Tuesday, March 30, 2010

:: Mari Membuat Barut Untuk Baby! ::

Last week jenguk-jenguk facebook kengkawan, terbaca pasal ex-ofismate jahit barut sendiri untuk baby boy beliau...sungguh sweeeeeet!!! Saya pun teringin jugak nak jahit sendiri, tapi malangnya takde mesin jahit di rumah. Tapi tekad jugak nak jahit, jahit tangan pun takpe. Asalkan dapat buat sendiri. So, on the way balik kampung mak mentua, singgah kedai kain beli kain 100% cotton warna putih. Masuk-masuk kedai je, adik yang jaga kedai tu tanye "akak nak cari kain ape..". Saya pun jawabla nak cari kain cotton warna putih, dan dia balas balik "Oooo..nak buat barut ek" Ish, terer betul la adik tu teka hehe...ala mestila dia tau, dah memboyot macam tu sah-sah nak beli kain utk preparation barang2 baby (^_^) Kebetulan kat kedai tu memang tinggal 1.2 meter je kainnye, ramai sangat kot ibu-ibu yang nak buat barut bulan ni hehehe...saya beli jugak sebab tak larat nak cari kedai lain. Bajet dapat 4 keping pun jadilah.

Sampai kat umah mak mentua, baru perasan ade mesin jahit rupenye. Selama ni tak perasan pun sebab mak mentua saya kelubung mesin jahit tu dengan kain pastu letak kat tempat tersorok. Wah...sangat gembira!! Tak perlulah jahit tangan. Jenis mesin pun lebih kurang sama dengan mesin mak saya kat Yong Peng, so memang pandailah operate sendiri. Cuma nak adjust sikit-sikit je. Thanks to my biras, dia la yang tolong adjust tu hehehe..

Mula-mula kena ukur & potong dulu kain, dapat 5 helai...saya potong ikut contoh barut beli siap kat kedai. 3 helai buat sama saiz dengan yang beli tu, 2 helai potong saiz besar sikit...

.
.
.
.
Lepas tu, pindah benang kat sekoci...

.
.
.
.
Masukkan benang kat 'laluan-laluan' dia...


.
.
.
.
Mula menjahit....it takes about 3 hours to finish my sewing...huhuhu, dah lama tak menjahit tu yang lembab! Takpe..biar lambat asalkan cantik (^_~)

.
.
.
.
Tadaaaa....ni lah hasilnya! Kiut tak? Hehehe....


Pasni kena basuh dulu & gosok kasi licin, tak mau ada kedut-kedut. Pastu boleh simpan. Nanti bila tiba masanya baby ummi bolehla pakai hasil kerja tangan ummi ni!

\(^_^)/


Monday, March 29, 2010

:: Sudah hampir waktunya! ::


My baby is SOoOoOOOoo close to the 'Finish Line' after his/her long ~9 month journey!!!

Tengok kat atas tu, "only 6 weeks & 3 days until I'm born"

Subhanallah..tak sedar masa berlalu.

Excited + Takut~~~~~~~~~~

Cane nak keluarkan baby nanti ek??? Sakit tu memang dah tentu la...

Tapi sakit tahap mane???

Adoyai..cannot imagine la!!!

Walau macamanapun,

Mesti lalui juga demi menatap wajah suci anakku (^_^)




~Dua pesanan kawan2 yg dah ada pengalaman, masa deliver baby jangan angkat punggung & cuba tahan suara dari menjerit-jerit coz nanti tenaga banyak habis kat suara. Kat drama dalam TV tu selalu jerit2 macam hape je, mesti tak buat research dulu tu huhuhu...~


Friday, March 19, 2010

:: Hati sayu ::



