Monday, November 11, 2013

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim ~ I'm back!!! (^___^)

Assalamualaikum!!! Haha.. setelah sekian lama tak aktif menulis. Kini daku kembali!!! Weeehuuu!!! dan ia juga menandakan daku sudah merdeka dari "satu" perkara yang dulu macam sesak sangat kepala hotak bila memikirkan jalan penyelesaiannya. Syukur alhamdulillah... akhirnya boleh tersenyum lega dan berlapang dada.

Namun begitu!!! haaa...suspen tak? hehe... cabaran yang baru pasti ada. Hidup memang tak pernah sunyi dari cabaran, masalah, ujian dan yang sewaktu dengannya. Tapi sebagai hambaNYA kita kena yakin ujian yang datang memang selayaknya ALLAH berikan untuk kita sebab apa yang ALLAH bagi tu memang sesuai sangat untuk dan kita mampu menanggungnya.

Allah berfirman di dalam Surah Al-Baqarah ayat 284-286 yg bermaksud:"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.Ia mendapat pahala( dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa(dari kejahatan) yang dikerjakannya"


Allah bagi ujian kat kita sebab Allah sayang kita. Allah nak kita jadi kuat. Macam besi. Makin dibakar makin kuat! Kalau tengah kalut dengan masalah, memang kadang-kadang saya melatah. Sampai satu tahap rasa nak putus asa pun ada. Tapi syukurla ada sorang ni yang selalu sabar dengan perangai saya dan tak jemu-jemu beritahu ni ujian ALLAH... kena terima dengan redha dan mesti SABAR. Masa-masa sukar itu akan berlalu. Kita mesti lalui saat-saat sukar tu dan yakin Allah nak bagi benda yang elok di penghujungnya. Orang yang saya maksudkan tu tak lain tak bukan orang yang selalu kena dengar omelan saya hari-hari tanpa gagal. Suami saya. Huhu...

Oklah. sekarang ni tengah waktu rehat sebenarnya... saya sekarang dalam misi kembara mencari ilmu di satu tempat yang Subhanallah...sangat cantik! Semua tempat yang Allah cipta tu cantik. Apelah aku ni! hehe.. Ada banyak lagi benda nak tulis tapi pelan-pelan kayuh kita cerita di lain masa.

Hint for next post: Cara terbaik atasi anak yang demam setelah bereksperimentasi dengan pelbagai kekdah.

Monday, July 11, 2011

Temporarily no more blog entry

Saya rasa kepala macam nak meletop. Boleh gitu? Macam-macam benda nak kena fikir. Kesian kepala otakku ini, tak berehat langsung. Kecuali masa tido, tu pun mimpi macam-macam. Tu kira otak berfikir jugak ke? Hehe...entahla. Ku rindukan kedamaian!!!! Hmmm...selagi yang 'satu' itu tak selesai, selagi itulah fikiran saya semak. Kalau yang 'satu' itu selesai, rasanya separuh dari beban fikiran ni akan hilang. Masa tu indahnya dunia!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Nak pergi ke mana-mana pun hati senang. Ni tak, kalau nak pergi mana-mana, kalau teringat yang 'satu' tu terus terbantut segala rasa. Terus rasa macam ala...tak syoknya!!! Nak happy-happy pun tak berapa happy bila terkenangkan yang 'satu' tu.

So, dengan ini saya nak mengisytiharkan saya nak berhibernasi dari penulisan blog ni tapi buat sementara jela, sampai yang 'satu' tu benar-benar selesai. Saya nak jadikan blog ni satu motivasi, selagi tak settle yang 'satu' tu, tak boleh tulis blog! Berapa lama? Wallahua'alam... huhu...

Kepada pembaca-pembaca blog ni, tunggu jela kemunculan entri saya selepas misi saya ni ye. Saya doakan hidup anda ceria-ceria selalu di samping yang tersayang. See ya! (^___^)

Wednesday, June 22, 2011

Tentang Encik Suami

Saya jarang bercerita tentang ENCIK SUAMI dalam blog ni (ke tak pernah?).

