Tuesday, October 26, 2010

:: Mengapa Ajmal tidak perlu stroller? ::

Bila sekali sekala jalan-jalan makan angin atau membeli-belah tingkap, kami iaitu saya selaku ummi ajmal, abi ajmal dan baby ajmal selalu terserempak dengan keluarga-keluarga yang macam kami juga. Cuma cara kami berbeza. Kebanyakannya 'bawak' anak dalam stroller. Kami tidak. Kami bawak anak dalam pelukan (^_^)

Saya selalu tanye kepada abi Ajmal setiap kali terpandang baby orang lain dalam stroller. "Ajmal perlu ke stroller?" lepas tu saya akan jawab sendiri sebelum si abi Ajmal sempat jawab. "Eh, tak payahla kan. Ingat best ke stroller tu. Dahla besar gedabak. Nak bawak pun payah, dia je dah penuh bonet kereta. Yang paling penting, kalau letak Ajmal dalam stroller Ajmal tak rasa disayangi. Kan Ajmal suka peluk-peluk dengan ummi dan abi...." Sendiri tanye sendiri jawab. Dah biasa macam tu =_=

Anda tahu apa bezanya membawa anak dalam pelukan ketika jalan-jalan berbanding dalam stroller? Banyaaaaaaaakkkkk bezanya. Pertama: Si emak/ si ayah akan letih. Hehe...ye memang letih tapi letih kami berbaloi-baloi. Kebetulan semalam membaca satu tulisan dari sini, memang betul sangat pendapat beliau itu. Saya sangat bersetuju. Dari sudut pandangan saya pulak, saya lebih menitikberatkan faktor keselamatan. Bila berada di tempat awam, saya rasa kalau Ajmal tak ade dalam pelukan saya maknenye tu kurang selamat. Cuba bayangkan..cube ye...jangan tak cube. Tengah kita duk asyik belek-belek barang, anak kita tido/duduk bermain dalam stroller. Kita tak perasan ade orang yang sangat jahat menculik baby tanpa disedari. Walaupun jarak anda dengan stroller hanya tak sampai satu meter tapi ia tak mustahil kan kalau orang jahat tu profesional. Dan anda pula tengah sibuk belek-belek baju nak pilih warna lagi, saiz lagi...stroller pulak ade bumbung, anda tak perasan anda anda dah takde dalam tu sebenarnya. Nauzubillahimin dzalik. Jadi awas ye. Berlainan pula kalau baby anda sentiasa dikendong/dipeluk/didukung bersama anda. Sapa yang berani ambik ye tak?

Oleh kerana Ajmal ni makin lama makin berat, saya kena juga cari alternatif macam mana nak membuatkan diri selesa bila beriadah/jalan-jalan bersama si kecik tu. Masa preggy, kakak saya yang baik hati dah menghadiahkan baby carrier exclusively from Bandung. Kitorang panggil 'beg Ajmal'. Kalau nak keluar gi mana-mana,mesti tanye. Beg Ajmal dah bawak? hehe...tapi sekarang 'beg Ajmal' tu dah agak tak releven untuk dipakai sebab talinya tak berapa meyakinkan untuk membawa beban Ajmal yang seberat ~7kilo. Jadi mari bertukar kepada yang lebih baik!!! Yeay..time to shop! Haha..of course this is the best part. Survey-survey di online shop maka inilah calon-calonnya:

1. Reversable Ring Sling

Pada saya ring sling ni macam style bibik-bibik indon mengendong baby yang dimodenkan. Bezanya, bibik-bibik tu selit kain kat bahu je, tapi sekarang dah ada 'ring'. Masa anak buah saya kecik-kecik dulu, dia pun dah dikendong dalam 'bibik sling'. Sekarang anak buah saya dah nak masuk Darjah 1. See...dah lama kan? hehe...Ade macam-macam corak dan warna. Memang menarik. Harga pun affordable. Suka tengok ring sling yang dijual di sini. Siap ada video demo macam mana nak pakai lagi. Kelemahannya ialah, baby disupport di sebelah bahu sahaja. Cepat lenguh kot, jadi tak boleh shopping lama-lama (bukan ke takleh shopping lama-lama tu satu kebaikan? hehehe...). Di website yang sama juga ada jual Mei Tai tapi tak minat la sebab macam susah nak pakai dan lebih kurang macam baby carrier yang kakak saya hadiahkan tu. So, Mei Tai tak masuk senarai calon.

