Monday, June 6, 2011
BF Selepas Setahun...
Tuesday, April 26, 2011
TANGAN yang menghayun buaian rupanya lebih hebat dari yang disangkakan!
1. Kalau travel perlu tak nak beli adaptor machine pump supaya dapat pump dalam kereta
2. Bila balik kampung, saya memang malas nak bawak machine pump. Alasannya Ajmal boleh direct bf. Tapi kadang-kadang bengkak jugak sebab Ajmal sibuk main sampai tak ingat nak menyusu. Sudahnya menyesal sebab tak bawak machine pump!
3. Selalu mengepam susu dua kali kat ofis, pagi dan petang. Bila dah guna pump waktu pagi, nak kena basuh 'corong' pam. Kalau rajin pergi basuh terus, kalau malas, tunggu nak guna petang nanti baru terhegeh-hegeh nak pi basuh. Selalunya memang malasla hehehe...So, benda remeh macam ni (nak cuci dulu baru guna) membantutkan keinginan nak mengepam pada waktu petang. Lepas tu mengelat terus balik rumah sebab malas nak panjat tangga pergi toilet untuk basuh 'corong' tu. Natijahnya susu Ajmal untuk esok harinya tak cukup, padan muka aku! Esoknya pulak pam waktu pagi dan hantar susu kat Ajmal masa lunch hour. Tulah, malas lagi. Padan muka aku lagi sekali. Haha...
4. Kadang-kadang bila dah kat ofis baru sedar yang saya terlupa bawak 'corong'. Dah kena balik rumah pergi ambil benda alah tu...
5. Kalau takde power elektrik macam mana nak pam guna mesin? mau bengkak kronik dibuatnya!
So, kesimpulannya macam kalau tanpa pam berjasa saya tu saya tak boleh hidup la. Dia jadi macam satu benda besar dalam kepala yang menjadi bebanan untuk difikirkan. Hampir 10 bulan jugak saya berfikiran macam tu. Sampailah masanya saya meng'organize' dan menghadiri satu Kelas Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif di tempat saya mencari rezeki yang lebih dikenali sebagai ofis (^_~).
Memang banyak faedah yang kami (saya dan kawan-kawan) dapat dari kelas ni. Dan pada saya sendiri, ilmu paling extravaganza yang saya dapat ialah ini. Jeng jeng jeng........................
MARMERT TECHNIQUE !!!!
Macam poyo je kan. Orang lain dah lama tau tapi kau baru terhegeh-hegeh nak announce yang kau dah pro bab marmert technique ni. Hehe...
Saya tau ramai yang dah tau teknik ni tapi saya nak bagitau kepada momma-momma dan bakal-bakal momma yang tak tau macam saya. Teknik ni sangat mudah dah praktikal kerana:
1. Tiada kos membeli
2. Tiada kos penyelenggaraan
3. 'Pam' paling senyap di dunia
3. Boleh digunapakai di mana-mana sahaja dan bila-bila masa
4. Fungsi mengepam dan MENGURUT. Pernah tak jumpa pam susu yang boleh mengurut? Takde kan takde kan, hehehe...
5. Sangat membantu kalau anda ada masalah susu tersumbat (susu berketul di payudara sebab lambat pam dan sebagainya)
Betul la kata Puan Hana, penceramah kelas ibu menyusu tu. JANGAN MENYUSAHKAN DIRI KALAU ANDA MEMILIH UNTUK FULLY BREASTFEED. Kita nak melaksanakan suruhan Allah yang menyuruh kita menyusukan anak kita sehingga umurnya 2 tahun (jika mampu). Jadi bila Allah dah suruh pasti ada jalan yang mudah. Cuma kita je yang selalu menyusahkan diri dan berfikir secara 'complicated'.
Memang betul kadang-kadang isu nak membeli pam ni menjadi beban bagi sesetengah pihak yang kurang mampu terutamanya surirumah yang tidak berpendapatan. Walaupun ada pam yang dijual semurah RM50, tetapi masih ada yang rasa ianya mahal. Kedudukan kewangan kita masing-masing berbeza kan. Jadi untuk anda yang merasakan tidak mampu untuk membeli pam susu, jangan khuatir! Kita sebenarnya sudah memiliki pam susu kita sendiri sejak dalam perut ibu kita lagi iaitu TANGAN KITA SENDIRI! Tangan yang menghayun buaian dan bisa menggegarkan dunia ini juga boleh menjadi alat bantu kepada penghasilan susu yang produktif!. Sila tonton video ini. (WARNING: Video ini untuk pelajaran, untuk orang lain yang tak mahu belajar teknik ini dinasihatkan jangan menonton)
Saya tidak menafikan peranan pam susu yang dijual di pasaran sebab selama ni pun benda tu lah yang saya usung hari-hari ke ofis dan memang ia sangat berjasa kepada saya dan Ajmal. Cumanya setelah mempelajari dan mempraktiskan teknik marmert ni, saya sangat berpuas hati kerana hasilnya menyamai hasil jika menggunakan pam dan kadang-kadang lebih pulak tu. Apa yang nak saya katakan ialah tak semestinya kita kena berbelanja besar untuk menjayakan penyusuan susu ibu secara eksklusif.
Kalau ikut hierarki ke'efektifan' cara mengepam susu/ mengosongkan payudara, di tangga teratas ialah ANAK kita sendiri. Kerana hanya hisapan bayi yang terbaik dan tidak dapat ditandingi oleh mana-mana mesin pam di pasaran pun. Yang kedua ialah TANGAN kita sendiri. Dan yang ketiga barulah mesin pam tak kira jenama dan harganya.
Mula-mula tu saya tak pandai juga apply teknik ni, kekok. Tapi dah lama-lama saya selesa. Tambahan pula atas dorongan rakan karib seperjuangan saya, Mami Farish. Baliau dah praktik lama dah teknik ni, dan sudah tentu beliau lagi pro dari saya hehe...Thanks to her sebab beliau yang suruh saya tonton video dan belajar teknik yang betul. Teknik ni tak boleh sembarang buat ye, belajar dan berlatih. Itu kunci kejayaan! (^___^)
Dah dua hari saya tak mengepam guna mesin semasa di ofis. Saya guna teknik ni lah. Saya nak berlatih mana tahu nanti nak kena hantar pam pergi servis ke, nak travel ke senang la kalau dah pandai. Alhamdulillah hasilnya memuaskan. Dalam 15 minit boleh dapat 3oz. Satu je, letih sikitla sebab kena fokus, tak macam selalu boleh buat kerja lain masa mengepam.
Wahai tangan berjasa, marilah bekerja bersama-sama dengan mesin pam ku supaya anakku dapat menikmati susuku berterusan sehingga umurnya 2 tahun. Syukur kepada Allah swt atas nikmat tangan berjasa ini (^___^)
Monday, February 28, 2011
:: Is it True or False??? ::
Monday, February 21, 2011
:: Lagi cerita tentang breastfeeding ::
Saya bukanlah pakar laktasi ataupun orang yang dah berpengalaman luas dalam bidang penyusuan susu ibu, saya hanya seorang ibu muda yang cuba mengaplikasikan segala ilmu yang diperoleh sama ada melalui pembacaan ataupun bartanya kepada mereka yang arif.
Itulah serba sedikit pengalaman yang saya nak kongsikan dengan ibu-ibu di luar sana. Kalau ada yang silap terutamanya bab fakta-fakta penyusuan susu ibu saya minta maaf ye. Saya pun masih belajar dan baaaaaanyaklagi yang saya tak tahu dan ingin tahu. Okey, semoga ketemu di lain entry! (^___^)
Thursday, January 6, 2011
:: Jika anda bakal ibu, harap dapat baca ini::
Jika anda bakal ibu, saya
Tuesday, March 30, 2010
:: Mari Membuat Barut Untuk Baby! ::
.