Sedih sangat bila kita sedang menghitung hari kelahiran si kecil dan semua orang pun memberi kata-kata semangat, tak kira keluarga mahupun kawan-kawan dengan tak disedari ada seseorang yang tak sudi lagi memandang wajah kita. Tak tau nak tafsirkan perasaan tu sama ada sedih, kecewa, atau rasa tertekan...ibu hamil tak boleh bersedih. Itu kata semua orang..ya, betul. Kasihan baby ummi, maafkan ummi..ummi terlalu sedih sekarang ni dan ummi tau anak ummi pun menangis di dalam perut ummi ini.. Tapi saya pun tak dapat tahan perasaan ni daripada terus menyelubungi hati. Kalau kesedihan itu semuanya berpunca dari saya, saya redha. Walaupun diri ini disalahertikan...Kita memang tak dapat menilai hati budi orang hatta saudara kandung sendiri. Sehebat mana pun perbalahan yang pernah terjadi, saya tak pernah meminta dia lenyap dari pandangan mata saya. Tapi andaikata itu permintaannya, akan saya turutkan kerana ketiadaan saya itu adalah kebahagiaan baginya.....


Subhanallah..Alhamdulillah..Allhuakbar..


Ya Allah ya Tuhanku, Kau berikanlah aku kekuatan dan lindungilah aku dan keluargaku dari kemurkaanMu...


Friday, February 12, 2010

:: Annoying calls! ::

Lately, selalu dapat call dari orang-orang yang promote kredit card ntah hape-hape. Mane dapat no phone saya pun tak taula. Kononnya kad tambahan yang menawarkan mata ganjaran kalau kad tu digunakan. Ada pakej umrah bagai...explain kat kita laju giler macam bullet train, dengan bunyi bising kat belakang. Memang mengganggu betul bila dapat penggilan macam ni!

Tulah, ingatkan nombor-nombor tak dikenali ni member-member kita, kalau tak angkat nanti ape pulak. Bila angkat, orang kredit kad tu jugak. Penah kena dengan sorang tu, saya kata saya takde masa nak dengar dia explain dan tak berminat, dia kurang haja balik dengan saya! Agaknye dah terlalu banyak rejection sampai dia pun naik tension. Alah pedulilah dia, dalam dua bulan dah dekat 10 call saya dapat. Macam-macam jenis rupa dan suara yang motifnya sama, suruh saya accept kad diorang tu. Lagi best, ada yang kata "Company kami nak hantar kad kepada cik..bla bla bla.." Bila masa saya isi borang apply kad diorang yang tetiba nak gi hantar ni? Tak ikut prosedur betul!

Mengomel panjang-panjang pun tak guna sebab saya tau diorang bukan baca pun ape yang saya tulis ni...Saje nak luah perasaan hehe...Walau banyak kali mana pun diorang call, saya tetap jawap...

Letak telefon.
Abis cerita.


Monday, January 25, 2010

:: Mari Mengaji! ::


Antara surah-surah amalan sepanjang kehamilan...
Ada banyak sebenarnya surah amalan semasa kehamilan, tapi selalu baca 4 surah ni:
Yusuf, Maryam, Luqman & Yasin
InsyaAllah cuba khatam Al-Quran at least sekali sepanjang kehamilan anak sulung ni.
Semoga Allah s.w.t memberi kesempatan & kekuatan untuk saya.
Sebelum baca, selalu ajak baby "Baby dengar ya, ummi nak baca Quran ni, surah Yusuf..mudah-mudahan anak ummi ni cantik rupa parasnya dan cantik budi pekertinya"
Memang ada respon, ligat sungguh baby bergerak semasa saya membaca
(^_^)

Doa ummi & abi, mudah-mudahan anak ummi abi dikurniakan suara yang merdu untuk mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran, pandai & rajin baca Al-Quran sambil menghayati isi kandungannya...(^_^)


Sunday, January 24, 2010

:: Untuk Si Kecil Ummi ::

Sudah tiba masa untuk shopping barang baby!!! yeay!!!

