Friday, October 8, 2010

:: First time Ajmal sakit ::

Penyakit pertama Muhammad Ajmal Wafiy: DEMAM + SELSEMA + BATUK

Kesian anak ummi...tapi takpe, tu ujian dari Allah dan tanda Allah saaaaayang kat Ajmal (^_^)



Muke monyok Ajmal..alololo sedih ummi tengok Ajmal buat muka camni...


Abi pun sedih tau...

Alhamdulillah Ajmal takde masalah makan ubat macam sesetengah budak kecik tu.

Sebab tu Ajmal cepat baik kan!

Sehari je demam...pastu esoknya dah sihat. Alhamdulillah (^_^)

Ajmal sedar tak Ajmal dah masuk 5 bulan?

Haa...budak 5 bulan kena cucuk tau.

Hari Ahad ni kita gi cucuk ye sayang.

Jangan demam lagi tau lepas kena cucuk tu, Ajmal kena kuat! insyaAllah...

(Nasib baik demam Ajmal dah kebah, kalau tak memang takleh cucuk Ahad ni...ke anak ummi ni sajeje buat-buat demam nak buat alasan takyah kena cucuk? hehehe...)







Friday, September 3, 2010

:: My 1st try: Blueberry Cheese Tart ::

Saya suka memasak! Especially sejak dua menjak ni...bulan ni je dah agak berabis duit membeli bahan2 masakan. Tak sedar diri tol. Kan nak raya ni, mane nak cekau duit balik kampung! Ngeh ngeh ngeh...

Ni cobaan kali pertama membuat blueberry cheese tart. Bahan-bahannya agak mahal terutamanya bila tang cheese nye tu. satu adunan nak pakai 250 gram creame cheese. Seketul creame cheese berat 250 gram harganya RM10-RM11...Satu adunan boleh menghasilkan 25-28 biji tart bersaiz sederhana. First time buat nak kena beli acuan pulak lagi. Uiii...rabak poket den! hihihi....

Nasib baik sedap! So tak la ralat sangat mengeluarkan kos yang agak banyak. Adakah boleh dibikin sebagai pendapatan tambahan??? Nantila bila2 buat lebih sikit, pastu kena test market bagi member-member rase....kalau feedback ok boleh masyuk gak ni.. (^_~)v

Friday, August 6, 2010

:: Bagaimana saya mengendalikan SIP (EBM) ::

WARNING!
Terdapat penggunaan ‘perkataan direct’ dalam entri ini. Tujuannya hanyalah untuk pendidikan dan cuba menyampaikan ilmu tentang breastfeeding concept secara telus dan jujur. Tidak terlintas sama sekali untuk melucah dsb.   
Kalau anda rasa anda teransang bila baca entri ni, I don’t know what to say….maybe something wrong with your mind!


Saya belajar cara mengendalikan susu ibu perahan SIP (EBM) dari sini. Banyak juga baca sumber-sumber yang lain tapi cara yang diajar oleh beliau lebih mudah difahami dan dipraktikkan.

Kita start dengan sesi memerah susu di ofis. Antara peralatan yang penting selain pam susu, botol dan cooler bag, saya juga perlukan gambar baby Ajmal dan umminya yang cantiks! haha...Ini penting ye kerana dengan melihat wajah anak semasa sesi memerah insyaAllah boleh meningkatkan hasil dalam negeri. Sementara dengan melihat wajah sendiri dan perasan cantik, ianya boleh meningkatkan keyakinan diri..yewww, geli mat! haha!

