Tuesday, December 14, 2010

:: Tempat pam susu di pejabat ::

WARNING!
Terdapat penggunaan ‘perkataan direct’ dalam entri ini. Tujuannya hanyalah untuk pendidikan dan cuba menyampaikan ilmu tentang breastfeeding concept secara telus dan jujur. Tidak terlintas sama sekali untuk melucah dsb.   
Kalau anda rasa anda teransang bila baca entri ni, I don’t know what to say….maybe something wrong with your mind!


Dah hampir 6 bulan saya berkecimpung dalam aktiviti mengepam susu dan dah banyak tempat yang menjadi saksi kegiatan murni saya itu. Hari ni nak cerita semua tempat yang saya pernah jelajah kat opis demi mengumpul stok susu untuk Ajmal.

1. Ofis orang lain
Pertama kali mengepam di Bilik Staff Perempuan Tingkat 4. Bilik tu tak berapa besar, semua dalam bilik tu perempuan dan ada satu port kecik untuk tempat solat. So, kat situlah port pertama yang cuba dijadikan tempat mengepam. Advantagenya mengepam kat situ of course la yang pertama takde orang lelaki. Kedua dekat dengan toilet so senang nak mencuci tangan dan peralatan-peralatan pam yang perlu dicuci. Yang tak syoknya saya malas nak mengangkut beg dan barang-barang mengepam sampai 2 atau 3 kali sehari. Ofis saya kat Tingkat 3 jadi perjalanan ke situ agak mengambil masa. Satu lagi yang tak best bila mengepam kat situ tak boleh buat kerja '2 in 1'. Selalunya sambil mengepam saya suka on laptop dan buat kerja atau bloghopping. Sudahnya saya berpindah ke tempat kedua iaitu di cubical saya sendiri....

2. Cubical Sendiri
Di cubical sendiri memang agak mencabar. Ofis saya agak besar, ada lebih kurang 30 orang staff dan bercampur lelaki dan perempuan. Saya pulak duduk dekat dengan pintu masuk jadi kenalah melakukan aktiviti dengan berhati-hati dan senyap, duduk rapat ke meja dan statik macam tu je selama hampir 30 minit supaya tidak disedari oleh orang lain terutamanya staff lelaki. Saya rasa ada juga yang perasan tapi saya buat tak tahu saja. Yang penting saya menjaga 'adab dan sopan' semasa mengepam hehe....Advantagenya mengepam di cubical sendiri saya tak penat nak memunggah gajet pam ke sana sini. Boleh pam sambil buat kerja, tulis blog dan macam-macam lagi. Kantoi tulis blog masa waktu kerja hehe.....Alah, sekali sekala merehatkan minda. Lagipun masa mengepam takleh stress, kan wajib bergembira dengan menulis blog. ngehngehngeh~



3. Membuat port tetap di 'cubical yang tidak berpenghuni'
Kat ofis saya ni ada beberapa cubical yang kosong jadi daripada terbiar kosong baik saya manfaatkannya kan. Pada mulanya saya dapat satu port cubical ni, lokasi memang strategik. Tersorok dan kawan-kawan yang berhampiran cubical tu pun very friendly. Selama hampir sebulan saya meletakkan semua gajet pam menyusu secara tetap di situ. Bila tiba masa mengepam saya akan berlenggang kangkung ke cubical tu dan bila dah siap mengepam saya akan kembali ke cubical saya untuk buat kerja. So saya ada dua cubical la kiranya, hehe tamak betul. Seronok sungguhla masa tu. Ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari chewah! Tetiba satu hari tu segerombolan staff baru masuk kerja, dan ada sorang mamat tu takde cubical nak duduk, jadi terpaksala mengosongkan my 2nd cubical serta merta....

