Friday, December 4, 2009

:: Perlu Makan Lebih Banyak Besi (Iron) ::

Alangkah susah hatinya saya bila tengok paras Hemoglobin (Hb) saya utk bulan ni hanya 9.3 (unit xpasti plak..)! Aik, cane bleh jadi macam ni ye? Ni confirm kena bebel ngan nurse ni...apa mau jawab daa...

Memang betul pun, bila sesi khidmat nasihat ibu hamil, nurse tu menjerit tengok bacaan Hb saya. Dia tak marahla..just nak tunjuk ekspresi terkejut dia la agaknya. Nurse tu tanye macam mane dari Hb 12 lebih bleh turun banyak ni?? Saya plak dgn confidentnye menjawab "Dah takdir nak buat camne..." hehe takdela. Tipula kalau jawab macam tu, kenala bagi alasan yang berasaskan fakta saintifik huhu...

So, dengan confidentnya saya menjawab "Dulu masa Hb 12 tu saya makan obimin amik kat klinik swasta. Ni lepas makan suplemen klinik kerajaan la Hb saya turun" Bajet macam nak menyalahkan hospital kerajaan la kononnya..hehe...

Nurse pun membalas "Adik, obimin tu lagi sikit tau peratusan zat besi dia per tablet. Yang kitorang bagi tu 200mg per tablet. Ni mesti adik salah makan ni, ke tak makan langsung kot..." Oooo main serkap jarang plak dia.

Tanpa melengahkan masa saya pun membalas hujah membela diri "Saya makan la kak...tapi kadang2 tu tertinggal la jugak. Tapi tak selalu la..."

Nurse bertanya lagi "Camne cara adik makan? Lepas makan nasi terus telan ubat ke? Ade tak telan ubat ngan air manis?"

Uik, memang saya telan ubat lepas makan nasi. Dah bulan lepas masa amik ubat tu Nurse kata makan ubat lepas sarapan atau makan nasi. Salah ke??? Cuma takdela saya telan ngan air manis. Kadang-kadang je kalau desperate hehehe...

So, saya pun ngaku jela. Maka terbongkarlah rahsia yang saya sebenarnya telah mengamalkan cara makan suplemen yang salah..huhuhu konon-konon nak tunjuk pandai akhirnya diri sendiri yang terbukti tak pandai. Padan muka saya. Moral of the story, jangan cuba nak memandai, sila google dulu di internet pasal ubat-ubatan sebelum berdebat dengan mereka yang lebih pakar di hospital..hehe..

Tapi takpe jugak...ada hikmahnya Hb saya turun, baru saya tau cara yang betul makan tablet zat besi (iron). Dia kena makan 1 jam sebelum atau selepas makan. tidak boleh makan sejurus selepas makan nasi atau dah dekat2 nak makan nasi. Sebabnya pil akan dihadamkan bersama nasi/makanan yang kita ambil dan seterusnya menjadi sebahagian dari najis. Membuang masa saja makan suplemen jika begitu jadinya...Sepatutnya suplemen diserap ke dalam darah maka sebab itu perut perlu kosong untuk memudahkan penyerapan. Untuk menggandakan lagi penyerapan, ambil tablet iron bersama tablet Vitamin C....

Jadi saya pun berjanji dengan nurse yang saya akan makan tablet iron dgn cara yang betul. Huhu siap berjanji tu..yela nak elak dari kena bebelan yang bertubi2. Selain itu, saya juga kena makan makanan yang kaya zat besi macam kerang, bayam, peria, pegaga etc. Baiklah, semua makanan itu saya suka. Jadi sudah tentu tiada masalah bagi saya untuk menelan makanan itu sebanyak yang mungkin InsyaAllah...

Lagi dua minggu kena pegi check lagi sekali. Patutnya bulan depan (sebulan sekali je untuk routine checkup), tapi sebab kes Hb saya yang turun mendadak ni, kena pegi check dengan lebih kerap. Nasib baik memang ada tarikh scan perut lagi dua minggu so book jela tarikh yg sama utk check Hb. Tak payah pegi klinik banyak kali...

2 comments:

ssuzanizuraiman said...

salam,wid, mcm mana nurse detect hb ko low ker tak? melalui tekanan darah ker? aku tk pernah pn kena cek hb low ker normal....risau jugak la....

Wid Shualdi said...

Nope..bukan melalui tekanan darah. Kan ada 3 procedure setiap kali routine check: Timbang berat badan, ukur tekanan darah & pegi makmal pastu dia akan cucuk ckit kat ujung jari amik darah utk ambil bacaan Hb.

Abis semua tu, baru pegi masuk bilik nurse, nurse akan review ketiga2 bacaan pastu kalau ada masalah kena plak jumpa doktor.

Kalau tgk kat buku merah pun sepatutnya ada catatan bacaan Hb. Cuba kotengok balik buku merah. Sepatutnya ada...