Thursday, February 17, 2011

:: Ibu Ajmal No. 2 ::

Saya belum pernah cerita pasal babysitter Ajmal. Pada saya beliau ibu kedua kepada Ajmal. Waktu celik Ajmal di siang hari Ajmal lebih banyak nampak muka beliau daripada ibu dia yang no.1 iaitu saya lah, sape lagi hehe... Kadang-kadang saya jeles sangat dan takut kalau Ajmal lebih sayang pengasuh dia daripada saya. Tapi takkan sampai macam tu pulak kan...ish ish ish...insyaAllah takkan punyalah!. hihi....

Macam mana saya boleh kenal Cik Na (ops, lupa pulak nak mention nama dia dari awal cerita kikiki...). Masa tu mengandung 7 bulan. Saya dah kena survey babysitter yang akan jaga Ajmal. Mula-mula nak cari yang dekat dengan rumah saja a.k.a jiran-jiran. Tapi setelah melihat aktiviti sosialista jiran-jiran saya yang sangat 'peramah' sampai sibuk nak singkap cerita dalam kelambu orang lain, saya pun geleng-geleng kepala, no no no! Biar jauh beribu batu aku sanggup hantar anak aku kat babysitter yg jauh dari umah daripada hantar kat korang. Lagipun dah ada pengalaman depan mata melihat macam mana mereka merperlakukan anak-anak orang yang dijaga. Memang saya tak yakin dengan diorang.

Dipendekkan cerita merisik pula kat kawan-kawan di ofis. Saya ada ofismate yang pernah hantar anak dia kat Cik Na ni...dia kata Cik Na memang baik, tapi dia garang sikit. Cuma garang mulut je, bukan garang tangan....Dia pun jenis pendiam dan jarang merayau-rayau, bertenggek di rumah jiran dan bergossip tak tentu hala. Saya pun minta no telefon dan buat appoinment. Amboi macam nak jumpa big boss pulak. Hehe...kenalah berprotokol sikit. takkan nak main serbu je datang umah orang kan. Setelah berunding dan dipersetujui kedua belah pihak akhirnya saya pun buat 'tempahan awal'. Dengan harapan takdela orang lain nak anta baby newborn kat Cik Na selain saya. Nanti Ajmal berebut kasih sayang pula hehehe....Masa tu dah ada 4 budak kecik di bawah jagaan Cik Na tapi semua dah setahun ke atas. Saya takla risau sangat sebab budak-budak tu dah boleh bawak diri semuanya...

Sekarang dah masuk 7 bulan dah saya hantar Ajmal kat rumah Cik Na. Dari segi kendalian EBM dan cloth diaper Ajmal alhamdulillah beliau takde masalah. Ajmal pun tak pernah komen apa-apa yang negatif pasal Cik Na. Eh, memangla. Ajmal kan belum pandai bercakap. Tunggulah bila dah pandai cakap nanti saya akan soal siasat dia hehehe....Saya bersyukur dipertemukan dengan Cik Na. Orangnya baik, percakapannya sopan dan memang betul dia garang sikit. Saya pernah nampak dia marah budak-budak. Tapi bersebab...bukan marah tak tentu hala. Nak mendisiplinkan budak. Kalau tak dimarah abisla budak-budak tu pijak kepala Cik Na. Rutin harian beliau pun boleh dikatakan teratur. Beliau memasak pagi-pagi selepas Subuh sebelum ibu-ibu hantar anak-anak ke rumahnya. Waktu siang beliau tumpukan sepenuh perhatian menjaga anak-anak orang.

