Tuesday, November 19, 2013

Cara atasi anak demam

Soalan matematik: Berapa beza tempoh antara 11 Julai 2011 dengan 11 Nov 2013?

Jawapan: 2 tahun 3 bulan... Lama jugak blog ni bersawang ek. Dalam tempoh masa ni memang macam-macam dah jadi. Kalau nak cerita memang tak tercerita lah. Dah tu, tak payah cerita...hehe.. Tapi nak jugakla kan cerita mana yang best. Sekadar rakaman untuk rujukan anak cucu. Nanti kalau nyai (nenek) diorang ni dah tak berapa hingat nak cerita boleh tekan je www.wedianti.blogspot.com. Nah, apa cucu-cucu nak tau pasal nyai korang semua ada dalam ni. Macam mana pengalaman nyai korang beranakkan bapak-bapak korang, perangai bapak-bapak korang masa kecik semua nyai ada tulis dalam ni. Panjang umur sampai nyambut cucu pun masih boleh tulis dalam blog, insyaAllah..

Macam cun pulak tengok tarikh last tulis aritu 11/7/11 (Monday) start tulis balik 11/11/13 (Monday). Sama haribulan sama hari. Beza bulan dengan tahun je. Serius masa tulis balik tu tak rancang pun. Mood datang tiba-tiba. Takde point cite pasal tarikh pulak hehehe...

Sebenarnya nak cite pasal pengalaman sendiri handle anak demam. Pengalaman saya jela ye. Mana yang baik boleh ceduk dan tiru. Mana yang buruk 'don't do this at home' hehe..

Sebelum cerita step yang saya buat nak handle anak demam, moh bace dulu asbab kejadian...Anak demam tu memang dh selalu jadi la since beranak anak yang sulung. Tapi dugaan yang Allah beri pada saya dan suami baru-baru ni membuka pintu hati saya untuk menulis serba sikit pengalaman kami. Ceritanye begini.....
Anak saya yang kedua, Muhammad Elman Nafiz nama diberi, berusia 9 bulan mula 'ketat hidung' pada satu malam Sabtu yang hening. Nak tido pun payah. Asyik terjaga je.. dari pengalaman lepas memang dah syak, ni nak start selsema la ni. Cek suhu badan, tak demam. Ok. sapu vicks kat dada anak dan sambung tido sambil susukan dia. Lanjutan daripada tu, Elman selsema je tanpa demam selama seminggu. Sebab tak demam, maka yang si umminye ni tak bagi apa-apa ubat kecuali sapu minyak kunyit hidup kat ubun-ubun (petua tok Sik). Selalu pakai kunyit ni membantu tapi kali ni tak menjadi pulak. Berjangkit pulak kat abangnya si Ajmal siap si abang demam menggigil. Jadi, tumpuan lebih kepada abang yang demam. Pergi klinik makan ubat dan sihat. Alhamdulillah... Tup tup dua hari lepas tu adik pulak demam. Sudahnya bawak adik ke pakar kanak-kanak terus sebab dah 2 minggu selsema dan sekarang demam. Lepas jumpa doktor bukan boleh balik rumah terus, kena pergi check in hospital pulak sebab adik suspected jangkitan kuman dalam paru-paru... dudukla hospital 7 hari 6 malam. Makan ubat 3 ke 4 jenis setiap 4 jam. Kena cucuk sana cucuk sini untuk antibiotik, kena fisioterapi hari-hari sedut kahak, kena x-ray, kena cucuk amik sampel darah, macam-macam. Yang saya jadi mak redho je tengok anak menjerit-jerit menangis sebab nak tengok anak sihat.

Selepas 7 hari dan nampak tanda-tanda adik mula sihat, saya mintak discharge ward. Saya yang mintak bukan doktor yang lepas sebab adik kena jangkitan rotavirus pulak. Berjangkit dari pesakit lain. Lepas satu penyakit, penyakit lain pulak datang. Saya buat keputusan nak monitor kat rumah je. Doktor izinkan dan pesan beberapa langkah penjagaan di rumah.

