Tuesday, April 26, 2011

TANGAN yang menghayun buaian rupanya lebih hebat dari yang disangkakan!

Ada beberapa perkara yang selalu merunsingkan saya sepanjang berkecimpung dalam dunia ibu menyusu ni.

1. Kalau travel perlu tak nak beli adaptor machine pump supaya dapat pump dalam kereta

2. Bila balik kampung, saya memang malas nak bawak machine pump. Alasannya Ajmal boleh direct bf. Tapi kadang-kadang bengkak jugak sebab Ajmal sibuk main sampai tak ingat nak menyusu. Sudahnya menyesal sebab tak bawak machine pump!

3. Selalu mengepam susu dua kali kat ofis, pagi dan petang. Bila dah guna pump waktu pagi, nak kena basuh 'corong' pam. Kalau rajin pergi basuh terus, kalau malas, tunggu nak guna petang nanti baru terhegeh-hegeh nak pi basuh. Selalunya memang malasla hehehe...So, benda remeh macam ni (nak cuci dulu baru guna) membantutkan keinginan nak mengepam pada waktu petang. Lepas tu mengelat terus balik rumah sebab malas nak panjat tangga pergi toilet untuk basuh 'corong' tu. Natijahnya susu Ajmal untuk esok harinya tak cukup, padan muka aku! Esoknya pulak pam waktu pagi dan hantar susu kat Ajmal masa lunch hour. Tulah, malas lagi. Padan muka aku lagi sekali. Haha...

4. Kadang-kadang bila dah kat ofis baru sedar yang saya terlupa bawak 'corong'. Dah kena balik rumah pergi ambil benda alah tu...

5. Kalau takde power elektrik macam mana nak pam guna mesin? mau bengkak kronik dibuatnya!

So, kesimpulannya macam kalau tanpa pam berjasa saya tu saya tak boleh hidup la. Dia jadi macam satu benda besar dalam kepala yang menjadi bebanan untuk difikirkan. Hampir 10 bulan jugak saya berfikiran macam tu. Sampailah masanya saya meng'organize' dan menghadiri satu Kelas Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif di tempat saya mencari rezeki yang lebih dikenali sebagai ofis (^_~).

Memang banyak faedah yang kami (saya dan kawan-kawan) dapat dari kelas ni. Dan pada saya sendiri, ilmu paling extravaganza yang saya dapat ialah ini. Jeng jeng jeng........................




















MARMERT TECHNIQUE !!!!

Macam poyo je kan. Orang lain dah lama tau tapi kau baru terhegeh-hegeh nak announce yang kau dah pro bab marmert technique ni. Hehe...

Saya tau ramai yang dah tau teknik ni tapi saya nak bagitau kepada momma-momma dan bakal-bakal momma yang tak tau macam saya. Teknik ni sangat mudah dah praktikal kerana:

1. Tiada kos membeli
2. Tiada kos penyelenggaraan
3. 'Pam' paling senyap di dunia
3. Boleh digunapakai di mana-mana sahaja dan bila-bila masa
4. Fungsi mengepam dan MENGURUT. Pernah tak jumpa pam susu yang boleh mengurut? Takde kan takde kan, hehehe...
5. Sangat membantu kalau anda ada masalah susu tersumbat (susu berketul di payudara sebab lambat pam dan sebagainya)

Betul la kata Puan Hana, penceramah kelas ibu menyusu tu. JANGAN MENYUSAHKAN DIRI KALAU ANDA MEMILIH UNTUK FULLY BREASTFEED. Kita nak melaksanakan suruhan Allah yang menyuruh kita menyusukan anak kita sehingga umurnya 2 tahun (jika mampu). Jadi bila Allah dah suruh pasti ada jalan yang mudah. Cuma kita je yang selalu menyusahkan diri dan berfikir secara 'complicated'.

Memang betul kadang-kadang isu nak membeli pam ni menjadi beban bagi sesetengah pihak yang kurang mampu terutamanya surirumah yang tidak berpendapatan. Walaupun ada pam yang dijual semurah RM50, tetapi masih ada yang rasa ianya mahal. Kedudukan kewangan kita masing-masing berbeza kan. Jadi untuk anda yang merasakan tidak mampu untuk membeli pam susu, jangan khuatir! Kita sebenarnya sudah memiliki pam susu kita sendiri sejak dalam perut ibu kita lagi iaitu TANGAN KITA SENDIRI! Tangan yang menghayun buaian dan bisa menggegarkan dunia ini juga boleh menjadi alat bantu kepada penghasilan susu yang produktif!. Sila tonton video ini. (WARNING: Video ini untuk pelajaran, untuk orang lain yang tak mahu belajar teknik ini dinasihatkan jangan menonton)

Saya tidak menafikan peranan pam susu yang dijual di pasaran sebab selama ni pun benda tu lah yang saya usung hari-hari ke ofis dan memang ia sangat berjasa kepada saya dan Ajmal. Cumanya setelah mempelajari dan mempraktiskan teknik marmert ni, saya sangat berpuas hati kerana hasilnya menyamai hasil jika menggunakan pam dan kadang-kadang lebih pulak tu. Apa yang nak saya katakan ialah tak semestinya kita kena berbelanja besar untuk menjayakan penyusuan susu ibu secara eksklusif.

Kalau ikut hierarki ke'efektifan' cara mengepam susu/ mengosongkan payudara, di tangga teratas ialah ANAK kita sendiri. Kerana hanya hisapan bayi yang terbaik dan tidak dapat ditandingi oleh mana-mana mesin pam di pasaran pun. Yang kedua ialah TANGAN kita sendiri. Dan yang ketiga barulah mesin pam tak kira jenama dan harganya.

Mula-mula tu saya tak pandai juga apply teknik ni, kekok. Tapi dah lama-lama saya selesa. Tambahan pula atas dorongan rakan karib seperjuangan saya, Mami Farish. Baliau dah praktik lama dah teknik ni, dan sudah tentu beliau lagi pro dari saya hehe...Thanks to her sebab beliau yang suruh saya tonton video dan belajar teknik yang betul. Teknik ni tak boleh sembarang buat ye, belajar dan berlatih. Itu kunci kejayaan! (^___^)

Dah dua hari saya tak mengepam guna mesin semasa di ofis. Saya guna teknik ni lah. Saya nak berlatih mana tahu nanti nak kena hantar pam pergi servis ke, nak travel ke senang la kalau dah pandai. Alhamdulillah hasilnya memuaskan. Dalam 15 minit boleh dapat 3oz. Satu je, letih sikitla sebab kena fokus, tak macam selalu boleh buat kerja lain masa mengepam. 



 Wahai tangan berjasa, marilah bekerja bersama-sama dengan mesin pam ku supaya anakku dapat menikmati susuku berterusan sehingga umurnya 2 tahun. Syukur kepada Allah swt atas nikmat tangan berjasa ini (^___^)

No comments: