Thursday, January 6, 2011

:: Jika anda bakal ibu, harap dapat baca ini::

WARNING!
Terdapat penggunaan ‘perkataan direct’ dalam entri ini. Tujuannya hanyalah untuk pendidikan dan cuba menyampaikan ilmu tentang breastfeeding concept secara telus dan jujur. Tidak terlintas sama sekali untuk melucah dsb.   
Kalau anda rasa anda teransang bila baca entri ni, I don’t know what to say….maybe something wrong with your mind!


 Jika anda bakal ibu, saya paksa menasihatkan anda semua berdoalah, berusahalah, berikhtiarlah, dan bersedialah untuk.............


menyusukan bayi anda secara eksklusif selama 6 bulan pertamanya 
DAN 
meneruskan penyusuan susu ibu di samping makanan pelengkap sehingga umurnya 2 tahun

Kenapa saya tekankan kepada bakal ibu? Sebab dari pengalaman saya sendiri, apabila keinginan menyusukan anak timbul sejak hari pertama anda tahu anda telah mengandung, insyaAllah keinginan itu akan semakin kuat dari sehari ke sehari sehinggalah anak anda dilahirkan dan disusukan buat pertama  kalinya. Jangan tak percaya, anda akan kelihatan seperti seorang ibu yang pro. Senang cerita macam dah ada anak 12 orang! hehe...Doktor ke misi ke tak payah ajar macam mane cara dan posisi menyusu sampai anda boleh kata "Takpe doktor.  Tak payah ajar saya ok, Saya dah biasa" Wah...macam tu sekali ye. Serius memang macam tu (^_~)v

Selaku ibu muda (28tahun kira muda lagi la kan...) yang sudah hampir 8 bulan menyusukan anakanda yang comel itu, saya terlalu ingin..nampak tu terlalu ingin melihat ibu-ibu lain terutamanya yang hampir dengan saya turut merasai pengalaman manis paling hebat yang hanya akan anda alami apabila menyusukan anak dengan susu yang keluar dari tubuh anda sendiri (Tarik nafas. Panjangnya ayat!)

Saya cuba faham tapi saya masih tak faham apabila ada orang beri alasan 'Susu takdela...' Tiada hasil tanpa usaha yang keras! Macam tu juga bila anda nak menjayakan penyusuan susu ibu. Semangat yang kuat. Itu rahsianya. Dalam otak tak nak ada perkataan 'TAK BOLEH', 'SAKITLA MASA PAM SUSU', 'SUSU TAKDE', 'BOLEH KE? (tak yakin)'. Semua perkataan negatif tu pangkah! Mesti 100% semat di minda 'AKU BOLEH', 'SUSU ADA', 'SUSU AKU BANYAK', 'BESTNYA SUSUKAN ANAK, 'TAK SAKITLA MASA PAM'. Apa yang anda fikir atau sangkakan itulah yang akan terjadi, insyaAllah....

Kunci kejayaan kedua, Ada permintaan, Ada Susu. Senang kan? B*east kita ni pemurah, dia tak pernah lokek. Kalau anda minta dia mesti bagi punye. Kalau anda selalu minta laaaaaaaagi banyak dia bagi! Cuma cara nak mintak kenala betul ye dan penuh adab sopan. huhu....Ada dua cara: (1) Kerap susukan anak secara direct (2) Selalu pam bila berjauhan dari anak cthnya semasa di tempat kerja. Permulaannya kadang-kadang memang tak banyak atau tak keluar langsung tapi tolonglah jangan putus asa. Dia bukan lokek nak bagi, dia nak test kesungguhan kita je tu....Minta lagi dan lagi sampai 'hati' dia cair dan akan keluarlah susu yang melimpah ruah dan mengenyangkan anak kita yang comel itu (^_^)

Ada baaaaaaanyak lagi petua dan rahsia menyusukan bayi seperti minum air yang banyak, makan makanan berzat secukupnya, makan supplement jika perlu dan lain-lain lagi. Tapi saya hanya nak sentuh dua rahsia itu sebab itulah dua perkara yang harus anda jadikan 'tangkal' dalam penyusuan ibu yang berjaya. 

