Tuesday, December 14, 2010

:: Tempat pam susu di pejabat ::

WARNING!
Terdapat penggunaan ‘perkataan direct’ dalam entri ini. Tujuannya hanyalah untuk pendidikan dan cuba menyampaikan ilmu tentang breastfeeding concept secara telus dan jujur. Tidak terlintas sama sekali untuk melucah dsb.   
Kalau anda rasa anda teransang bila baca entri ni, I don’t know what to say….maybe something wrong with your mind!


Dah hampir 6 bulan saya berkecimpung dalam aktiviti mengepam susu dan dah banyak tempat yang menjadi saksi kegiatan murni saya itu. Hari ni nak cerita semua tempat yang saya pernah jelajah kat opis demi mengumpul stok susu untuk Ajmal.

1. Ofis orang lain
Pertama kali mengepam di Bilik Staff Perempuan Tingkat 4. Bilik tu tak berapa besar, semua dalam bilik tu perempuan dan ada satu port kecik untuk tempat solat. So, kat situlah port pertama yang cuba dijadikan tempat mengepam. Advantagenya mengepam kat situ of course la yang pertama takde orang lelaki. Kedua dekat dengan toilet so senang nak mencuci tangan dan peralatan-peralatan pam yang perlu dicuci. Yang tak syoknya saya malas nak mengangkut beg dan barang-barang mengepam sampai 2 atau 3 kali sehari. Ofis saya kat Tingkat 3 jadi perjalanan ke situ agak mengambil masa. Satu lagi yang tak best bila mengepam kat situ tak boleh buat kerja '2 in 1'. Selalunya sambil mengepam saya suka on laptop dan buat kerja atau bloghopping. Sudahnya saya berpindah ke tempat kedua iaitu di cubical saya sendiri....

2. Cubical Sendiri
Di cubical sendiri memang agak mencabar. Ofis saya agak besar, ada lebih kurang 30 orang staff dan bercampur lelaki dan perempuan. Saya pulak duduk dekat dengan pintu masuk jadi kenalah melakukan aktiviti dengan berhati-hati dan senyap, duduk rapat ke meja dan statik macam tu je selama hampir 30 minit supaya tidak disedari oleh orang lain terutamanya staff lelaki. Saya rasa ada juga yang perasan tapi saya buat tak tahu saja. Yang penting saya menjaga 'adab dan sopan' semasa mengepam hehe....Advantagenya mengepam di cubical sendiri saya tak penat nak memunggah gajet pam ke sana sini. Boleh pam sambil buat kerja, tulis blog dan macam-macam lagi. Kantoi tulis blog masa waktu kerja hehe.....Alah, sekali sekala merehatkan minda. Lagipun masa mengepam takleh stress, kan wajib bergembira dengan menulis blog. ngehngehngeh~



3. Membuat port tetap di 'cubical yang tidak berpenghuni'
Kat ofis saya ni ada beberapa cubical yang kosong jadi daripada terbiar kosong baik saya manfaatkannya kan. Pada mulanya saya dapat satu port cubical ni, lokasi memang strategik. Tersorok dan kawan-kawan yang berhampiran cubical tu pun very friendly. Selama hampir sebulan saya meletakkan semua gajet pam menyusu secara tetap di situ. Bila tiba masa mengepam saya akan berlenggang kangkung ke cubical tu dan bila dah siap mengepam saya akan kembali ke cubical saya untuk buat kerja. So saya ada dua cubical la kiranya, hehe tamak betul. Seronok sungguhla masa tu. Ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari chewah! Tetiba satu hari tu segerombolan staff baru masuk kerja, dan ada sorang mamat tu takde cubical nak duduk, jadi terpaksala mengosongkan my 2nd cubical serta merta....

4. Surau
Kadang-kadang kalau rasa nak berubah angin saya cari juga port mengepam yang lain seperti di surau. Sangat selesa sebenarnya mengepam di surau sebab orang tak ramai (saya pam pukul 10 pagi dan 4 petang, masa tu bukan waktu solat fardhu so takde orang). Ada sumber air yang melimpah ruah, aircond yang nyaman, boleh duduk mengepam dengan gaya bebas dan tak takut-takut macam kat cubical. Sambil-sambil tu boleh duduk mengingati Allah, berzikir, menginsafi dosa-dosa silam, huhu insafnya.... (T______T) Again the disadvantage masa mengepam takleh buat kerja lain dan sangat mengantuk sebab suasana yang sunyi, syahdu dan kenyamanan aircond menggamit mata untuk terlelap! Dan satu lagi penat nak mengangkut gajet mengepam pergi surau.