Dan satu lagi yang penting ialah 'La Tahzan' = Jangan bersedih! Kawalan emosi memang salah satu elemen yang sangat penting dan tak boleh diabaikan. Wajiblah bergembira, muka sentiasa senyum sambil nyanyi lagu2 yang happy dalam hati (kat ofis mane bleh menyanyi kuat2 kan..) sebab nanti susu pun boleh keluar dengan banyak dan baby Ajmal pun turut happy juga sebab dapat minum dengan kenyang! (^_^)

Maka, inilah hasil perahan (daripada dua sesi : pagi & petang)...Untuk hari yang saya ambil gambar ni saya dapat total 15 oz. Selalunya saya dapat 12 oz..hari dapat extra 3 oz mungkin kerana terlebih happy hehe...syukur alhamdulillah..Sebenarnya, selalu nak cuba perah sebanyak 3 sesi, tapi selalu juga tak dapat buat kerana kekangan masa...So, susu yang dah diperah simpan dalam cooler bag pastu pergi ambil Ajmal di rumah pengasuh dan balik ke rumah dengan riang! Lalalala... (^_^)

Sampai kat rumah, perkara pertama buat ialah simpan susu dan chiller dalam peti sejuk (bahagian bawah).

Around 9.00 pm setelah Ajmal lena diulit umminya, ummi pun bangun dengan berhati2 takut Ajmal terjaga semula dan terus ke dapur untuk proses balik SIP hasil kat ofis siang tadi...

Tengok gambar di atas ini, saya bahagikan SIP kepada 3 0z/satu bahagian. Jadi untuk SIP siang tadi yang sebanyak 15 oz, saya dapat 5 bahagian. 2 bahagian biarkan dalam botol (untuk baby Ajmal minum keesokan harinya) dan 3 bahagian untuk stok (simpan tempat beku).

Kenapa 3 oz setiap bahagian? Sebab baby Ajmal sekarang minum 3 oz pada setiap sesi penyusuan beliau..dan satu lagi bekas dadih tu muat utk 3 oz je hehehe...kalau baby Ajmal dah minum banyak lepas ni mungkin kena tukar bekas penyimpanan stok SIP tu...

Seterusnya buat label untuk dilekatkan kepada stok SIP. Butiran yang perlu ada ialah nama, tarikh dan masa penyimpanan, serta isipadu (oz/ml)

Dan lekatkan cantik-cantik macam ni...


Selepas lebelling, simpan dalam tempat beku. Konsep penyimpanan dan pengeluaran stok SIP ni mudah saja, FIFO. Ingat tu FIFO. First in first out...


Chiller juga disimpan di tempat beku...

Dua kotak SIP dari stok tempat beku (tarikh yang paling awal/lama) dikeluarkan dan dibawa turun manakala tiga kotak SIP yang terbaru dimasukkan ke tempat beku. So stok dalam tempat beku tidak akan berkurang, kita ambil 2 kotak dan kita ganti semula 2 kotak/lebih..macam hari ni saya ambil 2 kotak tapi saya ganti 3 kotak. Maknenye hari ni saya dah dapat extra 1 kotak stok SIP untuk baby Ajmal cayang! (^_^)


SIP beku mesti diturunkan awal (semalaman) supaya sempat mencair untuk dibawa ke rumah pengasuh baby Ajmal keesokan harinya. So, simpan saja semalaman 2 SIP fresh + 2 stok SIP di bahagian bawah peti ais untuk bekalan esok. Proses pengasingan, penyimpanan dan penyediaan SIP ni nampak banyak sangat step dia kan. Mula-mula buat dulu pun saya ambil masa jyang agak lama ugak, tapi sekarang dah terer, so dalam 5~10 minit saje sudah beres. hehe..lagipun memang kena buat cepat-cepat untuk pastikan suhu sejuk susu dikekalkan. Ok, dah siap! Ummi Ajmal boleh pergi buat kerja lain pastu pergi tidur!


ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ........

(Gambar wanita cun sedang tidur di atas hanyalah khayalan penulis blog ini sahaja dan tidak ada kena mengena dengan kehidupan sebenar..hehe..)

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Oh, sudah pagi! Bace doa bangun tido dulu... (^_^) Ok, selepas menunaikan kewajipan sebagai muslim dan bersiap2 untuk ke pejabat, perkara terakhir sebelum keluar rumah ialah transfer SIP dari kotak dadih ke dalam botol dan label seperti di bawah ni. Botol #1 dan #2 adalah stok SIP dari tempat beku jadi perlu diminum dahulu manakala #3 dan #4 adalah SIP fresh yang diperah semalam.