.
.
Mula menjahit....it takes about 3 hours to finish my sewing...huhuhu, dah lama tak menjahit tu yang lembab! Takpe..biar lambat asalkan cantik (^_~)
\(^_^)/
Friday, December 4, 2009
:: Perlu Makan Lebih Banyak Besi (Iron) ::
Memang betul pun, bila sesi khidmat nasihat ibu hamil, nurse tu menjerit tengok bacaan Hb saya. Dia tak marahla..just nak tunjuk ekspresi terkejut dia la agaknya. Nurse tu tanye macam mane dari Hb 12 lebih bleh turun banyak ni?? Saya plak dgn confidentnye menjawab "Dah takdir nak buat camne..." hehe takdela. Tipula kalau jawab macam tu, kenala bagi alasan yang berasaskan fakta saintifik huhu...
So, dengan confidentnya saya menjawab "Dulu masa Hb 12 tu saya makan obimin amik kat klinik swasta. Ni lepas makan suplemen klinik kerajaan la Hb saya turun" Bajet macam nak menyalahkan hospital kerajaan la kononnya..hehe...
Nurse pun membalas "Adik, obimin tu lagi sikit tau peratusan zat besi dia per tablet. Yang kitorang bagi tu 200mg per tablet. Ni mesti adik salah makan ni, ke tak makan langsung kot..." Oooo main serkap jarang plak dia.
Tanpa melengahkan masa saya pun membalas hujah membela diri "Saya makan la kak...tapi kadang2 tu tertinggal la jugak. Tapi tak selalu la..."
Nurse bertanya lagi "Camne cara adik makan? Lepas makan nasi terus telan ubat ke? Ade tak telan ubat ngan air manis?"
Uik, memang saya telan ubat lepas makan nasi. Dah bulan lepas masa amik ubat tu Nurse kata makan ubat lepas sarapan atau makan nasi. Salah ke??? Cuma takdela saya telan ngan air manis. Kadang-kadang je kalau desperate hehehe...
So, saya pun ngaku jela. Maka terbongkarlah rahsia yang saya sebenarnya telah mengamalkan cara makan suplemen yang salah..huhuhu konon-konon nak tunjuk pandai akhirnya diri sendiri yang terbukti tak pandai. Padan muka saya. Moral of the story, jangan cuba nak memandai, sila google dulu di internet pasal ubat-ubatan sebelum berdebat dengan mereka yang lebih pakar di hospital..hehe..
Tapi takpe jugak...ada hikmahnya Hb saya turun, baru saya tau cara yang betul makan tablet zat besi (iron). Dia kena makan 1 jam sebelum atau selepas makan. tidak boleh makan sejurus selepas makan nasi atau dah dekat2 nak makan nasi. Sebabnya pil akan dihadamkan bersama nasi/makanan yang kita ambil dan seterusnya menjadi sebahagian dari najis. Membuang masa saja makan suplemen jika begitu jadinya...Sepatutnya suplemen diserap ke dalam darah maka sebab itu perut perlu kosong untuk memudahkan penyerapan. Untuk menggandakan lagi penyerapan, ambil tablet iron bersama tablet Vitamin C....
Jadi saya pun berjanji dengan nurse yang saya akan makan tablet iron dgn cara yang betul. Huhu siap berjanji tu..yela nak elak dari kena bebelan yang bertubi2. Selain itu, saya juga kena makan makanan yang kaya zat besi macam kerang, bayam, peria, pegaga etc. Baiklah, semua makanan itu saya suka. Jadi sudah tentu tiada masalah bagi saya untuk menelan makanan itu sebanyak yang mungkin InsyaAllah...