Dan akhirnya setelah banyak kali berpindah randah macam orang nomad saya mengambil keputusan akhir untuk menjadikan cubical sendiri port tetap untuk sesi mengepam. Walaupun agak jauh dari sumber air, tapi penjimatan masa dan keringat lebih diutamakan. Untuk anak saya ketepikan perasaan malu itu. Lagipun saya mengepam dengan cara yang berhemah. Tidak menampakkan aurat dan tak mengganggu orang lain. Pernah juga cadangkan pada pihak pengurusan di tempat kerja untuk sediakan tempat khas untuk ibu mengepam susu. Mereka boleh nak sediakan bilik tapi bilik itu agak sunyi, tersorok dan menakutkan. Kalau jadi apa-apa, terpitam ke terpengsan ke, ternampak hantu ke, rasanya takde sape yang sedar. Mesti stress kalau mengepam kat tempat tu sebab nak lekas-lekas pam dan cabut lari huhu....

So moral of the story, carilah port mengepam yang anda selesa dan memudahkan anda. Usaha murni kita harus diteruskan walau dimana kita berada. Jangan malu-malu kucing, nanti kesian anak kalau bekalan susu di rumah tak mencukupi. Biarlah orang lain nak kata apapun, yang penting anak kita kenyang! (^___~)v


Oh...hari ni 13 Disember. Birthday ajmal yang ke 7 bulan! Lagi 5 bulan je nak setahun. Dah berangan nak buat birthday party Ajmal kat 'luar pintu' a.k.a 'outdoor'. Hehehe.....


Monday, December 6, 2010

Sudah boleh menggigit! (^___^)



Nampak tak gigi Ajmal tu?

Tak nampak?

Nah, diperbesarkan sebanyak 10X hehehihihuhu....



Daku ngeri sungguh....

Bermulalah episod yang daku takuti selama ini.

Ajmal jangan geget ummi tau!!!!

Hmmm....dah penah kena pun, adehhhhh...memang sakit! 

Ni baru dua batang, dah banyak nanti macam mane ye.....

(T______T)


Friday, December 3, 2010

:: Cara-cara buat MOBYWRAP ::

Ada seorang reader, Mama Atie bertanya bagaimana saya buat mobywrap. Harap-harap entry ni boleh membantu beliau dan ibu-ibu lain yang teringin DIY mobywrap (^_____^)

Bahan-bahannya mudah sahaja. Hanya kain jersey sepanjang 5.5 meter (bidang 45" atau 60")  dan gunting kain yang tajam. 

Kain jersey tu terpulang nak yang plain colour atau bercorak. Saya hanya survey dua buah kedai kain, harga kain jersey yang baik kualitinya antara RM15 ke RM22. Yang plain colour lagi murah dari yang bercorak. Kenapa guna kain jersey? Sebab kita nak kain yang stretchable dan satu lagi kelebihannya tak perlu jahit tepi bila kain dah dipotong.


Okay, mari kita lihat pula bagaimana cara membuatnya...

1. Bentang kain jersey untuk memudahkan proses pemotongan.

 

2. Ukur lebar kain sepanjang 20-23 inci dan buat garisan (seperti garisan - - - - dalam gambar di bawah) supaya nanti takla herot-herot masa nak menggunting.

3. Gunting di sepanjang garisan yang telah dibuat. 
3. Dah siap gunting, anda akan dapat sehelai kain yang berukuran seperti gambar di bawah.



4. Moby wrap anda sudah siap dan sedia untuk digunakan bersama si kecil tersayang. Mudahkan nak membuat mobywrap sendiri. Tak perlu jahitan langsung! Untuk cara memakai sila cari di youtube ye. Taip sahaja keyword 'mobywrap' nanti ada banyak video yang akan tunjukkan cara-cara pakai mobywrap. Sebenarnya, saya belum belajar lagi cara letak video dalam blog, hihi...ketinggalan sungguh!