Masukkan keempat-empat botol dan chiller dalam cooler bag dan terus hantar Ajmal dan susu-susunya ke rumah pengasuh..semoga anak ummi kenyang, gembira, sihat dan pintar berkat minum susu ummi ini ye! InsyaAllah... (^_^)


Saturday, July 31, 2010

Ka-Ching!

Tau tak antara perkara2 yang menyeronokkan untuk dibuat bila takde keja? Haha...kira duit tabung!!! Seronok wa cakap sama lu...lagi-lagi kalau tabung tu ala-ala dah sarat 9 bulan, berat hampir doploh kilo, dan agak-agak hasil dia macam boleh belanja seisi keluarga makan satay sorang tigeploh cucuk!

Masa kecik-kecik dulu saya tak pernah ada tabung yang penuh. selalu isi dua tiga posen pastu terlupe oh, aku ada tabung rupenye..itupun setelah tabung tu dijumpai semula secara tidak sengaja! hehehe...seingat saya tabung paling best yang saya ada ialah tabung bedak johnson&johnson. huhuu...

Niat menabung ni tetibe datang semula masa tengah pregnant. Kan orang cakap, habit ibu masa mengandung sedikit sebanyak akan turun ke anak. So, saya tak mau la anak saya mewarisi sifat saya yang malas menabung ni dan kenalah bertukar menjadi orang yang suuuukeeee sangat menabung. dan encik suami pun mau turut serta malahan bilangan syiling beliau lebih banyak menerobos lubang tabung berbanding saya ngehngehngeh (^_~)v Kami juga isytiharkan duit tabungan ni adalah hak mutlak Ajmal =)

Jadi, apa lagi, mari kita mulakan operasi!!!

Betul cakap orang-orang tua, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Inilah buktinya! hehehee...

Untuk mudahkan kira, susun cantik-cantik macam ni...

Dan akhirnya...tadaaaa!!!!!! Semua duit syiling dan duit kertas yang berjaya disusun (^_^)


Dan nikmatilah pemandangan duit-duit yang menyamankan mata...memang seronok semacam bila tengok duit banyak-banyak kan? Ni baru duit syiling, belum duit kertas bersusun dalam briefcase (^_~)


Berapa hasilnya? Hmm...lebih kurang 10,000 sen malaysia++. Wow! lumayan...esok ajak encik suami gi bank bukak akaun untuk Ajmal. Mesti menyimpan bermula dari sekarang untuk masa depan Ajmal, senang bila nak masuk univesiti nanti, insyaALLAH... (^_^)

Friday, July 30, 2010

:: Ajmal @ 2 month ::

Cepatnye masa berlalu..Tau2 je Muhammad Ajmal Wafiy dah 2 bulan...Apa yang dah jadi pada Ajmal setelah 2 bulan ni? Banyaaaaakkkkk....Ajmal first time naik endoi, kenduri akikah Ajmal, Ajmal kena cucuk..hmm nak cerita satu-satu kang jenuh ummi dia nak menaip. Tapi yang paling penting sekali AJMAL DAH MAKIN COMELZZZZ!!! Hahaha..perasan lak ko kate anak ko comel..Hmm nak buat macam mane, dah hakikatnya memang comel hik3! Ha cuba tengok gamba ni, comel tak? (^_~)v



Ha kan dah kata comel...yang ni pun comel jugak tau.


Paling tak tahan tengok kecomelannye masa tengah tido. Eeee...geramnyeeee! Rase nak gigit-gigit je pipi Ajmal tu. hehehe.....


Bila cakap pasal comel ni teringat la pulak satu cerita. Abi Ajmal dan saya sendiri selalu cakap "Comelnye anak ummi ngan abi ni..geramla!" Tetibe kami ditegur oleh seseorang a.k.a orang lama..."Haish, jangan cakap comel, kata huduh!"