Seminggu lepas tu, kami pun berangkat ke bumi Korea untuk dua bulan. Pasal kenapa pergi Korea lain kali cerita. Dengan bekalan ubat yang kami rasa mencukupi, kami tawakkal kepada Allah kerana dua hari sebelum berangkat adik batuk berkahak balik. Sampai kat bumi Korea, si abang demam panas dan selsema. Terkejut kot tiba-tiba berubah iklim khatulistiwa kepada musim luruh. Adik tak demam tapi bunyi batuk kahak tak lega lagi. Abang pulih dalam masa 3 hari dengan makan supplement Nutriferon Shaklee + makan ubat. Adik pulak ummi bagi makan ubat yang dapat dari hospital masa warded aritu. Buat fisio and steam hari-hari untuk keluarkan kahak.

Hari saya tulis ni dah masuk tiga minggu kami kat Korea. Setiap minggu adik demam. Sepanjang tiga minggu ni, ubat saya dah bagi, natural remedies pun dah buat. semua kekdah yang terlintas dan yang disarankan kawan-kawan saya cuba. Dalam banyak-banyak kekdah, ada yang berjaya mengurangkan demam dengan segera. Alhamdulillah...dan syukur pada Allah walaupun demam adik berulang, demam tu jadi masa weekend. So ummi takla penat sangat during weekdays dan boleh jalankan tugas utama datang sini tanpa kerisauan dan kemengantukan. Cumanya dalam hati memang Allah je yang tau betapa gusarnya saya sebab memikirkan demam adik yang berulang-ulang. Nak pergi hospital, giler kentang tak tau prosedur padahal boleh je tanye kat orang kan.. insurans pun ada kalau nak claim. Tapi kita ni kat negara orang. Kalau warded, sape nak jaga adik kat hospital? sape nak jaga Ajmal kat rumah? Macam mana dengan tujuan asal datang sini? Sampai satu tahap saya rasa macam nak pack barang dan balik Malaysia. Hantar anak-anak dan suami balik Malaysia untuk rawat adik dan saya pulak kembali ke bumi Korea untuk sambung tugasan yang belum selesai. Tapi syukur alhamdulillah keadaan adik beransur pulih walaupun batuk masih bersisa. Saya perhatikan gigi adik pun mula nak tumbuh. Jadi confius pulak di situ adakah demam sebab batuk atau sebab gigi. Setiap hari saya bisik pada adik... sabar ye adik, ummi tahu adik sakit. Tak larat dah dekat sebulan macam ni. tapi adik kena kuat. Ummi kena kuat. Abi kena kuat. Abang pun kena kuat. Natijah dari keadaan adik yang tak menentu selama sebulan ni, ummi tengok abang yang baru berusia 3 tahun dah pandai ambil berat pasal adik. Pagi-pagi bangun nak cium adik. Selalu cek adik demam ke tak dengan letak tangan kat dahi adik. Kalau bagi ubat abang yang tahan kepala adik supaya adik tak meronta-ronta dan pujuk adik. Abang kata "ubat tu sedap dik...rasa oren adik". Ummi nak tergelak pun ada. Walhal kalau nak bagi abang makan ubat, bersilat satu rumah walaupun ummi dah pujuk kata ubat rasa oren. Abang..abang... (^__^)

Jadi, setelah mencuba pelbagai kekdah, di sini saya boleh buat dua rumusan... (1) Kaedah rawatan ubat klinik/hospital dan (2) Kaedah rawatan secara alami - natural remedies

KAEDAH MAKAN UBAT KLINIK/HOSPITAL

Kekdah ni rasanya kekdah yang rata-rata ibubapa selalu buat. Tak salah pun.. Sebab saya pun kecik-kecik dulu hatta smpai sekarang makan je ubat. Kalau nak diikutkan sejarah saya sebelum ni dalam merawat anak yang sedang demam, apa yang saya buat bila badan anak mula panas (lebih dari 37.6DegC) saya bagi paracetamol ikut sukatan, Monitor suhu badan sambil jerlum badan dengan tuala basah. Biasanya semakin lewat malam semakin tinggi suhu badan anak. So standby ubat masuk punggung pulak. Tapi make sure jarak masa dengan waktu terakhir bagi makan ubat tadi. Takut overdose. Tersengguk-sengguk sambil jerlum badan anak sampai pukul 3 pagi tu biasa. Semua ibubapa pun buat macam tu kan. Sebabnya takut anak kena sawan tarik. Alhamdulillah saya tak pernah berhadapan lagi dengan situasi tu. Mudah-mudahan takkan pernah la..

