Tuesday, November 9, 2010

:: Bahasa Jiwa Bangsa ::

Cuba baca ayat ni:

"sEkalI iMbS qO uE cM mKe aQ laK"

Faham tak? Okay mari saya terjemahkan.

"Sekali imbas muka kau ni macam aku pula"






Ayat ini pula:

"aQ iNat aN qO lTak pIx At pRofiL qo tD"

Terjemahannya: "Aku ingatkan kau letak pic kat profile kau tadi"






Yang ni lagi best:

"hish!!! nK cGt nan Owg uE mEk J laRh!!! ta Ya mO jElOus aN oWg!!!"

Katanya: "hish!!! nak cGt dengan orang ambil jelah!!! Tak payah mau jelous dengan orang!!! Tak fahamlah!!!"
Sampai sekarang saya tak faham cGt maknanya ape... (T__T)






Ish, best pulak. Mari translate lagi.

"oIt gOk. kO j la g cPl nan aKib uE. cP uR nK at aKib uE"

Dia nak kata macam ni kot...

"Orait gak. Kau jelah gi couple dengan Akib tu. Sapelah nak kat Akib tu"

Oooo...dia nak suruh kawan dia ber'couple' rupenye...






Okay okay, ni yang terakhir:

"mCm2 Jd aRy nY aT aQ!!! gWam cnat2!!!"

"macam-macam jadi arini kat aku!!! Geram sangat-sangat!!!"






Oh Tidak! Mengapa begitu berbelit sekali ejaanya. Ayat-ayat berwarna hijau di atas saya 'copy' dari facebook kawan sepupu saya yang berusia 15 tahun. Adakah ini trend anak-anak muda sekarang? Kebiasaannya saya mengambilmasa 1-2 saat untuk baca ayat-ayat yang ringkas seperti itu. Tapi untuk ayat berwarna hijau tu 5 saat pun belum tentu faham. Saya tak kata pun cara menulis begitu salah. Cuma saya rasa kelakar pulak bila membaca sampai kerut-kerut dahi sambil mulut jadi herot-herot nak menyebut 'ke' jadi 'kew', 'ni'jadi 'niey'. Hahaha...Takpelah, hanya mereka dan kawan-kawan mereka yang faham. Teruskanlah sampai kamu semua penat. Nanti kamu semua dah tua eh dewasa tahulah kamu semua berhenti sendiri. Hehehe....






Wednesday, November 3, 2010

:: Pap Smear & Kanser Serviks ::

Dipetik dari Wikipedia:

Perangkaan Kementerian Kesihatan Malaysia pada 2001 menunjukkan, kira-kira 26 peratus saja wanita menjalani ujian pap smear, manakala 74 peratus lagi memberi perhatian terhadap pemeriksaan kanser payu dara.

Pada tahun 2003, Daftar Kanser kebangsaan melaporkan bahawa kadar kasar kejadian barah pangkal rahim di Malaysia ialah 16.5 wanita dalam setiap 100,000 penduduk. Penyakit ini merangkumi 12.9 peratus barah yang dihidapi wanita.

Ini bermakna lebih 1,300 wanita didiagnosis menghidapi kanser serviks dan lebih 750 wanita mati akibat penyakit ini setiap hari.



Ini pula petikan dari Majalah Nona Jun 1998:

PAP SMEAR BENARKAH IA MENYAKITKAN?

PENTINGNYA rawatan pap smear ke atas wanita yang sudah melalui hubungan seksual memang tidak dinafikan. Tetapi tidak ramai wanita yang sedar tentang kepentingan ini. Kebanyakan daripadanya tidak langsung menganggap pap smear salah satu rawatan benar-benar penting dalam kehidupannya.

"Saya pernah melaluinya ketika mengandung anak pertama dahulu. Cukuplah sekali. Takut melihatkan alatnya yang besar. Saya pun rasa kurang selesa dan sakit semasa rawatan dijalankan." Akui Lina

"Bayangkan doktor lelaki pula yang buat. Eee....malunya. Lainlah kalau memang tengah sakit, rasa malu bolehlah di tolak ke tepi." Kata Mimi pula.

