Wednesday, July 22, 2009

:: Memori Silam - Tragedi Aiskrim! ::

Baru2 ni saya n family bersama-sama membelibelah tingkap a.k.a window shoping kat Jusco area JB. Actually xla sama2 pun, berpecah-pecah la jugak mencari barang keperluan masing-masing... Sebab xde bende nak beli, saya dan Kak Yana (kakak saya yang no. 2) duduk jela kat bangku yg disediakan. Kitorg duduk depan kedai aiskrim. Adela sekumpulan adik-beradik yg tgh beli aiskrim tu. Yg si bongsu kecik lagi, xreti sgt kot pegang kon aiskrim tu, pastu jatuhla aiskrim tu ke lantai. Kesian dia...baru beli dah jatuh. Memang bukan rezeki dia nak makan la tu. Aiskrim tu pun dibiarkan saje jatuh dan dipandang sepi oleh si adik...ish, sedih pulak ayat ni. hehe..

Suddenly Kak Yana tanye pada saya, "Ko rase kakak dia akan amik x aiskrim yg jatuh tu dan jilat (utk buang kotoran pada aiskrim) pastu letak balik kat kon aiskrim utk bagi adik dia makan?"
Hah! Serta merta saya teringat tragedi aiskrim yg terjadi hampir 20 tahun yg lampau (melampaunye! huhu...)

BACK TO YEAR 1990.........

Masa tu saya baru masuk Darjah 1. Kak Yana pulak Darjah 3. Kitorang sekolah sesi petang. So, Kak Yana memang ditugaskan menjaga kebajikan saya sepanjang berada di sekolah (^_~)v. Pada satu hari, masa balik dari sekolah, saya teringinnnnnnnn sgt nak makan aiskrim calong (aiskrim kon). Pakcik aiskrim memang setia menunggu kat tepi pagar sekolah, dia naik motor. Aiskrim tu dipotong guna pisau bentuk kubik pastu diletak atas calong (kon)...Kak Yana pun belikan aiskrim utk saya, xpasti harga berapa sen sebab dia yg bayar. Dia beli satu je, nape dia xbeli utk diri dia jugak ek? Adakah sebab dia xde mood nk mkn aiskrim waktu tu? atau adakah duit yg tinggal cukup utk beli satu aiskrim je? yela, saya xpenah terfikir soalan ni selama ni!

Attention to Kak Yana, if u read this entry, kindly answer the above question.hehe....

Berbalik pada cerita asal, saya pun makan jela aiskrim yg dibeli oleh Kak Yana dgn seronoknya sambil berjalan bersama-sama menuju ke tempat Papa selalu menunggu kami utk pulang ke rumah. Tetibe...plop! Aiskrim jatuh atas rumput......tinggal calong je kat tgn....baru mkn ckit dah jatuh....Saya tengok je muke Kak Yana dengan perasaan konfius. Didorong perasaan kasihan pada si adik yg nampak sgt kempunan aiskrim, Kak Yana pun amik aiskrim yg jatuh tu dan memasukkan keseluruhan aiskrim ke dalam mulut beliau (motif: nak bersihkan permukaan luar aiskrim yg kena rumput tu la). Pastu dia keluarkan balik aiskrim yg dah bersih dan letakkan balik atas calong yg tgh saya pegang. oooo....nanti dulu, korang ingat kakak aku pengotor ek? Korang ingat dia telan ke aiskrim ber'rumput' tu? takkkk.....sebenarnye, kakak aku ni pembersih. Dia ludah la balik aiskrim ber'rumput' kat dalam mulut dia tu. dan saya pun meneruskan aktiviti makan aiskrim yg dah clean n clear tu...geli? taklah, korang mesti xpernah rase aiskrim yg dijilat oleh kakak korang kan? mesti korang jeles kan? hehe...

Sebelum kami sempat meneruskan perjalanan, tetibe ade suara budak lelaki yg sgt sumbang mambang pada pendengaran saya. Dia ejek kakak saya "eee...pengotor..makan aiskrim yg dah jatuh!" saya ingat sgt kata2 budak lelaki tu, naseb baik saya xingat muke dia, kalau tak saya cari dia sampai ke lubang cacing (muatkah? ahh...xkire!). Tapi kami biarkan saje budak cac*t tu walaupun dia sibuk mengulang2 ayat yg sama.

