hamil (Lenggang perut)

FAKTA: Mitos ini banyak dipercayai di kalangan masyarakat kita. Padahal mengurut perut ibu hamil dapat meningkatkan risiko terjadinya keguguran dan gangguan janin, iaitu janin mengalami stress atau tekanan. Jika janin mengalami stress atau tekanan, pertumbuhannya mungkin terganggu atau terbantut.

:: Senyum (^______^) ::


Senyum seindah suria dalam kehidupan
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri....


Senyum umpama titian dalam kehidupan
Kau tersenyum Ku tersenyum
Kemesraan menguntum....


Senyum...



Kepada semua
Senyumanmu amatlah bermakna

Senyum...


Membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah ikatan....


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Senyum adalah sedekah paling mudah (^___^)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Even animals know how to do it!
maka...SENYUMLAH!!!!
(^_____^)

Saturday, August 15, 2009

:: Surprise !!! ::

Saya sangat yakin sekarang ini En. Suami sedang dalam perjalanan balik Kulim. Konon-konon nak buat surprise la tu...hehe kelaka pulak suami saya ni.

Pukul 10 pm tadi dia cal, katanya kat kedai makan (di Johor Bahru). Lepas tu dia kata "Malam ni sayang nak tido awal la, penat. Kije siang tadi banyak"

Saya pelik. Selalunya dia tido lewat walaupun letih sebab melayan saya sembang kat telefon.

Tak lama tu, En. Suami cal lagi, dia kata dia dah kat rumah sewa di JB. (Padahal saya yakin dia sedang dalam bas, saya selalu naik bas, saya taula bunyi bas macam mana hehe...)

Saya sengaja tanya En. Suami, "Kenapa bunyi bising je, selalu bilik sayang sunyi"

En. Suami cuba memberi jawapan tak ada logika "Tu bunyi radio la, tengah cari siaran"
Hehehehe....aduhai suamiku. Takpela, demi menjayakan rancangan surprise beliau, saya terima sajalah alasan tak ada logika itu (^___^)

Walaupun saya dah tahu En. Suami memang dalam perjalanan balik ke Kulim, tapi saya tak mahu tunjukkan yang saya dah tahu. Ha, sekarang saya nak berlatih buat muka terperanjat tengok En. Suami tiba-tiba terpacul depan pintu rumah. Hehe...boleh tak?

Adakah saya perlu buat muka terperanjat seperti ini?


Eeee....buroknye!!!
Tak mau tak mau!



Atau control ayu walaupun terperanjat seperti ini?


Hehe...comel comel...


Tak kisahla! Janji suami saya selamat sampai rumah (^___^)

Saya pun nak buat surprise jugak bila dia sampai nanti!

Thursday, August 13, 2009

:: Info untuk Bakal Mama: ALAHAN SEMASA MENGANDUNG ::

Alahan semasa mengandung sering dikaitkan dengan muntah-muntah, pening kepala dan perut berasa sebu dan tidak selesa. Keadaan ini biasa berlaku apabila anda baru bangun dari tidur dengan mengalami sedikit pening dan muntah, namun ada juga yang akan mengalaminya sepanjang hari. Keterukan alahan bergantung kepada individu dan ada juga wanita yang bernasib baik yang tiada alahan langsung.

Punca alahan
Punca sebenar alahan sebenarnya masih kurang jelas. Kebanyakan penyelidik percaya yang alahan wanita mengandung disebabkan oleh perubahan fizikal dan hormon pada badan. Ada juga pendapat yang mengatakan alahan mungkin disebabkan oleh ketidak seimbangan paras gula dalam darah.

Bila alahan berlaku?
Kebiasaannya, wanita mengandung akan mengalami alahan dalam trimester pertama. Apabila usia kandungan mencecah trimester kedua, alahan akan beransur-ansur hilang. Walau bagaimana pun, ada sesetengah individu akan mengalami alahan yang berlanjutan sehingga bersalin.

Kebanyakan wanita yang mengalami alahan semasa mengandung akan sedikit sebanyak merasai kesannya pada rutin seharian. Ada yang terpaksa menukar perancangan harian untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini, malah ada yang terpaksa bercuti dari kerja kerana alahan yang terlalu teruk.

Kesan alahan terhadap kesihatan
Secara amnya, alahan dalam jangka masa pendek tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Jika alahan anda terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan dimuntahkan kembali, bayi berkemungkinan akan kekurangan nutrisi untuk perkembangannya dan kesihatan ibu akan terjejas. Tambahan lagi, ibu akan mengalami dehidrasi (kekurangan air dalam badan). Simptom dehidrasi ialah pening-pening, dahaga dan air kencing sedikit daripada biasa. Jika anda mengalami simptom-simptom ini, anda memerlukan rawatan dengan segera. Ibu yang mengalami dehidrasi biasanya akan diberi cecair dan suplemen tambahan melalui drip.

Cara mengatasi alahan

Makanan

  • Apabila anda sedar di waktu pagi, makan kraker atau biskut dan rehat selama 15 minit, kemudian barulah bangun.
  • Bangun perlahan-lahan dan jangan terus baring selepas makan.
  • Kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong (contoh: setiap 2 jam) walau pun anda tidak lapar.
  • Makan apa sahaja yang anda mahu tapi elakkan mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng.
  • Jika anda tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas. Lebih baik jika orang lain yang memasak.
  • Makan makanan yang sudah sejuk berbanding makanan panas kerana makanan yang sudah sejuk kurang baunya.
  • Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.
  • Elakkan mengambil kafein dan merokok.

Minuman

  • Minum air dengan kerap sehingga 12 cawan sehari.
  • Elakkan minum semasa makan serta sebaik sahaja sebelum dan selepas makan.
  • Pengambilan air halia boleh mengurangkan rasa mual.

Rutin harian

  • Berehat secukupnya kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan. Tidur sekejap di siang hari kerana biasanya pada trimester pertama, wanita mengandung kerap berasa letih dan mengantuk.
  • Dapatkan bantuan untuk mengemas rumah dan menjaga anak yang lain. Pastikan anda peruntukkan masa untuk berehat.
  • Bersiar-siar dan lakukan senaman ringan di luar rumah untuk dapatkan udara segar. Buka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik dalam rumah.
  • Elakkan tempat panas kerana kebiasaannya alahan akan bertambah teruk.
  • Jika pengambilan vitamin mengandung anda menyebabkan alahan bertambah teruk, minta nasihat doktor.
  • Bergerak perlahan-lahan dan elakkan pergerakan pantas.
  • Jangan gosok gigi sebaik sahaja lepas makan kerana ini boleh menyebabkan rasa mual.
  • Dapatkan sokongan daripada orang yang rapat (contoh: suami, ibu bapa, rakan)

Bila anda perlu dapatkan nasihat doktor?

  • Cadangan di atas tidak memberikan kesan.
  • Anda muntah lebih dari 3-4 kali sehari dan sebaik sahaja makan, anda muntah.
  • Berat badan anda menurun dengan banyak.
  • Muntah anda mengandungi darah atau berwarna hitam pekat.
  • Anda mengalami simptom-simptom dehidrasi.
  • Anda risau dengan keadaan anda atau merasakan perubahan serius pada kesihatan anda

Sumber: comelnya.com

:: Belasungkawa : Allahyarham Mohamad Asri Ibrahim::

Pergi Tak Kembali
Munsyid: Rabbani

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir

Dunia yang fana akan ditinggalkan

Hanya amalan yang dibawa


Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya

Terbuka hijab di depan mata


Selamat tinggal pada semua

Berpisah kita selamanya

Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan

Sejahtera bahagia pulang...ke sana


Sekujur badan berselimut putih

Rebah bersemadi sendiri

Mengharap kasih anak dan isteri

Apa mungkin pahala dikirim


Terbaring sempit seluas pusara

Soal bicara terus bermula

Sesal dan insaf tak berguna lagi

Hancurla
h jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya

Yang tinggal hanyalah kenangan

Diiringi doa dan air mata

Yang pergi takkan kembali lagi


Hari ni, pada jam 1.11 pm, kakak saya hantar mesej bunyinya begini "Asri Rabbani passed away this morning heart attack". Saya terkesima seketika. Innalillahi wa inna ilaihi raji'un... Semoga roh Allahyarham Asri ditempatkan bersama orang-orang beriman dan dikasihiNya. Amin...Pemergian Allahyarham Asri agak memberi kesan kepada saya sebab saya antara berjuta-juta orang yang mengkagumi vokal beliau tatkala beliau bernasyid, berzikir, membaca al-quran, melaungkan azan etc. Saya juga serta merta teringat nasyid yang saya letak liriknya di atas. Nasyid ni memang glemer sangat masa saya tingkatan 3. Saya pun sangat suka nasyid ni dan selalu mendengar berulang-ulang kali. Pernah sekali dulu ada majlis kat sekolah, diorang pasang lagu ni kuat-kuat, sampai meremang bulu roma saya (tak tau la kenapa...)

