Sunday, March 22, 2009

::Pil kuning kecik::


Sejak 2 bulan lepas, saya ambil berat sangat bentuk/pola pemakanan saya. Ada beberapa misi yang saya nak capai.
  • saya nak benti makan makanan segera & mengandungi pengawet e.g mi segera, nescafe 3 in 1, sardin dlm tin etc.
  • saya x nak guna lagi ajinomoto dlm masakan saya
  • saya nak sangat tambah berat badan yang dari dulu sgt susah nak ditambah (maintain 51 kilo 5 tahun tau!)
  • saya nak makan makanan berkhasiat sebagai persediaan menjadi seorang ibu (^_^)

Point yg ke-4 memang kedengarannya agak 'advance' sbb saya blum kahwin pun. Di samping mendapatkan zat dari makanan harian, saya ambil pil kuning kecik setiap hari. Ramai kawan2 yang hairan tengok saya telan pil tu. Bila saya cerita nape saya makan pil kuning kecik tu diorang ketawa! Klaka la wid ni, kawen pun blum tapi dah makan pil kuning kecik tu. Apa dia pil kuning kecik? Ia adalah pil supplement 'asid folik' yang memang popular di kalangan ibu mengandung. Tapi saya blum mengandung, kenapa nak makan? Haa...inilah yg saya ingin kongsi dengan pembaca2 blog saya..


1 tablet boleh bekalkan 5 mg folic acid.
Telan sebiji je sehari, saya slalu telan mcm2 je xpayah minum air pun sbb pil ni kecik sangat (^_^)

Saya teringat 2 tahun lepas, masa dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang dari Kuala Lumpur naik kenderaan awam, saya duduk kat sebelah aunty pertengahan umur. Setelah bertegur sapa rupa2nya dia bukan sebarangan aunty, Pegawai Kesihatan rupenye! hehe..Dia tanya saya, adik ni dah kawen blum? Mestilah saya kata blum. Dia pun cerita yg dia baru balik dari conference kesihatan di Kuala Lumpur (saya xingat plak nama conference tu). Banyak topik isu kesihatan yg dibincangkan termasuklah kepentingan asid folik dlm gizi pemakanan seharian. Menurut aunty, kebanyakan negara maju dah mewajibkan asid folik dirangkum bersama makanan ruji yg dipasarkan e.g roti, gandum, beras etc. Padahal kat Malaysia blum buat pun lagi langkah mcm tu... Apa pentingnya asid folik ni? Asid folik ni penting tau untuk membantu mengelakkan kecacatan pertumbuhan bayi dalam kandungan ibu e.g sumbing, pertumbuhan organ yg xsempurna, dan yg paling tidak diingini pertumbuhan otak bayi yg tidak sempurna. (selalunya dlm kes ni baby akan meninggal dunia). So, aunty tu nasihatkan saya 3 bulan sebelum berkahwin, eloklah kalau saya makan makanan persediaan menjadi ibu terutamanya asid folik kerana lebih baik kita sediakan tubuh badan dengan segala zat yang diperlukan so since hari pertama janin tumbuh, dia akan terus dapat zat yg diperlukan. Bukan untuk sape2pun, untuk anak kita juga kan? (^_^)

Masa kursus kawen pun ketua jururawat yg memberi ceramah bagi bahagian kesihatan cakap benda yg sama. Jadi, dah dua kali saya diingatkan supaya ambil langkah persediaan menjadi seorang ibu. Saya juga dah benti beli majalah Pesona Pengantin dan gantikan dia dengan majalah Pa&Ma yang lebih berinformasi. Lagipun harga majalah Pa&Ma jauh lagi murah dari majalah Pesona Pengantin. Dahla2, setiap bulan fesyen bajunya lebih kurang sama aje! hehe..Adala sorang kawan baik saya ketawa tengok saya baca majalah keibubapaan, kebetulan dia baru kawen bulan lepas. Dia kata pada saya, " Aku yg dah kawen pun baru beli majalah pasal hubungan suami isteri, ko yg blum kawen dah baca pasal nak jadi mak bapak?" Adakah saya ni terlalu berfikir jauh ke hadapan? Biarlah apa orang nak kata.. Bukan ke kalau kita belajar cara nak jadi ibu bapa yg baik secara xlangsung kita belajar mcm mane nak jadi suami isteri yg baik juga? Dalam erti kata lain, saya dapat dua manfaat dlm satu pembacaan, betul x? (^_^)v

~Sumber asli asid folik: sayur berdaun hijau terutamanya bayam, buah2an sitrus spt oren, bijirin, ayam & daging, barli..hmm ada lagi, tapi xingat hehe~

4 comments:

Anonymous said...

oooo patutlah payah benar nak update blog, isu kesihatan yang dikarang rupanya.
anyway, baguslah kalau dah ambil folic acid tu. kalau ada orang lagi yang tanya (@ kau boleh terangkan kat kawan2 yang hairan+tersengih melihat kau amik folic acid tu)kau boleh terangkn macam ni....
yang pertama...
folic acid ni sangat berguna untuk membantu memecahkan amino acid kat dalam darah. amino acid yang terperap lama kat dalam darah akan menyebabkan heart disease.
yang kedua...
folic acid bantu untuk memecahkan complex carbohydrates kepada simple sugar. ini lebih memudahkan carbo tu ditukarkan kepada tenaga.
yang ketiga...
folic acid ni bagus diambil sekali dengan B12 dan vit C untuk menggalakkan pembentukan sel darah merah dan sel darah putih. pembentukan sel ni bagus untuk fetus dan boleh mengelakkan berlakunya anemia.
yang keempat...
folic acid ni digunakan untuk membentuk nucleic acid dalam DNA untuk menggalakkan appetite dan menggalakkan pengeluaran acid dalam perut yang bagus untuk pencernaan sekaligus promote healthy life. Percernaan yang bagus akan promote healthy skin, good absorbance of nutriences and many more.....
jadi, kau boleh promote kat kawan2 kau tu...kenapa penting untuk kita ambil folic acid sebagai makanan tambahan. bukan hanya untuk orang mengandung dan yang nak mengandung, tapi juga untuk kesihatan diri sendiri sebagai orang perseorangan.
dan mengapa kita ambil folic acid dalam bentuk tablet???
sebab folic acid memang boleh ditemui dalam sayuran hijau, kekacang, tomato, broccoli, mashroom, strawberry, tuna, wheat germ, asparagus dan banyak lagilah....tapi masalahnya folic acid ni adalah dari jenis yang water-soluble. dia boleh vanish bila dimasak (nak ke makan bayam mentah2?,kena panas, kena direct sunlight..... even kena air liur pun dia boleh vanish...jadi the best solution ialah ambil tablet 400mg @ 500mg, sehari sekali.dan pastikan ia disimpan dalam tempat yang gelap.....
so....sebar2kanlah info ni, sebab folic acid ni murah je...dan banyak manfaatnya.
Sekian...........

Wid Shualdi said...

wah...bravo! informasi yang tepat & tidak boleh disangkal lagi. ini ke hasilnya selama dua tahun bekerja di farmasi? hehe...kagum kagum..scientific giler ulasan ko, aku print jela suh depa baca hehe.. ha satu lagi, mmg kena simpan tempat gelap ek? nasib baik aku simpan dlm handbag, mmg confirm gelap!

Anonymous said...

pembetulan.... aku kutip pengalaman kat farmasi 4 tahun laaaaa

Unknown said...

hi widyan..thanks tuk info pasal asid folic ni..n sy copy paste ltk kat blog yer..bhgian comen dianaruss ni...anyway sori sb copy u punye comen...ini info yg baik