Selain kurang prihatin tentang kesihatan diri, ini antara faktor penyebab mengapa wanita tidak mahu melakukan ujian pap smear. Rasa takut dan malu begitu tebal dalam diri mereka sehingga sanggup mengetepikan risiko yang mungkin akan dihadapi jika tidak dikesan daripada awal.

"Pap smear penting bagi wanita yang sudah melalui seksual aktif. Tetapi tidak ramai wanita yang sedar kepentingannya. Malah saya sendiri kurang menerima pesakit wanita yang datang ke sini semata-mata untuk menjalani ujian pap smear. Saya tidak nafikan, wanita tak mahu jalani ujian pap smear kerana rasa takut, sakit dan malu." Akui Dr. Ismail Thamby.

DILEMA UNTUK MELAKUKANNYA

MELIHAT Spatula (alat seperti sudu itik), tidak salah kalau ada terselit rasa takut untuk menjalani ujian itu. Alatnya yang besar dan diperbuat daripada besi itu memang tidak terbayang di fikiran bagaimana cara ia dimasukkan.

Tidakkah bahagian dalam faraj boleh berdarah kerana tusukan besi pap smear berkenaan? Oh... tentu sakit rasanya. Bilangan doktor lelaki dalam bidang perbidanan dan sakit puan berbanding wanita memang tidak dinafikan. Rasa malu untuk menjalani ujian pap smear memang timbul jika pesakit terpaksa berhadapan dengan doktor lelaki. Bayangkan bagaimana hendak menutup muka berhadapan dengan doktor yang hendak memeriksa kemaluan kita! Inilah antara luahan yang sering diperkatakan oleh kaum wanita.

Mungkin ini antara persoalan besar yang sering wujud dalam fikiran wanita sebelum melakukan ujian pap smear.

Pap smear tidak menakutkan! Tidak juga menyakitkan atau boleh mengakibatkan pendarahan jika pesakit mengikut arahan daripada doktor ketika menjalani ujian. Perasaan malu tidak seharusnya timbul dan dibuang dengan segera jika inginkan jangka hayat anda berpanjangan.

Lazimnya doktor atau pembantunya akan memberi tunjuk ajar sebelum ujian dijalankan. Dari segi kedudukan, persediaan perasaan, turun naik nafas dan sebagainya akan diberitahu supaya pesakit akan dapat menjalani ujian ini dengan selesa. Jika pesakit mengikut arahan ujian boleh dilakukan hanya untuk beberapa minit sahaja.

KEPENTINGAN PAP SMEAR

Wujud 40 tahun yang lalu dan mula diperbaharui sedikit semi sedikit dari segi peralatan, cara pengambilan sel kulit dan ujian yang dibuat. Dr. Papinocolo dapat mengesan dan mencipta alat penguji ini dan beliau dipertanggungjawabkan untuk mengesan kanser yang disyaki ada pada faraj wanita.

Bahagian permukaan pangkal rahim akan dikaji sama ada sel kulit yang menyelaputinya berubah atau tidak. Jika ia berubah dari kulit yang asal kepada yang diragui, bermakna terdapat kesan awal kanser pada pangkal rahim wanita berkenaan.

Wanita yang sudah melalui hubungan seksual secara tidak langsung terdedah dengan risiko kanser pangkal rahim. Pap smear adalah satu alat penguji penting untuk mengesan kanser pangkal rahim dari awal.

Hubungan kelamin yang pertama sahaja sudah cukup menjadikan permukaan pangkal rahim terdedah dengan virus dan kuman pada permukaan pangkal rahim terdapat "transformation zone" yang diselaputi sel awal yang sensitif. Sel ini boleh berubah menjadi sel kanser jika terdapat tekanan daripada virus dan kuman.

Dalam masa dua atau tiga hari ujian, keputusan sama ada pesakit dijangkiti atau tidak kuman virus papiloma akan dapat dikesan. Virus papiloma atau dipanggil juga virus ketuat adalah penyebab utama pro kanser. Jika virus ini sudah mencapai 80%, pesakit berisiko tinggi untuk mendapat kanser pangkal rahim.

Tidak ada had umur tertentu bagi pengidap kanser pangkal rahim. Gadis yang sudah aktif dalam hubungan seksual dab baru berusia 16 tahun mungkin boleh mengidapnya.

Wanita yang telah mula dicemari dengan virus ini boleh membawa kepada maut jika tidak dicegah dari awal. Virus kanser ini boleh merosakkan sistem urat saraf dan memberi kesan kepada salur pernafasan.

Siapakah mereka yang paling berisiko tinggi? Semua wanita yang pernah melakukan seks adalah berisiko untuk dijangkiti kuman pada pangkal rahim. Tetapi yang paling berisiko tinggi dan digalakkan supaya melakukan pap smear dengan segera ialah:

  • Wanita berusia muda yang sudah terdedah dengan hubungan seks.
  • Mereka yang kerap bertukar pasangan.
  • Mereka yang tidak menjaga kebersihan faraj sehingga mudah dijangkiti sebarang kuman.

BERAPA KALI UJIAN DIPERLUKAN?

Syor daripada kedoktoran Amerika Syarikat menggalakkan supaya wanita yang pernah melakukan seks menjalani ujian pap smear sekurang-kurangnya setahun sekali atau mengikut nasihat doktor. Wanita yang sering melakukan hubunga seks khususnya para isteri, disarankan 1 atau 2 tahun sekali. Mereka yang melebihi usia 40 tahun disyorkan setahun sekali.

Ujian pap smear tidak akan dilakukan dalam jarak waktu yang kerap kerana kadar pengesanan tidak ketara. Malah hasil ujian juga tidak akan dapat memberikan jawapan yang tepat.

Disyorkan, pada peringkat awal (pertama) melakukan seks terus melakukan ujian pap smear kerana dikhuatiri pasangan telah dijangkiti kuman atau virus.

Ujian pap smear memang tepat dan tidak pernah salah dalam memberikan jawapan. Oleh itu mereka yang sudah dikesan dijangkiti kuman, diwajibkan membuat ujian pap smear seterusnya atas nasihat doktor.

Kedudukan pesakit ketika menjalani ujian boleh mempengaruhi keputusan. Teknik pengambilan kulit pada permukaan pangkal rahim yang tidak tepat boleh menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan keputusan.

Kedudukan pesakit yang disarankan ketika menjalani ujian ialah berdepan (seperti dalam proses bersalin) atau cara mengiring. Tetapi kedudukan berdepan lebih disarankan kerana ini memudahkan proses ujian.

Persediaan wanita sebelum ke klinik untuk melakukan ujian:

  • Diigalakkan datang selepas haid kering atau dalam peringkat pertengahan pusingan haid.
  • Tidak boleh bersama (melakukan seks) dua hari sebelum berjumpa doktor kerana ditakuti ciri-ciri yang dikesan mempengaruhi keputusan



Cerita Ummi Ajmal:

InsyaAllah, Kelab Kebajikan Pekerja di ofis saya akan menganjurkan Kempen Derma Darah dan Kempen Kesihatan pada 11/11/10 yang menjadi program wajib setiap tahun. Pap smear adalah antara ujian yang dijalankan secara percuma dan saya ditugaskan menyediakan prasarana untuk pap smear test tu nanti. Tahun sebelum-sebelum ni saya tak berpeluang membuat ujian pap smear sebabnya tahun pertama kerja saya masih anak dara, tahun kedua bekerja saya tengah mengandung dan sekarang masuk tahun ketiga insyaAllah saya mahu lakukan ujian pap smear. Tak faham mengapa orang malu nak pergi buat ujian tu sebab tahun-tahun sebelum ni tak ramai pun staff-staff wanita yang memeriahkan bilik ujian pap smear yang disediakan. Tahun lepas lagi takde langsung! Penat je saya sediakan bilik tu.

