WARNING!
Terdapat penggunaan ‘perkataan direct’ dalam entri ini. Tujuannya hanyalah untuk pendidikan dan cuba menyampaikan ilmu tentang breastfeeding concept secara telus dan jujur. Tidak terlintas sama sekali untuk melucah dsb.
Kalau anda rasa anda teransang bila baca entri ni, I don’t know what to say….maybe something wrong with your mind!
Jika anda bakal ibu, saya
menyusukan bayi anda secara eksklusif selama 6 bulan pertamanya
DAN
meneruskan penyusuan susu ibu di samping makanan pelengkap sehingga umurnya 2 tahun
Kenapa saya tekankan kepada bakal ibu? Sebab dari pengalaman saya sendiri, apabila keinginan menyusukan anak timbul sejak hari pertama anda tahu anda telah mengandung, insyaAllah keinginan itu akan semakin kuat dari sehari ke sehari sehinggalah anak anda dilahirkan dan disusukan buat pertama kalinya. Jangan tak percaya, anda akan kelihatan seperti seorang ibu yang pro. Senang cerita macam dah ada anak 12 orang! hehe...Doktor ke misi ke tak payah ajar macam mane cara dan posisi menyusu sampai anda boleh kata "Takpe doktor. Tak payah ajar saya ok, Saya dah biasa" Wah...macam tu sekali ye. Serius memang macam tu (^_~)v
Selaku ibu muda (28tahun kira muda lagi la kan...) yang sudah hampir 8 bulan menyusukan anakanda yang comel itu, saya terlalu ingin..nampak tu terlalu ingin melihat ibu-ibu lain terutamanya yang hampir dengan saya turut merasai pengalaman manis paling hebat yang hanya akan anda alami apabila menyusukan anak dengan susu yang keluar dari tubuh anda sendiri (Tarik nafas. Panjangnya ayat!)
Saya cuba faham tapi saya masih tak faham apabila ada orang beri alasan 'Susu takdela...' Tiada hasil tanpa usaha yang keras! Macam tu juga bila anda nak menjayakan penyusuan susu ibu. Semangat yang kuat. Itu rahsianya. Dalam otak tak nak ada perkataan 'TAK BOLEH', 'SAKITLA MASA PAM SUSU', 'SUSU TAKDE', 'BOLEH KE? (tak yakin)'. Semua perkataan negatif tu pangkah! Mesti 100% semat di minda 'AKU BOLEH', 'SUSU ADA', 'SUSU AKU BANYAK', 'BESTNYA SUSUKAN ANAK, 'TAK SAKITLA MASA PAM'. Apa yang anda fikir atau sangkakan itulah yang akan terjadi, insyaAllah....
Kunci kejayaan kedua, Ada permintaan, Ada Susu. Senang kan? B*east kita ni pemurah, dia tak pernah lokek. Kalau anda minta dia mesti bagi punye. Kalau anda selalu minta laaaaaaaagi banyak dia bagi! Cuma cara nak mintak kenala betul ye dan penuh adab sopan. huhu....Ada dua cara: (1) Kerap susukan anak secara direct (2) Selalu pam bila berjauhan dari anak cthnya semasa di tempat kerja. Permulaannya kadang-kadang memang tak banyak atau tak keluar langsung tapi tolonglah jangan putus asa. Dia bukan lokek nak bagi, dia nak test kesungguhan kita je tu....Minta lagi dan lagi sampai 'hati' dia cair dan akan keluarlah susu yang melimpah ruah dan mengenyangkan anak kita yang comel itu (^_^)
Ada baaaaaaanyak lagi petua dan rahsia menyusukan bayi seperti minum air yang banyak, makan makanan berzat secukupnya, makan supplement jika perlu dan lain-lain lagi. Tapi saya hanya nak sentuh dua rahsia itu sebab itulah dua perkara yang harus anda jadikan 'tangkal' dalam penyusuan ibu yang berjaya.
Kalau anda nak berjaya dalam penyusuan ibu ni, ikut saja langkah dan nasihat mereka-mereka yang telah berjaya. Jangan pula anda minta nasihat mereka yang 'kurang' berjaya kerana tiada lain yang anda akan dapat melainkan pendapat-pendapat yang negatif. Persepsi negatif ini sedikit sebanyak akan menyelinap masuk ke dalam saraf otak dan bakal merencatkan otak azam yang sedang dibina. Saya pun selama ni banyak dapat info dari forum dan blog ibu-ibu menyusu. Saya ikut sebijik sejibun cara-cara mereka dari A sampai Z, alhamdulillah membuahkan hasil. Cakap-cakap negatif yang menusuk dari kiri kanan atas bawah semua saya buat pekak. Kalau tak takdelah bapa mentua saya gelar saya ibu internet hahaha....
