Wednesday, June 22, 2011

Tentang Encik Suami

Saya jarang bercerita tentang ENCIK SUAMI dalam blog ni (ke tak pernah?).

Dah banyak kali cuba tulis tapi asyik tulis padam tulis padam.

Last-last tak tulis langsung.
 
Sebabnya terlalu banyak perkara best tentang suami sampai tak tercerita dan tak reti nak cerita.

So tu jelah nak tulis pasal suami saya.

Hehehehe....








Nantilah, bila saya dah pandai cerita saya tulis lagi TENTANG ENCIK SUAMI (^__^)
Macam ada orang nak kesah ko tulis ke tak, huhuhu.....







Monday, June 6, 2011

BF Selepas Setahun...

Pertama sekali saya ingin menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana melalui tubuh saya yang kurus kering ini Allah swt telah terbitkan minuman berkhasiat yang mencukupi untuk anak saya sehingga ke hari ini. Note: Hari ni Ajmal dah berusia setahun 24 hari. Kadang-kadang rasa kelakar juga bila ada mata yang terus memandang ke arah fizikal saya yang kurus ni dari atas sampai bawah bila saya menyatakan anak saya tidak minum susu formula dan fully bf. Jangan pandang rendah keupayaan saya ye. Kurus-kurus pun alhamdulillah saya mampu mengenyangkan anak saya.

Bila bercerita di blog atau semasa bercerita pada kawan-kawan pasal pengalaman bf saya, tak sangka pulak kita ni ada mengguris hati sesetengah pihak. Saya manusia biasa, tak lepas dari kekhilafan. Tujuan kita nak bercerita mana tau si dia nak ambil iktibar. Tapi mungkin ada bahagian-bahagian penceritaan kita itu kurang digemari sampai ada pulak yang terasa.

Saya tidak terlintas langsung untuk meninggi-ninggi diri mengatakan saya ibu yang berjaya dalam penyusuan susu ibu. Tetapi ketahuilah, usaha untuk menjadi seperti sekarang bukan bermula sebulan atau dua bulan sebelum Ajmal lahir. Malahan sebelum saya berkahwin lagi! Sebelum kahwin, saya selalu beli majalah Pengantin, tapi dah lama-lama boring pulak. Terus saya bertukar kepada majalah Pa&Ma. Dari situlah bermula segala-galanya. Dengan ilmu yang kosong mengenai dunia penyusuan susu ibu saya beli majalah Pa&Ma setiap bulan dan kutip ilmu sedikit demi sedikit. Sampai ada yang kata, belum kahwin pun dah baca majalah Pa&Ma ke? Eksited betul! Ala, apa salahnya. Takkan masa kat nak terberanak baru nak baca? Hehehe….

Seperti yang saya selalu tulis dalam hampir setiap entri berkaitan susu ibu, NIAT sangat memainkan peranan di samping MINDA YANG TENANG DAN POSITIF, USAHA dan DOA. Dan dalam pemerhatian saya (ini bukan fakta ye, cuma pandangan peribadi), semakin lama ibu-ibu pasang niat untuk menyusu anak semakin tinggi potensi untuk kejayaan fully bf. Contohnya, sebelum mengandung lagi dah bercita-cita nak fully bf.

Saya juga tak menyusu susu ibu saya sepenuhnya. Cumanya menurut ibu saya saya adalah anak yang paling lama 'ngempeng' (perkataan jawa yang bermaksud menyusu susu badan). Ibu saya sendiri tak pernah menekankan pada saya nanti bila anak dah lahir wajib fully bf. Tetapi bila membaca penulisan orang lain tentang konsep penyusuan susu ibu, kesedaran itu sedikit demi sedikit datang dan meresap dalam jiwa sehingga saya nekad untuk menyusukan anak selagi terdaya. Telah tertulis dalam Al-Quran susuilah anakmu sehingga umurnya 2 tahun. Kalau kita tak mampu tak mengapa, boleh cari alternatif lain..Tetapi janganlah sampai menentang pula ya. Suruhan menyusukan anak ni bukan saya yang kata, tetapi Allah swt yang kata…

Jadi, kepada ibu-ibu yang tidak/kurang berjaya dalam penyusuan susu ibu, saya ingin bertanya,

Adakah selama-selamanya anda akan menganggap diri anda tidak/kurang berjaya untuk menyusukan bayi anda dan bakal-bakal bayi anda yang seterusnya?

