Thursday, May 29, 2014

Story of My Second Hero: Muhammad Elman Nafiz

Semalam tak boleh nk lelap mata, saje-saje scroll down post yang lama-lama. Maka terbaca la semula post-post pasal anak sulung kesayangan, Muhammad Ajmal Wafiy yang sekarang dah mencecah usia 4 tahun. Post terakhir pasal Ajmal dalam blog ni masa umur dia 1 tahun lebih. Lepas tu kan saya berhibernasi dari dunia blogging. Lamaaaaaaa.... dekat 2 tahun jugakla hehe..

Dalam blog ni ada cerita masa mengandungkan Ajmal, saat-saat kelahiran, masa dia umur 2 bulan, masa dia demam sakit gigi umur 6 bulan, eh pendek kata banyak jugakla kan mak dia pot pet pasal dia dalam ni. So how about adik? ADIK??? Eh ajmal ada adik eh? Hehehehe... Kalau uolls kawan-kawan saya yang tau profile saya mestilah tau kan Ajmal ada adik. Bagi yang tak tau, ha ni baru nak kabo. Adik Ajmal wujud masa saya tak aktif berblog. Kesian adik. Ummi tak cerita pun pasal adik dalam ni. Bukan ummi tak mau cerita dik, ummi tak sempat lagi nak cerita. Masa zaman mengandungkan adik adalah zaman paling getir dalam hidup ummi. Penuh pancaroba, onak dan duri! Okeh, nampak over di situ. ( _ _ )' 

So, demi menegakkan keadilan, ummi akan bercerita mengenai adik pulak. Ummi nak qada' cerita pasal adik dari hari adik duduk dalam perut ummi lagi. Huhu...

Okey, macam mana ummi tau adik dah ada ye? Hmmm.. macam biasa, dah tentulah sebagai seorang perempuan ummi ada indicator semulajadinya. Hehe.. So bila dah terasa-rasa macam ada adik dalam perut ummi, ummi pun pegi la jumpa Puan Doktor. Doktor ni memang doktor feveret ummi kalau bab-bab mengandung ni. Dia ni doktor Cina. Baik sangat. Masa cek tu, ummi baru terlewat satu hari. Doktor kata, "apa pasal mai awal sangat. Nanti tak nampak pulak". Ummi jawab "Takpe, saya konfiden mau cek maaa.."

So, bila dah buat test, tu dia!!! Terang sungguh la anak ummi ni nak tunjuk dia dah ada dalam tu. Doktor pun terkejut tau adik. Memang power la anak ummi punye hormon HCG. 
 
Maka bermulalah perjalanan dan tumbesaran adik dalam perut ummi... Kalau dari dulu masa ummi mengandungkan abang ummi tak lalu makan masam-masam, tapi kali ni ummi boleh makan yang masam-masam tu. Tapi takla sampai asyik cari je kan. Pastu, masa mengandung adik, ummi asyik nak minum Co*e je. Haish.. kalau ikut kan tak elok ibu mengandung minum air ni. Abi selalu larang tapi ummi takleh tahan. Nak jugak. Dapat satu hirup pun jadila.
 
Masa scan jantina kat doktor pulak, ada dua doktor masing-masing bagi pendapat yg berlawanan. Sorang kata pompuan, sorang lagi kata lelaki. Ummi ni dah konfius. Sampai ke sudah hat sorang tu tetap kata pompuan hat sorang lagi tetap kata lelaki. Last-last ummi kata kat abi tengokla nanti masa lahir sapa yang betul hehehe... Naluri ibu? Hmm.. masa tu ummi lebih ke arah perempuan sebab biasalah, kalau dah dapat anak lelaki mesti nak rasa jugak dapat anak perempuan kan. lagipun fe'el masa mengandung adik ada lain sikit patternnya dengan abang. Tu yang menambah perasaan nak dapat anak pompuan tu hehehe..
 
