Tuesday, April 26, 2011

TANGAN yang menghayun buaian rupanya lebih hebat dari yang disangkakan!

Ada beberapa perkara yang selalu merunsingkan saya sepanjang berkecimpung dalam dunia ibu menyusu ni.

1. Kalau travel perlu tak nak beli adaptor machine pump supaya dapat pump dalam kereta

2. Bila balik kampung, saya memang malas nak bawak machine pump. Alasannya Ajmal boleh direct bf. Tapi kadang-kadang bengkak jugak sebab Ajmal sibuk main sampai tak ingat nak menyusu. Sudahnya menyesal sebab tak bawak machine pump!

3. Selalu mengepam susu dua kali kat ofis, pagi dan petang. Bila dah guna pump waktu pagi, nak kena basuh 'corong' pam. Kalau rajin pergi basuh terus, kalau malas, tunggu nak guna petang nanti baru terhegeh-hegeh nak pi basuh. Selalunya memang malasla hehehe...So, benda remeh macam ni (nak cuci dulu baru guna) membantutkan keinginan nak mengepam pada waktu petang. Lepas tu mengelat terus balik rumah sebab malas nak panjat tangga pergi toilet untuk basuh 'corong' tu. Natijahnya susu Ajmal untuk esok harinya tak cukup, padan muka aku! Esoknya pulak pam waktu pagi dan hantar susu kat Ajmal masa lunch hour. Tulah, malas lagi. Padan muka aku lagi sekali. Haha...

4. Kadang-kadang bila dah kat ofis baru sedar yang saya terlupa bawak 'corong'. Dah kena balik rumah pergi ambil benda alah tu...

5. Kalau takde power elektrik macam mana nak pam guna mesin? mau bengkak kronik dibuatnya!

So, kesimpulannya macam kalau tanpa pam berjasa saya tu saya tak boleh hidup la. Dia jadi macam satu benda besar dalam kepala yang menjadi bebanan untuk difikirkan. Hampir 10 bulan jugak saya berfikiran macam tu. Sampailah masanya saya meng'organize' dan menghadiri satu Kelas Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif di tempat saya mencari rezeki yang lebih dikenali sebagai ofis (^_~).

Memang banyak faedah yang kami (saya dan kawan-kawan) dapat dari kelas ni. Dan pada saya sendiri, ilmu paling extravaganza yang saya dapat ialah ini. Jeng jeng jeng........................




















MARMERT TECHNIQUE !!!!

Macam poyo je kan. Orang lain dah lama tau tapi kau baru terhegeh-hegeh nak announce yang kau dah pro bab marmert technique ni. Hehe...

Saya tau ramai yang dah tau teknik ni tapi saya nak bagitau kepada momma-momma dan bakal-bakal momma yang tak tau macam saya. Teknik ni sangat mudah dah praktikal kerana:

1. Tiada kos membeli
2. Tiada kos penyelenggaraan
3. 'Pam' paling senyap di dunia
3. Boleh digunapakai di mana-mana sahaja dan bila-bila masa
4. Fungsi mengepam dan MENGURUT. Pernah tak jumpa pam susu yang boleh mengurut? Takde kan takde kan, hehehe...
5. Sangat membantu kalau anda ada masalah susu tersumbat (susu berketul di payudara sebab lambat pam dan sebagainya)

Betul la kata Puan Hana, penceramah kelas ibu menyusu tu. JANGAN MENYUSAHKAN DIRI KALAU ANDA MEMILIH UNTUK FULLY BREASTFEED. Kita nak melaksanakan suruhan Allah yang menyuruh kita menyusukan anak kita sehingga umurnya 2 tahun (jika mampu). Jadi bila Allah dah suruh pasti ada jalan yang mudah. Cuma kita je yang selalu menyusahkan diri dan berfikir secara 'complicated'.

Memang betul kadang-kadang isu nak membeli pam ni menjadi beban bagi sesetengah pihak yang kurang mampu terutamanya surirumah yang tidak berpendapatan. Walaupun ada pam yang dijual semurah RM50, tetapi masih ada yang rasa ianya mahal. Kedudukan kewangan kita masing-masing berbeza kan. Jadi untuk anda yang merasakan tidak mampu untuk membeli pam susu, jangan khuatir! Kita sebenarnya sudah memiliki pam susu kita sendiri sejak dalam perut ibu kita lagi iaitu TANGAN KITA SENDIRI! Tangan yang menghayun buaian dan bisa menggegarkan dunia ini juga boleh menjadi alat bantu kepada penghasilan susu yang produktif!. Sila tonton video ini. (WARNING: Video ini untuk pelajaran, untuk orang lain yang tak mahu belajar teknik ini dinasihatkan jangan menonton)

Saya tidak menafikan peranan pam susu yang dijual di pasaran sebab selama ni pun benda tu lah yang saya usung hari-hari ke ofis dan memang ia sangat berjasa kepada saya dan Ajmal. Cumanya setelah mempelajari dan mempraktiskan teknik marmert ni, saya sangat berpuas hati kerana hasilnya menyamai hasil jika menggunakan pam dan kadang-kadang lebih pulak tu. Apa yang nak saya katakan ialah tak semestinya kita kena berbelanja besar untuk menjayakan penyusuan susu ibu secara eksklusif.

