Friday, November 20, 2009

:: Yang Terkini ::

Berita terkini tentang saya a.k.a Mama, Baby, En Suami & Kerja

:: Mama & Baby ::

Alhamdulillah...Mama & Baby sihat walafiat sekarang ni...Usia kandungan dah mencecah 15 minggu. Lagi 2 minggu je lagi baby dah nak ada nyawa (^_^) mudah2an berterusan sihat begini. Cuma beberapa hari lepas perut rasa lain macam. Terjaga tengah malam, perut terus cramp, tak boleh bergerak, mulut hanya mengucap, istighfar dan minta pertolongan Allah... Takut sangat especially kalau apa2 jadi kat baby, nauzubillahimin dzalik. Syukur bila benda2 ni terjadi en suami ada di sisi. Dia pun panik, pegang perut saya, saya menjerit tak bagi sebab sakit sangat! Dia nak bawak pegi klinik tapi nak bangun pun tak boleh, cane nak pegi. Saya cuba ngiring ke kanan pelahan-lahan, tiba2 muntah. takde ape yg keluar cuma angin yang banyak diakhiri dengan muntah cecair yang rasa dia pahit sangat! Yang lawak tu, en suami sempat cari besen nak tadah muntah, besennya sikit punya besar! Dia kata dia nak amik besen kecik tapi takut saya muntah banyak, of course akan tumpah2 sampai kena tilam, nanti saya marah dia pulak. Hai suamiku...nampak sangat saya selalu marah dia sampai dalam keadaan kecemasan pun dia boleh fikir lagi supaya tak kena marah dengan saya. Alahai..Sungguh kejam diriku ini! Maafkan ayang ye sayang, ayang pun tak tau kenapa ayang cepat nak marah sekarang ni. Harus diubah perangai buruk ini!

:: En Suami ::

Sejak en suami ada selalu di sisi, saya rasa bahagia sangat. Tidur malam pun dah tak takut dah sebab suami tercinta ada di sebelah. Sekarang ni pergi dan balik kerja dah ada driver. Ofismate pun selalu tegur setiap kali saya tunggu suami depan lobby ofis "Tunggu cik abang ke?" Hehe yela..jeles la tu! kuikuikui...Takde maknenya! (^_~) Tiap-tiap hari makan same-same, solat same-same, kadang-kadang ngaji quran same-same... memang seronok sangat. Baru sekarang saya dapat nikmat tinggal bersama yang tersayang sebagaimana pasangan suami isteri yang lain. Tak sia-sia saya bersabar selama ni, syukur alhamdulillah (^_^) En Suami sekarang bekerja sendiri, buat kerja-kerja wiring, sesuai dengan kepakaran dan minat yang memang ada pada beliau. Dan satu lagi kerja sampingan beliau, membuka car wash bersama kawan baiknya. Maka semakin terpeliharalah sang kancil kami yang seekor itu. Kalau tidak, sebulan sekali nak 'mandi' pun payah. hehehe....

:: Kerja ::

Bulan ni sangat sibuk. Revise balik mana2 KPI yang belum achieve. Ada workshop untuk dijayakan, ada jugak training yang perlu dihadiri...Walaupun penat tapi saya suka bila kerja sibuk macam ni. Rasa masa 8 jam di ofis betul2 terisi dengan kerja bermanfaat. Hai, selama ni buat kerja tak bermanfaat ke? hehe...takla selalu,kadang2 je! (^_~)v

Kesimpulannya, (macam menulis karangan penulisan bahasa melayu pula!), kehidupan saya lebih baik sekarang ni. Saya sangat-sangat bersyukur dengan kurniaan Illahi. Mudah-mudahan segala kebaikan yang saya dapat sekarang ni akan berterusan dan bertambah baik dimasa hadapan, insyaALLAH!

Friday, October 30, 2009

:: Oh Berat Badanku! ::

I gained another 3 kg!!!

Total weight now is 55 kg

Berat masa pregnant 4 weeks 51 kg

So dalam masa 8 minggu dah naik 4 kg

Tapi pelik

Cincin masih longgar

Tengok tulang tangan ni masih cekeding

Pipi pun x chubby mane

Tanya kat kawan-kawan pun diorang kata tak nampak naik pun badan I nih

Ke mane perginya 4 kg itu?

Baby ambil semuakah?

Hmm..takpe..takpe..

Yang penting saya memang suka sebab seumur hidup x pernah capai berat macam ni tau!

Makan lagi Makan lagi! Kita kasi up lagi 10 kg!

Huahuahua!!!

Thursday, October 29, 2009

:: 3 Bulan Sudah! ::

Hari ini my little tiny baby (or babies?...huhu mane tau kan tetiba dapat twins!) dah genap 3 bulan mendiami 'rumah' sementaranya dalam perut mama dia yang dah membuncit sedikit. Kadang-kadang saya rasa perut ni sama je saiz dia macam sebelum preggy dulu. Nampak sangat perutku ini memang tak layak dikategorikan perut kempis yang menawan hehehe...3 bulan memang xnampak perubahan sangat. Belum boleh pakai baju mengandung pun...Baju kurung pun masih banyak space lagi, tak perlu besarkan pinggang or whatsoever.


Alhamdulillah tempoh trimester awal sangat menyenangkan bagi saya. Saya bersyukur sangat sebab dikurniakan selera makan yang sama (sebenarnya bertambah hehe..) seperti sebelum mengandung. Muntah cuma 3x aje. Aje tau...siap boleh ingat. Tu pun muntah angin je, xkeluar ape-ape. Berat badan pun bertambah lebih kurang 1.7 kg. Kalau ikut standard kenaikan berat badan bagi trimester pertama dah lulus dah tu...tak lebih dan tak kurang..


Pergerakan baby pun belum rasa lagi. Tapi past 3 weeks ade jugak rasa macam menguit-nguit kat perut sebelah kanan. Itu baby yang menguit ke cacing kerawit yang menguit hehehe... Ntahla...masa tu jela yang rasa macam tu. Lepas tu dah tak dah...Sampai risau pulak, baby ok ke kat dalam tu. Nape mama tak rasa ape2...Tapi menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai di internet dan majalah, it's normal...Tunggulah esok bila baby dah aktif bergerak dan dah pandai tendang perut mama dia, baru tau best ke tak (^_~)


Papa baby pun dah balik Kulim jaga mama dan baby (^_^) ... Syok giler sekarang ni, ada orang tolong basuh baju, basuh pinggan, sapu sampah, buang sampah, sidai dan angkat kain kat jemuran, kemas rumah, lap tingkap, lap meja, cuci kereta (uih banyaknye kerja!)...hehe saya buat kerja yang ringan-ringan je macam tido, tido dan tido...ish xdela, tanggungjawab isteri wajib dilaksanakan. Memasak masih jadi tugas saya..dan lipat kain sebab kerja tu je yang xbanyak bergerak. Yang lain semua En. Suami tolong buat. Dia dah janji dah dulu...so nak buat macam mane kan. Kenala kotakan janji tu, nanti kena tulah ibu mengandung pula..huhu...


Sempena baby dah 3 bulan mama nak celebrate la, boleh tak? Eh, sukahati saya la kan..hehe. Tak payah susah-susah, En. Suami pun tak payah jenuh nak fikir nak cari makanan pelik-pelik nak memenuhi keinginan saya ni. Saya cuma nak pergi makan sizzling mee kat G*ant je. Tengok, senang kan jadi orang macam saya. Jangan mengidam benda pelik-pelik sampai menyusahkan orang di sekeliling anda terutamanya suami. Kalau ngidam yang pelik-pelik tu tarik nafas panjang-panjang dan banyakkan beristighfar (^_^) Petang ni jugak nak pegi makan sizzling mee. Yehaaa!!!!




Gambar ultrasound scan kat atas ni masa baby 10 minggu. Saya pelik, jalur panjang kat atas perut baby tu tangan baby ke tali pusat? En. Suami kata tu tangan baby, baby lambai-lambai kat mama & papa sambil cakap "Mama Papa, tengok baby kat sini!" hehehe...dialog ni hanya rekaan semata-mata ye. Tapi kalau betul tu tangan baby memang sah anak mama (^_^) Doktor yang buat scan ni kata walaupun baby baru 10 minggu tapi panjang baby macam dah 12 minggu. Cepat betul anak mama membesar ye. So, Doktor nasihatkan get ready two weeks earlier dari tarikh jangkaan bersalin sebab takut bersalin awal pula. Tarikh jangkaan baby lahir 13 Mei 2010, sama dengan besday papa dia. Tapi kalau baby lahir dua minggu awal, dah nak dekat dengan besday mama pulak 27 April 2010. So, baby pilih la ye, nak sama ngan mama ke nak sama ngan papa hehehe...


Oh sudah penat menaip. Mau berhenti setakat ni dulu...doakan saya dan baby selamat sejahtera okay! (^_^)

Tuesday, September 29, 2009

:: I hate what I loved! ::

Ada orang kata bila ‘membawak budak’ ni perangai kita akan berubah serba sedikit. Apa yang kita suka jadi tak suka dan macam tu juga sebaliknya. Dulu saya tiada masalah untuk minum minuman bersusu. Bila kawan saya cerita kat saya yang dia tak lalu minum susu masa mengandung, saya terus terfikir..hmm aku nanti takde masalah kot, aku suke je minum susu. Pastu boleh pulak berangan kalau mengandung nak minum susu banyak-banyak supaya baby sihat dan kuat! Hehe macam iklan milo pulak,dah tu minum jela milo! Kecoh betol! (^_~)v

Tapi itu semua hanya omong kosong a.k.a angan-angan Mat Jenin. Sekarang nak bancuh susu pun dah rasa lain macam. Ni tengah menulis pasal susu pun dah bergelodak isi perut! Masa awal-awal dulu, bolehla jugak maintain minum, tu pun segelas je sehari. Patutnya minimum dua gelas sehari. Sekarang ikut ‘dan’. Rasa larat nak minum,minum.. Ada sorang kawan baik pulak cerita kakak dia pun tak larat minum susu, so kakak dia ganti dengan ikan bilis. Hari-hari kakak dia ‘belasah’ ikan bilis. Hasilnya anak kakak dia lebih cepat angkat kepala berbanding dengan baby-baby yang seusia dengannya. Cepat angkat kepala maknanya tulang kuat la tu…Moral of the story, makanlah ikan bilis banyak-banyak untuk tulang yang sihat dan kuat! Tapi ikan bilis mahal oh…sekilo RM30 yang dah siap kopek. Tapi takpelah, demi kemantopan tulang anakku mama rela berkorban huhu….


Tu baru bab susu, ada banyak lagi benda yang terbalik sekarang ni. Sekarang saya lebih suka makan ayam berbanding ikan. Kalau dulu ayam adalah pilihan lauk terakhir, sekarang ayam tula yang paling seksi dan menggoda dalam banyak-banyak lauk kat cafeteria ofis saya. Kalau pergi pasar malam pun, asyik-asyik beli bihun/kuey teow sup ayam. Laksa dah tak layan lagi dah…Mak saya kata, sebenarnya yang nak makan tu anak kita, bukan kita. Selera kita tetap sama macam dulu. Oooo..nampaknya baby saya ni kecik-kecik lagi dah pandai psiko mama dia ek hehehe…Nak jugak selit satu lagi cerita, mak saya dulu suka makan kopi mentah masa mengandungkan saya! Uihh..pahit tu!


Perfume kegemaran pun dah tak boleh pakai lagi dah. Ada satu perfume silky girl tu je yg saya ‘lalu’ nak pakai. Bau shower foam lagila…mandi sambil tahan nafas! Kena cari showerfoam yang odorless la jawabnya. Tak pun yang bau fresh macam bau limau baru okay dan boleh mandi dengan tenang. Bila bau perfume yang agak ‘strong’ ni serta merta jadi loya. Kepada En. Suami saya berpesan, lepas mandi duduk jauh-jauh dulu, bila dah busuk sikit baru datang dekat. Sebab biasanya lepas mandi En. Suami akan pakai krim rambut yang baunya alahai…bisa membuak isi perutku ini!


Sebenarnya ada satu lagi mangsa ‘kebencian’ saya sejak 2 bulan kebelakangan ni. Mangsanya ialah blog ni! Adoyai…malasnye nak update! Ni pun taip dulu kat word baru paste. Kalau tak saya lebih suka tulis direct kat new post column. Rasa macam menyampah pulak tengok blog sendiri. Haha mungkin sebab blog ni huduh kot huhuuu…



Takpela, rasanya perangai pelik-pelik ni semuanya sementara je…Nanti bila tiba masa elok balikla tu…

(^_^)


Kalau dulu berdua, kini 'bertiga' lebih baik!

\(^__^)/

Friday, September 4, 2009

:: Be +ve! ::

Saya positif hari ini.
Sebab saya sangat gembira.
Gembira adalah tanda kita positif.
Benda-benda yang positif juga membuat kita gembira.

Kalau saya sedih/kecewa sekalipun, saya mesti positif juga.
Sebab bila kita positif semasa kecewa, kita takkan meratapi kekecewaan itu.
Meratapi kekecewaan tentunya sesuatu yang tidak positif.
Oleh itu, kena sentiasa positif.
Sedih ke gembira ke mesti positif.

Bila positif hidup kita jadi lebih semangat.
Bila positif kita boleh nampak jalan yang tertutup selama ni.
Bila positif kita rasa sangat bahagia.
Bila positif kita sentiasa rasa dikasihi dan ingin mengasihi orang lain.

Tapi bila positif berpenyakit AIDS, H1N1, kanser atau penyakit lain yang berbahaya,
Itu tidak menyeronokkan ye. Nauzubillah min dzalik!
Ia adalah musibah tapi masih boleh bersikap positif menerimanya.
Maknanya Allah swt sayang pada kamu.
Bukankah penyakit itu penghapus dosa?
Ya, maka positiflah!

Dulu saya selalu tak positif,
Tapi hari ini....
SAYA POSITIF! Yeay!!!

\(^__^)/

~Alhamdulillah~



Thursday, September 3, 2009

:: 13 days of Ramadhan ::

Lamenye tak update blog! Last entry masa 1 Ramadhan. Sekarang dah 13 Ramadhan. Cepatnye masa berlalu. Dan alhamdulillah, saya belum 'tuang' puasa lagi buat masa ini! (^__^). 'Tuang' yang dibolehkan ye...bukan 'tuang' bukak periuk sembunyi-sembunyi di siang hari. hehe...

Kalau terus dapat puasa 30 hari lagi best! Harap-harapnya begitulah... (^__~)

Thursday, August 20, 2009

:: Ramadhan 1430H ::

SABTU
22 OGOS 2009
1 RAMADHAN 1430H



Ya Allah Ya Tuhanku,
Panjangkanlah umurku, kedua ibu dan bapaku, suamiku, & seluruh saudara-saudaraku Muslimin dan Muslimat sekalian untuk kami merasai sekali lagi nikmatnya kedatangan Ramadhan pada tahun ini,
Dan sihatkanlah tubuh badan kami supaya kami dapat menyempurnakan amal ibadat di bulan Ramadhan dengan sebaik-baiknya
Amin...