Kalau anda nak berjaya dalam penyusuan ibu ni, ikut saja langkah dan nasihat mereka-mereka yang telah berjaya. Jangan pula anda minta nasihat mereka yang 'kurang' berjaya kerana tiada lain yang anda akan dapat melainkan pendapat-pendapat yang negatif. Persepsi negatif ini sedikit sebanyak akan menyelinap masuk ke dalam saraf otak dan bakal merencatkan otak azam yang sedang dibina. Saya pun selama ni banyak dapat info dari forum dan blog ibu-ibu menyusu. Saya ikut sebijik sejibun cara-cara mereka dari A sampai Z, alhamdulillah membuahkan hasil. Cakap-cakap negatif yang menusuk dari kiri kanan atas bawah semua saya buat pekak. Kalau tak takdelah bapa mentua saya gelar saya ibu internet hahaha....

Jadi, bila ada yang bertanya kepada saya, boleh tak beli pam susu masa mengandung? Ya, Sudah tentu! Terutamanya kalau anda seorang wanita berkerjaya. Kalau anda tanya saya, pam susu adalah TOP LIST dalam senarai barang-barang persediaan menyambut kelahiran bayi. Tak kiralah brand apa, mahal ke murah, itu semua bergantung kepada bajet yang anda mampu. Saya agak marah bila ada suami-suami yang menghalang isteri membeli pam susu semasa sedang mengandung (termasuk suami saya juga la ni). Kenapa nak halang? Membeli pam susu seawal mungkin bukan satu pembaziran malahan ia merupakan pelaburan yang paling bijak dan menguntungkan. Kalau dah beli siap-siap kan senang, nanti anak dah lahir lagi nak pakai banyak duit. Takut kalau ditangguh-tangguh tak terbeli langsung pula nanti. Sekarang suami saya pun memuji tindakan saya beli pam susu awal-awal. Ha baru dia tau...huhu....Tulah orang lelaki, dia ingat kita ni suka membazir. Padahal kita nak menjimatkan lagi ada (^_~) 

Saya juga pernah dengar satu statement dari kawan saya ni, dia kata "Tak payahlah beli awal-awal, kita bukan tau nanti boleh menyusu badan ke tak..." Oh no no no....saya bangkang hujah kamu! Setahu saya, bila kita mengandung secara automatik b*east kita akan mula melakukan segala persiapan untuk menghasilkan susu. Saiz b*east juga akan jadi lebih besar dari sebelumnya menandakan adanya aktiviti penghasilan susu di dalamnya. Dari pengalaman saya pula sejak dari 7 bulan mengandung saya sudah perasan kehadiran cecair jernih yang akan keluar jika memicit sedikit bahagian ni**le. Jadi, mengapa pula anda sangsi yang anda boleh ke tak menyusukan bayi anda nanti? Renung-renungkan dan fikir-fikirkanlah ye.......

Saya bukanlah nak kecoh sangat pasal penyusuan ibu ni tapi tak tau kenapa, bila bercerita bab ni jadi bersemangat giler-giler...kalau orang tanya kalau boleh nak cerita dari mula sampai khatam, padahal soalan pendek je, penerangan panjang lebar. Penat orang yang bertanya nak mendengar jawapan huhu....Lagi satu saya sedih la tengok ibu-ibu yang sepatutnya mampu menyusukan anak tapi tak berusaha sedaya upaya untuk melakukannya. Nak bagi nasihat percuma karang tak pasal-pasal dapat penampar percuma hehe...takdelah, takkanlah kena penampar pulak. Mesti diorang akan cakap "Kau tak faham masalah aku..." Actually memang aku tak faham. 

Kawan-kawan ofis saya tahun ni ramai yang berbadan dua dan merupakan kehamilan sulung. Dalam kepala hotakku ini ada satu rancangan untuk mereka sebenarnya. Hehe....tapi tak mau beritahu sekarang takut tak jadi pula. Mudah-mudahan Allah swt beri saya kekuatan dan kelapangan waktu untuk menjayakan misi tak mustahil tu. Amin!

 

Tuesday, December 14, 2010

:: Tempat pam susu di pejabat ::

WARNING!
Terdapat penggunaan ‘perkataan direct’ dalam entri ini. Tujuannya hanyalah untuk pendidikan dan cuba menyampaikan ilmu tentang breastfeeding concept secara telus dan jujur. Tidak terlintas sama sekali untuk melucah dsb.   
Kalau anda rasa anda teransang bila baca entri ni, I don’t know what to say….maybe something wrong with your mind!


Dah hampir 6 bulan saya berkecimpung dalam aktiviti mengepam susu dan dah banyak tempat yang menjadi saksi kegiatan murni saya itu. Hari ni nak cerita semua tempat yang saya pernah jelajah kat opis demi mengumpul stok susu untuk Ajmal.

1. Ofis orang lain
Pertama kali mengepam di Bilik Staff Perempuan Tingkat 4. Bilik tu tak berapa besar, semua dalam bilik tu perempuan dan ada satu port kecik untuk tempat solat. So, kat situlah port pertama yang cuba dijadikan tempat mengepam. Advantagenya mengepam kat situ of course la yang pertama takde orang lelaki. Kedua dekat dengan toilet so senang nak mencuci tangan dan peralatan-peralatan pam yang perlu dicuci. Yang tak syoknya saya malas nak mengangkut beg dan barang-barang mengepam sampai 2 atau 3 kali sehari. Ofis saya kat Tingkat 3 jadi perjalanan ke situ agak mengambil masa. Satu lagi yang tak best bila mengepam kat situ tak boleh buat kerja '2 in 1'. Selalunya sambil mengepam saya suka on laptop dan buat kerja atau bloghopping. Sudahnya saya berpindah ke tempat kedua iaitu di cubical saya sendiri....

2. Cubical Sendiri
Di cubical sendiri memang agak mencabar. Ofis saya agak besar, ada lebih kurang 30 orang staff dan bercampur lelaki dan perempuan. Saya pulak duduk dekat dengan pintu masuk jadi kenalah melakukan aktiviti dengan berhati-hati dan senyap, duduk rapat ke meja dan statik macam tu je selama hampir 30 minit supaya tidak disedari oleh orang lain terutamanya staff lelaki. Saya rasa ada juga yang perasan tapi saya buat tak tahu saja. Yang penting saya menjaga 'adab dan sopan' semasa mengepam hehe....Advantagenya mengepam di cubical sendiri saya tak penat nak memunggah gajet pam ke sana sini. Boleh pam sambil buat kerja, tulis blog dan macam-macam lagi. Kantoi tulis blog masa waktu kerja hehe.....Alah, sekali sekala merehatkan minda. Lagipun masa mengepam takleh stress, kan wajib bergembira dengan menulis blog. ngehngehngeh~



3. Membuat port tetap di 'cubical yang tidak berpenghuni'
Kat ofis saya ni ada beberapa cubical yang kosong jadi daripada terbiar kosong baik saya manfaatkannya kan. Pada mulanya saya dapat satu port cubical ni, lokasi memang strategik. Tersorok dan kawan-kawan yang berhampiran cubical tu pun very friendly. Selama hampir sebulan saya meletakkan semua gajet pam menyusu secara tetap di situ. Bila tiba masa mengepam saya akan berlenggang kangkung ke cubical tu dan bila dah siap mengepam saya akan kembali ke cubical saya untuk buat kerja. So saya ada dua cubical la kiranya, hehe tamak betul. Seronok sungguhla masa tu. Ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari chewah! Tetiba satu hari tu segerombolan staff baru masuk kerja, dan ada sorang mamat tu takde cubical nak duduk, jadi terpaksala mengosongkan my 2nd cubical serta merta....

4. Surau
Kadang-kadang kalau rasa nak berubah angin saya cari juga port mengepam yang lain seperti di surau. Sangat selesa sebenarnya mengepam di surau sebab orang tak ramai (saya pam pukul 10 pagi dan 4 petang, masa tu bukan waktu solat fardhu so takde orang). Ada sumber air yang melimpah ruah, aircond yang nyaman, boleh duduk mengepam dengan gaya bebas dan tak takut-takut macam kat cubical. Sambil-sambil tu boleh duduk mengingati Allah, berzikir, menginsafi dosa-dosa silam, huhu insafnya.... (T______T) Again the disadvantage masa mengepam takleh buat kerja lain dan sangat mengantuk sebab suasana yang sunyi, syahdu dan kenyamanan aircond menggamit mata untuk terlelap! Dan satu lagi penat nak mengangkut gajet mengepam pergi surau.

