Tuesday, May 19, 2009

::Puan Wedianti !::

Saya sudah sah bergelar PUAN Wedianti, isteri kepada suami tercinta EN. Muhamad Zukefley pada 1 May 2009. Haha...sangat pelik bila pertama kali saya tulis nama saya sendiri dlm minit mesyuarat jabatan dengan title 'Puan' di depannya. Rasa mcm dah tua pulak hehe (^_~)v

Dlm banyak2 gamba nikah, saya sangat suka dengan gambar kat sebelah ni. Gaya tangan suami letak tangan di ubun2 isteri ni HANYA ada di Negeri JOHOR je tau..bila saya tunjuk gamba ni kat kwn2 (yg bukan anak jati Johor), diorang mesti tanya"Nape wat tangan mcm2?"

Haa...ini adalah salah satu acara yang terkandung dlm pernikahan yang berlangsung di negeri Johor. Lepas akad nikah, bacaan lafaz taklik & batal wuduk, suami akan letak tangan ke ubun2 isteri pastu berdoa:
maksudnya,

"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa."
(al-Furqan 25:74)

AMIN!!!! (^_^)