Lagi dua minggu kena pegi check lagi sekali. Patutnya bulan depan (sebulan sekali je untuk routine checkup), tapi sebab kes Hb saya yang turun mendadak ni, kena pegi check dengan lebih kerap. Nasib baik memang ada tarikh scan perut lagi dua minggu so book jela tarikh yg sama utk check Hb. Tak payah pegi klinik banyak kali...
Wednesday, August 19, 2009
:: Info untuk Bakal Mama: FAKTA vs AUTA ::
AUTA: Tidak boleh memotong atau menjahit baju selama kehamilan kerana anak akan lahir dengan bibir sumbing.
FAKTA: Bibir sumbing biasanya dipengaruh ubat-ubatan yang diambil ibu ketika hamil, kesan radiasi atau faktor genetik. Oleh itu, x-ray perlu dielakkan selama kehamilan kecuali atas sebab-sebab tertentu dan atas nasihat doktor.
AUTA: minum susu kacang soya atau makanan dari kacang soya akan membuat bayi berkulit putih.
FAKTA: warna kulit seseorang dipengaruhi oleh faktor genetik ayah & ibunya, bukan dari susu kacang soya.
AUTA: Minum air kelapa dapat mempercepat/memudahkan kelahiran
FAKTA: Belum ada kajian yang membuktikan mitos ini kerana lancarnya kelahiran dipengaruhi oleh berbagai faktor. Namun air kelapa muda memang berkhasiat untuk menjadikan air ketuban putih dan bersih.
FAKTA: Belum ada kajian yang membuktikan bahawa hubungan intim menyebabkan keguguran. Asalkan sepanjang hal itu tidak menyakitkan dan tidak menimbulkan ketidakselesaan, ibu hamil boleh saja melakukannya.
AUTA: Leher ibu hamil yang menghitam atau puting yang berwarna gelap menandakan bayinya laki-laki
FAKTA: Perubahan warna pada leher atau puting tidak ada hubungannya dengan jenis kelamin bayi. Perubahan warna kulit pada ibu hamil diakibatkan oleh peningkatan progesteron dan melanost (hormon yang mengatur pigmentasi kulit). Kerana itu puting susu yang menghitam biasa terjadi pada kehamilan, baik pada ibu hamil yang mengandung bayi laki-laki atau perempuan. Selain perubahan warna kulit dan puting susu, ibu hamil juga memiliki guritan kehitaman di perut dan garis hitam dari pusat ke bahagian pugbis. Namun tanda ini akan hilang setelah melahirkan.
AUTA: Ibu hamil tidak boleh makan pisang, nanas, dan mentimun
FAKTA: Mitos ini sangat dipercaya oleh sebagian masyarakat kerana boleh mengakibatkan keputihan. Bahkan mereka percaya bahawa bisa nanas akan boleh menyebabkan keguguran. Pengambilan pisang, nanas dan mentimun sebenarnya disarankan kerana kaya dengan vitamin C dan serat yang penting untuk menjaga kesihatan tubuh dan melancarkan proses pembuangan sisa-sisa pencernaan.
Adapun keputihan tidak selalu membahayakan. Saat hamil mahupun setelah melahirkan, adalah normal jika ibu mengalami keputihan. Kecuali juka keputihan tersebut dijangkiti oleh bakteria, kulat atau virus yang biasanya mengalami simptom kegatalan, bau tidak sedap, dan warnanya kekuningan, kehijauan atau kecoklatan.
AUTA: Minum air kelapa hijau menyuburkan rambut bayi
FAKTA: Minum air kelapa hijau tidak berkaitan dengan rambut bayi. Namun air kelapa hijau memang menyihatkan kerana mengandung elektrolit, sehingga siapa saja termasuk ibu hamil, boleh meminum air kelapa hijau agar tetap segar.
AUTA: Mengurut perut ibu hamil (Lenggang perut)
FAKTA: Mitos ini banyak dipercayai di kalangan masyarakat kita. Padahal mengurut perut ibu hamil dapat meningkatkan risiko terjadinya keguguran dan gangguan janin, iaitu janin mengalami stress atau tekanan. Jika janin mengalami stress atau tekanan, pertumbuhannya mungkin terganggu atau terbantut.
