Sunday, March 22, 2009

::Pil kuning kecik::


Sejak 2 bulan lepas, saya ambil berat sangat bentuk/pola pemakanan saya. Ada beberapa misi yang saya nak capai.
  • saya nak benti makan makanan segera & mengandungi pengawet e.g mi segera, nescafe 3 in 1, sardin dlm tin etc.
  • saya x nak guna lagi ajinomoto dlm masakan saya
  • saya nak sangat tambah berat badan yang dari dulu sgt susah nak ditambah (maintain 51 kilo 5 tahun tau!)
  • saya nak makan makanan berkhasiat sebagai persediaan menjadi seorang ibu (^_^)

Point yg ke-4 memang kedengarannya agak 'advance' sbb saya blum kahwin pun. Di samping mendapatkan zat dari makanan harian, saya ambil pil kuning kecik setiap hari. Ramai kawan2 yang hairan tengok saya telan pil tu. Bila saya cerita nape saya makan pil kuning kecik tu diorang ketawa! Klaka la wid ni, kawen pun blum tapi dah makan pil kuning kecik tu. Apa dia pil kuning kecik? Ia adalah pil supplement 'asid folik' yang memang popular di kalangan ibu mengandung. Tapi saya blum mengandung, kenapa nak makan? Haa...inilah yg saya ingin kongsi dengan pembaca2 blog saya..


1 tablet boleh bekalkan 5 mg folic acid.
Telan sebiji je sehari, saya slalu telan mcm2 je xpayah minum air pun sbb pil ni kecik sangat (^_^)

Saya teringat 2 tahun lepas, masa dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang dari Kuala Lumpur naik kenderaan awam, saya duduk kat sebelah aunty pertengahan umur. Setelah bertegur sapa rupa2nya dia bukan sebarangan aunty, Pegawai Kesihatan rupenye! hehe..Dia tanya saya, adik ni dah kawen blum? Mestilah saya kata blum. Dia pun cerita yg dia baru balik dari conference kesihatan di Kuala Lumpur (saya xingat plak nama conference tu). Banyak topik isu kesihatan yg dibincangkan termasuklah kepentingan asid folik dlm gizi pemakanan seharian. Menurut aunty, kebanyakan negara maju dah mewajibkan asid folik dirangkum bersama makanan ruji yg dipasarkan e.g roti, gandum, beras etc. Padahal kat Malaysia blum buat pun lagi langkah mcm tu... Apa pentingnya asid folik ni? Asid folik ni penting tau untuk membantu mengelakkan kecacatan pertumbuhan bayi dalam kandungan ibu e.g sumbing, pertumbuhan organ yg xsempurna, dan yg paling tidak diingini pertumbuhan otak bayi yg tidak sempurna. (selalunya dlm kes ni baby akan meninggal dunia). So, aunty tu nasihatkan saya 3 bulan sebelum berkahwin, eloklah kalau saya makan makanan persediaan menjadi ibu terutamanya asid folik kerana lebih baik kita sediakan tubuh badan dengan segala zat yang diperlukan so since hari pertama janin tumbuh, dia akan terus dapat zat yg diperlukan. Bukan untuk sape2pun, untuk anak kita juga kan? (^_^)

Masa kursus kawen pun ketua jururawat yg memberi ceramah bagi bahagian kesihatan cakap benda yg sama. Jadi, dah dua kali saya diingatkan supaya ambil langkah persediaan menjadi seorang ibu. Saya juga dah benti beli majalah Pesona Pengantin dan gantikan dia dengan majalah Pa&Ma yang lebih berinformasi. Lagipun harga majalah Pa&Ma jauh lagi murah dari majalah Pesona Pengantin. Dahla2, setiap bulan fesyen bajunya lebih kurang sama aje! hehe..Adala sorang kawan baik saya ketawa tengok saya baca majalah keibubapaan, kebetulan dia baru kawen bulan lepas. Dia kata pada saya, " Aku yg dah kawen pun baru beli majalah pasal hubungan suami isteri, ko yg blum kawen dah baca pasal nak jadi mak bapak?" Adakah saya ni terlalu berfikir jauh ke hadapan? Biarlah apa orang nak kata.. Bukan ke kalau kita belajar cara nak jadi ibu bapa yg baik secara xlangsung kita belajar mcm mane nak jadi suami isteri yg baik juga? Dalam erti kata lain, saya dapat dua manfaat dlm satu pembacaan, betul x? (^_^)v

