WARNING!
Terdapat penggunaan ‘perkataan direct’ dalam entri ini. Tujuannya hanyalah untuk pendidikan dan cuba menyampaikan ilmu tentang breastfeeding concept secara telus dan jujur. Tidak terlintas sama sekali untuk melucah dsb.
Kalau anda rasa anda teransang bila baca entri ni, I don’t know what to say….maybe something wrong with your mind!
'Penyejuk mata' saya sudah genap 6 bulan umurnya hari ini. Maka sudah lengkaplah misi penyusuan susu ibu secara eksklusif yang secara rasminya telah dilancarkan pada 13 Mei 2010 jam 4.30 petang di labour room Hospital Batu Pahat. Syukur alhamdulillah....(^_^) Masih ingat lagi pertama kali Ajmal menjamah susu pertamanya yang kaya dengan kolestrum. Masa tu saya masih terlantar di atas katil tempat Ajmal dilahirkan. Mulut kecik Ajmal tu dengan selesanya menghisap susu dan gayanya seperti seorang yang pro. Tak perlu diajar pun! Memang naluri semulajadi bayi dan Allah sudah menciptakannya sebegitu. Kepada bakal ibu-ibu sekalian, bila nak bersalin nanti, sebelum masuk labour room ingatkan jururawat/doktor yang anda tidak mahu bayi yang bakal lahir diberikan susu formula dan anda mahu bayi menyusu terus dari anda selewat-lewatnya sejam selepas dilahirkan. Selain itu, minta supaya bayi diletakkan di sisi anda setiap masa (rooming in) melainkan jika ada kes-kes yang tidak mengizinkan. Adalah menjadi satu kerugian yang sangat besar jika yang pertama masuk dimulut bayi anda adalah puting susu cetak rompak. Original kan lagi bagus! (^_^)
Di sini saya ingin berkongsi pengalaman pahit dan manis saya selama 6 bulan menyusukan Muhammad Ajmal Wafiy secara eksklusif.
YANG PAHIT & KELAT
Sebenarnya tiada yang pahit. Tapi yang agak-agak kelat tu adalah. Hehe...Berikut ialah antara peristiwa-peristiwa kelat yang saya pernah lalui:
'Negative thinking' yang cuba menyelinap masuk berpunca dari pengaruh orang-orang luar terutamanya orang-orang lama.
Saya bukan nak memperkecil-kecilkan pendapat orang lama tapi mereka juga tidak harus memperkecil-kecilkan azam saya untuk fully bf Ajmal. Ayat-ayat
"Boleh ke?"
"Cukup ke susu tu?"
"Ha...nanti kalau pergi kursus macam mana dengan anak kat rumah, ajarlah Ajmal minum susu formula nanti tak menyusahkan pengasuh"
"Boleh minum ke susu yang simpan lama-lama dalam peti sejuk tu?"
Masa saya berpantang pun ada yang pandang semacam bila saya minum air masak dengan banyak, makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang dikatakan 'sejuk' oleh mereka-mereka tu dan makan nasi bertambah. Pantang orang lama masa pantang makan nasi sepinggan je, takleh tambah...aduh menderita weh kalau nak ikut sangat pantang tu. Tahu tak kalau kita bf baby kita sentiasa lapar dan dahaga? Dan untuk memastikan produktiviti susu sentiasa banyak kenalah makan dan minum air masak banyak-banyak...Diorang kata tengoklah nanti akibatnya bila dah tua. Bukan saya tidak menjaga diri tapi saya hanya melakukan apa yang saya rasa baik untuk saya dan yang paling penting baik untuk Ajmal. Inilah namanya pengorbanan ibu. Untuk anak apa sahaja sanggup saya harungi. Ingat pengorbanan ummi ni Ajmal..nanti besar jangan melawan cakap ummi tau!
Saya pernah jadi sangat tertekan bila ada satu ketika tu apa saja yang saya nak makan ditegah oleh orang-orang yang kuat pantangnya tu (bukan mak saya ye, orang lain. Mak saya masak makanan pantang saya sangat best! Mak saya sporting dan jatuh dalam kategori orang yang berfikiran terbuka. Tengkiu mak hehehe....). Takkan mihun goreng pun tak boleh makan. Dia suruh saya makan nasi putih dengan ikan bakar je! Sayur pun takde!! Adoyai....(T____T) Rasa nak mengamuk je!!! nasib baik masih boleh bersabar. Syukur alhamdulillah...(^_^)
Pada saya, jika saya menghadapi situasi begini (selain daripada buat tak tahu), kita perlu menerangkan serba sedikit setakat kebaikan susu ibu secara eksklusif. Walaupun mereka masih tak faham tapi anggap sajalah mereka faham.