Kalau ada kecuaian yang berlaku pun boleh dibilang dengan jari. Yela, manusia...siapa yang tak pernah buat silap atau terleka. Baru-baru ni masa saya ambil Ajmal selepas waktu kerja tetiba Cik Na cakap "Wid, Kak Na minta maaf sangat-sangat". Berderau gak darah saya masa tu. Apasal? Apasal? Nape tetiba Kak Na minta maaf. Dia terus cakap "Ajmal jatuh....ada berdarah sikit kat dada" Cik Na terus selak baju Ajmal untuk tunjuk tempat luka tu. Fuhh...terkejut saya. Ingatkan apa tadi. Okay, memang la sedih tengok Ajmal cedera tapi hanya luka sedikit saje. Saya tanya kat Cik Na ada terhantuk kat kepala tak. Dia kata takde. Kepala tak kena, badan je yang luka. Menurut beliau masa tu beliau ke dapur sekejap nak basuh botol Ajmal. Ajmal kan dah pandai merangkak. Entah bila masa dia pergi panjat almari tu dan jatuh. Saya pun takdela nak marah. Cuma saya cakap terima kasih sebab bagitau dan saya memang suka kalau dia bagitau apa-apa eksiden yang jadi kat Ajmal, walaupun ianya eksiden kecil. Sekurang-kurangnya saya boleh bawa Ajmal pergi klinik dengan segera. Tapi yang luka tu takkan nak bawak pergi klinik pulak kan. Patut-patutla huhu....Memang Ajmal sekarang ni lasak sangat. Kalau merangkak tu laju je. Mengganas tak tentu hala. Sebenarnya masa kat rumah dengan saya Ajmal pun pernah jatuh dan berdarah di mulut. Sebab tu saya faham apa yang berlaku di rumah Cik Na. Ajmal..Ajmal...risau semua orang dibuatnya.

Bila terbaca di akhbar pasal kecuaian pengasuh serta merta hati jadi kecut. Terus teringat si budak kecik tu di rumah Cik Na sambil berdoa mudah-mudahan anakku dilindungi dari sebarang bencana dan malapetaka. Kebanyakan kecuaian berlaku semasa pengasuh 'leka' atau sedang buat kerja lain. Leka itu tak taulah sama ada dia leka tengok cerita endon atau leka tertidur atau leka tengok facebook. Sedang buat kerja lain selalunya semasa pengasuh ke tandas, sedang memasak atau sibuk menguruskan bayi lain. Bercakap pasal menguruskan bayi lain, saya memang tak setuju kalau seorang pengasuh mengambil ramai budak kecil especially newborn dalam satu masa. Dua orang pun dah cukup ramai. Newborn baby perlukan 'penjagaan khas' walaupun baby-baby ni tak pandai apa-apa lagi. Cukup-cukuplah dengan kejadian bayi tercekik, sesak nafas dan sebagainya yang selalu kita baca dan dengar. Jangan kerana tamakkan duit anda sanggup meletakkan bayi-bayi tu dalam risiko. 

Beruntungnya kami adik beradik yang membesar dalam tangan ibu sendiri. Saya selalu berfikir bilalah boleh berhenti kerja dan jaga anak-anak di rumah seperti mana yang mak saya lakukan tapi dengan situasi dan keperluan hidup zaman sekarang ini, ianya agak mustahil. InsyaAllah, suatu hari nanti saya mesti jadi surirumah sepenuh masa dan bekerja dari rumah adalah matlamat saya supaya Ajmal dan adik-adik beliau dapat dibesarkan di depan mata saya 24 jam! Untuk anakku Muhammad Ajmal Wafiy, sabar ye Ajmal....ummi tengah usaha keras la ni, nanti bila ummi dah berjaya dalam misi ummi, tiap-tiap hari kita belajar mengaji, ABC dan 123 sama-sama kat rumah ye....Masa tu takde ibu lain lagi dah, hanya ummi seorang yang bertakhta di hati Ajmal (^____^)

 

 


2 comments:

mamifarish said...

Jom la bg Ajmal mengganas sama2 ngan Farish..elok sgt dh tu haha..xlarat nak mengutip dh kalu Farish ni merayap sapai ke depan pintu toilet la,rak pinggan la,tepi peti sejuk la..kdg2 tu bila dh penat nengok dia menjelajah paksa dia nenen nak suruh tdo..hehe..

Wid Shualdi said...

farish merangkak sampai pintu toilet! u...jgn lupa kunci pintu toilet tau. takut kita tertidur ke. i pernah satu pagi tu terjaga tengok ajmal takde kat sebelah, rasa nak gugur jantung! rupenye dia dah merayap gi depan tv dan sepah2kan barang. kebetulan ada pisau bapak dia makan buah malam tu tak simpan kat dapur. seram giler! nasib baik ajmal tak nampak pisau tu. mmg beringat sgt lepas tu, huhu....