WARNING!
Terdapat penggunaan ‘perkataan direct’ dalam entri ini. Tujuannya hanyalah untuk pendidikan dan cuba menyampaikan ilmu tentang breastfeeding concept secara telus dan jujur. Tidak terlintas sama sekali untuk melucah dsb.
Kalau anda rasa anda teransang bila baca entri ni, I don’t know what to say….maybe something wrong with your mind!
Saya bukanlah pakar laktasi ataupun orang yang dah berpengalaman luas dalam bidang penyusuan susu ibu, saya hanya seorang ibu muda yang cuba mengaplikasikan segala ilmu yang diperoleh sama ada melalui pembacaan ataupun bartanya kepada mereka yang arif.
Apa yang saya kongsikan di sini pun hanyalah melalui pemerhatian saya sendiri dan mengaitkan dengan ilmu yang saya ada. Saya cuba memahami mengapa seseorang itu gagal atau kurang sempurna dalam menjayakan misi penyusuan ibu.
Alasan yang kerap sangat saya dengar ialah " SAYA MENYUSUKAN BABY 2 BULAN JE, MASA DALAM PANTANG, LEPAS TU BABY TAK NAK MENYUSU DAH. "
Pertama kali saya dengar alasan tu saya tak tanya pulak kepada si ibu secara mendalam apakah penyebab "baby tak nak menyusu dah". Sampai la satu hari ni saya bersembang dengan seorang hamba Allah yang hanya berjaya menyusukan anaknya selama 2 bulan di dalam pantang. Dan akhirnya saya bertemu jawapannya. Rupa-rupanya si anak awal-awal lagi (mungkin sejak hari pertama) sudah disogokkan dengan susu formula walaupun ketika itu susu ibunya cukup untuk menampung keperluan hariannya dan babynya sendiri masih menyusu badan. Pada usia anak dua bulan, deria rasanya sudah terbentuk dengan agak baik. Mungkin penyebab "baby tak nak menyusu dah" ialah baby sudah tau susu mana yang sedap. Pernah rasa tak susu ibu macam mana rasa dia? Saya pernah. Rasanya manis-manis dan kurang lemak. Lebih kurang rasa macam susu cap junjung yang dicairkan. Tau tak susu cap junjung? ala...susu tin la..huhu...
Kalau anda pun diberi pilihan sama ada nak minum susu tin yang dicairkan atau susu UHT dutch lady yang lemak berkrim disukai ramai? Mestilah anda pilih susu dutch lady UHT kan. Kalau ada yang pilih susu tin tu nak buek camno, ikut suka korangla, citarasa masing-masing huhu...Jadi lebih kurang macam tu lah agaknya perasaan baby-baby kecil kita tu. Pandai pulak diorang memilih walaupun kecik lagi ek. Hehe...Oleh itu, kalau anda betul-betul nak fully breastfeed, jangan sesekali campur susu ye. Kalau 'ter'campur tu cepat-cepat stop dan continue dengan susu ibu sahaja.
Baru-baru ni pulak seorang ofismate saya baru masuk kerja setelah habis berpantang. Beliau bercita-cita nak fully breastfeed. Sedikit sebanyak info sudah dicari sebagai persiapan diri tapi atas sedikit kesilapan teknikal, beliau terpaksa campur susu jugak. Ini semua gara-gara cik 'misi' (nurse kerajaan) yang suruh campur sebab dia kata anaknya sedikit kuning. Masa tu hari pertama atau kedua selepas bayi dilahirkan. Nurse tu periksa kawan saya dan dia kata susu kawan saya tak keluar dengan banyak, jadi kena bagi baby minum susu formula sebab baby dah start kuning. Haish! Geram pulak saya kat nurse ni. Tak ada silibus penyusuan susu ibu ke masa korang study dulu? Memangla hari pertama atau kedua susu ibu tak banyak tapi ianya cukup untuk keperluan bayi yang perutnya masih sebesar biji anggur ketika itu! Baby kuning tu dah boleh dikatakan perkara biasa sekarang ni. Sepatutnya nasihat yang diberi JIKA BAYI KUNING ialah "KERAPKAN MENYUSU ANAK SETIAP KALI ANAK TERJAGA & BANGUNKAN ANAK UNTUK MENYUSU KALAU ANAK TIDUR LAMA" InsyaAllah kuning anak tu akan beransur kurang dan susu ibu pun akan mula bertambah sebab lebih kerap diransang oleh penyusuan anak secara direct. Mungkin tak semua nurse ni faham konsep penyusuan susu ibu yang sebenar walaupun dah banyak klinik dan hospital kerajaan yang menjadikan klinik dan hospital mereka 'rakan bayi'.