Dah banyak kali cuba tulis tapi asyik tulis padam tulis padam.

Last-last tak tulis langsung.
 
Sebabnya terlalu banyak perkara best tentang suami sampai tak tercerita dan tak reti nak cerita.

So tu jelah nak tulis pasal suami saya.

Hehehehe....








Nantilah, bila saya dah pandai cerita saya tulis lagi TENTANG ENCIK SUAMI (^__^)
Macam ada orang nak kesah ko tulis ke tak, huhuhu.....







Monday, June 6, 2011

BF Selepas Setahun...

Pertama sekali saya ingin menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana melalui tubuh saya yang kurus kering ini Allah swt telah terbitkan minuman berkhasiat yang mencukupi untuk anak saya sehingga ke hari ini. Note: Hari ni Ajmal dah berusia setahun 24 hari. Kadang-kadang rasa kelakar juga bila ada mata yang terus memandang ke arah fizikal saya yang kurus ni dari atas sampai bawah bila saya menyatakan anak saya tidak minum susu formula dan fully bf. Jangan pandang rendah keupayaan saya ye. Kurus-kurus pun alhamdulillah saya mampu mengenyangkan anak saya.

Bila bercerita di blog atau semasa bercerita pada kawan-kawan pasal pengalaman bf saya, tak sangka pulak kita ni ada mengguris hati sesetengah pihak. Saya manusia biasa, tak lepas dari kekhilafan. Tujuan kita nak bercerita mana tau si dia nak ambil iktibar. Tapi mungkin ada bahagian-bahagian penceritaan kita itu kurang digemari sampai ada pulak yang terasa.

Saya tidak terlintas langsung untuk meninggi-ninggi diri mengatakan saya ibu yang berjaya dalam penyusuan susu ibu. Tetapi ketahuilah, usaha untuk menjadi seperti sekarang bukan bermula sebulan atau dua bulan sebelum Ajmal lahir. Malahan sebelum saya berkahwin lagi! Sebelum kahwin, saya selalu beli majalah Pengantin, tapi dah lama-lama boring pulak. Terus saya bertukar kepada majalah Pa&Ma. Dari situlah bermula segala-galanya. Dengan ilmu yang kosong mengenai dunia penyusuan susu ibu saya beli majalah Pa&Ma setiap bulan dan kutip ilmu sedikit demi sedikit. Sampai ada yang kata, belum kahwin pun dah baca majalah Pa&Ma ke? Eksited betul! Ala, apa salahnya. Takkan masa kat nak terberanak baru nak baca? Hehehe….

Seperti yang saya selalu tulis dalam hampir setiap entri berkaitan susu ibu, NIAT sangat memainkan peranan di samping MINDA YANG TENANG DAN POSITIF, USAHA dan DOA. Dan dalam pemerhatian saya (ini bukan fakta ye, cuma pandangan peribadi), semakin lama ibu-ibu pasang niat untuk menyusu anak semakin tinggi potensi untuk kejayaan fully bf. Contohnya, sebelum mengandung lagi dah bercita-cita nak fully bf.

Saya juga tak menyusu susu ibu saya sepenuhnya. Cumanya menurut ibu saya saya adalah anak yang paling lama 'ngempeng' (perkataan jawa yang bermaksud menyusu susu badan). Ibu saya sendiri tak pernah menekankan pada saya nanti bila anak dah lahir wajib fully bf. Tetapi bila membaca penulisan orang lain tentang konsep penyusuan susu ibu, kesedaran itu sedikit demi sedikit datang dan meresap dalam jiwa sehingga saya nekad untuk menyusukan anak selagi terdaya. Telah tertulis dalam Al-Quran susuilah anakmu sehingga umurnya 2 tahun. Kalau kita tak mampu tak mengapa, boleh cari alternatif lain..Tetapi janganlah sampai menentang pula ya. Suruhan menyusukan anak ni bukan saya yang kata, tetapi Allah swt yang kata…

Jadi, kepada ibu-ibu yang tidak/kurang berjaya dalam penyusuan susu ibu, saya ingin bertanya,

Adakah selama-selamanya anda akan menganggap diri anda tidak/kurang berjaya untuk menyusukan bayi anda dan bakal-bakal bayi anda yang seterusnya?