Uiks, terkesima sekejap. Kan elok kita cakap comel, setiap kata tu kan doa..apsal pulak nak kata anak saya huduh? Ish ish ish...tak faham betul dengan adat-adat orang lama ni hehe...takpela, ummi ngan abi tetap jugak nak kata "Ajmal comel! Ajmal comel!" berjuta-juta lemon kali! huhu... Tula, adat orang-orang lama ni mana yang baik kita ikutla, mana yang rasa dah ala-ala tak sesuai tu tak payah ikut pun takpe (^_^)

Ajmal, ummi tak belikan pun rocker chair untuk Ajmal. Sebab Ajmal dah ade rocker chair original made by abi! Hehe...lagi empuk, selamat dan portable, anytime anywhere boleh pakai. hakhakhak..(buruk lak aih ummi ketawa macam tu!)


Ajmal dah mula nak baca buku...bagusnye anak ummi ni! Nak jadi ulat buku ye...mudah-mudahan Ajmal cepat pandai membaca, nanti hari-hari ummi ajar Ajmal baca buku ye, macam nenek ajar ummi dulu. insyaAllah (^_^)


Tapi ada satu perkara la yang Ummi lama sangat tunggu...
nape rambut Ajmal lambat sangat nak panjang ek?

Monday, July 19, 2010

:: Jiranku dan CDku ::

Selain daripada azam yang mendalam untuk exclusively breastfeeding my Ajmal, saya juga berazam untuk support earth saving and go green by signing in as fully user of Cloth Diapers (CD). Diperkenalkan oleh seorang adik junior, saya mula berjinak-jinak untuk mengenal dengan lebih dekat lagi apakah itu CD..seperti biasa, pembacaan melalui internet mendominasi sumber informasi yang saya peroleh.

Mula-mula tak faham macam mane CD ni berfungsi. Apa itu insert, velcro, snap button etc. Rupa-rupanya mudah saja. Dia macam lampin boleh cuci yang kita guna masa kecik-kecik dulu (setahu saya mak saya tak pernah guna disposable diapers untuk kami adik beradik). Cuma bentuknya dan dimodenkan selaras dengan nama komersilnya sekarang 'Kain Lampin Moden' atau CD.

Saya beli cd ni batch by batch. Batch pertama beli masa pregnant 7 bulan. Saya beli 4 keping dapat free 1 keping cd + 5 insert + 5 washable nappy liner. Second batch beli cd bamboo pulak, pun beli 5 keping jugak. Bila Ajmal dah lahir, macam tak cukup pulak 10 keping cd, so saya tambah lagi 5 keping..Baru-baru ni beli lagi 5 keping dari my bff nadia..So total up Ajmal dah ada 20 keping CD untuk kegunaan hariannya. Cukupla tu.. (^_^)

Tajuk post ini ialah 'Jiranku dan CDku'...Apa kaitan jiran ngan cd pulak ni! Oh...di sini saya mau cerita perihal jiran yang bermulut tempayan. Tempayan pun tak mau mulut macam dia, dia pulak sibuk nak mulut macam tempayan. kih.kih.kih...Saya namakan dia 'T' stands for tempayan hehe..'T' ni saya nampak saya pakaikan Ajmal cd. So dia pun mula bertanya itu ini, macam mana cara pakai, cara basuh, ada berapa keping termasuk bab harga...Saya ni pun cerita panjang lebar dengan niat nak berkongsi ilmu dan promote penggunaan cd. Manalah tau 'T' tu pun nak selamatkan bumi jugak...Tidak lama kemudian, ada pula jiran lain merangkap kawan sekerja saya menyampaikan kepada saya si 'T' bertanya kepadanya, "Awak tak pakai ke lampin RM** ringgit" Uiks, mengapa perlu merujuk pada harga di dalam soalannya yang mencabar minda itu? Hmm..rupa-rupanya jiran saya tu nak perli saya pakai lampin yang agak mahal harganya TAPI dia lupa ke, kan saya dah bagitau dia ianya JIMAT UNTUK JANGKA MASA PANJANG!!! Apelah, penat je saya cerita kat dia, ingatkan nak la ambil iktibar same-same selamatkan bumi. Ni tak dia pergi jaja pulak cerita cd saya tu. Saya tak berniat pun nak berlagak pasal harga cd tu tau...tak baik tau...