Hmm...lepas tu sampai saja di surau kat tempat kerja, saya mengkhabarkan berita kematian Allaryarham Asri Rabbani kepada kawan-kawan. Memang semua orang terkesima juga seperti saya. Mula-mula saya takut juga kalau saya tersalah info, saya cakap kat kawan-kawan, lepas ni check la kat internet kot-kot ada cerita pasal Allahyarham Asri. Tak lama lepas tu, ada seorang kawan lain masuk surau dan mengesahkan berita kematian Allahyarham Asri Rabbani. Dia tengok berita kat TV kat cafeteria. Maknanya info yang saya dapat tu betul la...

So, ini pula petikan dari malaysiakini tentang pemergian Allahyarham Asri.

Asri Rabbani 'pergi tak kembali'

Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Pantai, Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.

Penyanyi utama kumpulan itu pengsan kira-kira 10.30 pagi setelah 20 minit menyertai program Syahadah musim kelima di Angkasapuri dan seterusnya dikejarkan ke hospital.

Menurut Mohd Asri Ubaidullah, seorang anggota Rabbani yang ditemui di hospital swasta itu, allahyarham mengalami muntah-muntah dan mengadu sakit sejak Subuh tadi.

Allahyarham kemudian mengambil susu, madu dan limau untuk mengurangkan kesakitan tersebut, tambahnya.

Sewaktu tiba di stesen RTM untuk program tersebut, Asri sudah dalam keadaan lemah tetapi berkeras ingin menjayakan rakaman program tersebut - yang akan disiarkan pada bulan Ramadhan tidak lama lagi.

"Pada kira-kira jam 10.30 beliau jatuh pengsan. Tapi ambulans tiba agak lewat, kira-kira 20 minit selepas itu. Apabila sampai ke hospital beliau sudah disahkan meninggal dunia," kata Mohd Asri.

Seorang lagi anggota Rabbani, Mohamad Afandi Shahbudin, berkata jenazah beliau akan dikebumikan di Bukit Lancong dekat Shah Alam petang ini.

Seorang saudara angkat allahyarham Shariman Wahab, berkata beliau antara individu terakhir yang dihubungi oleh allahyarham, yang mengadu berasa letih dan sedih dalam perbualan telefon mereka pagi ini.

Menurutnya lagi, allahyarham pernah tinggal bersama keluarganya di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya selama kira-kira 15 tahun sebelum ini.

Ibu allahyarham, yang berkerusi roda, kelihatan masuk ke Hospital Pantai, jam 1 tengah hari tadi, diikuti ahli keluarga lain termasuk balu allahyarham Haliza Shahadan, 38.

Sebelumnya, turut menziarahi jenazahnya di situ, Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahya bersama pegawai-pegawai Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta rakan-rakan artis termasuk Amy Search, Yassin dan Nash.

Penyanyi lagu 'Pergi tak kembali' itu lahir pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor dan menyertai Rabbani sejak ia ditubuhkan pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai lapan lagi anggota.

Beliau sebelum itu bersama satu lagi kumpulan nasyid terkenal Nadamurni.

Selain Asri dan Mohd Asri, kumpulan nasyid itu turut disertai Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman.

Lebih 12 tahun dalam industri ini, Rabbani menghasilkan 19 album, antaranya Arah: Dari Mana Ke Mana (1997), Pergi Tak Kembali (1999), Intifada (2000), Yalla Beena (2004) dan yang terbaru Nostalgia Nadamurni.

Allahyarham dalam coretan terakhir di blognya (asrirabbani.blogspot.com) mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang menjayakan konsert terakhirnya di Stadium Malawati, Shah Alam, 28 Februari lalu.

Pencapaian kumpulan itu, yang bernadikan Asri, termasuklah beberapa anugerah utama industri muzik - album nasyid terbaik selama tiga tahun dan album terbaik (2001).


Takziah buat keluarga Allahyarham & marilah kita hadiahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Mohamad Asri Ibrahim.

Al-Fatihah.