Kalau pattern anak-anak saya ni, siang diorang ok. Aktif dan suhu badan normal. Masuk lepas asar mulalah suhu badan naik dan demam semula.. Biasanya kalau dah dua malam demam berulang, esoknya baru saya pergi klinik panel untuk rawatan lanjut. Pergi klinik standardlah dapat ubat demam, antibiotik, ubat selsema dan batuk (kalau batuk selsema la). Lepas tu balik rumah monitor lagi dua malam. Kalau tak baik jugak baru pergi klinik pakar kanak-kanak yang biasanya kosnya mencecah RM50-RM70 untuk konsultansi dan ubat. Nasib baik boleh claim separuh kat company.

Cakap pasal ubat yang doktor perskpripsi untuk anak, tak semua ubat yang saya dapat saya rasa sesuai untuk diorang. Ada satu klinik ni, saya mintak ubat untuk anak yang kedua umur 9 bulan. Saya bagitau anak batuk selsema dan beritahu umur. Kebetulan tak bawa budaknya sebab masa tu bawak si abang yang jugak demam. Dah alang-alang datang klinik, mintak ubat untuk adik sekali. Doktor tu diam berfikir sekejap...pastu dia kata. Okay, saya bagi ubat ni tapi bagi makan 1cc je tau. Saya pun tak tanye labih lanjut kenapa 1cc je? Dalam hati fikir maybe sebab baby kot. But then bila dah dapat ubat (nasib baik baca label kat botol ubat), terang-terang tulis kat botol ubat tu 'Ubat ini tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah 2 tahun'. So acaner tu? Saya pelik juga, kalau ubat tu tak sesuai kenapa masih cadangkan ubat tu walaupun dia sarankan dos yang kecil. Saya rasa doktor tu patut jujur terangkan yang tiada ubat yang sesuai untuk bayi di klinik beliau dan cadangkan kaedah lain cthnya pergi klinik pakar kanak-kanak. Buatnya saya terbagi lebih tak ke overdose jadinya. Dahla terang-terang ubat tu tak sesuai untuk anak saya walaupun sukatannya hanya 1cc. Sebab tu penting sangat baca sendiri label pada botol ubat di samping dengar arahan doktor.


KAEDAH RAWATAN SECARA ALAMI (NATURAL REMEDIES)

Sejak kebelakangan ni saya perasan ada satu fenomena baru kemunculan satu kumpulan natural remedy (rawatan secara alami). Saya join group ni pun kawan yang add masuk group tu. Baca jugak content and discussion dalam group tu tapi baca cenggitu jela. Masa tu anak sihat. Pikirnya kalau perlu baru baca kot. Perlu tu maksudnya bila anak sakit..
Bersangkutan dengan cerita si adik demam batuk kahak selsema yang tak baik-baik selama sebulan walaupun dah makan ubat klinik berbotol-botol, saya dan suami bercadang untuk buat rawatan secara alami. Caranya sangat simple dan guna bahan-bahan yang ada kat rumah je. Syaratnya sentiasa check suhu badan anak. Saya boleh kategorikan kepada dua keadaan, mild fever (37.5-37.9) dan high fever (38.0 ke atas).

Mild fever (suhu badan 37.5-37.9)

Apa yang ibubapa boleh buat ialah pakaikan anak dengan garlic socks. Barang yang diperlukan hanya 2 pasang stokin dan 2 ulas bawang putih yang dikupas kulit dan diketuk (tak perlu cincang lumat. Ketuk bagi pecah je). Caranya:

1) Pakaikan sepasang stokin terlebih dahulu kepada anak yang sedang demam - tujuannya kita tak nak bawang putih terkena kulit anak secara terus (directly contact to skin). Ada kes yang kaki anak melecur/melepuh sbb tersilap - letak bawang putih terus kena kulit. Bawang putih kan panas. So take note ye. pakaikan stokin dulu baru ikut step seterusnya...

2) Ambil stokin satu lagi, masukkan bawang yang dah diketuk ke dua-dua belah stokin. Pakaikan ke kaki anak. Pastikan posisi bawang putih berada di tapak kaki..
Biasanya bawang putih ni tahan dalam 6-8 jam. Lepas tu dia akan kecut dan kering. Kalau dah kering boleh gantikan dengan bawang putih baru jika nak teruskan rawatan garlic socks. Sekali sekala cek kaki anak melecur ke tak. Kaki anak saya aritu merah je sikit. Dari pengalaman saya, alhamdulillah suhu badan anak cepat kembali normal selepas 3 jam pakai garlic socks.