Rupenye Papa dah menunggu dan melihat semua perlakuan kami, termasuk budak lelaki yg terkinja-kinja mcm mo*yet tu. Papa sangat marah!!! Papa kata kenapa nak amik jugak aiskrim tu, kan boleh beli lain. Dua-dua pun kena marah tapi mase tu Papa lebih menujukan amarahnya pada Kak Yana. Sepanjang perjalanan balik & sambung pula di rumah Papa terus-terusan marah. Kak Yana menangis tersedu-sedu, saya pulak duduk diam kat dalam bilik. Aiskrim ade lagi kat tangan ni! Xsanggup nak telan kerana disebabkan aiskrim calong tu la suasana petang kami jadi haru biru.

TAHUN 2009.....

Saya dan Kak Yana memerhatikan saja ape yg bakal dilakukan olek si kakak terhadap aiskrim si adik yg jatuh ke lantai. Si kakak hanya memandang saja aiskrim tu dan memujuk adiknya (barangkali nak beli aiskrim yg lain, xpun share jela aiskrim kakak).

"Aku rase xkan ade orang yang sanggup buat macam ape yang ko sanggup buat untuk aku dulu"...itulah jawapan saya pada soalan Kak Yana, xtahula dia dengar ke tak.....

Kak Yana, adakah entry ini menyentuh hatimu? Aku sgt tersentuh! Tak dapat dinafikan lagi huhuhu!!!!


Kak Yana, kalau aiskrim yg jatuh adalah sebanyak ni, larat tak ko nak jilat kesemuanya? hehehehe.....










4 comments:

DianaRuss said...

Apalah kau ni....nak aku komen ye???aku tak bercadang sebenarnya nak bagitau sesapa sebab dan akibat dari tindakan aku dulu tu.sebab aku sendiri konpius apa yang aku buat, tapi aku percaya semuanya didorong perasaan sayang seorang kakak kepada adiknya.
kau ingat nadirah??entah kenapa setiap kali aku tengok dia macam aku tengok giant kat citer doraemon tu. Dulu kau selalu melalak sebab kena buli dengan dia. Dan petang2 bila balik sekolah, dia selalu beli aiskrim makan depan kau, tapi tak pelawa pun member untuk rasa. so aku bertekat satu hari aku akan belikan kau aiskrim, untuk kau sorang je makan. dan tibalah pada hari bersejarah tu.papa kasi 30posen, dan mak bekalkan aku nasik lauk kicap dengan ikan goreng. waktu rehat aku beli air 10sen, dan lagi 20sen aku simpan. bila petang, aku pun belikan kau aiskrim tu. tak sangka pulak boleh terjatuh. kenapa aku ambik aiskrim yang jatuh tu? sebab dulu kita bukannya orang senang.nilai 20sen pada aku tu tinggi sangat.dan kita jarang2 dapat makan aiskrim yang dibeli (selalu mak yang buatkan untuk kita).aku sayang nak biarkan aiskrim tu cair kat situ,dan aiskrim tu jatuh atas rumput je, bukan atas pasir.(kalau jatuh atas pasir, kau jilatlah sendiri!!!).pada fikiran aku masa tu (diulang...masa tu) apalah sangat kan jatuh atas rumput, sama je macam aiskrim tu jatuh atas lantai.dan aku tak ada kemampuan nak beli yang baru...so...terjadilah peristiwa yang sangat memberi kesan itu.
tak apalah...itu dulu....kalau ada orang cakap aku pengotor ke, apa ke...pedulik apa aku.dan aku menangis kena marah dengan papa bukan 100% sebab kena marah sebenarnya...tapi aku sedih sebab kau tak nak makan aiskrim yang telah aku selamatkan tu.mahal tu...20sen tau......
apa2pun, tu semua kenangan...

Wid Shualdi said...

weh, aku makan la aiskrim tu. cume lambat je, tp abis jugak hehe... ape2pun, aku tau sebenarnya kau memang sayang kat aku kan...gaduh2 tu biasala, name pun adik beradik..

Anonymous said...

Touching .. tp akak gelak terbahak2 bacer.. heheheh .. BesT!!..

Wid Shualdi said...

Haah, memang touching..huhu. Benda kecik je, tapi nilainya sgt besar utk dikenang sampai bila2 (^_^)

~x sangka Kak Ghazi bace blog saya. Anyway,thanx!~