MUHASABAHLAH DIRI mengapa anda tidak/kurang berjaya. Saya sendiri sentiasa muhasabah diri kalau tetiba production susu merosot. Sesungguhnya ilmu Allah itu sangat luas…bacalah, carilah dan galilah lagi ilmu penyusuan susu ibu yang anda belum dan tidak ketahui selama ini. Saya tau ramai ibu di luar sana dah berusaha bermati-matian untuk menyusukan anak seperti orang lain, tetapi nasib tak menyebelahi dan tidak berjaya atas faktor-faktor tertentu yang hanya dia sendiri tahu sebabnya. Namun begitu, jadikanlah pengalaman sulung anda itu sebagai iktibar. Mungkin ada silap dimana-mana yang anda tidak perasan. Saya suka dan selalu mengatakan ayat ini kepada rakan-rakan yang tidak/kurang berjaya menyusukan anak “Anggaplah anak pertama ni macam eksperimen. Kita sebagai wanita yang pertama kali jadi ibu memang takde pengalaman langsung. Mana yang terus berjaya susukan baby, jangan takabur dan sentiasalah bersyukur. Mana yang tak berjaya, janganlah putus asa. Belajar dari kesilapan dan berdoalah mudah-mudahan anak ke-2 dan seterusnya boleh menyusu susu kita sepenuhnya”….. Jika bayi sulung anda tidak dapat anda susukan dengan susu ibu sepenuhnya, bagaimana pula dengan adik-adiknya? Adakah dia juga akan mendapat nasib yang sama seperti si abang atau si kakak?

Memang benar, menyusukan bayi dengan susu badan kita tak menjamin anak menjadi seorang yang bijak, pandai, baik, soleh etc. Yang penting cara didikan ibu bapa. Tetapi alangkah lebih baiknya jika anak kita mendapat ‘pakej’ iaitu didikan terbaik dari ibu bapa + dakapan kasih mesra ibu bila menyusukan anaknya. Curahan perasaan kasih sayang yang mengalir bersama susu yang diminum anak bila anda dakap anak yang sedang menyusu memang tak dapat digambarkan dan disamakan dengan mana-mana cara didikan pun di dunia ini. Masa menyusu anak tulah anda boleh tatap mata anak dalam-dalam dan tanpa perlu berkata-kata anda boleh ‘nyatakan’ betapa dalamnya kasih anda kepada si anak. Kalau tak dapat dua tahun pun, cukuplah masa anda berpantang anda menyusukan anak sepenuhnya. Cuba hayati saat-saat privasi anda berdua sepenuhnya kerana selepas anda kembali bekerja memang sah-sah takkan ada lagi saat-saat macam tu. Saya pernah mendengar satu kisah benar, seorang bayi tidak mendapat setitis pun susu ibunya kerana si ibu tak mahu berasa ‘susah’ bila nak mula bekerja nanti. Jadi dia terus mem’botol’kan anaknya dengan susu formula. Kalau anda rasa kesian pada si anak, sebenarnya kesian lagi pada si ibu kerana mensia-siakan peluang yang Allah swt bagi begitu sahaja…

