Saturday, November 20, 2010

DIY Moby Wrap

Di entry yang lepas saya ada bercerita tentang dilema memilih baby carrier yang baru untuk Ajmal. Setelah fikir semasak-masaknya, saya memilih untuk membeli moby wrap yang berharga hampir RM150 sehelai. Memujuk suami untuk membelinya tidak membuahkan hasil, maka terpaksalah memerah otak mencari jalan lain macam mana nak mendapatkan moby wrap. Akhirnya terjumpa beberapa ibu yang DIY moby wrap. Mereka membuat moby wrap sendiri menggunakan kain dari jenis strechable fabric contohnya kain jersey. Panjang kain 5.5 meter dan lebarnya 20-24 inci.

Tanpa membuang masa saya pun mengajak Encik suami ke kedai kain. Setelah menjelajah dua buah kedai, dapatlah juga kain yang diidam-idamkan...harga memang berpatutan dan jauh lebih murah dari harga moby wrap di pasaran. Dan inilah hasilnya (^_____^)

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.Moby Wrap DIY dipakai siap-siap sebelum keluar rumah. Mudah sikit nanti dah sampai destinasi terus masukkan baby Ajmal ke dalamnya. Memang cantik, dah jadi macam fesyen baju pulak. Heheheee....


Lihat lihat! Ajmal sangat selesa di dalamnya! (^___~) Ini gaya baby menghadap ke depan...

Dan ini pula gaya baby menghadap/memeluk ibu....

Terima kasih kepada biras saya, Kak Sakinah yang telah berjasa menolong saya menjahit kain tampal bercorak belang hitam putih tu...saya mana ada mesin jahit jadi terpaksa pergi ke rumah saudara mara meminta ehsan pinjam mesin jahit hehehe....

Kesimpulannya, memang selesa sangat membawa anak kesayangan saya dalam moby wrap DIY ni. Tak rasa lenguh di bahu dan semua orang tengok. Rasa glemer pulak. huahuahua!!! Agaknya saya orang pertama di Kulim yang pakai moby wrap kot.
(^___^)

6 comments:

Mama Atie said...

boleh tlg email n assist saya mcm ne nak buat wrap ni? sebab saya juga bercita2 nak beli Moby Wrap tapi kos tu yg menghalang...huhu...thanks

norshafawati@tsssb.com

Wid Shualdi said...

Mama Atie, untuk Mama Atie saya ada tulis entry pasal cara nak bt mobywrap...boleh juga kongsi dgn org lain (^___^)

Marni Ismail said...

Kat mana nak cari kain ni ye?

Norhasmah Tumpang said...

Assalam. boleh tolong saya macam mana nak buat DIY mobywrap ni? kain jenis apa yang sesuai n berapa panjang kain tu.tq.leh email saya kat norhasmah143@gmqil.com
atau whatsap 012-2864906
tq

Norhasmah Tumpang said...

Assalam. boleh tolong saya macam mana nak buat DIY mobywrap ni? kain jenis apa yang sesuai n berapa panjang kain tu.tq.leh email saya kat norhasmah143@gmail.com
atau whatsap 012-2864906
tq

shah jat said...

Amik tempahan x? Nk beli...wasap sy 0163224057