Friday, December 3, 2010

:: Cara-cara buat MOBYWRAP ::

Ada seorang reader, Mama Atie bertanya bagaimana saya buat mobywrap. Harap-harap entry ni boleh membantu beliau dan ibu-ibu lain yang teringin DIY mobywrap (^_____^)

Bahan-bahannya mudah sahaja. Hanya kain jersey sepanjang 5.5 meter (bidang 45" atau 60")  dan gunting kain yang tajam. 

Kain jersey tu terpulang nak yang plain colour atau bercorak. Saya hanya survey dua buah kedai kain, harga kain jersey yang baik kualitinya antara RM15 ke RM22. Yang plain colour lagi murah dari yang bercorak. Kenapa guna kain jersey? Sebab kita nak kain yang stretchable dan satu lagi kelebihannya tak perlu jahit tepi bila kain dah dipotong.


Okay, mari kita lihat pula bagaimana cara membuatnya...

1. Bentang kain jersey untuk memudahkan proses pemotongan.

 

2. Ukur lebar kain sepanjang 20-23 inci dan buat garisan (seperti garisan - - - - dalam gambar di bawah) supaya nanti takla herot-herot masa nak menggunting.

3. Gunting di sepanjang garisan yang telah dibuat. 
3. Dah siap gunting, anda akan dapat sehelai kain yang berukuran seperti gambar di bawah.



4. Moby wrap anda sudah siap dan sedia untuk digunakan bersama si kecil tersayang. Mudahkan nak membuat mobywrap sendiri. Tak perlu jahitan langsung! Untuk cara memakai sila cari di youtube ye. Taip sahaja keyword 'mobywrap' nanti ada banyak video yang akan tunjukkan cara-cara pakai mobywrap. Sebenarnya, saya belum belajar lagi cara letak video dalam blog, hihi...ketinggalan sungguh!

5. Aik, apasal ada step no.5 pulak? Tadi kata dah siap. Haaa....yang ni langkah tambahan untuk sesiapa yang ada mesin jahit atau jarum dan benang. Semasa proses memakai mobywrap, kita kena kenalpasti mana bahagian tengah kain. Daripada kita terbelek sana terbelek sini, lebih baik sekiranya kita tanda siap-siap di mana bahagian tengah kain. Macam saya, saya tampal sehelai kain bercorak ukuran 20" X 20" untuk tanda bahagian tengah kain. Dan ia juga jadi corak yang cantik bila dipakai macam gambar di bawah ni (^____^) 



Ada juga orang yang jahit secebis kain kecil sebagai 'tag'. So, terpulang kepada anda sama ada nak buat atau tak penanda bahagian tengah kain ni. 

Tips:
Jika anda beli kain bidang 45", anda boleh dapat dua keping mobywrap. Jika bidang kain 60" pula anda boleh dapat 3 keping mobywrap. Kalau anda rasa sekeping sudah cukup bagi anda, anda boleh pakat-pakat dengan kawan-kawan yang berminat untuk memiliki mobywrap untuk berkongsi membeli. Jadi ia akan mengurangkan lagi kos membuat mobywrap ini. Saya pun buat macam tu jugak. Saya berkongsi beli kain dengan kawan saya Puan Fify. Lihat gambar kat bawah ni, Puan Fify dan baby Farish look so cute in their DIY mobywrap, yeayyyy!!!! hihi...(^____^)


Semasa nak beli kain ni, Encik suami ada bertanya, kenapa beli sampai 5.5 meter, lepas tu kena potong and at the end dapat dua keping. Padahal nak satu keping je. Kenapa tak beli 2.5 meter, potong lepas tu sambung di tengahnya? Haaa...kaedah beli kain 2.5 meter pastu potong dan sambung tak digalakkan ye puan-puan...Saya ulang sekali lagi, bukan tak boleh, tapi tidak digalakkan. Sebabnya kita tak mahu ada jahitan langsung pada mobywrap. Kalau kita sambung dua keping kain dikhuatiri jahitan akan tertetas. Nanti nak kena jahit balik, kan leceh....hehe...
Okay, sekian saja entry saya kali ini. Semoga ia bermanfaat untuk kaum-kaum ibu di luar sana (^______^)

9 comments:

Budakjawa said...

Salam,

Penanda 'kain bercorak' itu pon kene guna kain jersey jugak ke? Or kalau guna cotton biasa pon boleh?

Wid Shualdi said...

Salam Budakjawa,

Saya pun budak jawa jgk hehe....

Ok, back to the topic (^_~)
Penanda kain bercorak tu saya guna kain jersey jugak. Kenapa? Sebab kita nak kain yg strechable. Kalau Budakjawa perasan, kedudukan penanda kain tu adalah pada baby bump/body. So,kita nak kain tu tak ketat tak longgar, jadinya material yg paling sesuai ialah kain jersey jgk walaupun ianya hanya kain penanda.

satu lagi reason, kita takut kalau jahitan kain penanda akan cepat tertetas kalau guna kain yang tidak strechable spt kain cotton.
TETAPI kalau Budakjawa still nk cuba guna kain cotton apa salahnya. Mana tau sesuai...(^___^)

farenova said...

Salam, entri yg saya cari2 selama ini.. bestnyee..leh tanya, nak beli kain jersi ni katne, kat nagoya ada ke? tqqqqqqqq

Wid Shualdi said...

Farenova, sori for late reply. agak busy ckt sampai tak sempat nk bukak blog hehe...

So, nak cari kain ye? rasanya mana2 kedai kain pun ada,aritu saya beli kat kedai kain biasa je. tanye kat salesgirl/salesman tu KAIN JERSI BUAT LANGSIR.

And fyi, dia ada dua jenis,bidang 60 inci dgn 45 inci. dua2 pun blh guna bt mobywrap yg penting ukuran panjang kain mesti sekurang-kurangnya 5 meter.

ok,semoga penerangan ini dpt membantu Farenova (^__^)

daydream said...

salam, saya pun gi nagoya cari kain jersey tapi yg ada RM2-3 semeter. Betul ke harga dia. Banyak jenis kain jersey yer?

Ok nanti saya try tanya kain jersi utk buat langsir juga. thanks v.much!

-nadia-

Rynn Redhuan said...

Boleh sy tahu ketahanan kain yg digunakan sesuai x dgn berat bb?

Seri Nian said...

asalam kak...kedudukan baby mesti huruf m kan

Hairul Liza said...

Kain jersy yang saya jumpa rm4-5 semeter.kain itu ke?

Unknown said...

Kain knit jersey yer sis?