Bagi saya, bila menyentuh isu kesihatan, tiada apa yang perlu dimalukan. Saya tak kisah mengaku di depan pengerusi kelab dan ramai ahli kelab lelaki yang lain yang saya sendiri mahu jalankan ujian pap smear (Kena mengaku sebab pengerusi tiba-tiba bercadang nak batalkan ujian percuma pap smear tahun ni sebab tahun yang sudah-sudah tak dapat sambutan) Memang masa tu ahli-ahli kelab yang berjantina lelaki itu pandang semacam. Mungkin kerana statement saya yang terlalu berterus terang itu. Tapi kamu-kamu yang lelaki ini tahu tak, pembawa atau penyebab utama barah serviks adalah dari kaum lelaki tetapi kaum wanita yang menderita! Jadi, sila hentikan 'pandangan semacam' anda itu kerana anda patut malu pada sendiri dan anda juga patut menggalakkan isteri-isteri anda menjalankan ujian pap smear. Saya sendiri dah lama nak buat ujian ni tapi nak pergi sendiri ke klinik selalu tak sempat. Jadi bila 'klinik datang sendiri kepada saya' maka perlulah gunakan peluang ni dengan sebaik-baiknya.

Sekarang, tugas saya untuk promote kepada rakan sepejabat especially wanita-wanita yang bergelar 'Puan' supaya ramai-ramai pergi buat ujian pap smear percuma tu. Mungkin kena buat flyers supaya promosi akan lebih mantap. Saya harap ramai akan turut serta. Okay, kalau masih malu juga saya tak paksa. Klinik panel kan banyak. Boleh pergi bila-bila masa. Yang tu pun percuma sebab company bayar hehe...Tujuan saya bertungkus-lumus mempromosi hanya ingin menyampaikan mesej ini kepada kalian 'Kanser serviks adalah pembunuh kedua kaum wanita selepas kanser payudara. Mengesan ketulan pada payudara mudah dilakukan, sendiri check pun boleh tapi mengesan ketidaknormalan pada serviks boleh buat sendirikah? Haaa...dah tu, marilah rajin-rajinkan diri buat ujian pap smear untuk kesejahteraan diri dan keluarga anda'. Kalau anda sakit siapa yang susah, anda dan keluarga anda juga kan. Fikir-fikirkanlah....


Mungkin ini flyers yang akan diedarkan nanti...mungkin....hmm....


Ops, sebelum buat ujian ni kena minta izin suami dulu ye supaya diberkati dan minta encik suami berdoa sama-sama supaya keputusan ujian adalah normal (^_^)






Tuesday, October 26, 2010

:: Mengapa Ajmal tidak perlu stroller? ::

Bila sekali sekala jalan-jalan makan angin atau membeli-belah tingkap, kami iaitu saya selaku ummi ajmal, abi ajmal dan baby ajmal selalu terserempak dengan keluarga-keluarga yang macam kami juga. Cuma cara kami berbeza. Kebanyakannya 'bawak' anak dalam stroller. Kami tidak. Kami bawak anak dalam pelukan (^_^)

Saya selalu tanye kepada abi Ajmal setiap kali terpandang baby orang lain dalam stroller. "Ajmal perlu ke stroller?" lepas tu saya akan jawab sendiri sebelum si abi Ajmal sempat jawab. "Eh, tak payahla kan. Ingat best ke stroller tu. Dahla besar gedabak. Nak bawak pun payah, dia je dah penuh bonet kereta. Yang paling penting, kalau letak Ajmal dalam stroller Ajmal tak rasa disayangi. Kan Ajmal suka peluk-peluk dengan ummi dan abi...." Sendiri tanye sendiri jawab. Dah biasa macam tu =_=

Anda tahu apa bezanya membawa anak dalam pelukan ketika jalan-jalan berbanding dalam stroller? Banyaaaaaaaakkkkk bezanya. Pertama: Si emak/ si ayah akan letih. Hehe...ye memang letih tapi letih kami berbaloi-baloi. Kebetulan semalam membaca satu tulisan dari sini, memang betul sangat pendapat beliau itu. Saya sangat bersetuju. Dari sudut pandangan saya pulak, saya lebih menitikberatkan faktor keselamatan. Bila berada di tempat awam, saya rasa kalau Ajmal tak ade dalam pelukan saya maknenye tu kurang selamat. Cuba bayangkan..cube ye...jangan tak cube. Tengah kita duk asyik belek-belek barang, anak kita tido/duduk bermain dalam stroller. Kita tak perasan ade orang yang sangat jahat menculik baby tanpa disedari. Walaupun jarak anda dengan stroller hanya tak sampai satu meter tapi ia tak mustahil kan kalau orang jahat tu profesional. Dan anda pula tengah sibuk belek-belek baju nak pilih warna lagi, saiz lagi...stroller pulak ade bumbung, anda tak perasan anda anda dah takde dalam tu sebenarnya. Nauzubillahimin dzalik. Jadi awas ye. Berlainan pula kalau baby anda sentiasa dikendong/dipeluk/didukung bersama anda. Sapa yang berani ambik ye tak?

Oleh kerana Ajmal ni makin lama makin berat, saya kena juga cari alternatif macam mana nak membuatkan diri selesa bila beriadah/jalan-jalan bersama si kecik tu. Masa preggy, kakak saya yang baik hati dah menghadiahkan baby carrier exclusively from Bandung. Kitorang panggil 'beg Ajmal'. Kalau nak keluar gi mana-mana,mesti tanye. Beg Ajmal dah bawak? hehe...tapi sekarang 'beg Ajmal' tu dah agak tak releven untuk dipakai sebab talinya tak berapa meyakinkan untuk membawa beban Ajmal yang seberat ~7kilo. Jadi mari bertukar kepada yang lebih baik!!! Yeay..time to shop! Haha..of course this is the best part. Survey-survey di online shop maka inilah calon-calonnya:

1. Reversable Ring Sling

Pada saya ring sling ni macam style bibik-bibik indon mengendong baby yang dimodenkan. Bezanya, bibik-bibik tu selit kain kat bahu je, tapi sekarang dah ada 'ring'. Masa anak buah saya kecik-kecik dulu, dia pun dah dikendong dalam 'bibik sling'. Sekarang anak buah saya dah nak masuk Darjah 1. See...dah lama kan? hehe...Ade macam-macam corak dan warna. Memang menarik. Harga pun affordable. Suka tengok ring sling yang dijual di sini. Siap ada video demo macam mana nak pakai lagi. Kelemahannya ialah, baby disupport di sebelah bahu sahaja. Cepat lenguh kot, jadi tak boleh shopping lama-lama (bukan ke takleh shopping lama-lama tu satu kebaikan? hehehe...). Di website yang sama juga ada jual Mei Tai tapi tak minat la sebab macam susah nak pakai dan lebih kurang macam baby carrier yang kakak saya hadiahkan tu. So, Mei Tai tak masuk senarai calon.

2. Moby Wrap

Moby wrap antara design 'baby carrier' yang terbaru. Memang nampak selesa dipakai sebab kainnya meliputi kedua-dua belah tangan dari bahu hingga hampir ke siku. So, memungkinkan saya untuk shopping/jalan-jalan lebih lama hehe...Kainnya strechable. Cara pakai pun mudah main ikat-ikat je. Boleh guna untuk nursing juga. Memang bagus! (^_^)

So, siapakah calon yang akan dapat undian lebih? Ops, sebelum tu kena bentangkan kertas cadangan kat 'dewan parlimen abi Ajmal' dulu...Ketua keluarga harus diutamakan. Kalau abi Ajmal kata 'ya', maka bolehlah proceed. Kalau jawapannya 'tidak', ummi akan usahakan bagi proceed jugak. Haha...macam mana tu? (^_~)v Demi kebaikan Ajmal jugak kan...takkan la abi Ajmal nak menolak ye tak? huhuhu....