~Sumber asli asid folik: sayur berdaun hijau terutamanya bayam, buah2an sitrus spt oren, bijirin, ayam & daging, barli..hmm ada lagi, tapi xingat hehe~

::Sungguh ku tak mengerti!!!::

Sudah hampir dua bulan saya melanggan perkhidmatan Celcom Broadband, perkhidmatan internet tanpa had yang saya harap dapat memudahkan kerja2 saya. Di pejabat bukan xde kemudahan internet, cuma kena berkongsi. Agak merumitkan bagi saya... Tetapi lain yang saya harapkan lain yg jadi, saya sangat sedih =( Saya harapkan ia dpt melancarkan kerja saya, tapi sebaliknya! Byk perkara yg saya xdpt lakukan, spt membuat attachment pd email, menghantar/forward email, malah nak download pun lbt! (untuk update blog saya ni pun saya pinjam laptop kawan tau!)
Apa sudah jadi? Saya rasa mcm nak marah je celcom sbb xmemberi perkhidmatan yang sepatutnya. Rugi tau saya bayar RM68/month kalau inilah yang saya dapat sebagai pelanggan celcom broadband. Baik saya guna internet free di pejabat saja, walaupun byk website yg kena block tapi xla sakit jiwa terutamanya bila nak send email. Kesian juga kepada beberapa rakan pejabat saya yg pakar bab2 IT ni, sbb hampir setiap minggu saya selalu mengadu masalah saya. Hehe xpe saya doakan u all dapat pahala kerana membantu insan xberdaya seperti saya ni (^_~)v Saya mengaku saya mmg xberapa tahu bab2 IT, kiranya saya ni tahap user jela.
Tetapi setelah banyak penyiasatan saya lakukan utk mencari punca kelembapan broadband saya ni, saya dapat buat kesimpulan ianya bukanlah salah pihak Celcom dan bukan juga kerana vodafone USB modem saya yg rosak. Ianya berpunca dari laptop yg saya gunakan (bukan hakmilik saya, laptop tu dipinjamkan sahaja kepada saya) Sebabnya bila saya gunakan broadband saya di laptop orang lain, memang tiada masalah. Entah apa setting dlm laptop yg saya guna tu, saya pun tak tau. Sekarang salah seorang pakar IT di pejabat saya sedang cuba menyelesaiakn masalah saya, saya harap beliau akan menemui jawapannya secepat mungkin. Dan seandainya beliau tak berjaya saya hanya ada dua pilihan: 1, Beli laptop saya sendiri dan yang ke 2, Tamatkan langganan perkhidmatan Celcom broadband & jual USB modem yg saya gunakan sekarang (dah ada pun pembelinya cuma tunggu masa je! hehe..)

::My 1st dip flower ever! (pasni dah x buat dah kot hihi)::

Yeay!!! Akhirnya terhasil juga dip flower yang diangan2kan selama ni. Sebenarnye dah siap 2 minggu lepas tapi dek kerana kesibukan yg melanda diri, maka baru skrg dapat dipertontonkan di blog saya. Inilah hasilnya....\(^_^)/…
Xtaulah cara saya celup tu betul ke tak, tapi menurut housemates saya, cantek bunga dip yg saya buat2 hehe..mengembang seketika (^_~)v Masa saya celup tu ada sikit tebal kat tepi2 dia, tapi bila tgk lama2 dia jadi mcm tone colour plak. Saya dah surf internet utk mencari rahsia/cara mencelup bunga dip tapi rata2nya tak mendedahkan secara terperinci. Yg saya byk jumpe ialah iklan2 kelas bunga dip, mahal...satu sesi (xpasti berapa jam) yurannya RM250! Fuh...baik saya beli yg dah siap je hehe..so saya pun mengambil keputusan utk meneruskan saja aktiviti celup mencelup mengikut citarasa saya. Walaupun xsecantik bunga2 dip yg dibuat oleh pencelup2 profesional di luar sana, saya tetap berpuas hati sbb ini adalah hasil celupan tangan saya sendiri! (^_^)
Saya berjaya menghasilkan 10 jambak bunga dip untuk 10 dulang. Sesuatu yang ingin saya kongsi di sini ialah, semasa mencelup bunga dip, adalah lebih baik jika kita memakai topeng mulut & hidung (yg selalu kita pakai masa musim jerebu tu). Sebabnya, saya terperasan cecair dip tu menghasilkan bau yang kuat. Di botol dip tu xde langsung label yg menunjukkan kandungan/bahan2 yang digunakan utk buat cecair bunga dip. Saya khuatir ia mengandungi kandungan 'solvent' (pelarut) yang boleh membahayakan kesihatan (pendedahan yang berterusan boleh menyebabkan kanser & kemandulan). Sepanjang pengetahuan saya, bahan yang mulanya berkeadaan cecair tetapi apabila terdedah kepada suhu bilik ia akan menjadi beku/keras, bahan tersebut mengandungi solvent untuk mengelakkan bahan tersebut mudah beku/keras. Solvent ini akan meruap ke udara dan menghasilkan bau/asap dan sememangnya merbahaya kepada kesihatan. Jadi, untuk langkah keselamatan, silalah gunakan topeng mulut & hidung bila membaut bunga dip lebih2 lagi kepada pengusaha2 bunga dip di luar sana! (^_^)v