Ada juga kaedah lain: pakaikan stokin yang direndam dengan cuka epal/lemon/air biasa. Saya belum pernah cuba. Setakat ni cuba garlic socks dulu dan hasilnya alhamdulillah memuaskan.

High Fever (suhu badan 38.0 ke atas)

Untuk suhu badan yang tinggi, beberapa cara berikut boleh dicuba:

1) Mandikan anak dengan kerap
Kalau nak tau, sebelum ni saya ingat budak demam tak elok mandi. Rupenye lagi kerap mandi lagi elok. Cuma cara mandi kena betul.

- Suhu air mandian kena pada suhu yang anak-anak selesa. Seeloknya air suam. Sebab kalau badan panas sangat, tiba-tiba kena air sejuk takut suhu badan drop mengejut dan mendatangkan ketidakselesaan. Cuba kalau kita sendiri demam, badan tengah panas, kenakan kulit kat air paip. Mesti rasa seram sejuk semacam kan. Padahal kalau tak demam ok je, tak rasa apa pun...
- Siram bermula dari kaki bawak ke badan last sekali kepala. Ha yang ni tips paling penting. Ingat ye, mula mandi dengan kaki. Bukan kepala dulu last sekali kaki.
- Mandikan anak 5-10minit. Jangan lama sangat takut menggigil sejuk pulak nanti.
- Selepas mandi, lap sikit-sikit je. Biarkan air di badan anak tersejat sendiri. Kalau saya, saya pakaikan pampers je lepas tu upah susu dan anak tertidur sementara badan nak kering. Actually anak lagi mudah tertidur selepas mandi sebab dah selesa suhu badan kembali normal. Cuba check suhu badan before and after mandi, insyaAllah ada perubahan yang ketara.
Kaedah mandi ni saya banyak praktikkan di siang hari. Kadang-kadang 3 jam sekali mandi. Kalau malam, buat masa ni tak la. Sebab umur anak baru 9 bulan. Kalau dah besar sikit boleh kot mandikan malam.

2) Sentiasa lap badan anak dengan tuala basah.
Yang ni memang wajib buat untuk elakkan suhu badan anak naik lebih tinggi. Mungkin perlu 3 ke 4 helai kain basah. Letak kain basah kat belakang tengkuk, dahi, kawasan berlipat (ketiak, belakang lutut). Tekap-tekap je tau, bukan gosok badan anak dengan kain tu. Kalau rajin boleh buat air asam jawa/air daun bunga raya yang diramas, lumur kat kepala anak. Cek suhu badan setiap 10-15 minit. Kalau makin tinggi mungkin boleh terus mandikan.

Ok, yang tu dari segi penjagaan luaran. Kalau dari pemakanan, antara yang boleh ibubapa beri kepada anak yang sedang demam ialah:

1) Minum air masak secukupnya. Makin banyak makin bagus. Lagi bagus kalau ditiupkan selawat ke atas nabi, selawat syifa atau potongan ayat-ayat suci Al-quran.
2) Minum air zam-zam. Baca bismillah dan selawat ke atas nabi. Niatkan supaya Allah sembuhkan anak dan keluarkan segala penyakit yang ada di tubuhnya.
3) Makanan sunnah: habbatus sauda/madu/kurma/kismis/minyak zaitun/buah delima/badam etc. Banyaknye...mana nak cari ni... Haa ni bukan iklan ye. Tapi memang nak promote. Haha macam mana tu? Promote benda baik apa salahnya. Bukan senang nak tumbuk lumat semua benda tu nak bagi anak makan pulak dahla budak tu demam takde selera...soooo...solusinya ini:-
 Qaseh Junior (^__^)
Produk bermutu dari Ana Edar ni memang bagus diamalkan pada hari-hari biasa sebagai makanan tambahan untuk tingkatkan imun sistem dan juga sebagai pengganti paracetamol bila anak demam. Bagus juga untuk perkembangan minda anak-anak sebab ada kurma, badam, buah delima etc. Tanpa bahan kimia atau bahan pengawet, 100% bahan asli yang pastinya selamat untuk dimakan dan diamalkan.
Walaupun dalam ni ada madu dan ada yang cakap madu tak elok untuk anak bawah 12 bulan, saya cuba jugak bagi sikit dan perhatikan sekiranya ada tanda-tanda alahan. So far alhamdulillah takde, jadi masa adik demam baru-baru ni, saya bagi adik makan 2.5ml Qaseh Junior 4x sehari. Bila demam dah lega, saya maintain bagi 2x sehari (Pagi:Selepas bangun tidur & Malam:sebelum tidur). Syukur Allah swt temukan saya dengan penawar ini melalui sahabat karib dari bangku sekolah, Puan Fatimah Zainuddin merangkap pengedar sah produk Ana Edar. Batuk kahak adik pun dah beransur kurang. Selera makan dah bertambah baik dan kembali cergas. Syukur Ya Allah! Sesungguhnya Allah jualah yang menyembuhkan segala penyakit (^___^)
4) Satu lagi produk bagus yang saya boleh sarankan ialah ini:-

