Wednesday, February 23, 2011

:: Apa itu cloth diapers? ::

Asyik cerita pasal brastfeeding je. Kali ni nak cerita pasal cloth diapers pulak. 

Sebenarnya entry ni nak ditujukan kepada best friend saya, Ibu Humaira Sorfina. Saya nak cerita kat dia secara ringkas APA ITU CLOTH DIAPERS atau lebih mudahnya disebut CD (^___^)

Okey, CD yang sekarang ni terdapat baaaaaaaaaaanyak di pasaran ada dijual dalam dua bentuk:
  1. Velcro CD
  2. Snap Button CD

VELCRO CD


SNAP BUTTON CD



Satu set CD terdiri daripada dua komponen:
  1. CD Pocket - bentuknya sama seperti disposable diapers cuma ianya ada poket doraemon (untuk dimasukkan insert)
  2. Insert - kepingan fabrik yang berfungsi untuk menyerap kencing baby. Selalunya satu set CD didatangkan dengan satu /dua keping insert.

Insert pulak ada beberapa jenis. Tapi yang saya tau dan dah pernah cuba pakaikan kat Ajmal setakat ni ialah:
  1. Microfiber insert
  2. Bamboo/Charcoal insert
  3. Hemp insert
 MICROFIBER INSERT
                                    HEMP INSERT                                  BAMBOO CHARCOAL INSERT               

Setiap insert yang disenaraikan di atas berbeza-beza tahap penyerapannya. Paling 'power' penyerapannya ialah hemp diikuti oleh bamboo dan last sekali microfiber. Keistimewaan bamboo insert ia sesuai untuk kulit baby yang sensitif. Kalau rasa malas nak masukkan insert bamboo dalam poket CD boleh letak je kat atas/luar poket. TETAPI microfiber dan hemp tak boleh kena kulit baby ye. Dibimbangi akan menimbulkan iritasi pada kulit baby yang mulus itu. So, kena 'sembunyi'kan dia dalam poket CD hehe....

Sekarang mari lihat cara pakai CD pulak



Seterusnya cara membasuh CD

Okey, untuk Ibu Humaira Sorfina dan kawan-kawan yang lain, semoga penerangan ringkas ini dapat membantu beliau dan anda memahami apa itu cloth diapers dan mendorong anda semua untuk menjadi 'fully CD user', insyaALLAH.

Sepertimana yang saya pernah cakap kat beliau "Once u try it, u will like it (^_____^)"
Marilah kita jimat wang dan selamatkan bumi dengan menjadi sebahagian daripada pengguna cloth diapers!
Singkirkan sedikit rasa MALAS untuk kelebihan yang berganda!!!
Sekurang-kurangnya duit bulanan untuk beli diapers pakai buang boleh digunakan untuk beli insuran pendidikan/tabung pendidikan anak, tak gitu? hehe~

Sebelum saya akhiri entry ni mari kita kira berapakah perbandingan kos antara membeli CD dengan DD (disposable diapers)

Nota: Untuk ibu berkerjaya disarankan 20 set CD untuk penggunaan CD sepenuhnya, so boleh basuh 2 atau 3 hari sekali (letih gak nak basuh hari-hari). Untuk surirumah, 10  set dah memadai. Anda  kan ada lebih banyak masa di rumah untuk membasuh CD berbanding ibu bekerjaya hehehe....

20 keping CD (paling murah boleh dapat RM25/pcs)

20 X RM25 = RM500
Jangka hayat: InsyaAllah boleh tahan sampai 3 tahun atau lebih (adik-adik dia pun boleh pakai)

Disposable Diapers (ambik harga yang paling murah, sekeping 50 sen)

Penggunaan sehari (purata 8 keping sehari)
8 X RM0.50 = RM4

Sebulan = RM4 X 30 = RM120

Setahun = RM120 X 12 = RM1440

3 tahun = RM1440 X 3 = RM4320

Berapa anda boleh jimat?

RM4320 - RM500 = RM3820

So, masih tak mahu pakai cloth diapers? Okey, takde sape yang paksa. Terserah anda! (^____^)



P/S: Untuk pembacaan yang lebih lagi tentang clothdiapers, sila klik sini.


6 comments:

Anonymous said...

thnks wid.. SAYA MESTI PILIH :P ~ibu HS ~

Wid Shualdi said...

yeay!!! tahniah Ibu Humaira Sorfina! Semoga bumi lebih selamat kita diami dengan adanya ibu-ibu seperti kamu =)

makcik sri said...

500 jer? yer ka? sabun? letrik mesin basuh?

Wid Shualdi said...

makcik sri,

yg saya kira tu KOS MEMBELI cloth diapers, sabun+elektrik tu subjektif to individu macam mane dia nk maintain/jimat.

Pengalaman saya satu kotak sabun (ABD Pureen) khas utk basuh CD boleh tahan sampai satu bulan lebih. Harganya ~RM15-17

Kalau nak jimat lagi, basuh tangan jgn basuh mesin.

Apa yg penting di sini selain penjimatan kos ialah KAMI PENGGUNA CLOTH DIAPERS INGIN MENYUMBANG SERBA SEDIKIT USAHA UNTUK MENYELAMATKAN BUMI YANG KIAN TENAT DEK KERANA LAMBAKAN PLASTIK DAN SAMPAH SARAP YG SUKAR DILUPUSKAN termasuk LAMPIN PAKAI BUANG.

Sekian,terima kasih (^__^)

Anonymous said...

kalo tk pakai CD pn, tetap kena byr kos air, elektrik...kalo nk jimat sgt, tk yah guna air,tkyah mandi atau membasuh guna mesin basuh....jimat air+elektrik serta sabun ;P

BEST HOTEL REVIEW said...

Hiasi ruangan klasik dengan lukisan antik, patung, atau vas bunga buat menambah sentuhan artistik. denah rumah klasik modern 2 lantai
gunakan aksesoris klasik mirip taplak meja, gorden, serta bantal dengan motif klasik buat memperkuat perbedaan makna klasik. denah rumah klasik