5. Aik, apasal ada step no.5 pulak? Tadi kata dah siap. Haaa....yang ni langkah tambahan untuk sesiapa yang ada mesin jahit atau jarum dan benang. Semasa proses memakai mobywrap, kita kena kenalpasti mana bahagian tengah kain. Daripada kita terbelek sana terbelek sini, lebih baik sekiranya kita tanda siap-siap di mana bahagian tengah kain. Macam saya, saya tampal sehelai kain bercorak ukuran 20" X 20" untuk tanda bahagian tengah kain. Dan ia juga jadi corak yang cantik bila dipakai macam gambar di bawah ni (^____^) 



Ada juga orang yang jahit secebis kain kecil sebagai 'tag'. So, terpulang kepada anda sama ada nak buat atau tak penanda bahagian tengah kain ni. 

Tips:
Jika anda beli kain bidang 45", anda boleh dapat dua keping mobywrap. Jika bidang kain 60" pula anda boleh dapat 3 keping mobywrap. Kalau anda rasa sekeping sudah cukup bagi anda, anda boleh pakat-pakat dengan kawan-kawan yang berminat untuk memiliki mobywrap untuk berkongsi membeli. Jadi ia akan mengurangkan lagi kos membuat mobywrap ini. Saya pun buat macam tu jugak. Saya berkongsi beli kain dengan kawan saya Puan Fify. Lihat gambar kat bawah ni, Puan Fify dan baby Farish look so cute in their DIY mobywrap, yeayyyy!!!! hihi...(^____^)


Semasa nak beli kain ni, Encik suami ada bertanya, kenapa beli sampai 5.5 meter, lepas tu kena potong and at the end dapat dua keping. Padahal nak satu keping je. Kenapa tak beli 2.5 meter, potong lepas tu sambung di tengahnya? Haaa...kaedah beli kain 2.5 meter pastu potong dan sambung tak digalakkan ye puan-puan...Saya ulang sekali lagi, bukan tak boleh, tapi tidak digalakkan. Sebabnya kita tak mahu ada jahitan langsung pada mobywrap. Kalau kita sambung dua keping kain dikhuatiri jahitan akan tertetas. Nanti nak kena jahit balik, kan leceh....hehe...
Okay, sekian saja entry saya kali ini. Semoga ia bermanfaat untuk kaum-kaum ibu di luar sana (^______^)

Thursday, December 2, 2010

:: Sayang tapi pedih ::

Seorang sahabat saya ada berkata,

"Korang perasan tak? Sebenarnya orang yang paling banyak terasa atau memendam rasa dengan kita adalah orang yang paling hampir dengan kita. Bezanya cuma dia boleh memaafkan kita atau terus pendam dan akhirnya menyebabkan hubungan terus renggang atau putus. Saya pernah rasa dan rasanya sangat pedih!"

Ya, saya setuju sangat-sangat dengan kata-kata beliau. Saya juga pernah rasa kepedihan itu setiap kali teringat 'dia'. Semua kekhilafan itu mungkin sudah dimaafkan tapi kami masih jauh dan makin jauh. . . . . . .







Saya cuma terfikir satu soalan.





Agak-agak 'dia' sayang Ajmal tak?
Sebab Ajmal teringin sangat nak disayangi oleh 'dia'....
He misses her hugs and kisses a lot....

Semua orang sayang Ajmal, tengok Ustaz Hizbur Imam Muda pun sayang Ajmal tau!
(^______^)


Saturday, November 20, 2010

DIY Moby Wrap

Di entry yang lepas saya ada bercerita tentang dilema memilih baby carrier yang baru untuk Ajmal. Setelah fikir semasak-masaknya, saya memilih untuk membeli moby wrap yang berharga hampir RM150 sehelai. Memujuk suami untuk membelinya tidak membuahkan hasil, maka terpaksalah memerah otak mencari jalan lain macam mana nak mendapatkan moby wrap. Akhirnya terjumpa beberapa ibu yang DIY moby wrap. Mereka membuat moby wrap sendiri menggunakan kain dari jenis strechable fabric contohnya kain jersey. Panjang kain 5.5 meter dan lebarnya 20-24 inci.