Dan akhirnya setelah banyak kali berpindah randah macam orang nomad saya mengambil keputusan akhir untuk menjadikan cubical sendiri port tetap untuk sesi mengepam. Walaupun agak jauh dari sumber air, tapi penjimatan masa dan keringat lebih diutamakan. Untuk anak saya ketepikan perasaan malu itu. Lagipun saya mengepam dengan cara yang berhemah. Tidak menampakkan aurat dan tak mengganggu orang lain. Pernah juga cadangkan pada pihak pengurusan di tempat kerja untuk sediakan tempat khas untuk ibu mengepam susu. Mereka boleh nak sediakan bilik tapi bilik itu agak sunyi, tersorok dan menakutkan. Kalau jadi apa-apa, terpitam ke terpengsan ke, ternampak hantu ke, rasanya takde sape yang sedar. Mesti stress kalau mengepam kat tempat tu sebab nak lekas-lekas pam dan cabut lari huhu....

So moral of the story, carilah port mengepam yang anda selesa dan memudahkan anda. Usaha murni kita harus diteruskan walau dimana kita berada. Jangan malu-malu kucing, nanti kesian anak kalau bekalan susu di rumah tak mencukupi. Biarlah orang lain nak kata apapun, yang penting anak kita kenyang! (^___~)v


Oh...hari ni 13 Disember. Birthday ajmal yang ke 7 bulan! Lagi 5 bulan je nak setahun. Dah berangan nak buat birthday party Ajmal kat 'luar pintu' a.k.a 'outdoor'. Hehehe.....


Monday, December 6, 2010

Sudah boleh menggigit! (^___^)



Nampak tak gigi Ajmal tu?

Tak nampak?

Nah, diperbesarkan sebanyak 10X hehehihihuhu....



Daku ngeri sungguh....

Bermulalah episod yang daku takuti selama ini.

Ajmal jangan geget ummi tau!!!!

Hmmm....dah penah kena pun, adehhhhh...memang sakit! 

Ni baru dua batang, dah banyak nanti macam mane ye.....

(T______T)


Friday, December 3, 2010

:: Cara-cara buat MOBYWRAP ::

Ada seorang reader, Mama Atie bertanya bagaimana saya buat mobywrap. Harap-harap entry ni boleh membantu beliau dan ibu-ibu lain yang teringin DIY mobywrap (^_____^)

Bahan-bahannya mudah sahaja. Hanya kain jersey sepanjang 5.5 meter (bidang 45" atau 60")  dan gunting kain yang tajam. 

Kain jersey tu terpulang nak yang plain colour atau bercorak. Saya hanya survey dua buah kedai kain, harga kain jersey yang baik kualitinya antara RM15 ke RM22. Yang plain colour lagi murah dari yang bercorak. Kenapa guna kain jersey? Sebab kita nak kain yang stretchable dan satu lagi kelebihannya tak perlu jahit tepi bila kain dah dipotong.


Okay, mari kita lihat pula bagaimana cara membuatnya...

1. Bentang kain jersey untuk memudahkan proses pemotongan.

 

2. Ukur lebar kain sepanjang 20-23 inci dan buat garisan (seperti garisan - - - - dalam gambar di bawah) supaya nanti takla herot-herot masa nak menggunting.

3. Gunting di sepanjang garisan yang telah dibuat. 
3. Dah siap gunting, anda akan dapat sehelai kain yang berukuran seperti gambar di bawah.



4. Moby wrap anda sudah siap dan sedia untuk digunakan bersama si kecil tersayang. Mudahkan nak membuat mobywrap sendiri. Tak perlu jahitan langsung! Untuk cara memakai sila cari di youtube ye. Taip sahaja keyword 'mobywrap' nanti ada banyak video yang akan tunjukkan cara-cara pakai mobywrap. Sebenarnya, saya belum belajar lagi cara letak video dalam blog, hihi...ketinggalan sungguh!

5. Aik, apasal ada step no.5 pulak? Tadi kata dah siap. Haaa....yang ni langkah tambahan untuk sesiapa yang ada mesin jahit atau jarum dan benang. Semasa proses memakai mobywrap, kita kena kenalpasti mana bahagian tengah kain. Daripada kita terbelek sana terbelek sini, lebih baik sekiranya kita tanda siap-siap di mana bahagian tengah kain. Macam saya, saya tampal sehelai kain bercorak ukuran 20" X 20" untuk tanda bahagian tengah kain. Dan ia juga jadi corak yang cantik bila dipakai macam gambar di bawah ni (^____^) 



Ada juga orang yang jahit secebis kain kecil sebagai 'tag'. So, terpulang kepada anda sama ada nak buat atau tak penanda bahagian tengah kain ni. 