Ramai sungguh la orang yang suruh saya bagi air masak kat Ajmal
Susu ibu mengandungi 88% air dan segala zat yang penting untuk tumbesaran bayi. Ini adalah fakta. Jadi tidak perlu risau. InsyaAllah Ajmal tidak akan berasa dahaga dan dia tidak perlu diberi air masak sehingga usianya 6 bulan kerana dia sudah mendapat air yang secukupnya dari susu saya. Saya tak kata salah beri air masak kepada bayi 0-6 bulan, saya masa baby dulu pun diberi air masak elok je membesar sampai sekarang. Cuma kajian menyarankan supaya bayi disusui dengan susu ibu 'sepenuhnya' supaya dapat membina sistem pertahanan terhadap penyakit dengan lebih baik. Jadi apa salahnya kita berubah ke arah yang lebih baik untuk masa depan anak-anak kita kan....
Penyusutan ebm
Masa tu Ajmal umur 4 bulan dan lepas raya Aidilfitri. Ekoran terlalu bersukahati minum kopi, teh, minuman bergas dan minuman berais, maka diri sendiri terpaksa menanggung akibat. Tiba-tiba produktiviti susu merudum. Normally dalam sehari boleh dapat 16-18 oz. Bila kemelesetan susu melanda hanya dapat 12 oz je. Stok susu Ajmal yang dalam peti ais pun menyusut daripada penuh satu peti bahagian atas tinggal separuh. Sedih sangat masa tu tapi petua breastfeeding yang berjaya kita tak boleh sedih-sedih sangat. So saya terus melancarkan misi mem'booster' susu. Makan dan minum segala macam benda (of course yang halal sahaja ye) supaya produktiviti kembali banyak. Antaranya oat, kurma, longan, barli, dan makan nasi dengan banyak. Sesi pumping di ofis pun ditambah dari dua sesi kepada tiga sesi sehari. Dalam masa sebulan dah back to normal malahan bertambah lagi. Syukur alhamdulillah...(^_^)
YANG MANIS IBARAT GULA-GULA
Sokongan dari yang mencinta dan dicintai
Seseorang ibu mungkin sukar untuk menjayakan misi penyusuan susu ibu secara eksklusif kalau dirinya tidak mendapat sokongan dari suami. Suami saya adalah orang yang paling banyak meniupkan kata-kata semangat. Fuh Fuh...kuss semangat...ha lebih kurang macam tulah cara meniup semangat.hehehe....hep, serius sikit boleh tak! Okay okay...kembali ke cerita asal. Encik suami juga inspirasi saya untuk terus tabah mengusung pumping gadjet ke sana sini supaya bebanan beliau untuk menyara keluarga dapat dikurangkan. Memberi susu ibu kepada anak adalah saaaaaaaaaaaaaaaangat berbaloi-baloi dan menjimatkan. Tiada sesen pun keluar dari poket anda. Nak menjengah keluar pun gerenti duit tu tak berani punye...hehehe...Bila membeli belah anda tidak perlu ke ruangan susu-susu formula malahan tidak perlu menjeling pun ke arah tin-tin susu itu. Wah...sampai begitu sekali ye. Iyyeee...memang betul. Anda akan rasa hati anda berbunga-bunga dan hati pula berkata-kata "Anakku sihat , cergas dan cerdas dengan susuku sendiri" *kelip-kelip mata* (^_~)
Terima kasih juga kepada mak saya yang menjaga saya sepanjang berpantang dan papa saya yang setia membeli barang-barang keperluan semasa berpantang. Cakap je nak makan apa, insyaAllah papa saya belikan. Hehe... Masa berpantang suami saya dah balik Kedah, saya di Johor. Jadi ibubapalah tempat bergantung, bergayut dan sebagainya.