Apa perasaan masa pertama kali beli baju baby??? uuuu...sukar digambarkan dengan kata-kata (^_^) keliru tentang saiz baju nak beli newborn ke 3 bulan ke 6 bulan ke, warna pulak biru ke pink ke putih ke, pastu nak beli yang lengan pendek ke panjang ke, belum kira harga lagi nak yang mahal ke murah ke.... yela selama ni tak pernah singgah pun children department bila pegi shopping sekarang itulah tempat pertama yang dituju...hehe...

Masa YES ujung tahun hari tu sempat gak pegi parkson kat Batu Pahat, masuk-masuk pintu utama berlonggok baju-baju baby RM5~ RM10..macam-macam saiz ada...bila pegang baju baby yang kiut miut tu rasa perasaan yang pelik sangat. Memang serius tak reti nak pilih. Ada sesetengah saiz tu memang senang nak faham sebab tulis bulan berapa ke bulan berapa yang boleh pakai. Tapi ada sesetengah tu tulis nombor je 1, 2, 3 etc. Maknenye tahun ke??? nak tanye kat salesgirl malas la pulak. huhu...last-last cakap kat En. Suami tak mau beli dululah. Tak pandai pilih hehehe...

Bila balik Penang jenjalan kat Jusco pulak. Tryla lagi sekali masuk children department...Kali ni nekad nak beli gak baju baby. Target nak belanja tak lebih dari RM50. Okla tu buat permulaan...hehe...Maka inilah hasil shopping baju baby buat kali pertama. Dapat 3 pasang, jadilah ye baby ummi... (^_^)



Shopping kali ke-2 nak cuba pulak shopping online...Hasilnya seperti berikut...


Dapat beli satu set baby rompers. Dalam tu ada 5 pasang...beli saiz 9 month. Memangla senang beli online, klik sana klik sini dah boleh beli. Pastu tunggu je barang sampai. Tapi ada gak keburukannya. Kawan saya kata baju yang saya beli ni mahal sebab dia dapat baju yang sama sebijik sejibon dengan harga yang lebih murah..Hmm..yang tu takpela kot sebab memang patutla mahal sikit sebab beli secara online boleh jimat dari segi masa, tenaga dan duit minyak kereta. Cuma yang tak tahan tu bab corak & design baju. Dalam gamba kat internet kecik je, so ada design yang kita tak perasan & tak berkenan pulak menengoknya secara live depan mata.

Kalau yang macam ni okla, boleh diterima....



Macam yang ni gamba lion tu dah kiut dah, cuma caption bunyi lion tu yang tak boleh tahan. ROAR!!! la bukan BOAR!!!

Dan yang ni yang paling tak boleh diterima. Oh Tidak!!! Kena buat sesuatu nih!


Terpaksalah saya buat sesuatu untuk modify tulisan-tulisan yang tak patut ni. Pasni tak maula beli online lagi. Kita tak nampak jelas apa yang kita beli.

Tapi yang satu ni saya beli online dan saya memang puas ati. Comel!!! Yang ni beli saiz 9 month jugak.

Dan yang terbaru beli kat Jusco jugak. 2 helai tuala warna hijau & peach. Pastu amik jugak mitten & booties sepasang. Mak saya pesan tak payah beli mitten & booties banyak-banyak sebab yang anak-anak buah saya punye dulu banyak kat kampung. Recycle jela..hehe..tapi mak kata kalau nak beli jugak belila sepasang dua buat syarat nak sambut baby (^_^)

So far tu jela barang-barang baby yang dah dibeli. Dah berabis lebih kurang RM130...Plan nak beli baju-baju ni sebulan dapat 3 ke 5 pasang cukupla...next plan nak beli breastpump. Tengah survey brand ape yang bagus & mampu dibeli...yang ni kena pakai banyak duit. So ummi ngan abi kena kumpul duit tau...(^_^)

Friday, December 4, 2009

:: Perlu Makan Lebih Banyak Besi (Iron) ::

Alangkah susah hatinya saya bila tengok paras Hemoglobin (Hb) saya utk bulan ni hanya 9.3 (unit xpasti plak..)! Aik, cane bleh jadi macam ni ye? Ni confirm kena bebel ngan nurse ni...apa mau jawab daa...