Tips:
Jika anda beli kain bidang 45", anda boleh dapat dua keping mobywrap. Jika bidang kain 60" pula anda boleh dapat 3 keping mobywrap. Kalau anda rasa sekeping sudah cukup bagi anda, anda boleh pakat-pakat dengan kawan-kawan yang berminat untuk memiliki mobywrap untuk berkongsi membeli. Jadi ia akan mengurangkan lagi kos membuat mobywrap ini. Saya pun buat macam tu jugak. Saya berkongsi beli kain dengan kawan saya Puan Fify. Lihat gambar kat bawah ni, Puan Fify dan baby Farish look so cute in their DIY mobywrap, yeayyyy!!!! hihi...(^____^)


Semasa nak beli kain ni, Encik suami ada bertanya, kenapa beli sampai 5.5 meter, lepas tu kena potong and at the end dapat dua keping. Padahal nak satu keping je. Kenapa tak beli 2.5 meter, potong lepas tu sambung di tengahnya? Haaa...kaedah beli kain 2.5 meter pastu potong dan sambung tak digalakkan ye puan-puan...Saya ulang sekali lagi, bukan tak boleh, tapi tidak digalakkan. Sebabnya kita tak mahu ada jahitan langsung pada mobywrap. Kalau kita sambung dua keping kain dikhuatiri jahitan akan tertetas. Nanti nak kena jahit balik, kan leceh....hehe...
Okay, sekian saja entry saya kali ini. Semoga ia bermanfaat untuk kaum-kaum ibu di luar sana (^______^)

Thursday, December 2, 2010

:: Sayang tapi pedih ::

Seorang sahabat saya ada berkata,

"Korang perasan tak? Sebenarnya orang yang paling banyak terasa atau memendam rasa dengan kita adalah orang yang paling hampir dengan kita. Bezanya cuma dia boleh memaafkan kita atau terus pendam dan akhirnya menyebabkan hubungan terus renggang atau putus. Saya pernah rasa dan rasanya sangat pedih!"

Ya, saya setuju sangat-sangat dengan kata-kata beliau. Saya juga pernah rasa kepedihan itu setiap kali teringat 'dia'. Semua kekhilafan itu mungkin sudah dimaafkan tapi kami masih jauh dan makin jauh. . . . . . .







Saya cuma terfikir satu soalan.





Agak-agak 'dia' sayang Ajmal tak?
Sebab Ajmal teringin sangat nak disayangi oleh 'dia'....
He misses her hugs and kisses a lot....

Semua orang sayang Ajmal, tengok Ustaz Hizbur Imam Muda pun sayang Ajmal tau!
(^______^)


Saturday, November 20, 2010

DIY Moby Wrap

Di entry yang lepas saya ada bercerita tentang dilema memilih baby carrier yang baru untuk Ajmal. Setelah fikir semasak-masaknya, saya memilih untuk membeli moby wrap yang berharga hampir RM150 sehelai. Memujuk suami untuk membelinya tidak membuahkan hasil, maka terpaksalah memerah otak mencari jalan lain macam mana nak mendapatkan moby wrap. Akhirnya terjumpa beberapa ibu yang DIY moby wrap. Mereka membuat moby wrap sendiri menggunakan kain dari jenis strechable fabric contohnya kain jersey. Panjang kain 5.5 meter dan lebarnya 20-24 inci.

Tanpa membuang masa saya pun mengajak Encik suami ke kedai kain. Setelah menjelajah dua buah kedai, dapatlah juga kain yang diidam-idamkan...harga memang berpatutan dan jauh lebih murah dari harga moby wrap di pasaran. Dan inilah hasilnya (^_____^)

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.Moby Wrap DIY dipakai siap-siap sebelum keluar rumah. Mudah sikit nanti dah sampai destinasi terus masukkan baby Ajmal ke dalamnya. Memang cantik, dah jadi macam fesyen baju pulak. Heheheee....


Lihat lihat! Ajmal sangat selesa di dalamnya! (^___~) Ini gaya baby menghadap ke depan...

Dan ini pula gaya baby menghadap/memeluk ibu....