2. Moby Wrap

Moby wrap antara design 'baby carrier' yang terbaru. Memang nampak selesa dipakai sebab kainnya meliputi kedua-dua belah tangan dari bahu hingga hampir ke siku. So, memungkinkan saya untuk shopping/jalan-jalan lebih lama hehe...Kainnya strechable. Cara pakai pun mudah main ikat-ikat je. Boleh guna untuk nursing juga. Memang bagus! (^_^)

So, siapakah calon yang akan dapat undian lebih? Ops, sebelum tu kena bentangkan kertas cadangan kat 'dewan parlimen abi Ajmal' dulu...Ketua keluarga harus diutamakan. Kalau abi Ajmal kata 'ya', maka bolehlah proceed. Kalau jawapannya 'tidak', ummi akan usahakan bagi proceed jugak. Haha...macam mana tu? (^_~)v Demi kebaikan Ajmal jugak kan...takkan la abi Ajmal nak menolak ye tak? huhuhu....

Jadi keputusannya akan diumumkan kemudian. See ya!!!





Friday, October 22, 2010



Tinggal 19 hari sahaja lagi untuk mula menyuap makanan pejal (solid food) ke mulut anak kesayangan saya Muhammad Ajmal Wafiy (^_^) Ish, rasa tak sabar pulak. Agak-agak apa makanan pertama yang ummi nak masak untuk Ajmal ye? ~berangan kejap~~

Buku ni dicadangkan oleh seorang kawan sekolah saya, Pn Yafidah. Sekali sekala chatting dengan beliau menerusi fesbuk memang best. Beliau suka berkongsi ilmu dengan saya tambahan pulak beliau juga merupakan ibu mithali yang fully bf anaknya. Jadi banyakla tips-tips dan cadangan-cadangan yang dikongsikan bersama dan antaranya ini.




Buku panduan ni menurut beliau sangat berguna especially untuk ibu-ibu di Malaysia kerana resepinya memenuhi citarasa kita. Kadang-kadang ada ibu bapa yang menghadapi kesulitan untuk memulakan pemberian makanan pejal kepada anak-anak seperti anak tak mahu makan makanan yang disediakan. Contohnya masalah x-schoolmate saya. Katanya anaknya dah masuk 6 bulan tapi tak mahu makan bubur nasi atau nestum baby yang disediakan. Bila bagi air masak anaknya akan minum banyak seolah-olah nak cepat-cepat hilangkan rasa makanan tu. Dahla si ibu pening nak bagi makan apa lagi sebab semua makanan yang diberi setakat ni di'reject'oleh si anak. Mungkin selera anak dia tinggi kot, tak mainla bubur ngan nestum ni hehehe...Pulak tu, menyusu makin kuat, yelah budak dah besar, 6 bulan dah memang patut diberi makan dan cepat lapar. Production susu emaknya pula tak berapa memberangsangkan dan sudah mula terfikir nak beri susu formula. Saya doakan kawan saya tu dapat mencari jalan penyelesaian dan dapat meneruskan penyusuan susu ibu untuk anaknya. Kalau boleh,janganla beli susu formula tu...sedih tau. dah 6 bulan susah payah fully bf tapi tetiba kena minum gak susu formula...


Jadi sebagai langkah persediaan awal, saya beli buku ni secara online di sini. Cari di kedai buku kat Kulim ni tak jumpa. Search kat internet katanya ada dijual di MPH bookstore tapi MPH yang berhampiran dengan Kulim ni pun tak tau kat mana hehe...So, nak senang kita beli jela online. Walaupun kena caj RM10 untuk penghantaran tapi ia lebih berbaloi-baloi daripada bayar tol dan duit minyak serta penat lelah nak meredah shopping complex nak mencari MPH bookstore. Tu belum kira kalau 'ter'beli barang lain yang takde dalam list. kan membazir hehehe....


Oh, tak sabarnya nak tunggu buku tu sampai. Nanti lepas saya baca buku tu saya akan share ringkasan buku tu kat sini ye. InsyaAllah...