MUHASABAHLAH DIRI mengapa anda tidak/kurang berjaya. Saya sendiri sentiasa muhasabah diri kalau tetiba production susu merosot. Sesungguhnya ilmu Allah itu sangat luas…bacalah, carilah dan galilah lagi ilmu penyusuan susu ibu yang anda belum dan tidak ketahui selama ini. Saya tau ramai ibu di luar sana dah berusaha bermati-matian untuk menyusukan anak seperti orang lain, tetapi nasib tak menyebelahi dan tidak berjaya atas faktor-faktor tertentu yang hanya dia sendiri tahu sebabnya. Namun begitu, jadikanlah pengalaman sulung anda itu sebagai iktibar. Mungkin ada silap dimana-mana yang anda tidak perasan. Saya suka dan selalu mengatakan ayat ini kepada rakan-rakan yang tidak/kurang berjaya menyusukan anak “Anggaplah anak pertama ni macam eksperimen. Kita sebagai wanita yang pertama kali jadi ibu memang takde pengalaman langsung. Mana yang terus berjaya susukan baby, jangan takabur dan sentiasalah bersyukur. Mana yang tak berjaya, janganlah putus asa. Belajar dari kesilapan dan berdoalah mudah-mudahan anak ke-2 dan seterusnya boleh menyusu susu kita sepenuhnya”….. Jika bayi sulung anda tidak dapat anda susukan dengan susu ibu sepenuhnya, bagaimana pula dengan adik-adiknya? Adakah dia juga akan mendapat nasib yang sama seperti si abang atau si kakak?

Memang benar, menyusukan bayi dengan susu badan kita tak menjamin anak menjadi seorang yang bijak, pandai, baik, soleh etc. Yang penting cara didikan ibu bapa. Tetapi alangkah lebih baiknya jika anak kita mendapat ‘pakej’ iaitu didikan terbaik dari ibu bapa + dakapan kasih mesra ibu bila menyusukan anaknya. Curahan perasaan kasih sayang yang mengalir bersama susu yang diminum anak bila anda dakap anak yang sedang menyusu memang tak dapat digambarkan dan disamakan dengan mana-mana cara didikan pun di dunia ini. Masa menyusu anak tulah anda boleh tatap mata anak dalam-dalam dan tanpa perlu berkata-kata anda boleh ‘nyatakan’ betapa dalamnya kasih anda kepada si anak. Kalau tak dapat dua tahun pun, cukuplah masa anda berpantang anda menyusukan anak sepenuhnya. Cuba hayati saat-saat privasi anda berdua sepenuhnya kerana selepas anda kembali bekerja memang sah-sah takkan ada lagi saat-saat macam tu. Saya pernah mendengar satu kisah benar, seorang bayi tidak mendapat setitis pun susu ibunya kerana si ibu tak mahu berasa ‘susah’ bila nak mula bekerja nanti. Jadi dia terus mem’botol’kan anaknya dengan susu formula. Kalau anda rasa kesian pada si anak, sebenarnya kesian lagi pada si ibu kerana mensia-siakan peluang yang Allah swt bagi begitu sahaja…

Saya juga sekarang ni selalu beringat-ingat kalau nak manulis apa-apa pasal penyusuan susu ibu. Yelah, tak mahu lagi ada yang terasa atau terguris hati. Saya rasa semua ibu yang berblog dan bercerita tentang pengalaman masing-masing niatnya hanya nak share pengalaman dan berkongsi tips-tips kejayaan. Terlalu ghairah bercerita sampai terlupa ada yang tak senasib dengan kita dan terasa yang kita merendah-rendahkan diorang pulak. Di pihak saya sendiri saya akan terus berkongsi cerita dan terpulanglah kepada pembaca sekalian untuk menilainya sama ada saya ikhlas bercerita atau nak menunjuk-nunjuk (^___^)

 Pic taken while shopping at IKEA. Saya tak kisah menyusu anak di public asalkan kena caranya (^___^)