CD yang menjadi umpatan jiran-jiranku..huhuhu...


Takpela, saya tak kisahla apa kata diorang, janji Ajmal dan ummi Ajmal happy! Dan semoga bumi yang kita diami ni pun happy dengan sumbangan saya yang tak seberapa ni (^_^)

Saturday, July 3, 2010

Anak manusia harusla minum susu manusia!

Untuk kelahiran pertama ni, saya berazam untuk menyusukan Ajmal secara eksklusif sehingga umur Ajmal 2 tahun. Walaupun pelbagai rintangan, halangan, pancaroba dan yang sewaktu dengannya, saya tak kira! Nak jugak breastfeed Ajmal..saya nak jugak, saya nak jugak!!! hehe...

Sejak mula Ajmal tumbuh dalam rahim lagi saya dah menanam cita-cita murni ni. Bloghopping hari-hari pun duk cari info macam mane nak menjayakan misi bf secara eksklusif..banyak jugak blog yang menyediakan panduan penyusuan ibu, seperti beliau ini, serta beliau ini dan tak lupa beliau ini juga. Mereka menceritakan pengalaman masing-masing, masalah-masalah penyusuan ibu dan macam-macam lagi lah. Saya yang cetek pengalaman ni sangat berterima kasih kepada blogger-blogger yang sudi berkongsi cerita. Memang bestla orang-orang macam ni, tak lokek ilmu (^_^)

Saya mula menyusukan Ajmal masa dalam labour room lagi. Saya pun tak sure masa tu susu badan dah ada ke belum tapi masa akhir-akhir pregnant dah terbit susu sikit-sikit...Ajmal pun nampak khusyuk je menghisap so maknenye ade la tu hehe...Saya memang dah pesan kat Ajmal dari dalam perut lagi, bila dah lahir nanti minum susu saya je, jangan minum susu lain. Mendengar kata nampaknya anak saya ni (^_~)

Masa mengandung 8 bulan saya dah siap-siap beli set mengepam susu elektrik jenama Spectra 3. Kakak saya selalu cakap saya ni orang yang 'detail'. Sebab kalau buat apa-apa mesti nak ada semua, lengkap! Saya memang orang yang macam tu, pada saya kalau nak buat apa-apa mesti buat yang terbaik dan bila nak yang terbaik persediaan mesti lengkap. Kalau itu takde ini takde macam mane nak menjayakan sesuatu perkara kan? Betul betul betul!!! (sendiri jawab hehe...)

Untuk penyusuan ibu yang tiptop, kita mestilah menuntut ilmu menyusukan secara betul, mengepam susu, penyimpanan susu perahan, pengendalian susu perahan dan sebagainya. Daripada blog, majalah dan buku yang saya baca ada bermacam-macam cara yang dipraktikkan oleh ibu-ibu..ikut keselesaan masing-masing. Especially bila menyentuh bab penyimpanan susu perahan. Ada yang buat stok sampai berpuluh-puluh botol dalam peti sejuk. Kagum...kagum... Bukan senang tau nak buat stok banyak macam tu. Saya pun baru 4 hari memulakan aktiviti mengumpul stok susu, baru dapat 4 botol yang dalamnya saya isi 3 oz susu setiap satu. Saya tak buat stok masa berpantang di kampung mak saya sebab nanti nak balik Kulim susu beku tu mesti rosak punye, 500 km travel dari Batu Pahat ke Kulim..perjalanan ambil masa 8 jam (tu pun kalau tak banyak berhenti). So, saya start kumpul stok bila dah balik Kulim..