4. Surau
Kadang-kadang kalau rasa nak berubah angin saya cari juga port mengepam yang lain seperti di surau. Sangat selesa sebenarnya mengepam di surau sebab orang tak ramai (saya pam pukul 10 pagi dan 4 petang, masa tu bukan waktu solat fardhu so takde orang). Ada sumber air yang melimpah ruah, aircond yang nyaman, boleh duduk mengepam dengan gaya bebas dan tak takut-takut macam kat cubical. Sambil-sambil tu boleh duduk mengingati Allah, berzikir, menginsafi dosa-dosa silam, huhu insafnya.... (T______T) Again the disadvantage masa mengepam takleh buat kerja lain dan sangat mengantuk sebab suasana yang sunyi, syahdu dan kenyamanan aircond menggamit mata untuk terlelap! Dan satu lagi penat nak mengangkut gajet mengepam pergi surau.

Dan akhirnya setelah banyak kali berpindah randah macam orang nomad saya mengambil keputusan akhir untuk menjadikan cubical sendiri port tetap untuk sesi mengepam. Walaupun agak jauh dari sumber air, tapi penjimatan masa dan keringat lebih diutamakan. Untuk anak saya ketepikan perasaan malu itu. Lagipun saya mengepam dengan cara yang berhemah. Tidak menampakkan aurat dan tak mengganggu orang lain. Pernah juga cadangkan pada pihak pengurusan di tempat kerja untuk sediakan tempat khas untuk ibu mengepam susu. Mereka boleh nak sediakan bilik tapi bilik itu agak sunyi, tersorok dan menakutkan. Kalau jadi apa-apa, terpitam ke terpengsan ke, ternampak hantu ke, rasanya takde sape yang sedar. Mesti stress kalau mengepam kat tempat tu sebab nak lekas-lekas pam dan cabut lari huhu....

So moral of the story, carilah port mengepam yang anda selesa dan memudahkan anda. Usaha murni kita harus diteruskan walau dimana kita berada. Jangan malu-malu kucing, nanti kesian anak kalau bekalan susu di rumah tak mencukupi. Biarlah orang lain nak kata apapun, yang penting anak kita kenyang! (^___~)v


Oh...hari ni 13 Disember. Birthday ajmal yang ke 7 bulan! Lagi 5 bulan je nak setahun. Dah berangan nak buat birthday party Ajmal kat 'luar pintu' a.k.a 'outdoor'. Hehehe.....


Monday, December 6, 2010

Sudah boleh menggigit! (^___^)



Nampak tak gigi Ajmal tu?

Tak nampak?

Nah, diperbesarkan sebanyak 10X hehehihihuhu....



Daku ngeri sungguh....

Bermulalah episod yang daku takuti selama ini.

Ajmal jangan geget ummi tau!!!!

Hmmm....dah penah kena pun, adehhhhh...memang sakit! 

Ni baru dua batang, dah banyak nanti macam mane ye.....

(T______T)


Friday, December 3, 2010

:: Cara-cara buat MOBYWRAP ::

Ada seorang reader, Mama Atie bertanya bagaimana saya buat mobywrap. Harap-harap entry ni boleh membantu beliau dan ibu-ibu lain yang teringin DIY mobywrap (^_____^)

Bahan-bahannya mudah sahaja. Hanya kain jersey sepanjang 5.5 meter (bidang 45" atau 60")  dan gunting kain yang tajam. 

Kain jersey tu terpulang nak yang plain colour atau bercorak. Saya hanya survey dua buah kedai kain, harga kain jersey yang baik kualitinya antara RM15 ke RM22. Yang plain colour lagi murah dari yang bercorak. Kenapa guna kain jersey? Sebab kita nak kain yang stretchable dan satu lagi kelebihannya tak perlu jahit tepi bila kain dah dipotong.


Okay, mari kita lihat pula bagaimana cara membuatnya...

1. Bentang kain jersey untuk memudahkan proses pemotongan.

 

2. Ukur lebar kain sepanjang 20-23 inci dan buat garisan (seperti garisan - - - - dalam gambar di bawah) supaya nanti takla herot-herot masa nak menggunting.

3. Gunting di sepanjang garisan yang telah dibuat. 
3. Dah siap gunting, anda akan dapat sehelai kain yang berukuran seperti gambar di bawah.