Memang betul pun, bila sesi khidmat nasihat ibu hamil, nurse tu menjerit tengok bacaan Hb saya. Dia tak marahla..just nak tunjuk ekspresi terkejut dia la agaknya. Nurse tu tanye macam mane dari Hb 12 lebih bleh turun banyak ni?? Saya plak dgn confidentnye menjawab "Dah takdir nak buat camne..." hehe takdela. Tipula kalau jawab macam tu, kenala bagi alasan yang berasaskan fakta saintifik huhu...

So, dengan confidentnya saya menjawab "Dulu masa Hb 12 tu saya makan obimin amik kat klinik swasta. Ni lepas makan suplemen klinik kerajaan la Hb saya turun" Bajet macam nak menyalahkan hospital kerajaan la kononnya..hehe...

Nurse pun membalas "Adik, obimin tu lagi sikit tau peratusan zat besi dia per tablet. Yang kitorang bagi tu 200mg per tablet. Ni mesti adik salah makan ni, ke tak makan langsung kot..." Oooo main serkap jarang plak dia.

Tanpa melengahkan masa saya pun membalas hujah membela diri "Saya makan la kak...tapi kadang2 tu tertinggal la jugak. Tapi tak selalu la..."

Nurse bertanya lagi "Camne cara adik makan? Lepas makan nasi terus telan ubat ke? Ade tak telan ubat ngan air manis?"

Uik, memang saya telan ubat lepas makan nasi. Dah bulan lepas masa amik ubat tu Nurse kata makan ubat lepas sarapan atau makan nasi. Salah ke??? Cuma takdela saya telan ngan air manis. Kadang-kadang je kalau desperate hehehe...

So, saya pun ngaku jela. Maka terbongkarlah rahsia yang saya sebenarnya telah mengamalkan cara makan suplemen yang salah..huhuhu konon-konon nak tunjuk pandai akhirnya diri sendiri yang terbukti tak pandai. Padan muka saya. Moral of the story, jangan cuba nak memandai, sila google dulu di internet pasal ubat-ubatan sebelum berdebat dengan mereka yang lebih pakar di hospital..hehe..

Tapi takpe jugak...ada hikmahnya Hb saya turun, baru saya tau cara yang betul makan tablet zat besi (iron). Dia kena makan 1 jam sebelum atau selepas makan. tidak boleh makan sejurus selepas makan nasi atau dah dekat2 nak makan nasi. Sebabnya pil akan dihadamkan bersama nasi/makanan yang kita ambil dan seterusnya menjadi sebahagian dari najis. Membuang masa saja makan suplemen jika begitu jadinya...Sepatutnya suplemen diserap ke dalam darah maka sebab itu perut perlu kosong untuk memudahkan penyerapan. Untuk menggandakan lagi penyerapan, ambil tablet iron bersama tablet Vitamin C....

Jadi saya pun berjanji dengan nurse yang saya akan makan tablet iron dgn cara yang betul. Huhu siap berjanji tu..yela nak elak dari kena bebelan yang bertubi2. Selain itu, saya juga kena makan makanan yang kaya zat besi macam kerang, bayam, peria, pegaga etc. Baiklah, semua makanan itu saya suka. Jadi sudah tentu tiada masalah bagi saya untuk menelan makanan itu sebanyak yang mungkin InsyaAllah...

Lagi dua minggu kena pegi check lagi sekali. Patutnya bulan depan (sebulan sekali je untuk routine checkup), tapi sebab kes Hb saya yang turun mendadak ni, kena pegi check dengan lebih kerap. Nasib baik memang ada tarikh scan perut lagi dua minggu so book jela tarikh yg sama utk check Hb. Tak payah pegi klinik banyak kali...