Ni nak tunjuk susu perahan pertama untuk Ajmal masa Ajmal baru 3 hari dilahirkan. Masa ni perah sebab susu penuh dan agak menyakitkan. So perahla supaya tak bengkak dan dan membawa kepada demam huhu...

Masa ni warna susu kekuningan, kaya dengan kolestrum yang saaaaaangat baik untuk Ajmal. Khasiatnya memang tinggi, kandungan protein 3 kali ganda melebihi susu biasa dan ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.

Mengikut perubatan moden, bayi hanya perlu susu ibu SAHAJA sehingga usianya 6 bulan supaya bayi dapat khasiat daripada ibu secara optimum. Tapi biasalah, mak-mak kita ni dah terbiasa dengan cara orang dulu-dulu, suruh bagi minum air masak lepas tiap kali menyusu. Saya hanya cakap saya tak mau beri sebab Ajmal hanya perlu air susu ibunya sahaja. Nasib baik mak saya faham. hehe...

Setakat ni saya tak menghadapi banyak masalah kecuali satu perkara..mengajar Ajmal minum susu perahan guna botol. Silap saya jugak, sebab tak biasakan Ajmal menyusu guna botol masa dalam pantang. Saya cuma try susukan Ajmal guna botol dua kali je masa usia Ajmal 2 minggu. Saya guna botol susu Tommee Tippee..masa tu Ajmal nak je hisap, so saya assume dia memang takde masalah nak guna botol. So saya direct breastfeed je sampaila Ajmal dah sebulan saya try bagi semula susu guna botol. Kali ni dia reject! Adoyai...memang masalah besar! Lagi 2 minggu je saya nak mula kerja semula, habisla saya kalau Ajmal tak mau menyusu guna botol. Saya masih lagi guna botol susu Tommee Tippee masa sesi latihan Ajmal, dia meronta-ronta tak mau terima puting susu botol tu. asyik keluarkan je dari mulut dia. Mula-mula saya sabar la jugak, takmau putus asa..masuk hari ke-4 saya dah mula nak menangis, sedih sangat sebab Ajmal masih tak mau minum susu dari botol.

Saya pun search kat internet cara lain nak pujuk Ajmal minum susu guna botol. Saya hampir-hampir beli botol susu Adiri yang mahal tu (pada saya mahal, tak tau la orang lain). Nasib baik botol tu takde dalam stok. Ada yang cadangkan guna puting jenis getah. So saya pun pergila beli kat babyshop. Puting getah lebih lembut dari puting silikon. Harganya RM5/unit (brand Pigeon)..Saya beli satu je sebab nanti tak la rugi kalau Ajmal reject. Balik dari kedai saya tak putus-putus berdoa mudah-mudahan Ajmal nak la terima puting susu getah ni...Syukur alhamdulillah, bila letak je kat mulut Ajmal, Ajmal terus isap dengan bersungguh-sungguh! Fuhhh...lega...selesai satu masalah (^_^) Lepas ni ummi beli lagi ye puting getah untuk Ajmal hehe....

Sekarang ni saya perlu cari lagi info-info lain terutamanya macam mane nak membanyakkan susu badan. Kalau dapat info lain yang best saya akan share kat sini untuk dimanfaatkan bersama-sama...Saya berdoa kepada Allah mudah-mudahan diperbanyakkan susu dan dipermudahkan segala urusan agar Muhammad Ajmal Wafiy dapat menikmati susu dari umminya sehingga umur Ajmal 2 tahun. amin......

Akhir kata, anak lembu minum susu lembu, jadi anak manusia kena la minum susu manusia kan? So, kenapa perlu beri susu lembu kepada anak manusia? Hehe...fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah! (^_~)v

.
.
.
.
.
.
.
oh, ade satu lagi akhir kata,
Semua ibu mampu menyusukan anaknya sendiri...
Yakinlah!!!
(^_^)