~Teringat dulu beli majalah Pa&Ma masa pregnant ada gak resepi untuk makanan baby. Kat mana ek majalah tu. Balik ni kena bongkar balik stor huhu...~



Friday, October 8, 2010

:: Sehari di Conference bersama Ajmal ::

Mari kita cari 'orang tersembunyi' dalam gambar di bawah:



Jumpa tak???
Oklah, mari bagi jawapan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





Kesiannya anak ummi ni...ni gara-gara ummi bawak Ajmal gi conference la ni. Nak buat macam mana, takde sape nak jaga Ajmal kat Kulim tu....lagipun, nanti sape nak bancuh susu kat Ajmal. Ummi sorang je yang boleh 'bancuh' susu untuk Ajmal tau.




Hihi...dah bangun dah ye! Selamat pagi!!!





Ajmal kat mana ni ummi????





Ajmal ada kat Bangi la...ni kat lobby hotel. Ummi ade conference ni.
Oh yeke ummi...kat lobby pun lobby lah. Janji Ajmal dapat susu Ajmal. hehe...






Amboi amboi abi hang....macam orang bujang ja duk sorang-sorang kat sinun.






Bestla sofa hotel ni ummi...boleh main superman atas ni.....Mesti superman pun belajar terbang atas sofa dulu masa dia kecik-kecik.







Hmmm...dah besar nanti nak jadi apa yek? Nak jadi researcher macam ummi ke nak jadi wireman macam abi? Kalau jadi researcher boleh gi hotel macam ni selalu, dapat makan sedap-sedap. Kalau jadi wireman boleh panjat-panjat. Ajmal suka panjat-panjat ni. Dapat projek besar duit pun lebat....Ke nak jadi dua-dua? Arghhh...konfius konfius!







Ummi...Ajmal dah boring!!!!!! Bawakla gi tempat lain pulak!!!!








Okey! Mari kita tengok ikan! Waaahhhh....manyaknye ikan!!!!








Nak tangkap ikan! Nak tangkap ikan!








Sudah sudah! Ummi nak gi present paper ni. Sesi ummi dah sampai ni. Ajmal tengokikan ngan abi ye...ummi pergi 'berjuang' sekejap. tak lama, satu jam aje. hehe....Kalau Ajmal tak nakal nanti ummi beli hadiah! (^_^)






Okey ummi...Good Luck ye! Jangan gelabah tau masa present paper tu!!!!







Yeay!!!! Nilah hadiah ummi untuk Ajmal sebab berkelakuan baik! Huhu....




:: First time Ajmal sakit ::

Penyakit pertama Muhammad Ajmal Wafiy: DEMAM + SELSEMA + BATUK

Kesian anak ummi...tapi takpe, tu ujian dari Allah dan tanda Allah saaaaayang kat Ajmal (^_^)



Muke monyok Ajmal..alololo sedih ummi tengok Ajmal buat muka camni...


Abi pun sedih tau...

Alhamdulillah Ajmal takde masalah makan ubat macam sesetengah budak kecik tu.

Sebab tu Ajmal cepat baik kan!

Sehari je demam...pastu esoknya dah sihat. Alhamdulillah (^_^)

Ajmal sedar tak Ajmal dah masuk 5 bulan?

Haa...budak 5 bulan kena cucuk tau.

Hari Ahad ni kita gi cucuk ye sayang.

Jangan demam lagi tau lepas kena cucuk tu, Ajmal kena kuat! insyaAllah...

(Nasib baik demam Ajmal dah kebah, kalau tak memang takleh cucuk Ahad ni...ke anak ummi ni sajeje buat-buat demam nak buat alasan takyah kena cucuk? hehehe...)







Friday, September 3, 2010

:: My 1st try: Blueberry Cheese Tart ::

Saya suka memasak! Especially sejak dua menjak ni...bulan ni je dah agak berabis duit membeli bahan2 masakan. Tak sedar diri tol. Kan nak raya ni, mane nak cekau duit balik kampung! Ngeh ngeh ngeh...

Ni cobaan kali pertama membuat blueberry cheese tart. Bahan-bahannya agak mahal terutamanya bila tang cheese nye tu. satu adunan nak pakai 250 gram creame cheese. Seketul creame cheese berat 250 gram harganya RM10-RM11...Satu adunan boleh menghasilkan 25-28 biji tart bersaiz sederhana. First time buat nak kena beli acuan pulak lagi. Uiii...rabak poket den! hihihi....