Terima kasih kepada biras saya, Kak Sakinah yang telah berjasa menolong saya menjahit kain tampal bercorak belang hitam putih tu...saya mana ada mesin jahit jadi terpaksa pergi ke rumah saudara mara meminta ehsan pinjam mesin jahit hehehe....

Kesimpulannya, memang selesa sangat membawa anak kesayangan saya dalam moby wrap DIY ni. Tak rasa lenguh di bahu dan semua orang tengok. Rasa glemer pulak. huahuahua!!! Agaknya saya orang pertama di Kulim yang pakai moby wrap kot.
(^___^)

:: Happy Potato & Greenish Broccoli Porridge mix with Celery ::

Saya sedikit terkilan kerana Ajmal's 1st solid food tak sempat nak ambil gambar. Masuk hari ni dah hampir 3 minggu Ajmal diberikan makanan pejal. Syukur alhamdulillah, Ajmal tak menghadapi masalah untuk makan baik dari segi penerimaan rasa ataupun sistem penghadaman beliau. Bermula dari hari pertama Ajmal makan, saya bangun pagi untuk masak bubur nasi yang dicampur dengan sedikit sayur-sayuran. Kalau boleh, saya tak mahu beli langsung produk makanan bijirin yang berlambak-lambak dijual diluar sana. Air tangan ibu kan lebih berkat (^_^) Saya hanya beli biskut bayi sahaja untuk waktu-waktu terdesak contohnya kalau tetibe terbangun lewat atau memang betul-betul tak sempat masak. Setakat ni, saya dah mencuba beberapa jenis sayuran seperti lobak merah, sawi, bayam, saderi dan brokoli. Kadang-kadang saya sediakan puri buah-buahan seperti pisang, betik dan mangga. Ajmal sangat suka makan puri buah. Bila dah makan makanan pejal, pengambilan air masak juga penting supaya tidak sembelit. Walaupun Ajmal dah makan makanan pejal, susu ummi Ajmal tetap menjadi menu utama. Jadual pemakanan Ajmal adalah seperti yang disarankan oleh Mrs. Gill dari buku tulisan beliau "What and When to Feed Your Baby"

Pagi:
Sarapan makanan pejal seperti bijirin atau biskut bayi yang dicairkan & air masak suam
Susu ibu (berikan susu ibu lebih kurang 2 jam selepas makan makanan pejal)

Tengahari:
Bubur nasi dan sayur-sayuran yang dikisar halus ATAU puri buah-buahan & air masak suam
Susu ibu (berikan susu ibu lebih kurang 2 jam selepas makan makanan pejal)

Petang hingga malam:
Susu ibu sahaja


Untuk bayi berusia 6-7 bulan, makanan yang dicadangkan adalah berasaskan sayur-sayuran. Tak perlu campur protein lagi pada peringkat ni. Dan sudah tentu tidak perlu tambah bahan perasa seperti gula dan garam apatah lagi ajinomoto hehe....Pengambilan makanan pejal yang dicadangkan hanya 2 kali sehari iaitu pagi dan tengahari. Yang selebihnya berikan susu ibu perahan atau direct breastfeed.

So, hari ini saya mahu berkongsi resepi dengan ibu-ibu di luar sana.
Nama resepi ini ialah.....

Happy Potato & Greenish Broccoli Porridge mix with Celery
Amboi...glemer sungguh name resepinya (^_~)





Bahan-bahannya:

Sebiji kentang saiz sederhana
Satu sudu besar brokoli
2 inci seleri



Cara Penyediaan:
1) Kupas kulit kentang dan potong dadu, rebus kentang bersama air secukupnya sehingga kentang empuk
2) Potong seleri kecil-kecil dan masukkan ke dalam rebusan kentang yang telah empuk
3) Akhir sekali masukkan brokoli, gaul-gaul manja dan terus tutup api. Jangan lama-lama ye, nanti hilang pulak zat dalam brokoli tu

Bahan-bahan yang dah siap direbus

4) Blender halus semua bahan-bahan tadi bersama sedikit air masak
5) Tuang dalam mangkuk dan berikan kepada si kecil anda yang tersayang (^_^)

Inilah rupa bubur yang telah siap!

Sedap tau...eh lupa nak pesan, JANGAN tambah garam/gula. Ini baby yang nak makan, bukan orang tua yang nak makan. Hehe...

Selamat mencuba! (^_^)