Wednesday, March 4, 2009

:: Less than 57 days! ::

Cepatnya masa berlalu! Dah sedia ke aku ni? Tinggal xsampai 57 hari je lagi untuk 'detik' itu. Lepas 'detik' tu nnt, dah xboleh nak bangun lewat2, xbleh nak malas2 kemas umah, xbleh malas2 nak masak, xbleh keluar umah sesuke ati, dan yg paling penting untuk julung2 kalinya pada bulan Syawal tahun ni aku xbleh raya hari pertama kat Johor! uuwaaaaa!!! sedehnyeeee!!!! xpe xpe..raya kedua confirm kena balik Johor. xbleh tidak! hehe...

Banyak lagi persiapan xsiap lagi ni. Semalam baru siap 16 kuntum bunga dip. Satu dulang kena ada 4 kuntum. Semuanya ada 10 dulang, so kena buat lagi 24 kuntum lagi. Baru bunga, daunnya belum buat lagi. Hmm..nasib baik bunga dip tak se'complicated' bunga stokin. Cuma bentukkan dawai pastu celup. Mcm cokelat celup Nini plak (^_^). Tapi aku xberapa pandai mencelup. Layer dia mcm tebal ckit, tapi xpe..still cantik lagi (pada pandangan aku la). Yang penting aku puas ati sebab dpt buat sendiri. Malam ni sambung buat bunga dip sampai habis InsyaAllah... Xsabar nak tgk bila dah siap sepenuhnya nnt. Mari beri semangat kpd diri sendiri...Go Go Chaiyo!!!! huhu.. \(^_~)/

Sunday, February 15, 2009

::tanyalah ustaz di tv9 - NIKAH KAHWIN::

Sejurus selepas adegan cemas pencuri selepas Subuh pagi tadi, aku dah xde nafsu nak sambung tido. Apalagi yg best nak dibuat pagi2 ni, mestilah bukak siaran tv. tv3 siar ceramah motivasi pagi..astro ria duk tayang drama..astro prima dengan raja lawaknya, tv9 ada rancangan tanyalah ustaz. Kebetulan tajuknya hari ni pasal NIKAH KAHWIN. Eh macam tau-tau plak tv9 ni hehehe...Ada hikmahnya aku x sambung tido pagi ni (^_~)v

Walaupun ketinggalan separuh masa siaran, banyak jugak input yang aku dapat dari rancangan tanyalah ustaz ni. Caller yg nak tanya soalan pun ramai..menandakan walaupun nikah kahwin merupakan perkara yang x asing bagi kita, tapi banyak lagi yang kita jahil tentang bab nikah kahwin ni especially yg menyentuh hukum-hukum Islam...