Jadi, bila ada yang bertanya kepada saya, boleh tak beli pam susu masa mengandung? Ya, Sudah tentu! Terutamanya kalau anda seorang wanita berkerjaya. Kalau anda tanya saya, pam susu adalah TOP LIST dalam senarai barang-barang persediaan menyambut kelahiran bayi. Tak kiralah brand apa, mahal ke murah, itu semua bergantung kepada bajet yang anda mampu. Saya agak marah bila ada suami-suami yang menghalang isteri membeli pam susu semasa sedang mengandung (termasuk suami saya juga la ni). Kenapa nak halang? Membeli pam susu seawal mungkin bukan satu pembaziran malahan ia merupakan pelaburan yang paling bijak dan menguntungkan. Kalau dah beli siap-siap kan senang, nanti anak dah lahir lagi nak pakai banyak duit. Takut kalau ditangguh-tangguh tak terbeli langsung pula nanti. Sekarang suami saya pun memuji tindakan saya beli pam susu awal-awal. Ha baru dia tau...huhu....Tulah orang lelaki, dia ingat kita ni suka membazir. Padahal kita nak menjimatkan lagi ada (^_~)
Saya juga pernah dengar satu statement dari kawan saya ni, dia kata "Tak payahlah beli awal-awal, kita bukan tau nanti boleh menyusu badan ke tak..." Oh no no no....saya bangkang hujah kamu! Setahu saya, bila kita mengandung secara automatik b*east kita akan mula melakukan segala persiapan untuk menghasilkan susu. Saiz b*east juga akan jadi lebih besar dari sebelumnya menandakan adanya aktiviti penghasilan susu di dalamnya. Dari pengalaman saya pula sejak dari 7 bulan mengandung saya sudah perasan kehadiran cecair jernih yang akan keluar jika memicit sedikit bahagian ni**le. Jadi, mengapa pula anda sangsi yang anda boleh ke tak menyusukan bayi anda nanti? Renung-renungkan dan fikir-fikirkanlah ye.......
Saya bukanlah nak kecoh sangat pasal penyusuan ibu ni tapi tak tau kenapa, bila bercerita bab ni jadi bersemangat giler-giler...kalau orang tanya kalau boleh nak cerita dari mula sampai khatam, padahal soalan pendek je, penerangan panjang lebar. Penat orang yang bertanya nak mendengar jawapan huhu....Lagi satu saya sedih la tengok ibu-ibu yang sepatutnya mampu menyusukan anak tapi tak berusaha sedaya upaya untuk melakukannya. Nak bagi nasihat percuma karang tak pasal-pasal dapat penampar percuma hehe...takdelah, takkanlah kena penampar pulak. Mesti diorang akan cakap "Kau tak faham masalah aku..." Actually memang aku tak faham.
Kawan-kawan ofis saya tahun ni ramai yang berbadan dua dan merupakan kehamilan sulung. Dalam kepala hotakku ini ada satu rancangan untuk mereka sebenarnya. Hehe....tapi tak mau beritahu sekarang takut tak jadi pula. Mudah-mudahan Allah swt beri saya kekuatan dan kelapangan waktu untuk menjayakan misi tak mustahil tu. Amin!
3 comments:
rasa nak bg jd gak idea yg kita penah ckp kat entry before ni..sbb ramai preggy mom kat opis kita tuh..baik jugak kalu jd kenyataan..i sokong sgt bila u buat entry ni :)
thank u mamifarish =) entry ni sekadar nak luah rasa terpendam je hehehe...insyaAllah, kita plan elok2la bg jadi. But in case kl xdapat panggil otai2 bf apa kata kita berdua yg xberapa otai ni je yg jd speaker. buat yg simple2 je dahla, just for introduction n simple guide utk kawan2 kita tu... Apa pendapat u mamifarish? (^__^)
alamak..alamak..ilmu xpenuh di dada lg..rasa xsesuwei nak jadi speaker..hehehe
Post a Comment