Masa mengandungkan adik ni lah ummi bertungkus lumus siapkan pengajian ummi yang tertangguh sejak sekian lama. Adik la yang teman ummi ke hulu ke hilir, bersengkang mata menaip tesis, panjat tangga yang tinggi bawah panas terik masa bulan Ramadhan nak hantar tesis kat supervisor, sampai tahap masa adik lahir pun sebenarnya masa tu adalah appointment ummi nak hantar draf final tesis tau. Sebab tu adik lahir kat HUKM. Sekarang depa sebut PPUKM. Kalau ikut plan asal, ummi nak balik Johor (Batu Pahat), nak lahirkan adik kat kampung nenek. Tapi nampaknya adik memang nak jadi orang Key El yo! Maka lahirlah adik di bumi Kuala Lumpur nun. Ic pun dapat hat tengah no. 14. Kan dah tak sama dengan ummi dan abang. Kami ic hat tengah no. 01 hehehe
 
Pengalaman melahirkan adik pulak tak segetir melahirkan abang. Maklumlah, abang kan anak sulung. Peneroka pertama jalan nak keluar kan.. so bila adik nak lalu dah senang sikit. Jalannye dah pernah dibukak. Sakit contraction mula tepat jam 12 tgh malam. Masa tu ummi kat umah Cik Yana. Ummi bangun malam tu nak print tesis sebab esoknya ummi nak hantar kat supervisor ummi. Masa tengah buat kerja print ummi rasa sakit kat perut setiap 10 minit. Sudah! Adik nak keluar dah ke? Ummi tunggu lagi sampai pukul 3 pagi. Baru dapat print tak sampai 20 mukasurat, ummi kemas barang-barang kerja ummi, ummi kejut abi. Suh bawak ummi pergi hospital. Nasib baik ada hospital dekat dengan rumah Cik Yana. Cik Yana pun terkejut sebab tak sangka ummi nak bersalin malam tu hahaha..
 
Sampai kat hospital kul 4 pagi, doktor kata bukaan dah 2 cm. Dia tanya, nak saya tolong cepat jalan bukak tak? Ummi pun kata ok, boleh. Ingatkan nak masukkan ubat ke ape ke..rupenye perit jugak kaedahnya. Nasib baik kejap je huhu.. So lepas tu ummi duduk wad sekejap sampai pukul 8 pagi. Ummi dah tak tahan sangat sakit cotraction ummi panggil doktor ummi tanya, "Saya dah sakit sangat ni. Belum boleh masuk labour room ke?" Nampak tak gelojohnya di situ. Hihi..Sebab ummi kan dah ada pengalaman bersalin yang sulung, ummi tau kesengsaraan itu akan serta-merta berakhir bila adik dah selamat lahir.
 
Dalam pukul 8.30 pagi depa tolak ummi masuk labour room. Misi kat PPUKM tu baik-baik belaka. Doktor pun ramai doktor perempuan. Jadi ummi rasa tenang la sikit nak bersalin kan. Kalau ramai orang lelaki malu...Dulu masa abang, abi tak masuk teman ummi sebab abi pun sibuk memerut kat toilet, kali ni abi pun tak masuk teman ummi sebab abi kena jaga abang kat luar. Kita kan masa tu kat Kuala Lumpur, kalau kat kampung bolehla abang duduk dengan atok dan nenek. Bila kat KL, takde sapa nak jaga abang. Tapi ummi tak kisah. Sebab misi-misi yang baik hati tu banyak bagi kata semangat kat ummi. Diorang asyik tanya. "Mana suami?" Ummi kata. "Dia jaga anak kat luar. Saya ni orang Johor. Patutnya nak balik kampung bersalin kat sana tapi dah nak terberanak kat sini pulak." Tengok. Nampak tak peramahnya di situ tengah sakit-sakit pun boleh jawab soalan dengan huraiannya sekali huhuhu.. 
 
