Beberapa hari lepas saya boring-boring duduk depan tv tetibe tertekan channel TV2. Jarang sangat kot tertengok channel ni dengan rela. Masa tu TV2 tengah tayang rancangan ala-ala Nona versi Tamil. Topiknya menarik sangat sampai saya terpaksa stay kat channel tu walaupun berbahasa Tamil (of course ada subtitle. Kalau tak nak paham lagu mana hehe). Topik pasal menantu perempuan dengan mentua perempuan.
Rasanya, dalam masyarakat India memang biasa menantu perempuan duduk umah mentua sebab kan lepas kahwin, pengantin perempuan dia menangis-nangis peluk mak ayah pastu naik kereta ada bunga-bunga pastu dia ada upacara masuk umah keluarga lelaki bla bla bla (terpengaruh tengok cerita hindustan le tew..) Jadinya dalam rancangan Nona versi Tamil tu dia mengutarakan permasalahan menantu dan mentua yang duduk satu rumah. Kalau tak duduk satu rumah pun pasal masalah biasa yang terjadi antara menantu perempuan dengan mak mentuanya. Ayat menarik yang pengacara sebut ialah
"Menantu sekarang adalah mentua di masa hadapan".
Ya. Sekarang saya adalah menantu. 20 tahun lagi insyaAllah jika panjang umur boleh jadi mentua. Setakat ni saya ada dua orang anak lelaki. Dah sudah hampir pasti saya bakal dapat dua orang menantu perempuan.
Adakah hubungan ibu mentua dan menantu perempuan adalah hubungan yang bermasalah? Tak semestinya.. Tapi hubungan mentua & menantu ni sangat 'fragile'. Kena handle with care. Saya kutip falsafah dari rancangan tu,
"Pasu yang pecah adalah pasu tanah liat kalau yang pecahkan tu anak perempuan sendiri & pasu emas kalau yang pecahkan tu anak perempuan menantu"
Faham tak falsafah tu. Memang berbelit sikit. Sapa yang minat cite hindustan je faham. Hehehe..
Sebelum kahwin, semua bakal menantu cuba tackel hati mak mentua. Jarang bebeno ada yang carik pasal dengan bakal mak mentua dari awal. Kalau ada, kahwin kat Siam le jawabnya! Cara ambik hati tu macam-macam... Selalu calling-calling, belikan hadiah, cakap sopan santun, masak sedap-sedap dan dengan confidence level yang tinggi suh boypren bagi mak mentua rasa (konon-konon bertuah la dapat menantu pandai masak hehe), pendek kata semua baik belaka.
Tapi, adakah kebaikan ini akan berterusan selepas kahwin? Ada.. tapi kad'dang-kad'dang, jaghang-jaghang yang dapat maintain sebagaimana nak maintain badan yang slim sebelum kahwin. Ramai menantu yang berpaling tadah. Tetibe terserlah segala perangai huduhnya antaranya pagi bangun lewat, gelak tak sedar diri macam kena sampuk, pemarah, tak rajin masuk dapur tolong mak mentua masak, dan macam-macam lagi lah.
Dek kerana terserlah perangai sebenar ni la yang mengundang masalah sebenarnya. Kalau kita tunjuk perangai kita yang semulajadi buruk tu kat mak sendiri, memang takde masalah. Berbeza kalau kita tunjuk depan mak mentua. Semua jadi masalah. Sebab tu jadi kes ibu mentua mengumpat menantu, menantu mengumpat ibu mentua.
Pada saya kedua-dua pihak kena redha. Ibu mentua harus redha dengan perangai tak sempurna menantu. Kalau kita tak kisah anak kita bangun lewat, kenapa bila menantu bangun lewat jadi masalah pulak? Kalau kita tak kisah anak kita masak tak sedap, kenapa kita mesti kisah kalau menantu kita masak tak sedap jugak? Kalau kita tak kisah anak kita belum dapat anak, kenapa kita kisah kalau menantu kita belum dapat lahirkan zuriat?
Di pihak menantu pulak, di zaman sekarang ni, ada dua kategori mentua yang mungkin kita dapat. satu, mentua yang berfikiran tradisional dan satu lagi mentua yang agak moden. Kalau dapat mentua yang berfikiran tradisional, anda bakal mendapat teguran-teguran secara bersiri. Teguran masa tengah mengandung, masa tengah berpantang, masa besarkan anak dan fasa-fasa seterusnya. Mungkin mula-mula anda rasa tak puas hati dan nak buat kenyataan balas tapi bak kata sang cerdik pandai, kalau tak setuju tak payah cakap apa-apa. Senyum je tanda redha walaupun dalam hati meluap-luap sangat tak setujunya. Mak mentua lain.. kalau kita balas, dia mesti terasa hati. Kalau mak kita sendiri takpe. Sebab mak kita yang lahirkan kita dan dah masak sangat dengan perangai anak-anaknya. Jadi mak kita tak pernah akan ambil hati dengan kita berbanding mak mentua yang sangat sensitif hatinya huhuhu... Dan dengan sebab itu saya rasa ramai yang lebih selesa berpantang dengan ibu sendiri daripada ibu mentua.
Kalau dapat mentua yang agak moden pulak, saya rasa ia adalah kelebihan untuk anda. Sebab mereka lebih berfikiran terbuka, easy going, boleh jadi kawan kamcing, boleh hang out together-gether, boleh share-share masalah and so on. Biasanya ibu mentua yang berkerjaya adalah ibu mentua yang jatuh kategori ni sebab hanya ibu-ibu yang bekerja je faham beban ibu lain yang juga bekerja.
Jadi, saya ni walaupun lagi 20 tahun nak bermenantu, saya selalu berangan jugak kalau aku jadi mentua macam mana la ye. Cengil ke? Suke mengomel ke? Ke jadi mentua yang gile-gile? Hahaha.. Dalam kepala ni memang dah set, aku kalau jadi mentua tak nak jadi macam ni, nak jadi macam tu. Tapi boleh kita set benda-benda ni? Kita ingat kita ni dah buat yang terbaik, tapi rupenye ada jugak orang yang tak suka. Yang penting saya berdoa anak-anak menantu saya nanti menerima saya seadanya sebagai mentua. Tak salah doa dari sekarang kan. Mudah-mudahan dalam masa 20 tahun ni, ada doa saya yang mustajab dan diterima Allah swt :)
Buat ibu mentua saya, saya harap beliau menerima saya seadanya. Saya sedar saya tak sempurna. Tapi saya cuba yang terbaik untuk jadi anak menantu yang solehah, ye mak :)
Gambar sekadar hiasan.
Untuk mengeratkan kemesraan menantu boleh main ba ba cak dengan mentua sambil jemur kain. Tapi apsal muka diorang ni serius sangat. Mungkin sebab menantu lupa nasi tengah hangit di dapur lalu mentuanya bengang! hahaha :D
-Ummi Ajmal Elman-
No comments:
Post a Comment