Saya juga sekarang ni selalu beringat-ingat kalau nak manulis apa-apa pasal penyusuan susu ibu. Yelah, tak mahu lagi ada yang terasa atau terguris hati. Saya rasa semua ibu yang berblog dan bercerita tentang pengalaman masing-masing niatnya hanya nak share pengalaman dan berkongsi tips-tips kejayaan. Terlalu ghairah bercerita sampai terlupa ada yang tak senasib dengan kita dan terasa yang kita merendah-rendahkan diorang pulak. Di pihak saya sendiri saya akan terus berkongsi cerita dan terpulanglah kepada pembaca sekalian untuk menilainya sama ada saya ikhlas bercerita atau nak menunjuk-nunjuk (^___^)

 Pic taken while shopping at IKEA. Saya tak kisah menyusu anak di public asalkan kena caranya (^___^)


Tuesday, April 26, 2011

TANGAN yang menghayun buaian rupanya lebih hebat dari yang disangkakan!

Ada beberapa perkara yang selalu merunsingkan saya sepanjang berkecimpung dalam dunia ibu menyusu ni.

1. Kalau travel perlu tak nak beli adaptor machine pump supaya dapat pump dalam kereta

2. Bila balik kampung, saya memang malas nak bawak machine pump. Alasannya Ajmal boleh direct bf. Tapi kadang-kadang bengkak jugak sebab Ajmal sibuk main sampai tak ingat nak menyusu. Sudahnya menyesal sebab tak bawak machine pump!

3. Selalu mengepam susu dua kali kat ofis, pagi dan petang. Bila dah guna pump waktu pagi, nak kena basuh 'corong' pam. Kalau rajin pergi basuh terus, kalau malas, tunggu nak guna petang nanti baru terhegeh-hegeh nak pi basuh. Selalunya memang malasla hehehe...So, benda remeh macam ni (nak cuci dulu baru guna) membantutkan keinginan nak mengepam pada waktu petang. Lepas tu mengelat terus balik rumah sebab malas nak panjat tangga pergi toilet untuk basuh 'corong' tu. Natijahnya susu Ajmal untuk esok harinya tak cukup, padan muka aku! Esoknya pulak pam waktu pagi dan hantar susu kat Ajmal masa lunch hour. Tulah, malas lagi. Padan muka aku lagi sekali. Haha...

4. Kadang-kadang bila dah kat ofis baru sedar yang saya terlupa bawak 'corong'. Dah kena balik rumah pergi ambil benda alah tu...

5. Kalau takde power elektrik macam mana nak pam guna mesin? mau bengkak kronik dibuatnya!

So, kesimpulannya macam kalau tanpa pam berjasa saya tu saya tak boleh hidup la. Dia jadi macam satu benda besar dalam kepala yang menjadi bebanan untuk difikirkan. Hampir 10 bulan jugak saya berfikiran macam tu. Sampailah masanya saya meng'organize' dan menghadiri satu Kelas Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif di tempat saya mencari rezeki yang lebih dikenali sebagai ofis (^_~).

Memang banyak faedah yang kami (saya dan kawan-kawan) dapat dari kelas ni. Dan pada saya sendiri, ilmu paling extravaganza yang saya dapat ialah ini. Jeng jeng jeng........................




















MARMERT TECHNIQUE !!!!

Macam poyo je kan. Orang lain dah lama tau tapi kau baru terhegeh-hegeh nak announce yang kau dah pro bab marmert technique ni. Hehe...

Saya tau ramai yang dah tau teknik ni tapi saya nak bagitau kepada momma-momma dan bakal-bakal momma yang tak tau macam saya. Teknik ni sangat mudah dah praktikal kerana:

1. Tiada kos membeli
2. Tiada kos penyelenggaraan
3. 'Pam' paling senyap di dunia
3. Boleh digunapakai di mana-mana sahaja dan bila-bila masa
4. Fungsi mengepam dan MENGURUT. Pernah tak jumpa pam susu yang boleh mengurut? Takde kan takde kan, hehehe...
5. Sangat membantu kalau anda ada masalah susu tersumbat (susu berketul di payudara sebab lambat pam dan sebagainya)

Betul la kata Puan Hana, penceramah kelas ibu menyusu tu. JANGAN MENYUSAHKAN DIRI KALAU ANDA MEMILIH UNTUK FULLY BREASTFEED. Kita nak melaksanakan suruhan Allah yang menyuruh kita menyusukan anak kita sehingga umurnya 2 tahun (jika mampu). Jadi bila Allah dah suruh pasti ada jalan yang mudah. Cuma kita je yang selalu menyusahkan diri dan berfikir secara 'complicated'.

Memang betul kadang-kadang isu nak membeli pam ni menjadi beban bagi sesetengah pihak yang kurang mampu terutamanya surirumah yang tidak berpendapatan. Walaupun ada pam yang dijual semurah RM50, tetapi masih ada yang rasa ianya mahal. Kedudukan kewangan kita masing-masing berbeza kan. Jadi untuk anda yang merasakan tidak mampu untuk membeli pam susu, jangan khuatir! Kita sebenarnya sudah memiliki pam susu kita sendiri sejak dalam perut ibu kita lagi iaitu TANGAN KITA SENDIRI! Tangan yang menghayun buaian dan bisa menggegarkan dunia ini juga boleh menjadi alat bantu kepada penghasilan susu yang produktif!. Sila tonton video ini. (WARNING: Video ini untuk pelajaran, untuk orang lain yang tak mahu belajar teknik ini dinasihatkan jangan menonton)

Saya tidak menafikan peranan pam susu yang dijual di pasaran sebab selama ni pun benda tu lah yang saya usung hari-hari ke ofis dan memang ia sangat berjasa kepada saya dan Ajmal. Cumanya setelah mempelajari dan mempraktiskan teknik marmert ni, saya sangat berpuas hati kerana hasilnya menyamai hasil jika menggunakan pam dan kadang-kadang lebih pulak tu. Apa yang nak saya katakan ialah tak semestinya kita kena berbelanja besar untuk menjayakan penyusuan susu ibu secara eksklusif.

Kalau ikut hierarki ke'efektifan' cara mengepam susu/ mengosongkan payudara, di tangga teratas ialah ANAK kita sendiri. Kerana hanya hisapan bayi yang terbaik dan tidak dapat ditandingi oleh mana-mana mesin pam di pasaran pun. Yang kedua ialah TANGAN kita sendiri. Dan yang ketiga barulah mesin pam tak kira jenama dan harganya.

Mula-mula tu saya tak pandai juga apply teknik ni, kekok. Tapi dah lama-lama saya selesa. Tambahan pula atas dorongan rakan karib seperjuangan saya, Mami Farish. Baliau dah praktik lama dah teknik ni, dan sudah tentu beliau lagi pro dari saya hehe...Thanks to her sebab beliau yang suruh saya tonton video dan belajar teknik yang betul. Teknik ni tak boleh sembarang buat ye, belajar dan berlatih. Itu kunci kejayaan! (^___^)

Dah dua hari saya tak mengepam guna mesin semasa di ofis. Saya guna teknik ni lah. Saya nak berlatih mana tahu nanti nak kena hantar pam pergi servis ke, nak travel ke senang la kalau dah pandai. Alhamdulillah hasilnya memuaskan. Dalam 15 minit boleh dapat 3oz. Satu je, letih sikitla sebab kena fokus, tak macam selalu boleh buat kerja lain masa mengepam. 



 Wahai tangan berjasa, marilah bekerja bersama-sama dengan mesin pam ku supaya anakku dapat menikmati susuku berterusan sehingga umurnya 2 tahun. Syukur kepada Allah swt atas nikmat tangan berjasa ini (^___^)

Monday, April 18, 2011

Mode Layan Gambo (^___^)

Koleksi gamba anak bujang kesayangan hamba bila dah berumur 11 bulan. Untuk tatapan atuk, nenek, wak-wak, cik-cik dan sepupu-sepupu Ajmal yang jauh di mata...bukan selalu boleh jumpa Ajmal kan, jumpa masa raye je, tu pun tak tentu, mana tau jadual balik kampung tak sama (^__^) Satu lagi buat tatapan kita sekeluarga di masa hadapan...kot-kot ummi tak sempat cuci gamba ni letak dalam album, at least ada dalam blog kan....Bulan depan nak masuk setahun dah...ish rase tak caye lak. Meh pangggg sket! Adehhh....ha caye caye... (^__~)


 Jalan-jalan kat Jusco Perda. Masa ni kat Bata, ummi tengah cuba enam pasang kasut! 
Tapi beli satu jela..hehehe

 Walaupun gamba ni blur, ummi nak letak gak sebab masa ni Ajmal senyum paling manissssss sekali! (^__^) Susah tau nak dapat moment macam ni hehe...

 Ha tengok, kan dah masam balik. Ummi je yang tersengeh sorang-sorang (^__~)

 Nasib anak sulung memang macam ni, main sorang-sorang...masa ni ummi tengah lipat kain...

 Pose apakah ini? Pose mendongak mungkin...

 Masamnyeeeeeeeeeee!!! Tapi nak dekat suku jugak aiskrim tu Ajmal balun! hehehe...

 Keturunan kita ade ke dagu terbelah? Hmm...terkenan gamba yang ummi tengok masa mengandung Ajmal dulu kot....

 Ajmal nak tau tak, masa Ajmal tido ummi selalu cium Ajmal bertalu-talu. Sebab masa Ajmal jaga bukan main payah nak cium. asyik mengelak je huhuu....

 Satu-satunye gambo seksi.
Fesyen rambut Ajmal terkini, terpacak! (^__~)v



AJMAL BERSUKA SUKI MANDI KAT LATA MENGKUANG (BALING, KEDAH)


 Masa ni kita balik kampung Sik. First time Ajmal mandi air terjun. Ummi panggil air terjun walaupun airnye tak terjun mana pun hehe...Sejuk tau! tapi yang pelik Ajmal suka padahal kalau mandi air sejuk kat rumah menjerit-jerit! Nak kena anak bujang ummi ni, belakon ye huhu....Ajmal seronok la tu sebab bukan mandi kat bilik air kan. Ada pokok-pokok, batu-batu, air yang jernih lagi pulak naik 'boya' a.k.a pelampung. Lupa terus yang air tu sejuk. Ada la dalam 15 minit Ajmal berpoya-poya dengan abi kat dalam air tu. Ummi pulak sibuk tangkap gambar. Yela, kalau tak ummi tangkap gamba sape lagi ye tak? Hehehehe....

Bila-bila lapang kita pergi lagi ye! (^___^)


SIDE NOTE (Hanya untuk catatan peribadi, bukan nak menunjuk-nunjuk ye!)
Ajmal dah mula bertatih pada usia 10 bulan. 2 minggu lepas tu dah boleh menapak dalam lima langkah. Bila bagi bola sebijik, makin rajin berjalan sambil tendang bola...hmm standard la tu kan, anak kawan ummi pun macam tu (^___^) Tapi bila nampak kemajuan pada anak sendiri kita rasa terharu sangat. Tambah-tambah abi dia, selalu menitis air mata kegembiraan..hehe sori abi, ummi mengkantoikan abi di dalam blog ummi (^__~)v Abi Ajmal memang berjiwa sensitif sikit. Memetik kata-kata Adnan Sempit, muka ganas, dalam hati ada taman huhuu...Cuma berat badan tak berapa nak naik. Mungkin sebab dah aktif berjalan...selalunya macam tu la orang cakap. Okay, looking forward to celebrate Ajmal's 1st year next month. Nak buat ape ye...Ops, lupe pulak. Sama birthday dengan abi dia la! Haha...lets double the cake! (^__^)





Friday, April 1, 2011

Kesian Bumi Kita....

Kalau anda tanya saya, adakah saya ni seorang pencinta alam, saya kurang pasti pula. Tapi seingat saya, sejak kecik saya memang 'takut' nak buang sampah merata-rata kalau berada di luar rumah. Bayangkan, kalau tak jumpa tong sampah, saya rela simpan sampah tu dalam beg sampai kadang-kadang lupa nak buang huhu....sampah tu bukanlah sampah yang busuk...sampah macam plastik jajan, kotak minuman yang dah kosong, plastik gula-gula...

Lagi satu saya sangat tak suka tengok orang yang berjalan sambil minum air balik dari pasar malam, bila nak masuk dalam kereta je dengan selamba badak sumbu dia baling bekas minuman kosong tu kat dalam longkang! Pernah jugak dulu boyfriend saya (sekarang suami) buat benda yang sama. Saya paksa dia KUTIP BALIK! Dia kata takde tong sampah, takpelah buang kat situ nanti kan ada orang bersihkan. Ehhh...takde takde. Kutip balik. Simpan dalam kereta nanti jumpa tong sampah kita buang. Begitulah kata saya pada dia...

Saya pun kadang-kadang terlajak buang juga tapi saya hanya buang benda-benda yang mudah lupus atau terurai atau reput seperti kertas tisu, kulit-kulit buah. Sampai kadang-kadang sebelum meneruskan niat buang sampah merata-rata, otak saya kena fikir dulu, ni bahan mudah terurai ke tidak. Kalau ya saya teruskan niat tu. Hehe...sila jangan ikut perangai bughuk ini. Kalau betul nak jaga alam sekitar, jangan buang sampah merata-rata ye, walaupun ianya bahan mudah lupus. 

Tapi bila bercakap soal PLASTIK, saya memang takkan sekali-kali buang merata-rata. Tambahan pula sekarang ni banyak pasaraya mengadakan kempen 'HARI TANPA PLASTIK', Sangat bagus la kempen tu. Saya suke! (^__^) Sekarang ni pun kalau pergi kedai saya cakap kat casher tu, saya tak nak plastik. Pergi pasar malam pun saya bawak bakul, mana yang tak perlu plastik sumbat saje dalam bakul tu hehe...Rasanya lepas ni, elok kalau saya bawak tupperware untuk isi ikan atau ayam atau daging mentah yang dibeli kat pasar malam. InsyaAllah akan dilaksanakan... huhu.

Ni pula kempen yang sedang hangat dipromosikan di tempat saya bekerja. Bravo!!!!! (^__^)
Tentang clothdiapering pula, niat utama saya hanyalah untuk jimat duit. Saya tak sangka pula saya dah menolong ke arah penyelamatan alam sekitar (^___^) Bayangkan satu lampin pakai buang yang kita pakai masa kecik-kecik dulu mengambil masa 200 hingga 500 tahun untuk dilupuskan! Mayat kita dalam kubur pun dah tak tinggal apa tapi lampin pakai buang kita duk macam tu juga (^__~)v

Atas kesedaran itulah, saya nak promote kat kawan-kawan yang ada baby khasnya...Marilah kita ramai-ramai guna clothdiapers. Memang mudah untuk tidak ambil kisah tapi fikirkanlah kesannya kepada anak-anak yang kita sayangi. Saya akui nak pakai clothdiapers agak rumit tapi kalau kena caranya, anda akan dapati ianya sangat menyenangkan (^___^) Orang tua-tua kata bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Biar kita yang susah jangan anak cucu cicit kita menanggung akibatnya. Betul tak kawan-kawan? Hehe...

Sekarang ni ada banyak usahawan-usahawan muda yang menjual clothdiapers secara online. Semuanya di hujung jari. Tinggal nak dengan tak nak je. Kalau anda teringin nak merasa penjimatan berkali kali ganda dan secara tak langsung menjadi perwira bumi, bolehlah cuba intai blogshop-blogshop yang menjual clothdiapers dan salah satunya adalah ini (^___^)



Saya serius untuk menyelamatkan bumi, anda bagaimana pula?
(^___^)