Tuesday, August 11, 2009

:: Saje suka suka (^_^) ::

Bila 'photographer tak gi sekolah fotografi' dan 'model tak bergaji' bergabung, maka inilah hasilnya (^_~) saje suke suke! Takde masalah kan? hehe....








Model harapan: Nadia dan Gigantic Comel Lote Couple Cik Yana & Cik Lan

Monday, August 10, 2009

:: Info untuk Bakal Mama: TRIMESTER PERTAMA ::

Kesian sahabat saya, mesti sudah lama dia menunggu apa yang saya janjikan. Ye, saya tau, PENANTIAN ITU SATU PENYIKSAAN!!! Betul tak Su? Hehe...Sorry sangat-sangat. Agak penuh jadual kerja sejak kebelakangan ni. Dan akhirnya...TADAAA....hehe bunyi je lebih (^_~)v. Informasi yang pertama (dipetik dari Majalah Pa&Ma keluaran Mac 2009).

Anakku, buat apa di DALAM sana?????

Kita dapat mengetahui banyak perkara tentang kehidupan di dalam rahim sebelum dilahirkan. Terima kasih kepada teknologi ultrasound yang banyak membantu tugas para doktor untuk 'melihat' perkembangan hidup manusia sepanjang 40 minggu dalam rahim ibu.

Lapan minggu pertama, bayi anda akan dipanggil 'embrio'. Anggota badan yang halus akan mula membesar dan membentuk tangan dan kaki. Embrio kelihatan seperti anak berudu. Jantung dan paru-paru mula terbentuk.


Pada hari ke-25, jantung mula berdegup. Tiub neural yang akan menjadi otak dan tulang belakang mula terbentuk. Berakhirnya bulan pertama, saiz embrio sepanjang 1 1/4 sm (1/2 inci) dengan beratnya hanya beberapa gram.

OTAK SAYA MULA TERBENTUK

Ketika bulan ke-2, embrio sudah berada di dalam kantung yang terbentuk oleh membran yang nipis. Embrio kini berbentuk huruf C, kerana belakangnya membesar lebih pantas daripada depan. Bayi anda hanya kira-kira 0.6 sm panjangnya. Kebanyakannya adalah bahagian kepala yang membentuk bahagian otak awal. Pada separuh akhir bulan ke-2, bentuk tangan dan kakinya yang halus mula membesar termasuk bentuk matanya.

Genap minggu ke-8, embrio mula kelihatan seperti manusia. Semua organ utama badan dan sistemnya mula terbentuk tetapi tidak sepenuhnya. Dari kepala hingga ke punggung panjang embrio hanya 3.2 sm (1 1/4 inci) dan berat 8.25 gram. Telinga, buku lali dan pergelangan tanagn mula terbentuk. Kelopak mata juga terbentuk tetapi masih tertutup rapat. Jejari kaki dan tangan juga sudah mula kelihatan.

RASAKAN DEGUPANNYA!

Selepas lapan minggu bergelar embrio, bayi yang memasuki usia 3 bulan dalam rahin dikenali sebagai fetus. Jari jemari tangan dan kaki sudah mempunyai kuku yang lembut. Mulut sudah mempunyai 20 tunas yang akan membentuk gigi bayi. Anda boleh mendengar degupan jantung bayi untuk pertama kali (ketika 10 ke 12 minggu) jika membuat pemeriksaan menggunakan alat yang dipanggil 'doppler ultrasound'.

Bayi anda mula mengeluarkan air kencing ke dalam sarung ketuban untuk dikeluarkan oleh ibu. Tulang dan otot mula membesar untuk menyokong organ yang kecil. Ketika ini tulangnya amat lembut.

Organ reproduktif bayi mula terbentuk ketika minggu ke-11 atau 13. Tali pusat berada pada kedudukannya dan plasenta terbentuk sepenuhnya dan mula menjalankan tugas menyalurkan makanan kepada bayi. Bahagian belakang bayi mula menegak, kaki dan tangannya juga mula berkemampuan untuk menyokong siku dan lutut yang kecil. Berakhirnya bulan ini, fetus mula dapat dikenali sebagai manusia.

Pada akhir 3 bulan pertama ini, fetus memiliki kepanjangan 10 sm (4 inci) dan berat 25 gram. Kini anda boleh mengucapkan selamat tinggal kepada TRIMESTER PERTAMA!