Antara yg aku sempat dengar & boleh dikongsi bersama ialah:

1) Senarai jemputan
Mengikut sunnah Rasulullah s.a.w, orang-orang yang kenyang adalah jemputan yang terkemudian. Maksudnya, senarai jemputan kita seharusnya mengutamakan orang-orang yang miskin & kurang berkemampuan, yang jarang dapat merasa makanan yang sedap-sedap. Tapi sebaliknya berlaku, kita selalu mengutamakan 'golongan yang kenyang' iaitu orang-orang yang kaya utk hadir ke majlis kita (untung-untung orang kaya tu bagi 'duit salam kaut' lebih ckit). Bila dah xde orang sgt, barulah teringat kat jiran ujung kampung yang duduk kat umah kayu yg dah nak roboh...tu pun berkira-kira nak jemput ke tak...

2) Jangan mengharap orang datang bagi 'duit salam kaut'
Kat kampung aku, orang panggil 'duit salam kaut'. Ala..duit yg org slalu masuk dlm ang pow pastu masa salam mak pak pengantin depa sertakan sekali masa bersalam. Konon nak sorok tak bagi org nampak la tu..Yela nak bersedekah mana bleh org nampak kan hehe...Actually bukan menjadi satu kesalahan bila memberi duit salam kaut ini, kerana menurut mak aku konsepnya ialah membantu keluarga pengantin yang tentunya kehabisan banyak duit untuk mengadakan kenduri kahwin. Yang menjadi masalahnya ialah apabila ada yang berharap kutipan duit salam kaut ni dpt pulang modal duit yang telah dibelanjakan. Macam berniaga pulak. Patutnya kita niat panggil orang makan sebab nak berkongsi kegembiraan anak kita kahwin di samping memenuhi sunnah Rasulullah s.a.w yang menganjurkan diadakan kenduri walaupun hanya dgn seekor kambing untuk memberitahu org ramai tentang pernikahan anak kita...

3) Adab menjadi tetamu dikenduri kahwin
Menjadi tetamu pun ada adabnya..apabila menerima jemputan, maka wajib dipenuhi. Actually aku pun byk x pegi kenduri kahwin member sejak bermastautin di Kulim, sbb kebanyakannya diadakan di Kuala Lumpur & N.Sembilan. Ustaz tu ckp, kalau x dpt pergi kena call atau bagitau kita xdpt dtg & kena minta maaf. Kalau kita buat x endah je jemputan tu kita akan berdosa. Apabila berada di majlis, ingat adab ketika makan..berpada-padalah ketika mengambil juadah, jangan sampai penuh pinggan lepas tu mkn satu suap je, rasa x kena selera, terus tolak pinggan ke tepi. X baik tau, kecik ati tuan umah nmpk kita buang makanan dia..Selain itu, biasakan diri mendoakan pengantin. Selalunya kita ucap 'tahniah', pengantin pun jawab 'tima kasih.'.Apa kata kita ubah cara kita dgn mendoakan mereka. Ustaz tu ada baca doa pengantin tapi aku xsempat tulis. Ustaz tu kata boleh cari dalam buku doa, x pun kita doa jela yang baik-baik untuk pengantin. Macam2 tu pun boleh juga....

4) Elakkan menjemput 'pak andam' sebagai jurusolek pengantin
Dah jadi lumrah, bila jadi pengantin mesti nak cantik..yela orang yg dtg sume nak tgk kita kan.. Trend masa kini golongan 'pak andam' makin hangat dipasaran dan menjadi pilihan pasangan pengantin. Ramai yg mengatakan solekan 'pak andam' lebih mengancam dari 'mak andam' (aku pun mulanya terpengaruh dgn statement ni). Tengok saja make-up artist kebanyakannya pun dtg dari golongan 'separuh-separuh' ni. Aku sendiri ada pengalaman berurusan dgn 'pak andam'. Bulan lepas aku booking pakej andaman di Batu Pahat utk majlis aku yg bakal berlangsung x lama lagi. Majoriti tenaga kerja butik andaman tu dari golongan tersebut. Mulanya aku excited sbb nak cantik, aku x kisah pun kalau 'pak andam' yang solek aku. Tapi bila dah sebulan lepas booking aku jadi xtenteram bila teringatkannya. Rasa macam xsedap hati (sebenarnya rasa berdosa & terbayang majlis aku nnt x diberkati, na'uzubillahi min dzalik)...Selepas mendapat khidmat kaunseling dari Kak Yana, aku pun mengambil keputusan membatalkan tempahan. Spt biasa, duit deposit xdipulangkan, rugi jgkla RM100 tapi xpe, aku redha..sejurus selepas membatalkan tempahan aku rasa satu perasaan lega menyelinap dalam hati aku, fikiran jadi lapang..bak kata Kak Yana, antara tanda kita buat keputusan yg betul ialah kita akan berasa lega selepas itu. Sekarang ni, aku dah pun booking satu pakej andaman yang 100% made by pure women (^_^) ...