Kalau ikut hierarki ke'efektifan' cara mengepam susu/ mengosongkan payudara, di tangga teratas ialah ANAK kita sendiri. Kerana hanya hisapan bayi yang terbaik dan tidak dapat ditandingi oleh mana-mana mesin pam di pasaran pun. Yang kedua ialah TANGAN kita sendiri. Dan yang ketiga barulah mesin pam tak kira jenama dan harganya.

Mula-mula tu saya tak pandai juga apply teknik ni, kekok. Tapi dah lama-lama saya selesa. Tambahan pula atas dorongan rakan karib seperjuangan saya, Mami Farish. Baliau dah praktik lama dah teknik ni, dan sudah tentu beliau lagi pro dari saya hehe...Thanks to her sebab beliau yang suruh saya tonton video dan belajar teknik yang betul. Teknik ni tak boleh sembarang buat ye, belajar dan berlatih. Itu kunci kejayaan! (^___^)

Dah dua hari saya tak mengepam guna mesin semasa di ofis. Saya guna teknik ni lah. Saya nak berlatih mana tahu nanti nak kena hantar pam pergi servis ke, nak travel ke senang la kalau dah pandai. Alhamdulillah hasilnya memuaskan. Dalam 15 minit boleh dapat 3oz. Satu je, letih sikitla sebab kena fokus, tak macam selalu boleh buat kerja lain masa mengepam. 



 Wahai tangan berjasa, marilah bekerja bersama-sama dengan mesin pam ku supaya anakku dapat menikmati susuku berterusan sehingga umurnya 2 tahun. Syukur kepada Allah swt atas nikmat tangan berjasa ini (^___^)

Monday, April 18, 2011

Mode Layan Gambo (^___^)

Koleksi gamba anak bujang kesayangan hamba bila dah berumur 11 bulan. Untuk tatapan atuk, nenek, wak-wak, cik-cik dan sepupu-sepupu Ajmal yang jauh di mata...bukan selalu boleh jumpa Ajmal kan, jumpa masa raye je, tu pun tak tentu, mana tau jadual balik kampung tak sama (^__^) Satu lagi buat tatapan kita sekeluarga di masa hadapan...kot-kot ummi tak sempat cuci gamba ni letak dalam album, at least ada dalam blog kan....Bulan depan nak masuk setahun dah...ish rase tak caye lak. Meh pangggg sket! Adehhh....ha caye caye... (^__~)


 Jalan-jalan kat Jusco Perda. Masa ni kat Bata, ummi tengah cuba enam pasang kasut! 
Tapi beli satu jela..hehehe

 Walaupun gamba ni blur, ummi nak letak gak sebab masa ni Ajmal senyum paling manissssss sekali! (^__^) Susah tau nak dapat moment macam ni hehe...

 Ha tengok, kan dah masam balik. Ummi je yang tersengeh sorang-sorang (^__~)

 Nasib anak sulung memang macam ni, main sorang-sorang...masa ni ummi tengah lipat kain...

 Pose apakah ini? Pose mendongak mungkin...

 Masamnyeeeeeeeeeee!!! Tapi nak dekat suku jugak aiskrim tu Ajmal balun! hehehe...

 Keturunan kita ade ke dagu terbelah? Hmm...terkenan gamba yang ummi tengok masa mengandung Ajmal dulu kot....

 Ajmal nak tau tak, masa Ajmal tido ummi selalu cium Ajmal bertalu-talu. Sebab masa Ajmal jaga bukan main payah nak cium. asyik mengelak je huhuu....

 Satu-satunye gambo seksi.
Fesyen rambut Ajmal terkini, terpacak! (^__~)v



AJMAL BERSUKA SUKI MANDI KAT LATA MENGKUANG (BALING, KEDAH)


 Masa ni kita balik kampung Sik. First time Ajmal mandi air terjun. Ummi panggil air terjun walaupun airnye tak terjun mana pun hehe...Sejuk tau! tapi yang pelik Ajmal suka padahal kalau mandi air sejuk kat rumah menjerit-jerit! Nak kena anak bujang ummi ni, belakon ye huhu....Ajmal seronok la tu sebab bukan mandi kat bilik air kan. Ada pokok-pokok, batu-batu, air yang jernih lagi pulak naik 'boya' a.k.a pelampung. Lupa terus yang air tu sejuk. Ada la dalam 15 minit Ajmal berpoya-poya dengan abi kat dalam air tu. Ummi pulak sibuk tangkap gambar. Yela, kalau tak ummi tangkap gamba sape lagi ye tak? Hehehehe....

