Showing posts with label ::It's about clothdiapering::. Show all posts
Showing posts with label ::It's about clothdiapering::. Show all posts

Friday, April 1, 2011

Kesian Bumi Kita....

Kalau anda tanya saya, adakah saya ni seorang pencinta alam, saya kurang pasti pula. Tapi seingat saya, sejak kecik saya memang 'takut' nak buang sampah merata-rata kalau berada di luar rumah. Bayangkan, kalau tak jumpa tong sampah, saya rela simpan sampah tu dalam beg sampai kadang-kadang lupa nak buang huhu....sampah tu bukanlah sampah yang busuk...sampah macam plastik jajan, kotak minuman yang dah kosong, plastik gula-gula...

Lagi satu saya sangat tak suka tengok orang yang berjalan sambil minum air balik dari pasar malam, bila nak masuk dalam kereta je dengan selamba badak sumbu dia baling bekas minuman kosong tu kat dalam longkang! Pernah jugak dulu boyfriend saya (sekarang suami) buat benda yang sama. Saya paksa dia KUTIP BALIK! Dia kata takde tong sampah, takpelah buang kat situ nanti kan ada orang bersihkan. Ehhh...takde takde. Kutip balik. Simpan dalam kereta nanti jumpa tong sampah kita buang. Begitulah kata saya pada dia...

Saya pun kadang-kadang terlajak buang juga tapi saya hanya buang benda-benda yang mudah lupus atau terurai atau reput seperti kertas tisu, kulit-kulit buah. Sampai kadang-kadang sebelum meneruskan niat buang sampah merata-rata, otak saya kena fikir dulu, ni bahan mudah terurai ke tidak. Kalau ya saya teruskan niat tu. Hehe...sila jangan ikut perangai bughuk ini. Kalau betul nak jaga alam sekitar, jangan buang sampah merata-rata ye, walaupun ianya bahan mudah lupus. 

Tapi bila bercakap soal PLASTIK, saya memang takkan sekali-kali buang merata-rata. Tambahan pula sekarang ni banyak pasaraya mengadakan kempen 'HARI TANPA PLASTIK', Sangat bagus la kempen tu. Saya suke! (^__^) Sekarang ni pun kalau pergi kedai saya cakap kat casher tu, saya tak nak plastik. Pergi pasar malam pun saya bawak bakul, mana yang tak perlu plastik sumbat saje dalam bakul tu hehe...Rasanya lepas ni, elok kalau saya bawak tupperware untuk isi ikan atau ayam atau daging mentah yang dibeli kat pasar malam. InsyaAllah akan dilaksanakan... huhu.

Ni pula kempen yang sedang hangat dipromosikan di tempat saya bekerja. Bravo!!!!! (^__^)
Tentang clothdiapering pula, niat utama saya hanyalah untuk jimat duit. Saya tak sangka pula saya dah menolong ke arah penyelamatan alam sekitar (^___^) Bayangkan satu lampin pakai buang yang kita pakai masa kecik-kecik dulu mengambil masa 200 hingga 500 tahun untuk dilupuskan! Mayat kita dalam kubur pun dah tak tinggal apa tapi lampin pakai buang kita duk macam tu juga (^__~)v

Atas kesedaran itulah, saya nak promote kat kawan-kawan yang ada baby khasnya...Marilah kita ramai-ramai guna clothdiapers. Memang mudah untuk tidak ambil kisah tapi fikirkanlah kesannya kepada anak-anak yang kita sayangi. Saya akui nak pakai clothdiapers agak rumit tapi kalau kena caranya, anda akan dapati ianya sangat menyenangkan (^___^) Orang tua-tua kata bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Biar kita yang susah jangan anak cucu cicit kita menanggung akibatnya. Betul tak kawan-kawan? Hehe...

Sekarang ni ada banyak usahawan-usahawan muda yang menjual clothdiapers secara online. Semuanya di hujung jari. Tinggal nak dengan tak nak je. Kalau anda teringin nak merasa penjimatan berkali kali ganda dan secara tak langsung menjadi perwira bumi, bolehlah cuba intai blogshop-blogshop yang menjual clothdiapers dan salah satunya adalah ini (^___^)



Saya serius untuk menyelamatkan bumi, anda bagaimana pula?
(^___^)

 



Wednesday, February 23, 2011

:: Apa itu cloth diapers? ::

Asyik cerita pasal brastfeeding je. Kali ni nak cerita pasal cloth diapers pulak. 

Sebenarnya entry ni nak ditujukan kepada best friend saya, Ibu Humaira Sorfina. Saya nak cerita kat dia secara ringkas APA ITU CLOTH DIAPERS atau lebih mudahnya disebut CD (^___^)

Okey, CD yang sekarang ni terdapat baaaaaaaaaaanyak di pasaran ada dijual dalam dua bentuk:
  1. Velcro CD
  2. Snap Button CD

VELCRO CD


SNAP BUTTON CD



Satu set CD terdiri daripada dua komponen:
  1. CD Pocket - bentuknya sama seperti disposable diapers cuma ianya ada poket doraemon (untuk dimasukkan insert)
  2. Insert - kepingan fabrik yang berfungsi untuk menyerap kencing baby. Selalunya satu set CD didatangkan dengan satu /dua keping insert.

Insert pulak ada beberapa jenis. Tapi yang saya tau dan dah pernah cuba pakaikan kat Ajmal setakat ni ialah:
  1. Microfiber insert
  2. Bamboo/Charcoal insert
  3. Hemp insert
 MICROFIBER INSERT
                                    HEMP INSERT                                  BAMBOO CHARCOAL INSERT               

Setiap insert yang disenaraikan di atas berbeza-beza tahap penyerapannya. Paling 'power' penyerapannya ialah hemp diikuti oleh bamboo dan last sekali microfiber. Keistimewaan bamboo insert ia sesuai untuk kulit baby yang sensitif. Kalau rasa malas nak masukkan insert bamboo dalam poket CD boleh letak je kat atas/luar poket. TETAPI microfiber dan hemp tak boleh kena kulit baby ye. Dibimbangi akan menimbulkan iritasi pada kulit baby yang mulus itu. So, kena 'sembunyi'kan dia dalam poket CD hehe....

Sekarang mari lihat cara pakai CD pulak



Seterusnya cara membasuh CD

Okey, untuk Ibu Humaira Sorfina dan kawan-kawan yang lain, semoga penerangan ringkas ini dapat membantu beliau dan anda memahami apa itu cloth diapers dan mendorong anda semua untuk menjadi 'fully CD user', insyaALLAH.

Sepertimana yang saya pernah cakap kat beliau "Once u try it, u will like it (^_____^)"
Marilah kita jimat wang dan selamatkan bumi dengan menjadi sebahagian daripada pengguna cloth diapers!
Singkirkan sedikit rasa MALAS untuk kelebihan yang berganda!!!
Sekurang-kurangnya duit bulanan untuk beli diapers pakai buang boleh digunakan untuk beli insuran pendidikan/tabung pendidikan anak, tak gitu? hehe~

Sebelum saya akhiri entry ni mari kita kira berapakah perbandingan kos antara membeli CD dengan DD (disposable diapers)

Nota: Untuk ibu berkerjaya disarankan 20 set CD untuk penggunaan CD sepenuhnya, so boleh basuh 2 atau 3 hari sekali (letih gak nak basuh hari-hari). Untuk surirumah, 10  set dah memadai. Anda  kan ada lebih banyak masa di rumah untuk membasuh CD berbanding ibu bekerjaya hehehe....

20 keping CD (paling murah boleh dapat RM25/pcs)

20 X RM25 = RM500
Jangka hayat: InsyaAllah boleh tahan sampai 3 tahun atau lebih (adik-adik dia pun boleh pakai)

Disposable Diapers (ambik harga yang paling murah, sekeping 50 sen)

Penggunaan sehari (purata 8 keping sehari)
8 X RM0.50 = RM4

Sebulan = RM4 X 30 = RM120

Setahun = RM120 X 12 = RM1440

3 tahun = RM1440 X 3 = RM4320

Berapa anda boleh jimat?

RM4320 - RM500 = RM3820

So, masih tak mahu pakai cloth diapers? Okey, takde sape yang paksa. Terserah anda! (^____^)



P/S: Untuk pembacaan yang lebih lagi tentang clothdiapers, sila klik sini.