5) Digalakkan bapa kandung pengantin perempuan menikahkan sendiri anaknya
Menurut ustaz, sememangnya digalakkan bapa kandung menikahkan sendiri anak perempuannya. Ia bukanlah perkara yang rumit untuk dilakukan malah lafaz ijab dan qabulnya lebih ringkas berbanding kebiasaan yang dilafazkan oleh qodi yang menjadi wakil si ayah. Aku sendiri berhajat besar agar aku dinikahkan sendiri oleh papa. Aku dah suarakan pun hasrat aku ni kepada papa, dan papa dah pun bagi 'green light'. Alhamdulillah..(^_^) Selaku puteri terakhir yang bakal dinikahkan, mungkin papa x mau lepaskan peluang ini...

6) Pantang larang untuk mengadakan majlis kenduri kahwin
Ada dua pantang larang orang lama yang agak popular bila kita plan nak pilih tarikh kenduri kahwin: Pertama, ada bulan-bulan Islam tertentu yang x digalakkan diadakan kenduri kerana bimbang mengundang bala, keluarga yang dibina tidak berkekalan/tidak dikurniakan rezeki yg banyak/tidak dikurniakan anak, dll lagi yg tak elok. Kedua, tidak boleh mengadakan kenduri dua org adik beradik serentak, nanti salah satu pasangan tidak akan bahagia. Sebenarnya, pantang larang ini harus ditinggalkan kerana tidak disandarkan pada Al-Quran dan Hadith. Kebahagiaan terletak pada keberkatan majlis dan usaha pasangan mengekalkan kebahagiaan, bukan pada tarikh, masa dan sebagainya. Lagipun bukankah lebih elok jika adik-beradik mengadakan kenduri dlm satu majlis memandangkan jodoh masing-masing sudah tiba pada masa yang sama. Tambahan pula ianya lebih menjimatkan kos & tenaga.. tak gitu pakcik-pakcik dan makcik-makcik? (^_~)v

Sebagai penutup, ustaz menyimpulkan apabila mengadakan kenduri kahwin, berniatlah yang kita ingin melaksanakan sunnah Rasulullah s.a.w dan ingin mengeratkan silaturrahim sesama saudara-mara dan masyarakat sekeliling. Hindarkan pembaziran dan rasa riak/takabbur (nak menunjuk-nunjuk yang kita ni banyak duit dengan menganjurkan majlis yang super duper grand!).

Wallahualam..

~nama ustaz tu aku tak tau hehe...tapi walau apapun, input yang diberi sgt memberi manfaat. I like...Thank you tv9, kau memang dekat di hatiku (^_^)v ~

::pencuri !!!::

Hari ni hari minggu..aku tersedar dari tidur jam 6 pagi. Boleh tahan awal jgk huhu...Syukur alhamdulillah Allah s.w.t berikan aku kesempatan untuk bernafas dan mencelikkan mata buat kesekian kalinya hari ini. Kesempatan yang diberi disyukuri dengan solat wajib dua rakaat. Niat di hati nak menyambung lena..maklumla hari minggu. Tapi mata segar pulak. Hmm lepak-lepak dulula, dalam hati tgh berkira-kira nak tidur ke nak buat sarapan...

Tgh syok lepak kat bilik tetiba ada suara lelaki menjerit di luar umah. Mula-mula x kedengaran butir jeritan hamba Allah tu, tapi lama-lama makin kuat.. "Pencuri!! Pencuri!!!" Aku terus meluru ke tingkap, skodeng ikut tingkap la dulu, takut beb nak keluar... Aku tengok kat depan umah jiran-jiran dah berkumpul, ada sorang kakak tu asyik menuding tangan ke arah umah hujung di lorong kami sambil mulutnya sibuk menceritakan sesuatu. Jantung aku berdebar-debar, macam suspen la plak. X boleh jadi ni, aku kena keluar pi join depa, at least aku tau apa yang jadi.