Setelah bergelumang kesakitan hampir 3 jam, akhirnya putera kedua ummi pun menjengah dunia realitinya pada jam 11.00 pagi di hari Jumaat yang benuh barokah! Alhamdulillah... Bila doktor angkat adik lepas adik meluncur keluar, doktor tanya kat ummi "Ok, anak apa ni?" Adoi la doktor...dah la aku rabun. Terpaksa kecikkan mata. Oh lelaki!!! Haha.. "Lelaki doktor" Adik nangis kuat tau. Kalah abang masa lahir dulu. Lepas tu ummi terus peluk adik bagi adik cam bau ummi dan adik pun terus menyusu. Tak lama tu, abi pulak masuk. Abang tinggal kat luar dengan Cik Yana. Abi azan kat telinga adik... Yang kelakarnya, dalam labour room tu supervisor call ummi. Ummi bawak handphone dalam labour room. Dia tanya "Awak jadi tak nak datang jumpa hari ni?" Ummi pun jawab "Hmm..jumpa apanya Dr. Saya kat labour room ni ha. Dah bersalin" Terkejut supervisor ummi tau sebab baru semalam ummi call kata nak jumpa dia. Tup tup bersalin pulak. Haha..
 
Dah setel semua ummi dengan adik balik wad. Masa kat wad, buat pertama kalinya abang tengok adik. Abang happy sangat. Abang cium adik. Lepas tu ummi cakap "Abang, ni la adik yang duduk dalam perut ummi. Adik dah keluar. Sekarang abang dah ada kawan kat rumah" . Petang tu, pak long, mak long & abang Akram datang tengok adik. Hari esoknya kita masih kat wad. Atok, nenek, cik Yana, cik Lan semua datang melawat. Atok dan nenek datang nak bawak kita balik kampung. So lepas dah boleh keluar wad kita sekeluarga pun terus je balik Batu Pahat. Orang kata kalau dalam pantang takleh keluar rumah kan. Tengok kita, bukan takat keluar rumah, melangkah sampai tiga buah negeri hehehe...
 
So, itulah dia cerita adik masa ummi mengandungkan adik dan bersalinkan adik. Perjalanan yang penuh dengan adegan yang tidak dirancang. Tapi pengalamannya tu manis sangat semanis adik yang rajin tersenyum :) Dan sebab adik lahir kat PPUKM, gedung ilmu untuk bakal-bakal doktor, maka ummi dan abi namakan adik Elman = ilmu. Nak sedap lagi sambung depan dengan belakang Muhammad Elman Nafiz (Terpuji, Yang melaksanakan ilmu). Semoga lahirnya adik ke dunia ini akan menambahkan lagi cendekiawan Islam yang melaksanakan ilmu jalanNYA. Amin...
 
Sekarang mari kita nikmati sebahagian dari koleksi beribu-ribu gambar adik dalam hard disk ummi hehehehe...
 
 
 Adik masa dalam hari. Masa ni baru 10 hari kalau tak silap.
 
 

Raya Aidilfitri adik yang pertama. Masa ni adik umur 3 bulan.
 
 
 
 Adik dan ummi di pagi raya. Kita tak pergi masjid sebab kena tinggal huhuhu..
 

Adik masa ni dah 4 bulan kot (apsal banyak sangat kot daaa.. tu lah dah lama baru nak update. Haruslah lupa kan hehehe)
 


Pinky boyz. Dua-dua pun jambuuuuu!!! Phewitt!!
 

 
Adik tidoq dalam buaian adalah sesuatu yang rare.
 
 
Adik & abang. Kami saling sayang menyayangi selamanya :)
 

 
 Adik versi rambut panjang. Dua bulan kat Korea takdak sapa nak tolong gunting rambut ka...
 
 
Hai, tunggu sapa tu?
 
 
Geng boboiboy in family...Yaya ummi sorang je buat masa ni ;)
 
 
Ni lah dia namanya pembawaan budak. Rupenye budak tecit ni yang suka makan masam hehehe
 
 
Timang tinggi-tinggi!!!!!!!!!!!
 
 
Muhammad Elman Nafiz, ummi sayang kamu until jannah! Jadi anak soleh ye sayang :)
 
 
.Ummi Ajmal Elman.
 
 
 
 

No comments: