Friday, February 12, 2010

:: Annoying calls! ::

Lately, selalu dapat call dari orang-orang yang promote kredit card ntah hape-hape. Mane dapat no phone saya pun tak taula. Kononnya kad tambahan yang menawarkan mata ganjaran kalau kad tu digunakan. Ada pakej umrah bagai...explain kat kita laju giler macam bullet train, dengan bunyi bising kat belakang. Memang mengganggu betul bila dapat penggilan macam ni!

Tulah, ingatkan nombor-nombor tak dikenali ni member-member kita, kalau tak angkat nanti ape pulak. Bila angkat, orang kredit kad tu jugak. Penah kena dengan sorang tu, saya kata saya takde masa nak dengar dia explain dan tak berminat, dia kurang haja balik dengan saya! Agaknye dah terlalu banyak rejection sampai dia pun naik tension. Alah pedulilah dia, dalam dua bulan dah dekat 10 call saya dapat. Macam-macam jenis rupa dan suara yang motifnya sama, suruh saya accept kad diorang tu. Lagi best, ada yang kata "Company kami nak hantar kad kepada cik..bla bla bla.." Bila masa saya isi borang apply kad diorang yang tetiba nak gi hantar ni? Tak ikut prosedur betul!

Mengomel panjang-panjang pun tak guna sebab saya tau diorang bukan baca pun ape yang saya tulis ni...Saje nak luah perasaan hehe...Walau banyak kali mana pun diorang call, saya tetap jawap...

Letak telefon.
Abis cerita.


Monday, January 25, 2010

:: Mari Mengaji! ::


Antara surah-surah amalan sepanjang kehamilan...
Ada banyak sebenarnya surah amalan semasa kehamilan, tapi selalu baca 4 surah ni:
Yusuf, Maryam, Luqman & Yasin
InsyaAllah cuba khatam Al-Quran at least sekali sepanjang kehamilan anak sulung ni.
Semoga Allah s.w.t memberi kesempatan & kekuatan untuk saya.
Sebelum baca, selalu ajak baby "Baby dengar ya, ummi nak baca Quran ni, surah Yusuf..mudah-mudahan anak ummi ni cantik rupa parasnya dan cantik budi pekertinya"
Memang ada respon, ligat sungguh baby bergerak semasa saya membaca
(^_^)

Doa ummi & abi, mudah-mudahan anak ummi abi dikurniakan suara yang merdu untuk mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran, pandai & rajin baca Al-Quran sambil menghayati isi kandungannya...(^_^)


Sunday, January 24, 2010

:: Untuk Si Kecil Ummi ::

Sudah tiba masa untuk shopping barang baby!!! yeay!!!

Apa perasaan masa pertama kali beli baju baby??? uuuu...sukar digambarkan dengan kata-kata (^_^) keliru tentang saiz baju nak beli newborn ke 3 bulan ke 6 bulan ke, warna pulak biru ke pink ke putih ke, pastu nak beli yang lengan pendek ke panjang ke, belum kira harga lagi nak yang mahal ke murah ke.... yela selama ni tak pernah singgah pun children department bila pegi shopping sekarang itulah tempat pertama yang dituju...hehe...

Masa YES ujung tahun hari tu sempat gak pegi parkson kat Batu Pahat, masuk-masuk pintu utama berlonggok baju-baju baby RM5~ RM10..macam-macam saiz ada...bila pegang baju baby yang kiut miut tu rasa perasaan yang pelik sangat. Memang serius tak reti nak pilih. Ada sesetengah saiz tu memang senang nak faham sebab tulis bulan berapa ke bulan berapa yang boleh pakai. Tapi ada sesetengah tu tulis nombor je 1, 2, 3 etc. Maknenye tahun ke??? nak tanye kat salesgirl malas la pulak. huhu...last-last cakap kat En. Suami tak mau beli dululah. Tak pandai pilih hehehe...

Bila balik Penang jenjalan kat Jusco pulak. Tryla lagi sekali masuk children department...Kali ni nekad nak beli gak baju baby. Target nak belanja tak lebih dari RM50. Okla tu buat permulaan...hehe...Maka inilah hasil shopping baju baby buat kali pertama. Dapat 3 pasang, jadilah ye baby ummi... (^_^)



Shopping kali ke-2 nak cuba pulak shopping online...Hasilnya seperti berikut...


Dapat beli satu set baby rompers. Dalam tu ada 5 pasang...beli saiz 9 month. Memangla senang beli online, klik sana klik sini dah boleh beli. Pastu tunggu je barang sampai. Tapi ada gak keburukannya. Kawan saya kata baju yang saya beli ni mahal sebab dia dapat baju yang sama sebijik sejibon dengan harga yang lebih murah..Hmm..yang tu takpela kot sebab memang patutla mahal sikit sebab beli secara online boleh jimat dari segi masa, tenaga dan duit minyak kereta. Cuma yang tak tahan tu bab corak & design baju. Dalam gamba kat internet kecik je, so ada design yang kita tak perasan & tak berkenan pulak menengoknya secara live depan mata.

Kalau yang macam ni okla, boleh diterima....



Macam yang ni gamba lion tu dah kiut dah, cuma caption bunyi lion tu yang tak boleh tahan. ROAR!!! la bukan BOAR!!!

Dan yang ni yang paling tak boleh diterima. Oh Tidak!!! Kena buat sesuatu nih!


Terpaksalah saya buat sesuatu untuk modify tulisan-tulisan yang tak patut ni. Pasni tak maula beli online lagi. Kita tak nampak jelas apa yang kita beli.

Tapi yang satu ni saya beli online dan saya memang puas ati. Comel!!! Yang ni beli saiz 9 month jugak.

Dan yang terbaru beli kat Jusco jugak. 2 helai tuala warna hijau & peach. Pastu amik jugak mitten & booties sepasang. Mak saya pesan tak payah beli mitten & booties banyak-banyak sebab yang anak-anak buah saya punye dulu banyak kat kampung. Recycle jela..hehe..tapi mak kata kalau nak beli jugak belila sepasang dua buat syarat nak sambut baby (^_^)

So far tu jela barang-barang baby yang dah dibeli. Dah berabis lebih kurang RM130...Plan nak beli baju-baju ni sebulan dapat 3 ke 5 pasang cukupla...next plan nak beli breastpump. Tengah survey brand ape yang bagus & mampu dibeli...yang ni kena pakai banyak duit. So ummi ngan abi kena kumpul duit tau...(^_^)

Friday, December 4, 2009

:: Perlu Makan Lebih Banyak Besi (Iron) ::

Alangkah susah hatinya saya bila tengok paras Hemoglobin (Hb) saya utk bulan ni hanya 9.3 (unit xpasti plak..)! Aik, cane bleh jadi macam ni ye? Ni confirm kena bebel ngan nurse ni...apa mau jawab daa...

Memang betul pun, bila sesi khidmat nasihat ibu hamil, nurse tu menjerit tengok bacaan Hb saya. Dia tak marahla..just nak tunjuk ekspresi terkejut dia la agaknya. Nurse tu tanye macam mane dari Hb 12 lebih bleh turun banyak ni?? Saya plak dgn confidentnye menjawab "Dah takdir nak buat camne..." hehe takdela. Tipula kalau jawab macam tu, kenala bagi alasan yang berasaskan fakta saintifik huhu...

So, dengan confidentnya saya menjawab "Dulu masa Hb 12 tu saya makan obimin amik kat klinik swasta. Ni lepas makan suplemen klinik kerajaan la Hb saya turun" Bajet macam nak menyalahkan hospital kerajaan la kononnya..hehe...

Nurse pun membalas "Adik, obimin tu lagi sikit tau peratusan zat besi dia per tablet. Yang kitorang bagi tu 200mg per tablet. Ni mesti adik salah makan ni, ke tak makan langsung kot..." Oooo main serkap jarang plak dia.

Tanpa melengahkan masa saya pun membalas hujah membela diri "Saya makan la kak...tapi kadang2 tu tertinggal la jugak. Tapi tak selalu la..."

Nurse bertanya lagi "Camne cara adik makan? Lepas makan nasi terus telan ubat ke? Ade tak telan ubat ngan air manis?"

Uik, memang saya telan ubat lepas makan nasi. Dah bulan lepas masa amik ubat tu Nurse kata makan ubat lepas sarapan atau makan nasi. Salah ke??? Cuma takdela saya telan ngan air manis. Kadang-kadang je kalau desperate hehehe...

So, saya pun ngaku jela. Maka terbongkarlah rahsia yang saya sebenarnya telah mengamalkan cara makan suplemen yang salah..huhuhu konon-konon nak tunjuk pandai akhirnya diri sendiri yang terbukti tak pandai. Padan muka saya. Moral of the story, jangan cuba nak memandai, sila google dulu di internet pasal ubat-ubatan sebelum berdebat dengan mereka yang lebih pakar di hospital..hehe..

Tapi takpe jugak...ada hikmahnya Hb saya turun, baru saya tau cara yang betul makan tablet zat besi (iron). Dia kena makan 1 jam sebelum atau selepas makan. tidak boleh makan sejurus selepas makan nasi atau dah dekat2 nak makan nasi. Sebabnya pil akan dihadamkan bersama nasi/makanan yang kita ambil dan seterusnya menjadi sebahagian dari najis. Membuang masa saja makan suplemen jika begitu jadinya...Sepatutnya suplemen diserap ke dalam darah maka sebab itu perut perlu kosong untuk memudahkan penyerapan. Untuk menggandakan lagi penyerapan, ambil tablet iron bersama tablet Vitamin C....

Jadi saya pun berjanji dengan nurse yang saya akan makan tablet iron dgn cara yang betul. Huhu siap berjanji tu..yela nak elak dari kena bebelan yang bertubi2. Selain itu, saya juga kena makan makanan yang kaya zat besi macam kerang, bayam, peria, pegaga etc. Baiklah, semua makanan itu saya suka. Jadi sudah tentu tiada masalah bagi saya untuk menelan makanan itu sebanyak yang mungkin InsyaAllah...

Lagi dua minggu kena pegi check lagi sekali. Patutnya bulan depan (sebulan sekali je untuk routine checkup), tapi sebab kes Hb saya yang turun mendadak ni, kena pegi check dengan lebih kerap. Nasib baik memang ada tarikh scan perut lagi dua minggu so book jela tarikh yg sama utk check Hb. Tak payah pegi klinik banyak kali...

Friday, November 20, 2009

:: Yang Terkini ::

Berita terkini tentang saya a.k.a Mama, Baby, En Suami & Kerja

:: Mama & Baby ::

Alhamdulillah...Mama & Baby sihat walafiat sekarang ni...Usia kandungan dah mencecah 15 minggu. Lagi 2 minggu je lagi baby dah nak ada nyawa (^_^) mudah2an berterusan sihat begini. Cuma beberapa hari lepas perut rasa lain macam. Terjaga tengah malam, perut terus cramp, tak boleh bergerak, mulut hanya mengucap, istighfar dan minta pertolongan Allah... Takut sangat especially kalau apa2 jadi kat baby, nauzubillahimin dzalik. Syukur bila benda2 ni terjadi en suami ada di sisi. Dia pun panik, pegang perut saya, saya menjerit tak bagi sebab sakit sangat! Dia nak bawak pegi klinik tapi nak bangun pun tak boleh, cane nak pegi. Saya cuba ngiring ke kanan pelahan-lahan, tiba2 muntah. takde ape yg keluar cuma angin yang banyak diakhiri dengan muntah cecair yang rasa dia pahit sangat! Yang lawak tu, en suami sempat cari besen nak tadah muntah, besennya sikit punya besar! Dia kata dia nak amik besen kecik tapi takut saya muntah banyak, of course akan tumpah2 sampai kena tilam, nanti saya marah dia pulak. Hai suamiku...nampak sangat saya selalu marah dia sampai dalam keadaan kecemasan pun dia boleh fikir lagi supaya tak kena marah dengan saya. Alahai..Sungguh kejam diriku ini! Maafkan ayang ye sayang, ayang pun tak tau kenapa ayang cepat nak marah sekarang ni. Harus diubah perangai buruk ini!

:: En Suami ::

Sejak en suami ada selalu di sisi, saya rasa bahagia sangat. Tidur malam pun dah tak takut dah sebab suami tercinta ada di sebelah. Sekarang ni pergi dan balik kerja dah ada driver. Ofismate pun selalu tegur setiap kali saya tunggu suami depan lobby ofis "Tunggu cik abang ke?" Hehe yela..jeles la tu! kuikuikui...Takde maknenya! (^_~) Tiap-tiap hari makan same-same, solat same-same, kadang-kadang ngaji quran same-same... memang seronok sangat. Baru sekarang saya dapat nikmat tinggal bersama yang tersayang sebagaimana pasangan suami isteri yang lain. Tak sia-sia saya bersabar selama ni, syukur alhamdulillah (^_^) En Suami sekarang bekerja sendiri, buat kerja-kerja wiring, sesuai dengan kepakaran dan minat yang memang ada pada beliau. Dan satu lagi kerja sampingan beliau, membuka car wash bersama kawan baiknya. Maka semakin terpeliharalah sang kancil kami yang seekor itu. Kalau tidak, sebulan sekali nak 'mandi' pun payah. hehehe....

:: Kerja ::

Bulan ni sangat sibuk. Revise balik mana2 KPI yang belum achieve. Ada workshop untuk dijayakan, ada jugak training yang perlu dihadiri...Walaupun penat tapi saya suka bila kerja sibuk macam ni. Rasa masa 8 jam di ofis betul2 terisi dengan kerja bermanfaat. Hai, selama ni buat kerja tak bermanfaat ke? hehe...takla selalu,kadang2 je! (^_~)v

Kesimpulannya, (macam menulis karangan penulisan bahasa melayu pula!), kehidupan saya lebih baik sekarang ni. Saya sangat-sangat bersyukur dengan kurniaan Illahi. Mudah-mudahan segala kebaikan yang saya dapat sekarang ni akan berterusan dan bertambah baik dimasa hadapan, insyaALLAH!

Friday, October 30, 2009

:: Oh Berat Badanku! ::

I gained another 3 kg!!!

Total weight now is 55 kg

Berat masa pregnant 4 weeks 51 kg

So dalam masa 8 minggu dah naik 4 kg

Tapi pelik

Cincin masih longgar

Tengok tulang tangan ni masih cekeding

Pipi pun x chubby mane

Tanya kat kawan-kawan pun diorang kata tak nampak naik pun badan I nih

Ke mane perginya 4 kg itu?

Baby ambil semuakah?

Hmm..takpe..takpe..

Yang penting saya memang suka sebab seumur hidup x pernah capai berat macam ni tau!

Makan lagi Makan lagi! Kita kasi up lagi 10 kg!

Huahuahua!!!

Thursday, October 29, 2009

:: 3 Bulan Sudah! ::

Hari ini my little tiny baby (or babies?...huhu mane tau kan tetiba dapat twins!) dah genap 3 bulan mendiami 'rumah' sementaranya dalam perut mama dia yang dah membuncit sedikit. Kadang-kadang saya rasa perut ni sama je saiz dia macam sebelum preggy dulu. Nampak sangat perutku ini memang tak layak dikategorikan perut kempis yang menawan hehehe...3 bulan memang xnampak perubahan sangat. Belum boleh pakai baju mengandung pun...Baju kurung pun masih banyak space lagi, tak perlu besarkan pinggang or whatsoever.


Alhamdulillah tempoh trimester awal sangat menyenangkan bagi saya. Saya bersyukur sangat sebab dikurniakan selera makan yang sama (sebenarnya bertambah hehe..) seperti sebelum mengandung. Muntah cuma 3x aje. Aje tau...siap boleh ingat. Tu pun muntah angin je, xkeluar ape-ape. Berat badan pun bertambah lebih kurang 1.7 kg. Kalau ikut standard kenaikan berat badan bagi trimester pertama dah lulus dah tu...tak lebih dan tak kurang..


Pergerakan baby pun belum rasa lagi. Tapi past 3 weeks ade jugak rasa macam menguit-nguit kat perut sebelah kanan. Itu baby yang menguit ke cacing kerawit yang menguit hehehe... Ntahla...masa tu jela yang rasa macam tu. Lepas tu dah tak dah...Sampai risau pulak, baby ok ke kat dalam tu. Nape mama tak rasa ape2...Tapi menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai di internet dan majalah, it's normal...Tunggulah esok bila baby dah aktif bergerak dan dah pandai tendang perut mama dia, baru tau best ke tak (^_~)


Papa baby pun dah balik Kulim jaga mama dan baby (^_^) ... Syok giler sekarang ni, ada orang tolong basuh baju, basuh pinggan, sapu sampah, buang sampah, sidai dan angkat kain kat jemuran, kemas rumah, lap tingkap, lap meja, cuci kereta (uih banyaknye kerja!)...hehe saya buat kerja yang ringan-ringan je macam tido, tido dan tido...ish xdela, tanggungjawab isteri wajib dilaksanakan. Memasak masih jadi tugas saya..dan lipat kain sebab kerja tu je yang xbanyak bergerak. Yang lain semua En. Suami tolong buat. Dia dah janji dah dulu...so nak buat macam mane kan. Kenala kotakan janji tu, nanti kena tulah ibu mengandung pula..huhu...


Sempena baby dah 3 bulan mama nak celebrate la, boleh tak? Eh, sukahati saya la kan..hehe. Tak payah susah-susah, En. Suami pun tak payah jenuh nak fikir nak cari makanan pelik-pelik nak memenuhi keinginan saya ni. Saya cuma nak pergi makan sizzling mee kat G*ant je. Tengok, senang kan jadi orang macam saya. Jangan mengidam benda pelik-pelik sampai menyusahkan orang di sekeliling anda terutamanya suami. Kalau ngidam yang pelik-pelik tu tarik nafas panjang-panjang dan banyakkan beristighfar (^_^) Petang ni jugak nak pegi makan sizzling mee. Yehaaa!!!!




Gambar ultrasound scan kat atas ni masa baby 10 minggu. Saya pelik, jalur panjang kat atas perut baby tu tangan baby ke tali pusat? En. Suami kata tu tangan baby, baby lambai-lambai kat mama & papa sambil cakap "Mama Papa, tengok baby kat sini!" hehehe...dialog ni hanya rekaan semata-mata ye. Tapi kalau betul tu tangan baby memang sah anak mama (^_^) Doktor yang buat scan ni kata walaupun baby baru 10 minggu tapi panjang baby macam dah 12 minggu. Cepat betul anak mama membesar ye. So, Doktor nasihatkan get ready two weeks earlier dari tarikh jangkaan bersalin sebab takut bersalin awal pula. Tarikh jangkaan baby lahir 13 Mei 2010, sama dengan besday papa dia. Tapi kalau baby lahir dua minggu awal, dah nak dekat dengan besday mama pulak 27 April 2010. So, baby pilih la ye, nak sama ngan mama ke nak sama ngan papa hehehe...


Oh sudah penat menaip. Mau berhenti setakat ni dulu...doakan saya dan baby selamat sejahtera okay! (^_^)