Jadi keputusannya akan diumumkan kemudian. See ya!!!





Friday, October 22, 2010



Tinggal 19 hari sahaja lagi untuk mula menyuap makanan pejal (solid food) ke mulut anak kesayangan saya Muhammad Ajmal Wafiy (^_^) Ish, rasa tak sabar pulak. Agak-agak apa makanan pertama yang ummi nak masak untuk Ajmal ye? ~berangan kejap~~

Buku ni dicadangkan oleh seorang kawan sekolah saya, Pn Yafidah. Sekali sekala chatting dengan beliau menerusi fesbuk memang best. Beliau suka berkongsi ilmu dengan saya tambahan pulak beliau juga merupakan ibu mithali yang fully bf anaknya. Jadi banyakla tips-tips dan cadangan-cadangan yang dikongsikan bersama dan antaranya ini.




Buku panduan ni menurut beliau sangat berguna especially untuk ibu-ibu di Malaysia kerana resepinya memenuhi citarasa kita. Kadang-kadang ada ibu bapa yang menghadapi kesulitan untuk memulakan pemberian makanan pejal kepada anak-anak seperti anak tak mahu makan makanan yang disediakan. Contohnya masalah x-schoolmate saya. Katanya anaknya dah masuk 6 bulan tapi tak mahu makan bubur nasi atau nestum baby yang disediakan. Bila bagi air masak anaknya akan minum banyak seolah-olah nak cepat-cepat hilangkan rasa makanan tu. Dahla si ibu pening nak bagi makan apa lagi sebab semua makanan yang diberi setakat ni di'reject'oleh si anak. Mungkin selera anak dia tinggi kot, tak mainla bubur ngan nestum ni hehehe...Pulak tu, menyusu makin kuat, yelah budak dah besar, 6 bulan dah memang patut diberi makan dan cepat lapar. Production susu emaknya pula tak berapa memberangsangkan dan sudah mula terfikir nak beri susu formula. Saya doakan kawan saya tu dapat mencari jalan penyelesaian dan dapat meneruskan penyusuan susu ibu untuk anaknya. Kalau boleh,janganla beli susu formula tu...sedih tau. dah 6 bulan susah payah fully bf tapi tetiba kena minum gak susu formula...


Jadi sebagai langkah persediaan awal, saya beli buku ni secara online di sini. Cari di kedai buku kat Kulim ni tak jumpa. Search kat internet katanya ada dijual di MPH bookstore tapi MPH yang berhampiran dengan Kulim ni pun tak tau kat mana hehe...So, nak senang kita beli jela online. Walaupun kena caj RM10 untuk penghantaran tapi ia lebih berbaloi-baloi daripada bayar tol dan duit minyak serta penat lelah nak meredah shopping complex nak mencari MPH bookstore. Tu belum kira kalau 'ter'beli barang lain yang takde dalam list. kan membazir hehehe....


Oh, tak sabarnya nak tunggu buku tu sampai. Nanti lepas saya baca buku tu saya akan share ringkasan buku tu kat sini ye. InsyaAllah...




~Teringat dulu beli majalah Pa&Ma masa pregnant ada gak resepi untuk makanan baby. Kat mana ek majalah tu. Balik ni kena bongkar balik stor huhu...~



Friday, October 8, 2010

:: Sehari di Conference bersama Ajmal ::

Mari kita cari 'orang tersembunyi' dalam gambar di bawah:



Jumpa tak???
Oklah, mari bagi jawapan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





Kesiannya anak ummi ni...ni gara-gara ummi bawak Ajmal gi conference la ni. Nak buat macam mana, takde sape nak jaga Ajmal kat Kulim tu....lagipun, nanti sape nak bancuh susu kat Ajmal. Ummi sorang je yang boleh 'bancuh' susu untuk Ajmal tau.




Hihi...dah bangun dah ye! Selamat pagi!!!