Thursday, August 13, 2009
:: Info untuk Bakal Mama: ALAHAN SEMASA MENGANDUNG ::
Alahan semasa mengandung sering dikaitkan dengan muntah-muntah, pening kepala dan perut berasa sebu dan tidak selesa. Keadaan ini biasa berlaku apabila anda baru bangun dari tidur dengan mengalami sedikit pening dan muntah, namun ada juga yang akan mengalaminya sepanjang hari. Keterukan alahan bergantung kepada individu dan ada juga wanita yang bernasib baik yang tiada alahan langsung.
Punca alahan
Punca sebenar alahan sebenarnya masih kurang jelas. Kebanyakan penyelidik percaya yang alahan wanita mengandung disebabkan oleh perubahan fizikal dan hormon pada badan. Ada juga pendapat yang mengatakan alahan mungkin disebabkan oleh ketidak seimbangan paras gula dalam darah.
Bila alahan berlaku?
Kebiasaannya, wanita mengandung akan mengalami alahan dalam trimester pertama. Apabila usia kandungan mencecah trimester kedua, alahan akan beransur-ansur hilang. Walau bagaimana pun, ada sesetengah individu akan mengalami alahan yang berlanjutan sehingga bersalin.
Kebanyakan wanita yang mengalami alahan semasa mengandung akan sedikit sebanyak merasai kesannya pada rutin seharian. Ada yang terpaksa menukar perancangan harian untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini, malah ada yang terpaksa bercuti dari kerja kerana alahan yang terlalu teruk.
Kesan alahan terhadap kesihatan
Secara amnya, alahan dalam jangka masa pendek tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Jika alahan anda terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan dimuntahkan kembali, bayi berkemungkinan akan kekurangan nutrisi untuk perkembangannya dan kesihatan ibu akan terjejas. Tambahan lagi, ibu akan mengalami dehidrasi (kekurangan air dalam badan). Simptom dehidrasi ialah pening-pening, dahaga dan air kencing sedikit daripada biasa. Jika anda mengalami simptom-simptom ini, anda memerlukan rawatan dengan segera. Ibu yang mengalami dehidrasi biasanya akan diberi cecair dan suplemen tambahan melalui drip.
Cara mengatasi alahan
Makanan
- Apabila anda sedar di waktu pagi, makan kraker atau biskut dan rehat selama 15 minit, kemudian barulah bangun.
- Bangun perlahan-lahan dan jangan terus baring selepas makan.
- Kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong (contoh: setiap 2 jam) walau pun anda tidak lapar.
- Makan apa sahaja yang anda mahu tapi elakkan mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng.
- Jika anda tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas. Lebih baik jika orang lain yang memasak.
- Makan makanan yang sudah sejuk berbanding makanan panas kerana makanan yang sudah sejuk kurang baunya.
- Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.
- Elakkan mengambil kafein dan merokok.
Minuman
- Minum air dengan kerap sehingga 12 cawan sehari.
- Elakkan minum semasa makan serta sebaik sahaja sebelum dan selepas makan.
- Pengambilan air halia boleh mengurangkan rasa mual.
Rutin harian
- Berehat secukupnya kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan. Tidur sekejap di siang hari kerana biasanya pada trimester pertama, wanita mengandung kerap berasa letih dan mengantuk.
- Dapatkan bantuan untuk mengemas rumah dan menjaga anak yang lain. Pastikan anda peruntukkan masa untuk berehat.
- Bersiar-siar dan lakukan senaman ringan di luar rumah untuk dapatkan udara segar. Buka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik dalam rumah.
- Elakkan tempat panas kerana kebiasaannya alahan akan bertambah teruk.
- Jika pengambilan vitamin mengandung anda menyebabkan alahan bertambah teruk, minta nasihat doktor.