Tanpa membuang masa saya pun mengajak Encik suami ke kedai kain. Setelah menjelajah dua buah kedai, dapatlah juga kain yang diidam-idamkan...harga memang berpatutan dan jauh lebih murah dari harga moby wrap di pasaran. Dan inilah hasilnya (^_____^)

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.Moby Wrap DIY dipakai siap-siap sebelum keluar rumah. Mudah sikit nanti dah sampai destinasi terus masukkan baby Ajmal ke dalamnya. Memang cantik, dah jadi macam fesyen baju pulak. Heheheee....


Lihat lihat! Ajmal sangat selesa di dalamnya! (^___~) Ini gaya baby menghadap ke depan...

Dan ini pula gaya baby menghadap/memeluk ibu....

Terima kasih kepada biras saya, Kak Sakinah yang telah berjasa menolong saya menjahit kain tampal bercorak belang hitam putih tu...saya mana ada mesin jahit jadi terpaksa pergi ke rumah saudara mara meminta ehsan pinjam mesin jahit hehehe....

Kesimpulannya, memang selesa sangat membawa anak kesayangan saya dalam moby wrap DIY ni. Tak rasa lenguh di bahu dan semua orang tengok. Rasa glemer pulak. huahuahua!!! Agaknya saya orang pertama di Kulim yang pakai moby wrap kot.
(^___^)

:: Happy Potato & Greenish Broccoli Porridge mix with Celery ::

Saya sedikit terkilan kerana Ajmal's 1st solid food tak sempat nak ambil gambar. Masuk hari ni dah hampir 3 minggu Ajmal diberikan makanan pejal. Syukur alhamdulillah, Ajmal tak menghadapi masalah untuk makan baik dari segi penerimaan rasa ataupun sistem penghadaman beliau. Bermula dari hari pertama Ajmal makan, saya bangun pagi untuk masak bubur nasi yang dicampur dengan sedikit sayur-sayuran. Kalau boleh, saya tak mahu beli langsung produk makanan bijirin yang berlambak-lambak dijual diluar sana. Air tangan ibu kan lebih berkat (^_^) Saya hanya beli biskut bayi sahaja untuk waktu-waktu terdesak contohnya kalau tetibe terbangun lewat atau memang betul-betul tak sempat masak. Setakat ni, saya dah mencuba beberapa jenis sayuran seperti lobak merah, sawi, bayam, saderi dan brokoli. Kadang-kadang saya sediakan puri buah-buahan seperti pisang, betik dan mangga. Ajmal sangat suka makan puri buah. Bila dah makan makanan pejal, pengambilan air masak juga penting supaya tidak sembelit. Walaupun Ajmal dah makan makanan pejal, susu ummi Ajmal tetap menjadi menu utama. Jadual pemakanan Ajmal adalah seperti yang disarankan oleh Mrs. Gill dari buku tulisan beliau "What and When to Feed Your Baby"

Pagi:
Sarapan makanan pejal seperti bijirin atau biskut bayi yang dicairkan & air masak suam
Susu ibu (berikan susu ibu lebih kurang 2 jam selepas makan makanan pejal)

Tengahari:
Bubur nasi dan sayur-sayuran yang dikisar halus ATAU puri buah-buahan & air masak suam
Susu ibu (berikan susu ibu lebih kurang 2 jam selepas makan makanan pejal)

Petang hingga malam:
Susu ibu sahaja


Untuk bayi berusia 6-7 bulan, makanan yang dicadangkan adalah berasaskan sayur-sayuran. Tak perlu campur protein lagi pada peringkat ni. Dan sudah tentu tidak perlu tambah bahan perasa seperti gula dan garam apatah lagi ajinomoto hehe....Pengambilan makanan pejal yang dicadangkan hanya 2 kali sehari iaitu pagi dan tengahari. Yang selebihnya berikan susu ibu perahan atau direct breastfeed.

So, hari ini saya mahu berkongsi resepi dengan ibu-ibu di luar sana.
Nama resepi ini ialah.....

