Friday, March 19, 2010

:: Hati sayu ::



Sedih sangat bila kita sedang menghitung hari kelahiran si kecil dan semua orang pun memberi kata-kata semangat, tak kira keluarga mahupun kawan-kawan dengan tak disedari ada seseorang yang tak sudi lagi memandang wajah kita. Tak tau nak tafsirkan perasaan tu sama ada sedih, kecewa, atau rasa tertekan...ibu hamil tak boleh bersedih. Itu kata semua orang..ya, betul. Kasihan baby ummi, maafkan ummi..ummi terlalu sedih sekarang ni dan ummi tau anak ummi pun menangis di dalam perut ummi ini.. Tapi saya pun tak dapat tahan perasaan ni daripada terus menyelubungi hati. Kalau kesedihan itu semuanya berpunca dari saya, saya redha. Walaupun diri ini disalahertikan...Kita memang tak dapat menilai hati budi orang hatta saudara kandung sendiri. Sehebat mana pun perbalahan yang pernah terjadi, saya tak pernah meminta dia lenyap dari pandangan mata saya. Tapi andaikata itu permintaannya, akan saya turutkan kerana ketiadaan saya itu adalah kebahagiaan baginya.....


Subhanallah..Alhamdulillah..Allhuakbar..


Ya Allah ya Tuhanku, Kau berikanlah aku kekuatan dan lindungilah aku dan keluargaku dari kemurkaanMu...


No comments: