Ada orang kata bila ‘membawak budak’ ni perangai kita akan berubah serba sedikit. Apa yang kita suka jadi tak suka dan macam tu juga sebaliknya. Dulu saya tiada masalah untuk minum minuman bersusu. Bila kawan saya cerita kat saya yang dia tak lalu minum susu masa mengandung, saya terus terfikir..hmm aku nanti takde masalah kot, aku suke je minum susu. Pastu boleh pulak berangan kalau mengandung nak minum susu banyak-banyak supaya baby sihat dan kuat! Hehe macam iklan milo pulak,dah tu minum jela milo! Kecoh betol! (^_~)v
Tapi itu semua hanya omong kosong a.k.a angan-angan Mat Jenin. Sekarang nak bancuh susu pun dah rasa lain macam. Ni tengah menulis pasal susu pun dah bergelodak isi perut! Masa awal-awal dulu, bolehla jugak maintain minum, tu pun segelas je sehari. Patutnya minimum dua gelas sehari. Sekarang ikut ‘dan’. Rasa larat nak minum,minum.. Ada sorang kawan baik pulak cerita kakak dia pun tak larat minum susu, so kakak dia ganti dengan ikan bilis. Hari-hari kakak dia ‘belasah’ ikan bilis. Hasilnya anak kakak dia lebih cepat angkat kepala berbanding dengan baby-baby yang seusia dengannya. Cepat angkat kepala maknanya tulang kuat la tu…Moral of the story, makanlah ikan bilis banyak-banyak untuk tulang yang sihat dan kuat! Tapi ikan bilis mahal oh…sekilo RM30 yang dah siap kopek. Tapi takpelah, demi kemantopan tulang anakku mama rela berkorban huhu….
Tu baru bab susu, ada banyak lagi benda yang terbalik sekarang ni. Sekarang saya lebih suka makan ayam berbanding ikan. Kalau dulu ayam adalah pilihan lauk terakhir, sekarang ayam tula yang paling seksi dan menggoda dalam banyak-banyak lauk kat cafeteria ofis saya. Kalau pergi pasar malam pun, asyik-asyik beli bihun/kuey teow sup ayam. Laksa dah tak layan lagi dah…Mak saya kata, sebenarnya yang nak makan tu anak kita, bukan kita. Selera kita tetap sama macam dulu. Oooo..nampaknya baby saya ni kecik-kecik lagi dah pandai psiko mama dia ek hehehe…Nak jugak selit satu lagi cerita, mak saya dulu suka makan kopi mentah masa mengandungkan saya! Uihh..pahit tu!
Perfume kegemaran pun dah tak boleh pakai lagi dah. Ada satu perfume silky girl tu je yg saya ‘lalu’ nak pakai. Bau shower foam lagila…mandi sambil tahan nafas! Kena cari showerfoam yang odorless la jawabnya. Tak pun yang bau fresh macam bau limau baru okay dan boleh mandi dengan tenang. Bila bau perfume yang agak ‘strong’ ni serta merta jadi loya. Kepada En. Suami saya berpesan, lepas mandi duduk jauh-jauh dulu, bila dah busuk sikit baru datang dekat. Sebab biasanya lepas mandi En. Suami akan pakai krim rambut yang baunya alahai…bisa membuak isi perutku ini!
Sebenarnya ada satu lagi mangsa ‘kebencian’ saya sejak 2 bulan kebelakangan ni. Mangsanya ialah blog ni! Adoyai…malasnye nak update! Ni pun taip dulu kat word baru paste. Kalau tak saya lebih suka tulis direct kat new post column. Rasa macam menyampah pulak tengok blog sendiri. Haha mungkin sebab blog ni huduh kot huhuuu…
Takpela, rasanya perangai pelik-pelik ni semuanya sementara je…Nanti bila tiba masa elok balikla tu…
(^_^)
Kalau dulu berdua, kini 'bertiga' lebih baik!
\(^__^)/
5 comments:
cmner? dh ok ker alah?
alhamdulillah ok, as long as x minum susu hehe..aku minum soya je skrg. Cuma xleh bau wangi yg melampau la..yg lain ok. berat tambah 1.3 kg! sukeeee...\(^_^)/
aku berat turun adalah...turun 1.5 kg...tk tahu la cmner leh turun...minggu lepas br gi checkup....
Congrate wid... take care... anak kita lahir sama tahun la ni ye..
kak anis! tengkiu! lama tunggu kak anis bila la nak balik amrec. X saba nak cerita kita dah serupa hehehe.. Yela, insyaAllah anak kita sebaya. Ramai lagi kat amrec yg nk dpt baby tahun dpn tau (^_^) same2la kita memeriahkan hehehe...
Post a Comment