Sunday, May 18, 2014

Mengajar anak kecil mengenal Allah swt


Saya tak rasa saya ni ibu yang sempurna. Banyak sangat salah silap di sana sini. Kadang-kadang terbuat juga perkara-perkara yang tak sepatutnya di depan anak-anak. Tapi hari ni saya nak kongsi satu perkara yang saya rasa (ini pada pendapat saya je ye) adalah teras utama yang setiap ibu bapa perlu terapkan ke dalam diri anak-anak - mengenal sang Pencipta yang Maha Esa. Jangan ingat anak kita tak faham sehingga bila dah besar baru nak cerita siapa Allah. Sebenarnya kita boleh mulakan dari umur anak beberapa bulan sahaja :)

1) Mengajarkan kalimah tauhid - 2 kalimah Syahadah
Saya percaya ramai ibubapa yang mengajarkan doa sebelum tidur kepada anak-anak sedari kecil sehingga mereka terus dapat hafal selepas sebulan atau dua bulan diajar. Saya pun sama. Sampai satu hari, saya terdetik. Mengapa tak ajar anak baca kalimah syahadah sebelum tidur. Kita kan dianjurkan baca kalimah syahadah sebelum tidur (mudah-mudahan kalau ditakdirkan mati dalam tidur pun insyaAllah mati dalam iman). Maka saya pun ajarkan kalimah syahadah setiap kali anak nak tidur dan suruh anak ikut baca. Memang agak panjang jugak. Tapi kita bacakan sikit-sikit. Contoh: Asyhadu (anak ikut, asyhadu) - Alla - ilaha - illallah... Waasyhadu - anna - Muhammada - Rasulullah...tak sampai dua minggu anak-anak dah boleh hafal. InsyaAllah..

2) Mengajar anak membina 'ayat' kesyukuran kepada Allah
Setiap kali lepas makan, dapat hadiah, dapat mainan, baik dari demam, selepas main kat playground dan macam-macam perkara yang menimbulkan rasa gembira kepada anak, saya ajar anak membina ayat yang menyatakan rasa syukurnya kepada Allah. Misalannya lepas makan makanan yang sedap. Saya akan tanya kepada Ajmal "Ajmal, cakap apa kat Allah?" Dia akan jawab. "Terima kasih Ya Allah sebab bagi aku makan sedap-sedap". Kadang-kadang bila dibawa ke playground ayat terima kasihnya berbunyi begini "Terima kasih Ya Allah sebab bagi aku main kat playground hari ini". Masa mula-mula ajar, saya yang tolong bina ayat dan Ajmal akan ulang. Lama-lama bila dah terbiasa Ajmal dah boleh bina ayat sendiri ikut situasi. Kadang-kadang ayatnya agak kelakar dan kita pun nak tergelak mendengarnya contohnya kalau dapat baju baru "Terima kasih Ya Allah sebab bagi aku baju baru gambar Boboiboy yang cantik". Dan kita sebagai ibu bapa mesti sambut doa/ucapan syukur anak dengan kata-kata yang jelas supaya dia dengar "Terima kasih Ya Allah sebab bagi aku anak yang soleh". Lepas tu bolehla peluk cium anak dan hati mesti berbunga-bunga sambil mata bergenang feeling-feeling terharu gitu.. huhu

3) Bersedia menjawab soalan-soalan anak-anak tentang Allah swt ikut kesesuaian umur dan tahap penerimaannya
Sampai satu tahap, anak mesti tanya tentang di mana Allah, Allah tu macam mana rupenye dan macam-macam lagi. Jangan mengelak untuk menjawab dengan mengalih topik perbualan atau mengatakan nantila bila dah besar baru mama/abah cerita. Sekarang adik belum faham. Sebenarnya, kita masih boleh menjawab soalan mereka dengan contoh yang mudah. Kalau saya, bila anak tanya di mana Allah, macam mana rupa Allah, saya jawab. "Allah ada di mana sahaja. Allah sedang tengok kita. Allah tahu setiap apa yang kita buat. Tapi kita tak boleh tengok Allah di dunia. Kita boleh jumpa Allah di syurga. Hanya orang yang baik/soleh sahaja yang boleh jumpa Allah" Akhiri dengan soalan, "Ajmal nak jumpa Allah? Kena jadi budak yang baik... sebab budak baik je yang masuk syurga. Boleh jumpa Allah. Orang jahat masuk neraka. Sapa masuk neraka tak dapat jumpa Allah". Bila sebut syurga neraka pun kita memang kena cerita kat anak-anak sejak kecil. Apakah gambaran syurga neraka. Yang tu kalau ada masa saya cerita dalam entri lain.

.Ummi Ajmal Elman.

2 comments:

sue_eila said...

Moga kita dapat mendidik anak2 jadi insan yg soleh dan solehah ..AMIN.
Nway, suka baca info dlm blog u but hari ni baru sempat tinggal jejak. Selamat berkenalan :)

Wid Shualdi said...

InsyaAllah sis sue_eila..
Tulis buat isi masa lapang je. Salam ukhwah & selamat berkenalan :) and thank you for reading my blog picisan ni ;p