Berkongsi pengalaman dengan kawan-kawan seperjuangan
Kalau berjuang sorang-sorang memang tak syok. So bila jumpa kawan-kawan yang senasib dan sehalatuju sangat-sangatlah bersemangat. Boleh dapat ilmu baru, kongsi bahan bacaan, dan mengadu masalah...Saya belajar guna hand sanitizer sebelum handle pumping gajet daripada Kak Illy (sebelum tu saya cuci tangan macam biasa je), saya kagum dengan production susu Haja yang melimpah ruah dan belajar tips-tips banyakkan susu dari beliau, saya kongsi pengalaman breastfeed dengan Fify, saya dapat usefull tips tentang power pumping daripada schoolmate sekolah rendah nama dia Yafidah, saya dapat khidmat nasihat percuma dan sangat berguna bagaimana 'menyelamatkan' susu perahan semasa berkursus dalam tempoh yang lama dari sahabat baik saya di universiti iaitu Nadia, saya tabik spring kat isteri kawan saya ni nama dia Sarah sebab dia bukan sahaja fully breastfeed anak dia malahan juga jadi ibu susu kepada anak supervisor dia! kagum kan? Ini baru sedikit ibu-ibu hebat yang saya jumpa. Saya yakin ramai lagi ibu-ibu hebat diluar sana contohnya blogger-blogger yang saya baca blog mereka dan kutip ilmu dari penulisan mereka. Oh ada dua orang lagi: Amalina dan seorang hamba Allah (tak ingat nama sebab kejap sangat dia di A*REC, dia datang training je). Mereka ini ex-ofismate. Saya pernah nampak mereka pumping, masa tu saya sedang pregnant. Yang hamba Allah tu lagi best, dia perah susu guna tangan je, tak payah pumping gadjet segala. Moral of the story, kalau nak seribu daya, kalau taknak macam-macam helahnya.
Serba sedikit tentang Ajmal di usia 6 bulan
Berat badan: 6.75 kg
Tinggi: 68cm
Kebolehan: Meniarap, berpusing-pusing, bergolek-golek, boleh memegang barang dengan baik, menoleh bila dipanggil namanya, membuat bunyi-bunyian yang kelakar hehe...
Rancangan TV kegemaran: Pocoyo, Upin & Ipin
Hobi: Mendengar ummi menyanyi, main geletek-geletek dengan abi
Lagu feveret: Lagu ummi bertajuk "Mari belajar anggota badan" (Pencipta lagu & lirik: UmmiAjmal)
Minuman kesukaan: Susu Ummi
Makanan Kegemaran: Bubur nasi yg ummi masak, puri pisang yummy yummy!
Di usia 6 bulan ni, tiba-tiba muka Ajmal sebijik muka abi. Hmmm...nape tak ikut muka ummi...huhu...
Takpelah, tak ikut muka ummi pun takpe, yang penting Ajmal membesar dengan sihat, hensem, cergas, cerdas dan beriman...InsyaAllah, amin! (^_^) Saaaayang anak ummi mmmmuuuah!!!
4 comments:
satu masa nanti mesti kita akan rindu kenangan BF ni kan..tahniah dh achieve 1st milestone..hope i pun berjaya lepas ujian pertama cam u :)
syukur alhamdulillah..Allah swt jualah yg memberi kekuatan kpd i utk melalui 6 bulan pertama ni dgn jayanya. Semoga u pun akan beroleh kejayaan yg sama insyaAllah. Mari kita teruskan perjuangan utk lagi setahun setengah. caiyok2!! (^__^)
Kita pun rindu kat bf ni. Anak kita yg pertama tu sampai tiga tahun masih lg bf eventhough diselang selikan dgn susu formula. bila pregnantkan adik dia terpaksa disapihkan, tapi tak jadik jugak. advantagenya breast tak bengkak sebab dua org skali bf. anehnya cepat kering pula. Satu bulan je adik dia dapat menikmati susu ibunya.Kenapa ye. mungkin ibu ajmal kena buat research macam mana nak handle situasi seperti di atas, maklumlah ajmal rasanya dah boleh mintak adik!
Aik, pelik juga ye. secara teorinya makin banyak baby menyusu (atau dalam kes awak, dua orang anak sekaligus menyusu), makin banyakla susu yang kita produce. Saya pun kurang pasti dgn permasalahan ni. Saya pun bukanlah pakar sangat hehe...kena tanya pakar laktasi la macam ni. Akan diusahakan,insyaAllah dan bila dah dapat jawapannya nnt saya akan kongsikan. Kalau Ajmal nak mintak adik pun apa salahnya tapi nanti Ajmal takleh manja lebih-lebihla ngn ummi dia hehehe....
Post a Comment