Saya sangat bersyukur kerana jalan untuk saya menyusukan Ajmal dengan susu ibu 100% diluaskan dan dipermudahkan oleh Allah swt. Saya pun pada mulanya tak pasti adakah saya akan berjaya dalam misi saya ni. Tapi kita kena YAKIN! Dan apa yang saya amalkan selama ini, mudah sahaja. TIDAK STRESS. Walaupun banyak masalah menimpa cuba hadapi dengan tenang dan pandang sesuatu perkara itu dengan positif. Satu lagi amalan saya, walaupun kuantiti susu yang keluar kadang-kala merudum, saya buat tak kisah walaupun dalam hati risau juga. Saya hanya set dalam minda, ALHAMDULILLAH, ADA JUGA REZEKI UNTUK ANAK AKU HARI INI, MUDAH-MUDAHAN ESOK LEBIH BANYAK LAGI. Di samping itu, jangan lupa usaha untuk memperbanyakkan susu seperti minum air yang banyak, makan makanan yang boleh jadi 'milk booster' dan lain-lain.
Oleh itu, untuk ibu-ibu yang terasa produktiviti susu anda sedikit terutamanya pada hari pertama atau kedua selepas bayi dilahirkan, janganlah terlalu tertekan dengan keadaan diri anda kerana bila anda risau, lagi susu tu tak mau keluar. Kalau perlu berurut, pergilah berurut. Tapi ada yang cakap kalau berurut susu tak mahu keluar juga. Yang dapat hanya sakit. Di situ saya terfikir mungkin kesakitan itu yang menambah lagi tekanan dan menyebabkan susu tak keluar. Jangan asyik berfikir, kenapa susu tak keluar, kenapa susu tak banyak. BUAT TAK TAHU SAHAJA, TERUSKAN MENYUSU BAYI SAMBIL BERSELAWAT & BANYAKKAN BERDOA YE! (^____^)
Bila anda mengepam susu pula, jangan kerap 'mengintai' atau tengok secara berterusan ke arah botol yang sedang mengumpul susu. Biarkan saje pam dan botol menjalankan tugas mereka sambil anda melayan facebook ke movie ke baca majalah ke tulis blog ke. Tengok sekali sekala takpe, nanti tau-tau dah penuh. Sebabnya tak bagi tengok selalu, nanti kita stress sebab nak kumpul susu yang banyak agak memerlukan masa terutamanya bagi ibu-ibu yang aliran susunya agak perlahan macam saya hehe...Kalau asyik tengok atau tenung je botol tu mesti kita terdetik dalam hati "Ala...lambatnya susu ni nak keluar" dan terus akan ada rasa macam "Tak bestnya...." Ha tu dah negative thinking dah tu. Kan saya dah kata kena positive thinking selalu (^___^)
Selain tu sediakan air masak sebotol besar di sebelah masa tengah pam. Tahukah anda, bagi ibu menyusu ada satu 'signal' dari badan yang menandakan susu nak keluar dengan banyak iaitu RASA DAHAGA YANG AMAT SANGAT. Bila anda rasa dahaga tu datang, tak sampai seminit anda akan rasa susu akan keluar. Sebab tu ibu-ibu menyusu digalakkan pakai 'breast pad' supaya kesan basah akibat susu yang keluar tiba-tiba ni tak kelihatan di baju...Kalau tengah mengepam masa nila susu akan keluar mencurah-curah. Pada pengalaman saya, pada setiap sesi mengepam saya akan rasa paling kurang 2 kali 'dahaga yang amat sangat', masa tu saya akan cepat-cepat minum air masak sebanyak yang mungkin dan bila tengok kat pam susu akan mengalir dengan derasnya. Rasa seronok giler ah masa tu! hehehe....
Itulah serba sedikit pengalaman yang saya nak kongsikan dengan ibu-ibu di luar sana. Kalau ada yang silap terutamanya bab fakta-fakta penyusuan susu ibu saya minta maaf ye. Saya pun masih belajar dan baaaaaanyaklagi yang saya tak tahu dan ingin tahu. Okey, semoga ketemu di lain entry! (^___^)