Dari cerita salah seorang jiran depan umah aku (suami kakak yg aku cerita tadi), isterinya berada di luar umah semasa kejadian. Sejurus terdengar jeritan hamba Allah tadi, kakak tu nampak lelaki bermotor (x pasti berapa orang naik motor tu) sedang cuba mengambil sesuatu dari dlm kereta mangsa yang sedang bersiap-siap nak pegi kerja. Tapi mungkin kerana terkejut dengan jeritan mangsa (yang pada aku memang kuat sbb jeritan dia boleh dengar sampai umah aku yang 6 buah umah jaraknya dari umah dia), pencuri tu cabut lari. Tau pulak takut... Kakak tu cakap dia memang perasan masa dia keluar umah nak panaskan enjin kereta dia nampak lelaki bermotor berlegar-legar di sekitar lorong umah kami. Mungkin masa tu orang jahat tu tengah survey mangsa yang sesuai.

Lepas bercerita, sempat jugak jiran aku nasihatkan aku supaya berhati-hati sebab kebanyakan mangsa adalah perempuan. Yela, perempuan kan kurang berdaya nak melawan..Antara nasihatnya: kalau nak keluar umah, pastikan line clear..(tiada kelibat manusia bermotor yang kelakuannya mencurigakan). Kadang-kadang orang jahat ni sembunyi kat balik pokok, so kena perhati betul-betul.

Actually, aku pun ada juga amalkan langkah berjaga-jaga sejak akhir-akhir ni. Antaranya seperti yang disarankan oleh jiran aku dan satu lagi, untuk keselamatan semasa pemanduan (selain pakai seatbelt) simpan barang berharga kat tempat tersorok dlm kereta (xkira la bonet keta ke, bawah kerusi keta ke etc.)

Kesimpulannya kejadian jenayah seperti ragut, rompak, samun, rogol dsb. memang sentiasa mengancam masyarakat. Apatah lagi dlm keadaan ekonomi meleset skrg ni, kadar jenayah memang meningkat sbb ramai orang kena buang kerja. Mane yang desperate dan xkuat iman, cara cari rezeki x halal ni lah yang diorang pilih. Apa yang boleh kita buat ialah tingkatkan langkah-langkah keselamatan untuk mengurangkan risiko menjadi mangsa di samping berdoa kepada Yang Maha Esa agar terlindung dari mata-mata jahat di sekeliling kita. Satu lagi kita perlu hidup bermasyarakat, ambil tahu apa yang berlaku kepada jiran sebelah menyebelah. Jangan macam katak bawah tempurung, hidup dalam dunia sendiri dan x peduli apa yang berlaku di dunia luar.

~nak tambah ckit lagi: Jangan jadi katak PEKAK bawah tempurung. At least katak bawah tempurung yang x pekak boleh dengar apa yang berlaku di luar, x gitu? hehehe...~

Friday, February 13, 2009

::hari memperingati kekasih a.k.a valentine's day::

Esok satu dunia bakal menyambut satu hari yang diperuntukkan utk sang kekasih memperingati pasangan masing-masing. Mungkin hari-hari biasa x ramai yang ingat dia tu ada kekasih kot so wajiblah pada 14 Feb kena pulihkan ingatan masing2 semula huhu... Kalau nak dibicarakan larangan menyambut hari valentine bagi ummat Islam mmg majoriti sudah tahu. Saban tahun jadual forum-forum dan ceramah-ceramah agama di bulan Februari pasti akan dimuatkan dengan topik tegahan menyambut hari valentine. Malangnya stesyen televisyen yang menyiarkan forum-forum dan ceramah-ceramah agama tersebut pada masa yang sama sibuk mempromosikan rancangan-rancangan dan iklan-iklan sempena valentine. Mmg xboleh salahkan mereka, mereka pun nak jaga periuk nasi mereka juga kan..lagipun Malaysia sendiri berbilang kaum..sasaran mereka adalah umum, so pandai2la pilih mana yg elok dan mana yg xelok..cuma harapan aku semoga ummat Islam seluruh dunia terutamanya golongan muda jgnla sesekali menyokong sambutan hari memperingati kekasih ni..Peringatan ini untuk diriku juga! (^_^) Wallahualam..