Happy Potato & Greenish Broccoli Porridge mix with Celery
Amboi...glemer sungguh name resepinya (^_~)





Bahan-bahannya:

Sebiji kentang saiz sederhana
Satu sudu besar brokoli
2 inci seleri



Cara Penyediaan:
1) Kupas kulit kentang dan potong dadu, rebus kentang bersama air secukupnya sehingga kentang empuk
2) Potong seleri kecil-kecil dan masukkan ke dalam rebusan kentang yang telah empuk
3) Akhir sekali masukkan brokoli, gaul-gaul manja dan terus tutup api. Jangan lama-lama ye, nanti hilang pulak zat dalam brokoli tu

Bahan-bahan yang dah siap direbus

4) Blender halus semua bahan-bahan tadi bersama sedikit air masak
5) Tuang dalam mangkuk dan berikan kepada si kecil anda yang tersayang (^_^)

Inilah rupa bubur yang telah siap!

Sedap tau...eh lupa nak pesan, JANGAN tambah garam/gula. Ini baby yang nak makan, bukan orang tua yang nak makan. Hehe...

Selamat mencuba! (^_^)



Wednesday, November 10, 2010

:: My Little Guy @ 6 Month ::

WARNING!
Terdapat penggunaan ‘perkataan direct’ dalam entri ini. Tujuannya hanyalah untuk pendidikan dan cuba menyampaikan ilmu tentang breastfeeding concept secara telus dan jujur. Tidak terlintas sama sekali untuk melucah dsb.   
Kalau anda rasa anda teransang bila baca entri ni, I don’t know what to say….maybe something wrong with your mind!


'Penyejuk mata' saya sudah genap 6 bulan umurnya hari ini. Maka sudah lengkaplah misi penyusuan susu ibu secara eksklusif yang secara rasminya telah dilancarkan pada 13 Mei 2010 jam 4.30 petang di labour room Hospital Batu Pahat. Syukur alhamdulillah....(^_^) Masih ingat lagi pertama kali Ajmal menjamah susu pertamanya yang kaya dengan kolestrum. Masa tu saya masih terlantar di atas katil tempat Ajmal dilahirkan. Mulut kecik Ajmal tu dengan selesanya menghisap susu dan gayanya seperti seorang yang pro. Tak perlu diajar pun! Memang naluri semulajadi bayi dan Allah sudah menciptakannya sebegitu. Kepada bakal ibu-ibu sekalian, bila nak bersalin nanti, sebelum masuk labour room ingatkan jururawat/doktor yang anda tidak mahu bayi yang bakal lahir diberikan susu formula dan anda mahu bayi menyusu terus dari anda selewat-lewatnya sejam selepas dilahirkan. Selain itu, minta supaya bayi diletakkan di sisi anda setiap masa (rooming in) melainkan jika ada kes-kes yang tidak mengizinkan. Adalah menjadi satu kerugian yang sangat besar jika yang pertama masuk dimulut bayi anda adalah puting susu cetak rompak. Original kan lagi bagus! (^_^)

Di sini saya ingin berkongsi pengalaman pahit dan manis saya selama 6 bulan menyusukan Muhammad Ajmal Wafiy secara eksklusif.

YANG PAHIT & KELAT

Sebenarnya tiada yang pahit. Tapi yang agak-agak kelat tu adalah. Hehe...Berikut ialah antara peristiwa-peristiwa kelat yang saya pernah lalui:

'Negative thinking' yang cuba menyelinap masuk berpunca dari pengaruh orang-orang luar terutamanya orang-orang lama.
Saya bukan nak memperkecil-kecilkan pendapat orang lama tapi mereka juga tidak harus memperkecil-kecilkan azam saya untuk fully bf Ajmal. Ayat-ayat cinta seperti:
"Boleh ke?"
"Cukup ke susu tu?"
"Ha...nanti kalau pergi kursus macam mana dengan anak kat rumah, ajarlah Ajmal minum susu formula nanti tak menyusahkan pengasuh"
"Boleh minum ke susu yang simpan lama-lama dalam peti sejuk tu?"
Masa saya berpantang pun ada yang pandang semacam bila saya minum air masak dengan banyak, makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang dikatakan 'sejuk' oleh mereka-mereka tu dan makan nasi bertambah. Pantang orang lama masa pantang makan nasi sepinggan je, takleh tambah...aduh menderita weh kalau nak ikut sangat pantang tu. Tahu tak kalau kita bf baby kita sentiasa lapar dan dahaga? Dan untuk memastikan produktiviti susu sentiasa banyak kenalah makan dan minum air masak banyak-banyak...Diorang kata tengoklah nanti akibatnya bila dah tua. Bukan saya tidak menjaga diri tapi saya hanya melakukan apa yang saya rasa baik untuk saya dan yang paling penting baik untuk Ajmal. Inilah namanya pengorbanan ibu. Untuk anak apa sahaja sanggup saya harungi. Ingat pengorbanan ummi ni Ajmal..nanti besar jangan melawan cakap ummi tau!
Saya pernah jadi sangat tertekan bila ada satu ketika tu apa saja yang saya nak makan ditegah oleh orang-orang yang kuat pantangnya tu (bukan mak saya ye, orang lain. Mak saya masak makanan pantang saya sangat best! Mak saya sporting dan jatuh dalam kategori orang yang berfikiran terbuka. Tengkiu mak hehehe....). Takkan mihun goreng pun tak boleh makan. Dia suruh saya makan nasi putih dengan ikan bakar je! Sayur pun takde!! Adoyai....(T____T) Rasa nak mengamuk je!!! nasib baik masih boleh bersabar. Syukur alhamdulillah...(^_^)
Pada saya, jika saya menghadapi situasi begini (selain daripada buat tak tahu), kita perlu menerangkan serba sedikit setakat kebaikan susu ibu secara eksklusif. Walaupun mereka masih tak faham tapi anggap sajalah mereka faham.

Ramai sungguh la orang yang suruh saya bagi air masak kat Ajmal
Susu ibu mengandungi 88% air dan segala zat yang penting untuk tumbesaran bayi. Ini adalah fakta. Jadi tidak perlu risau. InsyaAllah Ajmal tidak akan berasa dahaga dan dia tidak perlu diberi air masak sehingga usianya 6 bulan kerana dia sudah mendapat air yang secukupnya dari susu saya. Saya tak kata salah beri air masak kepada bayi 0-6 bulan, saya masa baby dulu pun diberi air masak elok je membesar sampai sekarang. Cuma kajian menyarankan supaya bayi disusui dengan susu ibu 'sepenuhnya' supaya dapat membina sistem pertahanan terhadap penyakit dengan lebih baik. Jadi apa salahnya kita berubah ke arah yang lebih baik untuk masa depan anak-anak kita kan....

Penyusutan ebm
Masa tu Ajmal umur 4 bulan dan lepas raya Aidilfitri. Ekoran terlalu bersukahati minum kopi, teh, minuman bergas dan minuman berais, maka diri sendiri terpaksa menanggung akibat. Tiba-tiba produktiviti susu merudum. Normally dalam sehari boleh dapat 16-18 oz. Bila kemelesetan susu melanda hanya dapat 12 oz je. Stok susu Ajmal yang dalam peti ais pun menyusut daripada penuh satu peti bahagian atas tinggal separuh. Sedih sangat masa tu tapi petua breastfeeding yang berjaya kita tak boleh sedih-sedih sangat. So saya terus melancarkan misi mem'booster' susu. Makan dan minum segala macam benda (of course yang halal sahaja ye) supaya produktiviti kembali banyak. Antaranya oat, kurma, longan, barli, dan makan nasi dengan banyak. Sesi pumping di ofis pun ditambah dari dua sesi kepada tiga sesi sehari. Dalam masa sebulan dah back to normal malahan bertambah lagi. Syukur alhamdulillah...(^_^)