Ajmal kat mana ni ummi????





Ajmal ada kat Bangi la...ni kat lobby hotel. Ummi ade conference ni.
Oh yeke ummi...kat lobby pun lobby lah. Janji Ajmal dapat susu Ajmal. hehe...






Amboi amboi abi hang....macam orang bujang ja duk sorang-sorang kat sinun.






Bestla sofa hotel ni ummi...boleh main superman atas ni.....Mesti superman pun belajar terbang atas sofa dulu masa dia kecik-kecik.







Hmmm...dah besar nanti nak jadi apa yek? Nak jadi researcher macam ummi ke nak jadi wireman macam abi? Kalau jadi researcher boleh gi hotel macam ni selalu, dapat makan sedap-sedap. Kalau jadi wireman boleh panjat-panjat. Ajmal suka panjat-panjat ni. Dapat projek besar duit pun lebat....Ke nak jadi dua-dua? Arghhh...konfius konfius!







Ummi...Ajmal dah boring!!!!!! Bawakla gi tempat lain pulak!!!!








Okey! Mari kita tengok ikan! Waaahhhh....manyaknye ikan!!!!








Nak tangkap ikan! Nak tangkap ikan!








Sudah sudah! Ummi nak gi present paper ni. Sesi ummi dah sampai ni. Ajmal tengokikan ngan abi ye...ummi pergi 'berjuang' sekejap. tak lama, satu jam aje. hehe....Kalau Ajmal tak nakal nanti ummi beli hadiah! (^_^)






Okey ummi...Good Luck ye! Jangan gelabah tau masa present paper tu!!!!







Yeay!!!! Nilah hadiah ummi untuk Ajmal sebab berkelakuan baik! Huhu....




:: First time Ajmal sakit ::

Penyakit pertama Muhammad Ajmal Wafiy: DEMAM + SELSEMA + BATUK

Kesian anak ummi...tapi takpe, tu ujian dari Allah dan tanda Allah saaaaayang kat Ajmal (^_^)



Muke monyok Ajmal..alololo sedih ummi tengok Ajmal buat muka camni...


Abi pun sedih tau...

Alhamdulillah Ajmal takde masalah makan ubat macam sesetengah budak kecik tu.

Sebab tu Ajmal cepat baik kan!

Sehari je demam...pastu esoknya dah sihat. Alhamdulillah (^_^)

Ajmal sedar tak Ajmal dah masuk 5 bulan?

Haa...budak 5 bulan kena cucuk tau.

Hari Ahad ni kita gi cucuk ye sayang.

Jangan demam lagi tau lepas kena cucuk tu, Ajmal kena kuat! insyaAllah...

(Nasib baik demam Ajmal dah kebah, kalau tak memang takleh cucuk Ahad ni...ke anak ummi ni sajeje buat-buat demam nak buat alasan takyah kena cucuk? hehehe...)







Friday, September 3, 2010

:: My 1st try: Blueberry Cheese Tart ::

Saya suka memasak! Especially sejak dua menjak ni...bulan ni je dah agak berabis duit membeli bahan2 masakan. Tak sedar diri tol. Kan nak raya ni, mane nak cekau duit balik kampung! Ngeh ngeh ngeh...

Ni cobaan kali pertama membuat blueberry cheese tart. Bahan-bahannya agak mahal terutamanya bila tang cheese nye tu. satu adunan nak pakai 250 gram creame cheese. Seketul creame cheese berat 250 gram harganya RM10-RM11...Satu adunan boleh menghasilkan 25-28 biji tart bersaiz sederhana. First time buat nak kena beli acuan pulak lagi. Uiii...rabak poket den! hihihi....

Nasib baik sedap! So tak la ralat sangat mengeluarkan kos yang agak banyak. Adakah boleh dibikin sebagai pendapatan tambahan??? Nantila bila2 buat lebih sikit, pastu kena test market bagi member-member rase....kalau feedback ok boleh masyuk gak ni.. (^_~)v