Nasib baik sedap! So tak la ralat sangat mengeluarkan kos yang agak banyak. Adakah boleh dibikin sebagai pendapatan tambahan??? Nantila bila2 buat lebih sikit, pastu kena test market bagi member-member rase....kalau feedback ok boleh masyuk gak ni.. (^_~)v

Friday, August 6, 2010

:: Bagaimana saya mengendalikan SIP (EBM) ::

WARNING!
Terdapat penggunaan ‘perkataan direct’ dalam entri ini. Tujuannya hanyalah untuk pendidikan dan cuba menyampaikan ilmu tentang breastfeeding concept secara telus dan jujur. Tidak terlintas sama sekali untuk melucah dsb.   
Kalau anda rasa anda teransang bila baca entri ni, I don’t know what to say….maybe something wrong with your mind!


Saya belajar cara mengendalikan susu ibu perahan SIP (EBM) dari sini. Banyak juga baca sumber-sumber yang lain tapi cara yang diajar oleh beliau lebih mudah difahami dan dipraktikkan.

Kita start dengan sesi memerah susu di ofis. Antara peralatan yang penting selain pam susu, botol dan cooler bag, saya juga perlukan gambar baby Ajmal dan umminya yang cantiks! haha...Ini penting ye kerana dengan melihat wajah anak semasa sesi memerah insyaAllah boleh meningkatkan hasil dalam negeri. Sementara dengan melihat wajah sendiri dan perasan cantik, ianya boleh meningkatkan keyakinan diri..yewww, geli mat! haha!

Dan satu lagi yang penting ialah 'La Tahzan' = Jangan bersedih! Kawalan emosi memang salah satu elemen yang sangat penting dan tak boleh diabaikan. Wajiblah bergembira, muka sentiasa senyum sambil nyanyi lagu2 yang happy dalam hati (kat ofis mane bleh menyanyi kuat2 kan..) sebab nanti susu pun boleh keluar dengan banyak dan baby Ajmal pun turut happy juga sebab dapat minum dengan kenyang! (^_^)

Maka, inilah hasil perahan (daripada dua sesi : pagi & petang)...Untuk hari yang saya ambil gambar ni saya dapat total 15 oz. Selalunya saya dapat 12 oz..hari dapat extra 3 oz mungkin kerana terlebih happy hehe...syukur alhamdulillah..Sebenarnya, selalu nak cuba perah sebanyak 3 sesi, tapi selalu juga tak dapat buat kerana kekangan masa...So, susu yang dah diperah simpan dalam cooler bag pastu pergi ambil Ajmal di rumah pengasuh dan balik ke rumah dengan riang! Lalalala... (^_^)

Sampai kat rumah, perkara pertama buat ialah simpan susu dan chiller dalam peti sejuk (bahagian bawah).

Around 9.00 pm setelah Ajmal lena diulit umminya, ummi pun bangun dengan berhati2 takut Ajmal terjaga semula dan terus ke dapur untuk proses balik SIP hasil kat ofis siang tadi...

Tengok gambar di atas ini, saya bahagikan SIP kepada 3 0z/satu bahagian. Jadi untuk SIP siang tadi yang sebanyak 15 oz, saya dapat 5 bahagian. 2 bahagian biarkan dalam botol (untuk baby Ajmal minum keesokan harinya) dan 3 bahagian untuk stok (simpan tempat beku).

Kenapa 3 oz setiap bahagian? Sebab baby Ajmal sekarang minum 3 oz pada setiap sesi penyusuan beliau..dan satu lagi bekas dadih tu muat utk 3 oz je hehehe...kalau baby Ajmal dah minum banyak lepas ni mungkin kena tukar bekas penyimpanan stok SIP tu...

Seterusnya buat label untuk dilekatkan kepada stok SIP. Butiran yang perlu ada ialah nama, tarikh dan masa penyimpanan, serta isipadu (oz/ml)

Dan lekatkan cantik-cantik macam ni...


Selepas lebelling, simpan dalam tempat beku. Konsep penyimpanan dan pengeluaran stok SIP ni mudah saja, FIFO. Ingat tu FIFO. First in first out...


Chiller juga disimpan di tempat beku...