4. Moby wrap anda sudah siap dan sedia untuk digunakan bersama si kecil tersayang. Mudahkan nak membuat mobywrap sendiri. Tak perlu jahitan langsung! Untuk cara memakai sila cari di youtube ye. Taip sahaja keyword 'mobywrap' nanti ada banyak video yang akan tunjukkan cara-cara pakai mobywrap. Sebenarnya, saya belum belajar lagi cara letak video dalam blog, hihi...ketinggalan sungguh!

5. Aik, apasal ada step no.5 pulak? Tadi kata dah siap. Haaa....yang ni langkah tambahan untuk sesiapa yang ada mesin jahit atau jarum dan benang. Semasa proses memakai mobywrap, kita kena kenalpasti mana bahagian tengah kain. Daripada kita terbelek sana terbelek sini, lebih baik sekiranya kita tanda siap-siap di mana bahagian tengah kain. Macam saya, saya tampal sehelai kain bercorak ukuran 20" X 20" untuk tanda bahagian tengah kain. Dan ia juga jadi corak yang cantik bila dipakai macam gambar di bawah ni (^____^) 



Ada juga orang yang jahit secebis kain kecil sebagai 'tag'. So, terpulang kepada anda sama ada nak buat atau tak penanda bahagian tengah kain ni. 

Tips:
Jika anda beli kain bidang 45", anda boleh dapat dua keping mobywrap. Jika bidang kain 60" pula anda boleh dapat 3 keping mobywrap. Kalau anda rasa sekeping sudah cukup bagi anda, anda boleh pakat-pakat dengan kawan-kawan yang berminat untuk memiliki mobywrap untuk berkongsi membeli. Jadi ia akan mengurangkan lagi kos membuat mobywrap ini. Saya pun buat macam tu jugak. Saya berkongsi beli kain dengan kawan saya Puan Fify. Lihat gambar kat bawah ni, Puan Fify dan baby Farish look so cute in their DIY mobywrap, yeayyyy!!!! hihi...(^____^)


Semasa nak beli kain ni, Encik suami ada bertanya, kenapa beli sampai 5.5 meter, lepas tu kena potong and at the end dapat dua keping. Padahal nak satu keping je. Kenapa tak beli 2.5 meter, potong lepas tu sambung di tengahnya? Haaa...kaedah beli kain 2.5 meter pastu potong dan sambung tak digalakkan ye puan-puan...Saya ulang sekali lagi, bukan tak boleh, tapi tidak digalakkan. Sebabnya kita tak mahu ada jahitan langsung pada mobywrap. Kalau kita sambung dua keping kain dikhuatiri jahitan akan tertetas. Nanti nak kena jahit balik, kan leceh....hehe...
Okay, sekian saja entry saya kali ini. Semoga ia bermanfaat untuk kaum-kaum ibu di luar sana (^______^)

Thursday, December 2, 2010

:: Sayang tapi pedih ::

Seorang sahabat saya ada berkata,

"Korang perasan tak? Sebenarnya orang yang paling banyak terasa atau memendam rasa dengan kita adalah orang yang paling hampir dengan kita. Bezanya cuma dia boleh memaafkan kita atau terus pendam dan akhirnya menyebabkan hubungan terus renggang atau putus. Saya pernah rasa dan rasanya sangat pedih!"

Ya, saya setuju sangat-sangat dengan kata-kata beliau. Saya juga pernah rasa kepedihan itu setiap kali teringat 'dia'. Semua kekhilafan itu mungkin sudah dimaafkan tapi kami masih jauh dan makin jauh. . . . . . .







Saya cuma terfikir satu soalan.





Agak-agak 'dia' sayang Ajmal tak?
Sebab Ajmal teringin sangat nak disayangi oleh 'dia'....
He misses her hugs and kisses a lot....

Semua orang sayang Ajmal, tengok Ustaz Hizbur Imam Muda pun sayang Ajmal tau!
(^______^)