Bila-bila lapang kita pergi lagi ye! (^___^)


SIDE NOTE (Hanya untuk catatan peribadi, bukan nak menunjuk-nunjuk ye!)
Ajmal dah mula bertatih pada usia 10 bulan. 2 minggu lepas tu dah boleh menapak dalam lima langkah. Bila bagi bola sebijik, makin rajin berjalan sambil tendang bola...hmm standard la tu kan, anak kawan ummi pun macam tu (^___^) Tapi bila nampak kemajuan pada anak sendiri kita rasa terharu sangat. Tambah-tambah abi dia, selalu menitis air mata kegembiraan..hehe sori abi, ummi mengkantoikan abi di dalam blog ummi (^__~)v Abi Ajmal memang berjiwa sensitif sikit. Memetik kata-kata Adnan Sempit, muka ganas, dalam hati ada taman huhuu...Cuma berat badan tak berapa nak naik. Mungkin sebab dah aktif berjalan...selalunya macam tu la orang cakap. Okay, looking forward to celebrate Ajmal's 1st year next month. Nak buat ape ye...Ops, lupe pulak. Sama birthday dengan abi dia la! Haha...lets double the cake! (^__^)





Friday, April 1, 2011

Kesian Bumi Kita....

Kalau anda tanya saya, adakah saya ni seorang pencinta alam, saya kurang pasti pula. Tapi seingat saya, sejak kecik saya memang 'takut' nak buang sampah merata-rata kalau berada di luar rumah. Bayangkan, kalau tak jumpa tong sampah, saya rela simpan sampah tu dalam beg sampai kadang-kadang lupa nak buang huhu....sampah tu bukanlah sampah yang busuk...sampah macam plastik jajan, kotak minuman yang dah kosong, plastik gula-gula...

Lagi satu saya sangat tak suka tengok orang yang berjalan sambil minum air balik dari pasar malam, bila nak masuk dalam kereta je dengan selamba badak sumbu dia baling bekas minuman kosong tu kat dalam longkang! Pernah jugak dulu boyfriend saya (sekarang suami) buat benda yang sama. Saya paksa dia KUTIP BALIK! Dia kata takde tong sampah, takpelah buang kat situ nanti kan ada orang bersihkan. Ehhh...takde takde. Kutip balik. Simpan dalam kereta nanti jumpa tong sampah kita buang. Begitulah kata saya pada dia...

Saya pun kadang-kadang terlajak buang juga tapi saya hanya buang benda-benda yang mudah lupus atau terurai atau reput seperti kertas tisu, kulit-kulit buah. Sampai kadang-kadang sebelum meneruskan niat buang sampah merata-rata, otak saya kena fikir dulu, ni bahan mudah terurai ke tidak. Kalau ya saya teruskan niat tu. Hehe...sila jangan ikut perangai bughuk ini. Kalau betul nak jaga alam sekitar, jangan buang sampah merata-rata ye, walaupun ianya bahan mudah lupus. 

Tapi bila bercakap soal PLASTIK, saya memang takkan sekali-kali buang merata-rata. Tambahan pula sekarang ni banyak pasaraya mengadakan kempen 'HARI TANPA PLASTIK', Sangat bagus la kempen tu. Saya suke! (^__^) Sekarang ni pun kalau pergi kedai saya cakap kat casher tu, saya tak nak plastik. Pergi pasar malam pun saya bawak bakul, mana yang tak perlu plastik sumbat saje dalam bakul tu hehe...Rasanya lepas ni, elok kalau saya bawak tupperware untuk isi ikan atau ayam atau daging mentah yang dibeli kat pasar malam. InsyaAllah akan dilaksanakan... huhu.

Ni pula kempen yang sedang hangat dipromosikan di tempat saya bekerja. Bravo!!!!! (^__^)
Tentang clothdiapering pula, niat utama saya hanyalah untuk jimat duit. Saya tak sangka pula saya dah menolong ke arah penyelamatan alam sekitar (^___^) Bayangkan satu lampin pakai buang yang kita pakai masa kecik-kecik dulu mengambil masa 200 hingga 500 tahun untuk dilupuskan! Mayat kita dalam kubur pun dah tak tinggal apa tapi lampin pakai buang kita duk macam tu juga (^__~)v

Atas kesedaran itulah, saya nak promote kat kawan-kawan yang ada baby khasnya...Marilah kita ramai-ramai guna clothdiapers. Memang mudah untuk tidak ambil kisah tapi fikirkanlah kesannya kepada anak-anak yang kita sayangi. Saya akui nak pakai clothdiapers agak rumit tapi kalau kena caranya, anda akan dapati ianya sangat menyenangkan (^___^) Orang tua-tua kata bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Biar kita yang susah jangan anak cucu cicit kita menanggung akibatnya. Betul tak kawan-kawan? Hehe...