- Bergerak perlahan-lahan dan elakkan pergerakan pantas.
- Jangan gosok gigi sebaik sahaja lepas makan kerana ini boleh menyebabkan rasa mual.
- Dapatkan sokongan daripada orang yang rapat (contoh: suami, ibu bapa, rakan)
Bila anda perlu dapatkan nasihat doktor?
- Cadangan di atas tidak memberikan kesan.
- Anda muntah lebih dari 3-4 kali sehari dan sebaik sahaja makan, anda muntah.
- Berat badan anda menurun dengan banyak.
- Muntah anda mengandungi darah atau berwarna hitam pekat.
- Anda mengalami simptom-simptom dehidrasi.
- Anda risau dengan keadaan anda atau merasakan perubahan serius pada kesihatan anda
Monday, August 10, 2009
:: Info untuk Bakal Mama: TRIMESTER PERTAMA ::
Lapan minggu pertama, bayi anda akan dipanggil 'embrio'. Anggota badan yang halus akan mula membesar dan membentuk tangan dan kaki. Embrio kelihatan seperti anak berudu. Jantung dan paru-paru mula terbentuk.

Pada hari ke-25, jantung mula berdegup. Tiub neural yang akan menjadi otak dan tulang belakang mula terbentuk. Berakhirnya bulan pertama, saiz embrio sepanjang 1 1/4 sm (1/2 inci) dengan beratnya hanya beberapa gram.
OTAK SAYA MULA TERBENTUK
Ketika bulan ke-2, embrio sudah berada di dalam kantung yang terbentuk oleh membran yang nipis. Embrio kini berbentuk huruf C, kerana belakangnya membesar lebih pantas daripada depan. Bayi anda hanya kira-kira 0.6 sm panjangnya. Kebanyakannya adalah bahagian kepala yang membentuk bahagian otak awal. Pada separuh akhir bulan ke-2, bentuk tangan dan kakinya yang halus mula membesar termasuk bentuk matanya.
Genap minggu ke-8, embrio mula kelihatan seperti manusia. Semua organ utama badan dan sistemnya mula terbentuk tetapi tidak sepenuhnya. Dari kepala hingga ke punggung panjang embrio hanya 3.2 sm (1 1/4 inci) dan berat 8.25 gram. Telinga, buku lali dan pergelangan tanagn mula terbentuk. Kelopak mata juga terbentuk tetapi masih tertutup rapat. Jejari kaki dan tangan juga sudah mula kelihatan.
RASAKAN DEGUPANNYA!
Selepas lapan minggu bergelar embrio, bayi yang memasuki usia 3 bulan dalam rahin dikenali sebagai fetus. Jari jemari tangan dan kaki sudah mempunyai kuku yang lembut. Mulut sudah mempunyai 20 tunas yang akan membentuk gigi bayi. Anda boleh mendengar degupan jantung bayi untuk pertama kali (ketika 10 ke 12 minggu) jika membuat pemeriksaan menggunakan alat yang dipanggil 'doppler ultrasound'.
Bayi anda mula mengeluarkan air kencing ke dalam sarung ketuban untuk dikeluarkan oleh ibu. Tulang dan otot mula membesar untuk menyokong organ yang kecil. Ketika ini tulangnya amat lembut.
Organ reproduktif bayi mula terbentuk ketika minggu ke-11 atau 13. Tali pusat berada pada kedudukannya dan plasenta terbentuk sepenuhnya dan mula menjalankan tugas menyalurkan makanan kepada bayi. Bahagian belakang bayi mula menegak, kaki dan tangannya juga mula berkemampuan untuk menyokong siku dan lutut yang kecil. Berakhirnya bulan ini, fetus mula dapat dikenali sebagai manusia.
Pada akhir 3 bulan pertama ini, fetus memiliki kepanjangan 10 sm (4 inci) dan berat 25 gram. Kini anda boleh mengucapkan selamat tinggal kepada TRIMESTER PERTAMA!