Nutriferon produk keluaran Shaklee ni bagus untuk si abang. Tak boleh bagi adik makan sebab tak sesuai untuk baby bawah 12 bulan. Masa si abang demam saya bagi 1 sachet setiap 5 jam untuk ganti pengambilan paracetamol. Masa tu abang demam dan cirit-birit. Alhamdulillah hari kedua dah tak demam dan cirit birit pun dah takde. Masa nak bagi si abang minum Nutriferon ni kena guna trick sikit sebab dia ni jenis payah nak makan benda pelik atau benda baru. Saya cakap kat dia rasa air ni macam teh. Terus dia suka sebab teh memang kegemaran dia. Suka sangat sampai nak bancuh 3 sachets terus. Uihh... Oleh kerana harganya yang agak wow!, terpaksa la umminye sorokkan. Kalau letak atas meja tau-tau dia dh bancuh sendiri hehe...Nutriferon ni pun boleh dijadikan makanan tambahan yang bagus untuk tingkatkan imun sistem anak-anak.
Akhir kata (Fuhhh akhirnya...setelah panjang berjela menaip), berusahalah cara mana pun yang dirasakan terbaik dan tidak memudaratkan untuk mencari penawar anak yang sedang sakit. Berubat secara alami pun bagus, jumpa doktor pun bagus. Kaji kelebihan yang ada pada setiap cara secara adil dan buatlah pilihan yang bijak. Yang penting kita nak anak-anak kita sihat kan?

Monday, November 11, 2013

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim ~ I'm back!!! (^___^)

Assalamualaikum!!! Haha.. setelah sekian lama tak aktif menulis. Kini daku kembali!!! Weeehuuu!!! dan ia juga menandakan daku sudah merdeka dari "satu" perkara yang dulu macam sesak sangat kepala hotak bila memikirkan jalan penyelesaiannya. Syukur alhamdulillah... akhirnya boleh tersenyum lega dan berlapang dada.

Namun begitu!!! haaa...suspen tak? hehe... cabaran yang baru pasti ada. Hidup memang tak pernah sunyi dari cabaran, masalah, ujian dan yang sewaktu dengannya. Tapi sebagai hambaNYA kita kena yakin ujian yang datang memang selayaknya ALLAH berikan untuk kita sebab apa yang ALLAH bagi tu memang sesuai sangat untuk dan kita mampu menanggungnya.

Allah berfirman di dalam Surah Al-Baqarah ayat 284-286 yg bermaksud:"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.Ia mendapat pahala( dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa(dari kejahatan) yang dikerjakannya"


Allah bagi ujian kat kita sebab Allah sayang kita. Allah nak kita jadi kuat. Macam besi. Makin dibakar makin kuat! Kalau tengah kalut dengan masalah, memang kadang-kadang saya melatah. Sampai satu tahap rasa nak putus asa pun ada. Tapi syukurla ada sorang ni yang selalu sabar dengan perangai saya dan tak jemu-jemu beritahu ni ujian ALLAH... kena terima dengan redha dan mesti SABAR. Masa-masa sukar itu akan berlalu. Kita mesti lalui saat-saat sukar tu dan yakin Allah nak bagi benda yang elok di penghujungnya. Orang yang saya maksudkan tu tak lain tak bukan orang yang selalu kena dengar omelan saya hari-hari tanpa gagal. Suami saya. Huhu...

Oklah. sekarang ni tengah waktu rehat sebenarnya... saya sekarang dalam misi kembara mencari ilmu di satu tempat yang Subhanallah...sangat cantik! Semua tempat yang Allah cipta tu cantik. Apelah aku ni! hehe.. Ada banyak lagi benda nak tulis tapi pelan-pelan kayuh kita cerita di lain masa.

Hint for next post: Cara terbaik atasi anak yang demam setelah bereksperimentasi dengan pelbagai kekdah.