Sekarang ni ada banyak usahawan-usahawan muda yang menjual clothdiapers secara online. Semuanya di hujung jari. Tinggal nak dengan tak nak je. Kalau anda teringin nak merasa penjimatan berkali kali ganda dan secara tak langsung menjadi perwira bumi, bolehlah cuba intai blogshop-blogshop yang menjual clothdiapers dan salah satunya adalah ini (^___^)



Saya serius untuk menyelamatkan bumi, anda bagaimana pula?
(^___^)

 



Saturday, March 12, 2011

Kepada cik anon dan manusia-manusia yang sangat prihatin kepada saya.

WARNING!
Terdapat penggunaan ‘perkataan direct’ dalam entri ini. Tujuannya hanyalah untuk pendidikan dan cuba menyampaikan ilmu tentang breastfeeding concept secara telus dan jujur. Tidak terlintas sama sekali untuk melucah dsb.   
Kalau anda rasa anda teransang bila baca entri ni, I don’t know what to say….maybe something wrong with your mind!


Nampaknya saya terpaksa meletak WARNING statement di atas pada setiap entri saya di bawah topic It’s about breastfeeding. Saya dapat maklumbalas yang blog saya ni ada unsur lucah dan boleh menaikkan nafsu lelaki. Astaghfirullahalazim….Takkan la saya nak melucah. Saya masih waras okay. Kalau ada sesiapa yang mencari sumber bacaan untuk menaikkan nafsu syahwat, maaf. Di sini bukan tempatnya. Sila beredar dengan segera sebelum saya perambat anda dengan penyapu. (^_~)v

Pernah tak anda baca tulisan Doktor Pakar Sakit Tuan dan Kesihatan Reproduktif Lelaki dan Wanita, Dr Ismail Thamby. Beliau akan menyebut dengan jelas satu-satu perkataan. Vagina, zakar, buah zakar, telur, sperma, melancap, onani. Ha apa lagi perkataannya ish banyakla! Kalau sebut semua nanti kontroversi pula. Salahkah menyebut perkataan tu bila kita menggunakan di tempat yang betul? Saya gunakan perkataan ‘breast’ pun salah ke? It’s just about breastfeeding! No other than that. Tujuan orang-orang seperti kami adalah untuk menyampaikan mesej dengan tepat. Kalau orang yang baca tu jenis lurus bendul dan tak faham bahasa-bahasa kiasan ni, bukankah dia akan tersalah tafsir apa yang kami tulis? Saya taulah orang zaman sekarang ni bukannya bodoh. Tapi terlampau pandai sangat sampai kita nak sampaikan benda lain, benda lain pulak yang difikirkannya.

Saya bukan tak tahu malu, cuma saya lebih berfikiran terbuka. Saya takkan menjadikan blog saya ADULT CONTENT dan invite readers tertentu sebab blog saya MEMANG ADULT CONTENT DAN UNTUK ADULT READERS YANG MATANG FIKIRANNYA. Bukan untuk adult reader yang fikirannya suka ’doublemeaning’.

Kepada reader-reader yang sangat prihatin dengan saya, saya cuma nak tanya adakah bila anda baca penulisan saya ni, anda rasa saya telah memalukan anda dan keluarga anda?  Saya yakin keluarga saya pun tiada masalah dengan penulisan saya dan saya tidak memalukan mereka juga. Suami saya juga baca tulisan saya dan menyokong apa yang saya tulis. Jadi kenapa anda terlalu risau tentang saya? Kalau anda ada sebarang komen tentang tulisan saya, sila klik comment dan hentamlah saya sepuas hati anda. Kalau tak mau orang tau sila guna nama anynomous. Saya akan jawab komen anda dengan sebaik mungkin. JANGAN CAKAP BELAKANG.

Satu nasihat saya, bila anda baca blog seseorang, kalau anda suka anda baca. Kalau anda tak suka, tak payahlah baca. Mudah kan? Tu pun nak kena ajar ke........apalah. Letih betul minggu ni. Lepas satu satu masalah. Ec cobaan...............

Saya ingin meminta maaf kepada seorang anonymous kerana comment anda telah diremoved sebab ada satu perkara yang cik anon tu comment yang berbentuk serangan peribadi. Saya tau cik anon itu ada dekat di sekeliling saya. Cuma saya tak faham, mengapa cik anon tergamak menjatuhkan maruah saya secara umum. Cik anon tak tau ke bila cik anon komen, satu dunia boleh baca apa yang cik anon tulis? Saya bukan nak jaga reputasi saya tapi tuduhan cik anon memang melampau dan berbaur fitnah. Cik anon tak tau cerita sebenar tapi cik anon menuduh saya dengan melulu tanpa bertanya kepada saya. Cik anon dengar cakap orang lain lepas tu cik anon tanpa berfikir panjang melempar tuduhan a.k.a fitnah itu. Jangan hanya melihat dan terus menghakimi sesorang dengan apa yang kita nampak. Yang paling penting jangan hanya mendengar dari sebelah pihak. Pernah tak cik anon datang kepada saya dan tanya sendiri kepada saya benar tak apa yang orang lain cakap tu? Gembirakah cik anon setelah membuka aib saya seantero dunia? Cik anon cik anon….menyebar fitnah itu lebih teruk dari membunuh tau. Saya nasihatkan cik anon datang jumpa saya dan kita berbincang face to face. Saya tau cerita saya tu dah hangat diperkatakan dan saya tau juga puncanya dari siapa. Saya diam tak bermakna saya setuju. Saya berdiam sebab saya rasa itu lebih baik dari melayan karenah mereka-mereka yang hanya tau bercakap dan seronok menjaja cerita orang. Dan tak perlulah saya cerita satu persatu kepada semua orang perkara sebenarnya. Ingatlah, kalau kamu membuka atau menyebarkan aib orang, tak mustahil satu hari nanti Allah juga akan membuka aib kalian. Ceritanya simple tapi kerana cerita ni dijaja dari satu mulut ke mulut, dah ditambah ajinomoto kicap sos cili sos tomato dan bila cerita tu dah jadi sedap, makin seronoklah korang bercerita. Benda yang saya tak buat pun diorang kata saya buat. Depan saya semua orang senyum seperti tiada masalah tapi dalam hati korang hanya Allah swt yang tau. Ec cobaan……

Cik anon juga ada menyentuh yang saya ini terlalu ghairah bercakap tentang breastfeeding sampai melukakan hati sesetengah pihak. Cik anon kata saya mendabik dada pulak tu. Mendabik dada macam mana tu cik anon, macam king kong kah? Hehe….Baik! Firstly saya minta maaf andai kamu terasa. Ye, saya memang sangat ghairah bercerita sebab saya memang sangat sangat sangat sangaaaaaaaaaaaaaaaaaat berminat dengan dunia ibu menyusu dan segala apa yang berkaitan dengannya. Satu fakta yang kamu tak tau, kalau sekali sesesorang tu terjebak dengan keobsesan breastfeeding ni, memang perspektif dia tentang penyusuan bayi ni akan berbeza sama sekali dengan ibu-ibu lain yang tidak menyusukan anaknya. Kami sangat obses okay! Kalau kamu tak percaya sila lihat blog-blog ibu menyusu lain. Cumanya saya tak sangkala pulak penulisan saya ada yang terasa atau kecik ati. Saya manusia biasa. Bukan malaikat yang tak pernah lakukan dosa. Baiklah, saya akan terima pendapat cik anon dengan hati terbuka. Saya akan lebih berhati-hati dengan perkataan yang saya gunakan supaya ibu-ibu seperti anda tidak terluka hatinya. Maafkan saya ya (^__^) Sungguh! Saya tidak terlintas langsung nak mendabik dada, berlagak, memerli atau memperkecil-kecilkan ibu lain yang tidak menyusukan anaknya dengan susu ibu. Semua orang ada masalah masing-masing kan. Apa yang saya tulis di sini hanyalah coretan breastfeeding journey saya yang berlangsung tak sampai setahun pun. Saya akan terus menulis sebab saya tau selain cik anon yang tak suka dengan penulisan saya, ada orang lain yang masih dapat menerima apa yang saya tulis dengan hati yang terbuka dan menimba ilmu daripadanya. Kalau cik anon masih nak membaca penulisan saya, saya sangat mengalu-alukan tapi saya nasihat awal-awal, apa yang saya saya tulis tiada kitan dengan hidup cik anon atau cerita sesiapa pun. Saya menyentuh cerita dan masalah breastfeeding secara umum melalui apa yang saya nampak dan pernah dengar. Itu saje.

Saya penatlah minggu ni. Letih fikiran sebab lepas satu satu dugaan datang. Saya bukan nak merungut cuma kadangkala kita perlu luahkan rasa hati ni. Mungkin ini dugaan Allah atas dosa-dosa silam saya. Alhamdulillah saya redha...mudah-mudahan dosa saya diampunkanNYA...amin....

Sekarang masa untuk memulihkan semangat yang hilang. Chaiyok chaiyok!!!! (^____^)v


Monday, February 28, 2011

:: Is it True or False??? ::

WARNING!
Terdapat penggunaan ‘perkataan direct’ dalam entri ini. Tujuannya hanyalah untuk pendidikan dan cuba menyampaikan ilmu tentang breastfeeding concept secara telus dan jujur. Tidak terlintas sama sekali untuk melucah dsb.   
Kalau anda rasa anda teransang bila baca entri ni, I don’t know what to say….maybe something wrong with your mind!


 "Ada sesetengah ibu dikategorikan sebagai 'kedekut susu' di mana walaumacammanapun dia berusaha untuk menyusukan anaknya dia tak mampu jugak sebab badannya 'kedekut susu' "

"Kalau seseorang ibu itu melahirkan anaknya secara pembedahan, dia mungkin akan mengalami kesukaran untuk menyusukan anaknya berbanding ibu yang melahirkan anak secara normal. Lahir 'ikut bawah' lebih merangsang pengeluaran susu"

"Makan supplement akan menggalakkan pengeluaran susu dan menambah khasiat di dalam susu yang diminum anak"

Anda rasa pernyataan-pernyataan di atas MITOS ke FAKTA?

Nak tau jawapan?

Tunggu entry akan datang! (^___~)v

Sebenarnya saya pun sedang cari jawapannya hehehe

Nanti kita kongsikan bersama ye!

Wednesday, February 23, 2011

:: Apa itu cloth diapers? ::

Asyik cerita pasal brastfeeding je. Kali ni nak cerita pasal cloth diapers pulak. 

Sebenarnya entry ni nak ditujukan kepada best friend saya, Ibu Humaira Sorfina. Saya nak cerita kat dia secara ringkas APA ITU CLOTH DIAPERS atau lebih mudahnya disebut CD (^___^)

Okey, CD yang sekarang ni terdapat baaaaaaaaaaanyak di pasaran ada dijual dalam dua bentuk:
  1. Velcro CD
  2. Snap Button CD

VELCRO CD


SNAP BUTTON CD



Satu set CD terdiri daripada dua komponen:
  1. CD Pocket - bentuknya sama seperti disposable diapers cuma ianya ada poket doraemon (untuk dimasukkan insert)
  2. Insert - kepingan fabrik yang berfungsi untuk menyerap kencing baby. Selalunya satu set CD didatangkan dengan satu /dua keping insert.

Insert pulak ada beberapa jenis. Tapi yang saya tau dan dah pernah cuba pakaikan kat Ajmal setakat ni ialah:
  1. Microfiber insert
  2. Bamboo/Charcoal insert
  3. Hemp insert
 MICROFIBER INSERT
                                    HEMP INSERT                                  BAMBOO CHARCOAL INSERT               

Setiap insert yang disenaraikan di atas berbeza-beza tahap penyerapannya. Paling 'power' penyerapannya ialah hemp diikuti oleh bamboo dan last sekali microfiber. Keistimewaan bamboo insert ia sesuai untuk kulit baby yang sensitif. Kalau rasa malas nak masukkan insert bamboo dalam poket CD boleh letak je kat atas/luar poket. TETAPI microfiber dan hemp tak boleh kena kulit baby ye. Dibimbangi akan menimbulkan iritasi pada kulit baby yang mulus itu. So, kena 'sembunyi'kan dia dalam poket CD hehe....

Sekarang mari lihat cara pakai CD pulak



Seterusnya cara membasuh CD

Okey, untuk Ibu Humaira Sorfina dan kawan-kawan yang lain, semoga penerangan ringkas ini dapat membantu beliau dan anda memahami apa itu cloth diapers dan mendorong anda semua untuk menjadi 'fully CD user', insyaALLAH.

Sepertimana yang saya pernah cakap kat beliau "Once u try it, u will like it (^_____^)"
Marilah kita jimat wang dan selamatkan bumi dengan menjadi sebahagian daripada pengguna cloth diapers!
Singkirkan sedikit rasa MALAS untuk kelebihan yang berganda!!!
Sekurang-kurangnya duit bulanan untuk beli diapers pakai buang boleh digunakan untuk beli insuran pendidikan/tabung pendidikan anak, tak gitu? hehe~

Sebelum saya akhiri entry ni mari kita kira berapakah perbandingan kos antara membeli CD dengan DD (disposable diapers)

Nota: Untuk ibu berkerjaya disarankan 20 set CD untuk penggunaan CD sepenuhnya, so boleh basuh 2 atau 3 hari sekali (letih gak nak basuh hari-hari). Untuk surirumah, 10  set dah memadai. Anda  kan ada lebih banyak masa di rumah untuk membasuh CD berbanding ibu bekerjaya hehehe....

20 keping CD (paling murah boleh dapat RM25/pcs)

20 X RM25 = RM500
Jangka hayat: InsyaAllah boleh tahan sampai 3 tahun atau lebih (adik-adik dia pun boleh pakai)

Disposable Diapers (ambik harga yang paling murah, sekeping 50 sen)

Penggunaan sehari (purata 8 keping sehari)
8 X RM0.50 = RM4

Sebulan = RM4 X 30 = RM120

Setahun = RM120 X 12 = RM1440

3 tahun = RM1440 X 3 = RM4320

Berapa anda boleh jimat?

RM4320 - RM500 = RM3820

So, masih tak mahu pakai cloth diapers? Okey, takde sape yang paksa. Terserah anda! (^____^)



P/S: Untuk pembacaan yang lebih lagi tentang clothdiapers, sila klik sini.


Monday, February 21, 2011

:: Lagi cerita tentang breastfeeding ::

WARNING!
Terdapat penggunaan ‘perkataan direct’ dalam entri ini. Tujuannya hanyalah untuk pendidikan dan cuba menyampaikan ilmu tentang breastfeeding concept secara telus dan jujur. Tidak terlintas sama sekali untuk melucah dsb.   
Kalau anda rasa anda teransang bila baca entri ni, I don’t know what to say….maybe something wrong with your mind!



Saya bukanlah pakar laktasi ataupun orang yang dah berpengalaman luas dalam bidang penyusuan susu ibu, saya hanya seorang ibu muda yang cuba mengaplikasikan segala ilmu yang diperoleh sama ada melalui pembacaan ataupun bartanya kepada mereka yang arif.

Apa yang saya kongsikan di sini pun hanyalah melalui pemerhatian saya sendiri dan mengaitkan dengan ilmu yang saya ada. Saya cuba memahami mengapa seseorang itu gagal atau kurang sempurna dalam menjayakan misi penyusuan ibu.

Alasan yang kerap sangat saya dengar ialah " SAYA MENYUSUKAN BABY 2 BULAN JE, MASA DALAM PANTANG, LEPAS TU BABY TAK NAK MENYUSU DAH. "

Pertama kali saya dengar alasan tu saya tak tanya pulak kepada si ibu secara mendalam apakah penyebab "baby tak nak menyusu dah". Sampai la satu hari ni saya bersembang dengan seorang hamba Allah yang hanya berjaya menyusukan anaknya selama 2 bulan di dalam pantang. Dan akhirnya saya bertemu jawapannya. Rupa-rupanya si anak awal-awal lagi (mungkin sejak hari pertama) sudah disogokkan dengan susu formula walaupun ketika itu susu ibunya cukup untuk menampung keperluan hariannya dan babynya sendiri masih menyusu badan. Pada usia anak dua bulan, deria rasanya sudah terbentuk dengan agak baik. Mungkin penyebab "baby tak nak menyusu dah" ialah baby sudah tau susu mana yang sedap. Pernah rasa tak susu ibu macam mana rasa dia? Saya pernah. Rasanya manis-manis dan kurang lemak. Lebih kurang rasa macam susu cap junjung yang dicairkan. Tau tak susu cap junjung? ala...susu tin la..huhu...

Kalau anda pun diberi pilihan sama ada nak minum susu tin yang dicairkan atau susu UHT dutch lady yang lemak berkrim disukai ramai? Mestilah anda pilih susu dutch lady UHT kan. Kalau ada yang pilih susu tin tu nak buek camno, ikut suka korangla, citarasa masing-masing huhu...Jadi lebih kurang macam tu lah agaknya perasaan baby-baby kecil kita tu. Pandai pulak diorang memilih walaupun kecik lagi ek. Hehe...Oleh itu, kalau anda betul-betul nak fully breastfeed, jangan sesekali campur susu ye. Kalau 'ter'campur tu cepat-cepat stop dan continue dengan susu ibu sahaja.

Baru-baru ni pulak seorang ofismate saya baru masuk kerja setelah habis berpantang. Beliau bercita-cita nak fully breastfeed. Sedikit sebanyak info sudah dicari sebagai persiapan diri tapi atas sedikit kesilapan teknikal, beliau terpaksa campur susu jugak. Ini semua gara-gara cik 'misi' (nurse kerajaan) yang suruh campur sebab dia kata anaknya sedikit kuning. Masa tu hari pertama atau kedua selepas bayi dilahirkan. Nurse tu periksa kawan saya dan dia kata susu kawan saya tak keluar dengan banyak, jadi kena bagi baby minum susu formula sebab baby dah start kuning. Haish! Geram pulak saya kat nurse ni. Tak ada silibus penyusuan susu ibu ke masa korang study dulu? Memangla hari pertama atau kedua susu ibu tak banyak tapi ianya cukup untuk keperluan bayi yang perutnya masih sebesar biji anggur ketika itu! Baby kuning tu dah boleh dikatakan perkara biasa sekarang ni. Sepatutnya nasihat yang diberi JIKA BAYI KUNING ialah "KERAPKAN MENYUSU ANAK SETIAP KALI ANAK TERJAGA & BANGUNKAN ANAK UNTUK MENYUSU KALAU ANAK TIDUR LAMA" InsyaAllah kuning anak tu akan beransur kurang dan susu ibu pun akan mula bertambah sebab lebih kerap diransang oleh penyusuan anak secara direct. Mungkin tak semua nurse ni faham konsep penyusuan susu ibu yang sebenar walaupun dah banyak klinik dan hospital kerajaan yang menjadikan klinik dan hospital mereka 'rakan bayi'.

