Sunday, March 22, 2009

::My 1st dip flower ever! (pasni dah x buat dah kot hihi)::

Yeay!!! Akhirnya terhasil juga dip flower yang diangan2kan selama ni. Sebenarnye dah siap 2 minggu lepas tapi dek kerana kesibukan yg melanda diri, maka baru skrg dapat dipertontonkan di blog saya. Inilah hasilnya....\(^_^)/…
Xtaulah cara saya celup tu betul ke tak, tapi menurut housemates saya, cantek bunga dip yg saya buat2 hehe..mengembang seketika (^_~)v Masa saya celup tu ada sikit tebal kat tepi2 dia, tapi bila tgk lama2 dia jadi mcm tone colour plak. Saya dah surf internet utk mencari rahsia/cara mencelup bunga dip tapi rata2nya tak mendedahkan secara terperinci. Yg saya byk jumpe ialah iklan2 kelas bunga dip, mahal...satu sesi (xpasti berapa jam) yurannya RM250! Fuh...baik saya beli yg dah siap je hehe..so saya pun mengambil keputusan utk meneruskan saja aktiviti celup mencelup mengikut citarasa saya. Walaupun xsecantik bunga2 dip yg dibuat oleh pencelup2 profesional di luar sana, saya tetap berpuas hati sbb ini adalah hasil celupan tangan saya sendiri! (^_^)
Saya berjaya menghasilkan 10 jambak bunga dip untuk 10 dulang. Sesuatu yang ingin saya kongsi di sini ialah, semasa mencelup bunga dip, adalah lebih baik jika kita memakai topeng mulut & hidung (yg selalu kita pakai masa musim jerebu tu). Sebabnya, saya terperasan cecair dip tu menghasilkan bau yang kuat. Di botol dip tu xde langsung label yg menunjukkan kandungan/bahan2 yang digunakan utk buat cecair bunga dip. Saya khuatir ia mengandungi kandungan 'solvent' (pelarut) yang boleh membahayakan kesihatan (pendedahan yang berterusan boleh menyebabkan kanser & kemandulan). Sepanjang pengetahuan saya, bahan yang mulanya berkeadaan cecair tetapi apabila terdedah kepada suhu bilik ia akan menjadi beku/keras, bahan tersebut mengandungi solvent untuk mengelakkan bahan tersebut mudah beku/keras. Solvent ini akan meruap ke udara dan menghasilkan bau/asap dan sememangnya merbahaya kepada kesihatan. Jadi, untuk langkah keselamatan, silalah gunakan topeng mulut & hidung bila membaut bunga dip lebih2 lagi kepada pengusaha2 bunga dip di luar sana! (^_^)v

7 comments:

Anonymous said...

Cantiklah..... cakap kat zul lepas abis majlis kau nanti aku nak bunga tu tau...aku dah cop awal2 ni...sesuai betul dengan warna cat umah aku kan kan kan

Wid Shualdi said...

huahuahua...time kasih atas pujian (^_^) ko nak ke? xpe nnt aku bleh wat khas utk ko huhu. Kalau aku mintak balik kang buruk plak siku aku ni ha..hehehe..

Anonymous said...

nak buatkan ker??? mekacih banyak2. buatkan warna hijau pucuk pisang eh....

errrr tak der orang lain ker yang visit blog kau ni???asik2 aku jer yang bg komen???

Anonymous said...

lagi satu kau tak payah risau siku kau buruk...sebab memang dah buruk pun... ha ha

Wid Shualdi said...

mmg ko je pelawat setia blog aku hehe..ala aku blum besedia nak promote blog aku ni. xpe, pelan2 kayuh hehe...

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

macam mana rupa pelarut bunga dip tuh ehh.. sy guna thiner chat..hancur dip saya sebekas.. sedih..

Wid Shualdi said...

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC:

Hallamak, ade pelarut ke utk bunga dip ni? hehe...sori tak dpt menjawab soalan awak. Dahla jawab pun lbt huhu...dah lama bt bunga ni, masa nak kawen 2 tahun lps. Rasanya masa buat bunga ni, saya celup terus kelopak2 bunga yg dah dibentukkan ke dlm cecair dip tu. takde plk guna thinner...hehe sori ye awak xdpt membantu.