YANG MANIS IBARAT GULA-GULA

Sokongan dari yang mencinta dan dicintai
Seseorang ibu mungkin sukar untuk menjayakan misi penyusuan susu ibu secara eksklusif kalau dirinya tidak mendapat sokongan dari suami. Suami saya adalah orang yang paling banyak meniupkan kata-kata semangat. Fuh Fuh...kuss semangat...ha lebih kurang macam tulah cara meniup semangat.hehehe....hep, serius sikit boleh tak! Okay okay...kembali ke cerita asal. Encik suami juga inspirasi saya untuk terus tabah mengusung pumping gadjet ke sana sini supaya bebanan beliau untuk menyara keluarga dapat dikurangkan. Memberi susu ibu kepada anak adalah saaaaaaaaaaaaaaaangat berbaloi-baloi dan menjimatkan. Tiada sesen pun keluar dari poket anda. Nak menjengah keluar pun gerenti duit tu tak berani punye...hehehe...Bila membeli belah anda tidak perlu ke ruangan susu-susu formula malahan tidak perlu menjeling pun ke arah tin-tin susu itu. Wah...sampai begitu sekali ye. Iyyeee...memang betul. Anda akan rasa hati anda berbunga-bunga dan hati pula berkata-kata "Anakku sihat , cergas dan cerdas dengan susuku sendiri" *kelip-kelip mata* (^_~)

Terima kasih juga kepada mak saya yang menjaga saya sepanjang berpantang dan papa saya yang setia membeli barang-barang keperluan semasa berpantang. Cakap je nak makan apa, insyaAllah papa saya belikan. Hehe... Masa berpantang suami saya dah balik Kedah, saya di Johor. Jadi ibubapalah tempat bergantung, bergayut dan sebagainya.

Berkongsi pengalaman dengan kawan-kawan seperjuangan
Kalau berjuang sorang-sorang memang tak syok. So bila jumpa kawan-kawan yang senasib dan sehalatuju sangat-sangatlah bersemangat. Boleh dapat ilmu baru, kongsi bahan bacaan, dan mengadu masalah...Saya belajar guna hand sanitizer sebelum handle pumping gajet daripada Kak Illy (sebelum tu saya cuci tangan macam biasa je), saya kagum dengan production susu Haja yang melimpah ruah dan belajar tips-tips banyakkan susu dari beliau, saya kongsi pengalaman breastfeed dengan Fify, saya dapat usefull tips tentang power pumping daripada schoolmate sekolah rendah nama dia Yafidah, saya dapat khidmat nasihat percuma dan sangat berguna bagaimana 'menyelamatkan' susu perahan semasa berkursus dalam tempoh yang lama dari sahabat baik saya di universiti iaitu Nadia, saya tabik spring kat isteri kawan saya ni nama dia Sarah sebab dia bukan sahaja fully breastfeed anak dia malahan juga jadi ibu susu kepada anak supervisor dia! kagum kan? Ini baru sedikit ibu-ibu hebat yang saya jumpa. Saya yakin ramai lagi ibu-ibu hebat diluar sana contohnya blogger-blogger yang saya baca blog mereka dan kutip ilmu dari penulisan mereka. Oh ada dua orang lagi: Amalina dan seorang hamba Allah (tak ingat nama sebab kejap sangat dia di A*REC, dia datang training je). Mereka ini ex-ofismate. Saya pernah nampak mereka pumping, masa tu saya sedang pregnant. Yang hamba Allah tu lagi best, dia perah susu guna tangan je, tak payah pumping gadjet segala. Moral of the story, kalau nak seribu daya, kalau taknak macam-macam helahnya.

Serba sedikit tentang Ajmal di usia 6 bulan


Berat badan: 6.75 kg
Tinggi: 68cm
Kebolehan: Meniarap, berpusing-pusing, bergolek-golek, boleh memegang barang dengan baik, menoleh bila dipanggil namanya, membuat bunyi-bunyian yang kelakar hehe...
Rancangan TV kegemaran: Pocoyo, Upin & Ipin
Hobi: Mendengar ummi menyanyi, main geletek-geletek dengan abi
Lagu feveret: Lagu ummi bertajuk "Mari belajar anggota badan" (Pencipta lagu & lirik: UmmiAjmal)
Minuman kesukaan: Susu Ummi
Makanan Kegemaran: Bubur nasi yg ummi masak, puri pisang yummy yummy!

Di usia 6 bulan ni, tiba-tiba muka Ajmal sebijik muka abi. Hmmm...nape tak ikut muka ummi...huhu...


Takpelah, tak ikut muka ummi pun takpe, yang penting Ajmal membesar dengan sihat, hensem, cergas, cerdas dan beriman...InsyaAllah, amin! (^_^) Saaaayang anak ummi mmmmuuuah!!!