Saya sangat bersyukur kerana jalan untuk saya menyusukan Ajmal dengan susu ibu 100% diluaskan dan dipermudahkan oleh Allah swt. Saya pun pada mulanya tak pasti adakah saya akan berjaya dalam misi saya ni. Tapi kita kena YAKIN! Dan apa yang saya amalkan selama ini, mudah sahaja. TIDAK STRESS. Walaupun banyak masalah menimpa cuba hadapi dengan tenang dan pandang sesuatu perkara itu dengan positif. Satu lagi amalan saya, walaupun kuantiti susu yang keluar kadang-kala merudum, saya buat tak kisah walaupun dalam hati risau juga. Saya hanya set dalam minda, ALHAMDULILLAH, ADA JUGA REZEKI UNTUK ANAK AKU HARI INI, MUDAH-MUDAHAN ESOK LEBIH BANYAK LAGI. Di samping itu, jangan lupa usaha untuk memperbanyakkan susu seperti minum air yang banyak, makan makanan yang boleh jadi 'milk booster' dan lain-lain. 

Oleh itu, untuk ibu-ibu yang terasa produktiviti susu anda sedikit terutamanya pada hari pertama atau kedua selepas bayi dilahirkan, janganlah terlalu tertekan dengan keadaan diri anda kerana bila anda risau, lagi susu tu tak mau keluar. Kalau perlu berurut, pergilah berurut. Tapi ada yang cakap kalau berurut susu tak mahu keluar juga. Yang dapat hanya sakit. Di situ saya terfikir mungkin kesakitan itu yang menambah lagi tekanan dan menyebabkan susu tak keluar. Jangan asyik berfikir, kenapa susu tak keluar, kenapa susu tak banyak. BUAT TAK TAHU SAHAJA, TERUSKAN MENYUSU BAYI SAMBIL BERSELAWAT & BANYAKKAN BERDOA YE! (^____^)

Bila anda mengepam susu pula, jangan kerap 'mengintai' atau tengok secara berterusan ke arah botol yang sedang mengumpul susu. Biarkan saje pam dan botol menjalankan tugas mereka sambil anda melayan facebook ke movie ke baca majalah ke tulis blog ke. Tengok sekali sekala takpe, nanti tau-tau dah penuh. Sebabnya tak bagi tengok selalu, nanti kita stress sebab nak kumpul susu yang banyak agak memerlukan masa terutamanya bagi ibu-ibu yang aliran susunya agak perlahan macam saya hehe...Kalau asyik tengok atau tenung je botol tu mesti kita terdetik dalam hati "Ala...lambatnya susu ni nak keluar" dan terus akan ada rasa macam "Tak bestnya...." Ha tu dah negative thinking dah tu. Kan saya dah kata kena positive thinking selalu (^___^) 

Selain tu sediakan air masak sebotol besar di sebelah masa tengah pam. Tahukah anda, bagi ibu menyusu ada satu 'signal' dari badan yang menandakan susu nak keluar dengan banyak iaitu RASA DAHAGA YANG AMAT SANGAT. Bila anda rasa dahaga tu datang, tak sampai seminit anda akan rasa susu akan keluar. Sebab tu ibu-ibu menyusu digalakkan pakai 'breast pad' supaya kesan basah akibat susu yang keluar tiba-tiba ni tak kelihatan di baju...Kalau tengah mengepam masa nila susu akan keluar mencurah-curah. Pada pengalaman saya, pada setiap sesi mengepam saya akan rasa paling kurang 2 kali 'dahaga yang amat sangat', masa tu saya akan cepat-cepat minum air masak sebanyak yang mungkin dan bila tengok kat pam susu akan mengalir dengan derasnya. Rasa seronok giler ah masa tu! hehehe.... 

Itulah serba sedikit pengalaman yang saya nak kongsikan dengan ibu-ibu di luar sana. Kalau ada yang silap terutamanya bab fakta-fakta penyusuan susu ibu saya minta maaf ye. Saya pun masih belajar dan baaaaaanyaklagi yang saya tak tahu dan ingin tahu. Okey, semoga ketemu di lain entry! (^___^)