Dua kotak SIP dari stok tempat beku (tarikh yang paling awal/lama) dikeluarkan dan dibawa turun manakala tiga kotak SIP yang terbaru dimasukkan ke tempat beku. So stok dalam tempat beku tidak akan berkurang, kita ambil 2 kotak dan kita ganti semula 2 kotak/lebih..macam hari ni saya ambil 2 kotak tapi saya ganti 3 kotak. Maknenye hari ni saya dah dapat extra 1 kotak stok SIP untuk baby Ajmal cayang! (^_^)


SIP beku mesti diturunkan awal (semalaman) supaya sempat mencair untuk dibawa ke rumah pengasuh baby Ajmal keesokan harinya. So, simpan saja semalaman 2 SIP fresh + 2 stok SIP di bahagian bawah peti ais untuk bekalan esok. Proses pengasingan, penyimpanan dan penyediaan SIP ni nampak banyak sangat step dia kan. Mula-mula buat dulu pun saya ambil masa jyang agak lama ugak, tapi sekarang dah terer, so dalam 5~10 minit saje sudah beres. hehe..lagipun memang kena buat cepat-cepat untuk pastikan suhu sejuk susu dikekalkan. Ok, dah siap! Ummi Ajmal boleh pergi buat kerja lain pastu pergi tidur!


ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ........

(Gambar wanita cun sedang tidur di atas hanyalah khayalan penulis blog ini sahaja dan tidak ada kena mengena dengan kehidupan sebenar..hehe..)

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Oh, sudah pagi! Bace doa bangun tido dulu... (^_^) Ok, selepas menunaikan kewajipan sebagai muslim dan bersiap2 untuk ke pejabat, perkara terakhir sebelum keluar rumah ialah transfer SIP dari kotak dadih ke dalam botol dan label seperti di bawah ni. Botol #1 dan #2 adalah stok SIP dari tempat beku jadi perlu diminum dahulu manakala #3 dan #4 adalah SIP fresh yang diperah semalam.


Masukkan keempat-empat botol dan chiller dalam cooler bag dan terus hantar Ajmal dan susu-susunya ke rumah pengasuh..semoga anak ummi kenyang, gembira, sihat dan pintar berkat minum susu ummi ini ye! InsyaAllah... (^_^)


Saturday, July 31, 2010

Ka-Ching!

Tau tak antara perkara2 yang menyeronokkan untuk dibuat bila takde keja? Haha...kira duit tabung!!! Seronok wa cakap sama lu...lagi-lagi kalau tabung tu ala-ala dah sarat 9 bulan, berat hampir doploh kilo, dan agak-agak hasil dia macam boleh belanja seisi keluarga makan satay sorang tigeploh cucuk!

Masa kecik-kecik dulu saya tak pernah ada tabung yang penuh. selalu isi dua tiga posen pastu terlupe oh, aku ada tabung rupenye..itupun setelah tabung tu dijumpai semula secara tidak sengaja! hehehe...seingat saya tabung paling best yang saya ada ialah tabung bedak johnson&johnson. huhuu...

Niat menabung ni tetibe datang semula masa tengah pregnant. Kan orang cakap, habit ibu masa mengandung sedikit sebanyak akan turun ke anak. So, saya tak mau la anak saya mewarisi sifat saya yang malas menabung ni dan kenalah bertukar menjadi orang yang suuuukeeee sangat menabung. dan encik suami pun mau turut serta malahan bilangan syiling beliau lebih banyak menerobos lubang tabung berbanding saya ngehngehngeh (^_~)v Kami juga isytiharkan duit tabungan ni adalah hak mutlak Ajmal =)

Jadi, apa lagi, mari kita mulakan operasi!!!

Betul cakap orang-orang tua, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Inilah buktinya! hehehee...

Untuk mudahkan kira, susun cantik-cantik macam ni...

Dan akhirnya...tadaaaa!!!!!! Semua duit syiling dan duit kertas yang berjaya disusun (^_^)


Dan nikmatilah pemandangan duit-duit yang menyamankan mata...memang seronok semacam bila tengok duit banyak-banyak kan? Ni baru duit syiling, belum duit kertas bersusun dalam briefcase (^_~)


Berapa hasilnya? Hmm...lebih kurang 10,000 sen malaysia++. Wow! lumayan...esok ajak encik suami gi bank bukak akaun untuk Ajmal. Mesti menyimpan bermula dari sekarang untuk masa depan Ajmal, senang bila nak masuk univesiti nanti, insyaALLAH... (^_^)